Renung: Apakah beberapa perkara yang paling penting kepada anda?
Tonton: “Lakukan Perkara Yang Paling Penting,” terdapat di srs.lds.org/videos . (Tiada video? Baca muka surat 201 .)
Jika anda tidak dapat menonton video, baca skrip ini,
Pengisah : Sebuah pesawat terhempas di Florida satu malam yang gelap pada bulan Disember. Lebih 100 orang terbunuh. Ia berada hanya 20 batu dari keselamatan.
Presiden Dieter F. Uchtdorf : Selepas kemalangan itu, penyiasat cuba menentukan punca kemalangan. Gear pendaratan sesungguhnya telah diturunkan dengan betul. Pesawat itu dalam keadaan mekanikal yang sempurna. Semuanya berfungsi dengan betul—semua kecuali satu benda: satu lampu mentol terbakar. Lampu mentol kecil itu—bernilai kira-kira 20 sen—memulakan rantaian peristiwa yang akhirnya membawa kepada kematian tragis lebih 100 orang.
Sudah tentu, lampu mentol yang rosak tidak menyebabkan kemalangan itu; ia berlaku kerana anak-anak kapal telah memberikan tumpuan pada sesuatu yang seolah-olah lebih penting pada masa itu sehingga kehilangan penglihatan tentang apa yang paling penting.
Kecenderungan untuk memberi tumpuan kepada apa yang tidak penting sehingga mengabaikan apa yang paling penting bukan sahaja berlaku kepada juruterbang tetapi kepada semua orang. Kita semua berada dalam risiko ini. … Adakah pemikiran dan hati anda memberi tumpuan kepada perkara sekejap yang penting hanya dalam masa ini atau pada perkara yang paling penting?
(“We Are Doing a Great Work and Cannot Come Down,” Ensign atau Liahona, Mei 2009, 59, 60)
Kembali ke muka surat 200 .
Bincang: Apakah perkara yang tidak penting yang mengalihkan perhatian kita daripada terus maju? Bagaimana tatacara Injil boleh membantu kita?
Baca: Ajaran dan Perjanjian 84:20 dan petikan oleh Presiden Boyd K. Packer (sebelah kanan)
“Dalam tatacara-tatacara darinya, kuasa ketuhanan dinyatakan.”
Ajaran dan Perjanjian 84:20
“Tuhan akan memberkati kita apabila kita membuat kerja tatacara kudus bait suci. Berkat di sana tidak terhad kepada pelayanan bait suci kita. Kita akan diberkati dalam segala urusan kita. Kita akan layak untuk mempunyai Tuhan mengambil kepentingan dalam urusan rohani dan duniawi kita.”
Boyd K. Packer , The Holy Temple (1980), 182
Bincang: Apabila kita berusaha untuk keberdikarian, mengapakah ia penting untuk menjadi layak untuk bait suci?
Langkah 1: Dengan seorang pasangan, baca petikan oleh Elder Quentin L. Cook (sebelah kanan) dan tulisan suci berikut. Gariskan berkat yang dijanjikan bagi orang yang menyembah dalam bait suci.
“Kita harus mengkaji bahagian 109 dalam Ajaran dan Perjanjian dan mengikut teguran Presiden [Howard W.] Hunter “untuk menubuhkan bait suci Tuhan sebagai lambang keahlian [kita].’”
Quentin L. Cook , “Gambarkan Diri Sendiri Dalam Bait Suci,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 99; quoting Teachings of Presidents of the Church: Howard W. Hunter (2015), 178
“Oleh kerana itu, dalam tatacara-tatacara darinya, kuasa ketuhanan dinyatakan.” (A&P 84:20 ).
“Dan agar mereka boleh tumbuh di dalam Engkau, dan menerima kegenapan Roh Kudus, dan diatur menurut hukum-hukum-Mu, dan dipersiapkan untuk mendapatkan setiap hal yang diperlukan” (A&P 109:15 ).
“Dan ketika umat-Mu melanggar, siapa pun dari mereka, mereka bolehlah selekasnya bertaubat dan kembali kepada-Mu, dan berkenan dalam pandangan-Mu, dan dipulihkan kepada berkat-berkat yang telah Engkau tetapkan untuk dicurahkan ke atas mereka yang akan khidmat terhadap-Mu di dalam rumah-Mu” (A&P 109:21 ).
“Dan kami memohon kepada-Mu, Bapa Yang Kudus, agar para hamba-Mu boleh pergi dari rumah ini dipersenjatai dengan kuasa-Mu, dan agar nama-Mu boleh berada di atas diri mereka, dan kemuliaan-Mu ada di sekitar mereka, dan para malaikat-Mu memiliki tanggungjawab atas diri mereka” (A&P 109:22 ).
“Kami memohon kepada-Mu, Bapa Yang Kudus, … agar tidak ada senjata yang dibentuk melawan mereka akan berjaya” (A&P 109:24–25 ).
Langkah 2: Secara individu merenungkan, “Apakah yang saya perlu ubah dalam hidup saya untuk mengambil bahagian dalam tatacara bait suci lebih kerap?”
Mencipta Nota
Membuat Komitmen: Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan:
Jika anda mempunyai kad rekomen bait suci, tetapkan tarikh untuk pergi ke bait suci.
Jika anda tidak mempunyai kad rekomen bait suci, berjumpa dengan uskup atau presiden cabang anda untuk membincangkan bagaimana anda boleh bersedia untuk menerima tatacara bait suci anda.
Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang tatacara bait suci dengan keluarga atau kawan anda.