Renung—Masa Maksimum: 5 Minit
Fikir secara individu tentang apa yang anda telah pelajari hari ini dan pertimbangkan apa yang Tuhan ingin anda lakukan. Baca ayat suci atau petikan di bawah dan tulis jawapan kepada soalan.
“Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, mengenai hutangmu—lihatlah adalah kehendak-Ku bahawa kamu hendaknya membayar seluruh hutangmu” (A&P 104:78).
Apakah perkara yang paling bermakna yang saya pelajari hari ini?
Apa yang akan saya lakukan sebagai hasil apa yang saya pelajari hari ini?