Keberdikarian
Asas Saya: Menggunakan Masa dengan Bijaksana


Asas Saya: Menggunakan Masa dengan Bijaksana—Masa Maksimum: 20 Minit

Renung:Mengapa masa adalah satu kurniaan Tuhan paling besar?

Tonton:“Kurniaan Masa,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 91.)

Kurniaan Masa

Jika anda tidak dapat menonton video, pilih peranan dan baca skrip ini.

masih dari Kurniaan Masa

Kofi: Hello, Sister Benkosi. Apa khabar?

Sister Benkosi: Kamu okey, Kofi?

Kofi: Oh, Sister Benkosi. Saya sangat sibuk. Saya perlu bekerja, melayan dan membantu keluarga saya … dan kemudian bola sepak saya juga. Saya tiada masa!

Sister B.: Kofi, kamu mempunyai semua masa yang ada.

Kofi: Apa?

Sister B.: Anakku, Tuhan telah memberikan kita kurniaan yang besar—masa kita. Kita mesti lakukan apa yang paling penting.

Kofi: Tetapi bagaimana, Sister Benkosi? Kamu sentiasa boleh melakukan begitu banyak. Kamu telah berjaya dengan keluarga kamu, dengan perniagaan kamu. Kamu telah melayani dan memberkati ramai orang, seperti saya. Saya tidak tahu bagaimana kamu melakukannya.

Sister B.: Kamu benar-benar mahu tahu? Jika kamu duduk dan mendengar, saya akan memberitahu rahsia saya.

Setiap pagi saya bangun sebelum matahari terbit. Saya memakai pakaian dan membasuh muka dan tangan.

Saya membaca tulisan suci. Kemudian saya membuat senarai apa yang perlu saya lakukan hari itu.

Saya akan fikirkan siapakah yang harus saya layani. Saya berdoa untuk mengetahui kehendak Tuhan. Dan saya mendengar.

Kadang-kadang nama atau wajah orang datang ke minda. Saya menambahkan mereka ke senarai saya.

Kofi: Adakah itu cara kamu sentiasa tahu siapa yang memerlukan pelayanan kamu?

Sister B.: Betul, Kofi. Dan saya berdoa untuk kekuatan dan kebijaksanaan. Saya berdoa kepada Tuhan untuk “mentahbiskan prestasi [saya].” Ini dikatakan dalam 2 Nefi 32.

Saya berterima kasih kepada-Nya. Saya berjanji untuk melakukan yang terbaik. Saya meminta bahawa Dia akan melakukan apa yang saya tidak boleh lakukan.

Kemudian saya melihat senarai saya. Saya meletakkan 1 di tepi perkara yang paling penting, kemudian 2.

Kofi: Bagaimana kamu tahu keutamaannya?

Sister B.: Saya mendengar ketika saya berdoa! Kemudian saya pergi kerja. Saya melihat nombor 1 dan cuba untuk melakukannya dahulu, kemudiannya nombor 2.

Kadang-kadang perkara berubah. Roh Kudus memberitahu saya untuk melakukan sesuatu yang lain. Itu bagus.

Saya bekerja keras, tetapi saya mempunyai kedamaian. Saya tahu Tuhan akan menolong saya.

Jadi, dengan senarai saya dan Roh, saya lakukan apa yang penting, Kofi.

Kofi: Ini nampak mudah dan susah pada masa yang sama.

Sister B.: Kamu betul! Apabila saya akhirnya bersedia untuk tidur, saya berdoa. Saya melaporkan kepada Bapa Syurgawi. Saya memberitahu Dia bagaimana hari saya berjalan. Saya bertanya soalan-soalan. Saya bertanya apa yang saya boleh buat dengan lebih baik lagi. Saya mendengar. Saya sering merasakan kasih-Nya. Saya tahu Dia mengembangkan apa yang saya cuba lakukan. Kemudian saya mendapat kedamaian, Kofi, dan saya tidur.

Kofi: Itu sangat bagus, Mamma Benkosi. Saya mahu kedamaian ini. Saya mahu menggunakan masa saya. Saya mahu bekerja dan melayani dengan lebih baik.

Kembali ke muka surat 90.

Bincang:Apa yang anda telah pelajari daripada Sister Benkosi?

Baca:Alma 34:32 dan petikan oleh President Brigham Young (sebelah kanan)

Membuat Komitmen:Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan:

  • Amalkan langkah-langkah ini setiap hari untuk menggunakan masa anda dengan lebih bijak. Laporkan setiap malam kepada Bapa Syurgawi dalam doa anda.

  • Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang menggunakan masa dengan bijaksana dengan keluarga atau kawan.