Keberdikarian
Sumber


Sumber

Jenis Pelaburan

Definisi

Tetap atau Berubah

Akaun Simpanan

Akaun deposit, biasanya di bank atau institusi kewangan lain, biasanya dengan kadar pulangan yang rendah. Pemilik akaun boleh membuat pengeluaran dan deposit tanpa penalti.

Tetap

Sijil Deposit (SD)

Akaun di mana anda deposit jumlah wang tertentu untuk tempoh satu masa yang ditetapkan; jika anda mengeluarkan wang sebelum masa tamat, anda mungkin dikenakan penalti (kehilangan sebahagian wang yang dilaburkan). Apabila wang dilaburkan, ia akan menjana kadar pulangan tetap yang sederhana. Apabila masa yang diperuntukkan telah berlalu, anda akan mendapat pelaburan asal anda kembali, ditambah dengan faedah yang diperolehi.

Tetap

Bon

Satu pelaburan hutang di mana anda pada dasarnya meminjamkan wang anda kepada entiti atau organisasi untuk jumlah masa yang ditetapkan untuk menerima kadar pulangan yang dijangkakan. Apabila masa yang diperuntukkan telah berlalu, anda akan mendapat pelaburan asal anda kembali, ditambah dengan faedah yang diperolehi. Bon boleh dikeluarkan oleh kerajaan dan syarikat. Bergantung kepada organisasi yang mengeluarkannya, bon boleh dianggap berisiko rendah atau berisiko tinggi.

Tetap

Saham

Ini mewakili sebahagian dari pemilikan syarikat, dijual sebagai saham. Setiap saham mewakili sekeping pemilikan, jadi jika satu syarikat telah mengeluarkan 100,000 saham dan anda memiliki satu saham, anda memiliki 1/100,000 dari syarikat itu. Kadar pulangan bergantung kepada prestasi syarikat.

Berubah

Dana Bersama

Ini biasanya terdiri dari sekumpulan saham dan bon yang pelbagai. Dana ini diuruskan oleh seorang profesional. Dana bersama menyediakan cara yang mudah untuk mempelbagaikan pelaburan. Jika dana bersama mempunyai prestasi dengan baik, nilai pelaburan anda meningkat. Jika ia mempunyai prestasi buruk, nilai pelaburan anda berkurangan.

Berubah

Harta Tanah

Pelaburan pemilikan dalam harta tanah seperti rumah, apartment, atau bangunan komersial. Pulangan datang dalam bentuk pendapatan, peningkatan dalam nilai harta itu, atau kedua-duanya. Kerugian juga boleh berlaku atas banyak sebab, termasuk penurunan dalam nilai harta atau penyewa tidak membayar sewa atau merosakkan harta itu.

Berubah

Pemilikan Perniagaan

Pelaburan ini mewakili bahagian pemilikan dalam perniagaan milik persendirian. Pulangan bergantung kepada prestasi perniagaan.

Berubah

Cetak