Renung: Mengapa Bapa Syurgawi membenarkan kita untuk menghadapi masalah dan cabaran?
Tonton: “Trak Yang Lebih Besar?” terdapat di srs.lds.org/videos . (Tiada video? Baca muka surat 73 .)
Jika anda tidak dapat menonton video, baca skrip ini,
Elder Dallin H. Oaks : Dua lelaki membentuk satu perkongsian. Mereka membina sebuah bangsal kecil di sebelah jalan raya yang sibuk. Mereka memperoleh sebuah trak dan memandu ia ke padang seorang petani, di mana mereka membeli satu trak penuh dengan tembikai untuk satu dolar satu tembikai. Mereka memandu trak yang penuh itu ke bangsal mereka melalui jalan raya, di mana mereka menjual tembikai mereka untuk satu dolar untuk satu tembikai. Mereka memandu kembali ke padang petani itu dan membeli satu lagi trak penuh dengan tembikai untuk satu dolar satu tembikai. Mengangkut tembikai itu ke tepi jalan, mereka sekali lagi menjual tembikai untuk satu dolar satu tembikai. Apabila mereka memandu kembali ke arah padang petani untuk mendapatkan satu lagi muatan tembikai, salah satu pasangan itu berkata kepada yang satu lagi, “Kita tidak membuat banyak wang dalam perniagaan ini, kan?” “Ya, kita tidak untung,” pasangan dia membalas. “Adakah kamu fikir kita perlu trak yang lebih besar?”
(“Focus and Priorities,“ Ensign, Mei 2001, 82)
Kembali ke muka surat 72 .
Bincang: Apakah masalah sebenar dalam cerita ini? Apakah pilihan yang ada untuk kedua-dua lelaki ini?
Baca: Ajaran dan Perjanjian 9:7–9 dan petikan oleh Elder Robert D. Hales (sebelah kanan)
“Lihatlah, kamu belum mengerti; kamu telah mengira bahawa Aku akan memberikannya kepadamu, ketika kamu tidak memikirkan kecuali untuk meminta dari-Ku.
“Tetapi, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa kamu mesti menelaahnya dalam fikiranmu; kemudian kamu mesti bertanya kepada-Ku apakah itu benar, dan jika itu benar Aku akan menyebabkan bahawa dadamu akan membara di dalam dirimu; oleh kerana itu, kamu akan merasakan bahawa itu benar.
“Tetapi jika itu tidak benar kamu tidak akan merasakan perasaan yang seperti itu, tetapi kamu akan merasakan suatu kehampaan fikiran yang akan menyebabkanmu melupakan apa yang salah itu.”
Ajaran dan Perjanjian 9:7-9
“Tuhan mengharapkan kita untuk membantu menyelesaikan masalah kita sendiri. … Kita adalah manusia yang berfikir, pandai berfikir. Kita mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti keperluan kita, untuk merancang, untuk menetapkan matlamat, dan untuk menyelesaikan masalah kita.”
Robert D. Hales , “Every Good Gift,” New Era, Ogos. 1983, 8, 9
Langkah 1: Pilih seorang rakan dan baca langkah-langkah di bawah.
Langkah 2: Pilih satu masalah yang anda hadapi dan tuliskan di bawah.
Mencipta Nota
Langkah 3: Aplikasikan setiap langkah untuk masalah anda.
Kenal pasti:
Kaji pilihan:
Mencipta Nota
Membuat keputusan dan bertindak:
Mencipta Nota
Baca:1 Nefi 17:51 dan 1 Nefi 18:2–3 (sebelah kanan)
“Dan sekarang, jika Tuhan memiliki kuasa yang demikian besar, dan telah mengerjakan demikian banyak mukjizat di kalangan anak-anak manusia, bagaimanakah Dia tidak dapat mengajarku, agar aku dapat membina sebuah kapal?”
“Sekarang aku, Nefi, tidak mengerjakan kayu-kayan itu menurut cara yang dipelajari oleh manusia, juga aku tidak membina kapal itu menurut cara manusia; tetapi aku membinakannya menurut cara yang Tuhan telah tunjukkan kepadaku; oleh kerana itu, ianya bukan menurut cara manusia.
Dan aku, Nefi, sering pergi ke gunung, dan aku sering berdoa kepada Tuhan; oleh kerana itu, Tuhan telah menunjukkan kepadaku banyak hal yang besar.”
Bincang: Bagaimanakah Nefi dapat membina sebuah kapal?
Membuat Komitmen: Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.
Bertindak ke atas langkah-langkah yang dibincangkan dalam aktiviti untuk mula menyelesaikan masalah anda. Ingat, janganlah berputus asa. Ia mengambil masa untuk menyelesaikan masalah dan membuat perubahan.
Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang menyelesaikan masalah dengan keluarga atau kawan anda.