Bahagian 75
Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith di Amherst, Ohio, 25 Januari 1832. Bahagian ini meliputi dua wahyu berasingan (yang pertama di ayat 1 sehingga 22 dan kedua di ayat 23 sehingga 36) diberkan pada hari yang sama. Kejadiannya adalah sebuah persidangan yang Joseph Smith ditetapkan sebelumnya. Pada persidangan ini Joseph Smith disokong dan ditahbiskan sebagai Presiden Imamat Tinggi. Para penatua tertentu berhasrat untuk mempelajari tugas-tugas mereka. Wahyu ini menyusuli.
1–5, Para penatua yang setia yang mengkhutbahkan Injil akan memperoleh kehidupan abadi; 6–12, Berdoalah untuk menerima Penolong, yang mengajarkan segala hal; 13–22, Para penatua akan duduk dalam penghakiman mereka yang menolak pesanan mereka; 23–36, Keluarga-keluarga para penginjil harus menerima bantuan dari Gereja.
1 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, Aku yang berfirman bahkan melalui suara Roh-Ku, bahkan Alfa dan Omega, Tuhanmu dan Rajamu—
2 Dengarkanlah, Wahai kamu yang telah memberikan namamu untuk pergi memaklumkan Injil-Ku, dan untuk memangkas ladang anggur-Ku.
3 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu bahawa adalah kehendak-Ku bahawa kamu harus pergi dan tidak berlengah-lengah, tidak juga bermalas-malasan tetapi bekerja dengan dayamu—
4 Mengangkat suaramu bagaikan dengan suara sangkakala, memaklumkan kebenaran menurut wahyu dan perintah yang telah Aku berikan kepadamu.
5 Dan demikianlah, jika kamu setia kamu akan disaratkan dengan banyak berkasan gandum, dan dimahkotai dengan kehormatan, dan kemuliaan, dan kebaqaan, dan kehidupan abadi.
6 Oleh kerana itu, sesungguhnya Aku berfirman kepada hamba-Ku William E. McLellin, Aku menarik kembali kewenangan yang telah Aku berikan kepadanya untuk pergi ke negara-negara sebelah timur;
7 Dan Aku memberikan kepadanya sebuah kewenangan baru dan sebuah perintah baru, yang mana di dalamnya Aku, Tuhan, menegurnya kerana rungutan-rungutan hatinya;
8 Dan dia telah berdosa; walaupun demikian, Aku mengampuninya dan berfirman kepadanya lagi, Pergilah kamu ke negara-negara sebelah selatan.
9 Dan biarlah hamba-Ku Luke Johnson pergi bersamanya, dan memaklumkan hal-hal yang telah Aku perintahkan kepada mereka—
10 Memanggil nama Tuhan untuk Penolong, yang akan mengajarkan kepada mereka segala hal yang perlu bagi mereka—
11 Berdoa selalu agar mereka tidak lemah; dan sejauh mereka melakukan ini, Aku akan bersama-sama mereka bahkan sampai akhir.
12 Lihatlah, inilah kehendak Tuhan Rajamu tentang kamu. Demikianlah. Amin.
13 Dan lagi, sesungguhnya demikianlah firman Tuhan, biarlah hamba-Ku Orson Hyde dan hamba-Ku Samuel H. Smith melakukan perjalanan mereka ke negara-negara sebelah timur, dan memaklumkan hal-hal yang telah Aku perintahkan kepada mereka; dan sejauh mereka setia, lihatlah, Aku akan bersama mereka bahkan sampai akhir.
14 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepada hamba-Ku Lyman Johnson, dan kepada hamba-Ku Orson Pratt, mereka juga harus melakukan perjalanan mereka ke negara-negara sebelah timur; dan lihatlah, dan tengoklah, Aku juga bersama dengan mereka, bahkan sampai akhir.
15 Dan lagi, Aku berfirman kepada hamba-Ku Asa Dodds, dan kepada hamba-Ku Calves Wilson, bahawa mereka juga harus melakukan perjalanan mereka ke negara-negara sebelah barat, dan memaklumkan Injil-Ku, bahkan seperti yang telah Aku perintahkan kepada mereka.
16 Dan dia yang setia akan mengatasi segala hal, dan akan diangkat pada hari terakhir.
17 Dan lagi, Aku berfirman kepada hamba-Ku Major N. Ashley, dan hamba-Ku Burr Riggs, biarlah mereka melakukan perjalanan mereka juga ke negara sebelah selatan.
18 Ya, biarlah mereka semua melakukan perjalanan mereka, seperti yang telah Aku perintahkan kepada mereka, pergi dari rumah ke rumah, dan dari desa ke desa, dan dari kota ke kota.
19 Dan di dalam rumah apa pun yang kamu masuki, dan mereka menerimamu, tinggalkanlah berkatmu ke atas rumah itu.
20 Dan ke dalam rumah apa pun yang kamu masuki, dan mereka tidak menerimamu, kamu akan meninggalkan rumah itu dengan segera, dan mengibaskan debu dari kakimu sebagai suatu kesaksian terhadap mereka.
21 Dan kamu akan dipenuhi dengan kebahagiaan dan kegembiraan; dan ketahuilah ini, bahawa pada hari penghakiman kamu akan menjadi hakim pada rumah itu, dan menghukum mereka;
22 Dan adalah lebih baik lagi bagi orang kafir pada hari penghakiman, daripada rumah itu; oleh kerana itu, persiapkanlah dirimu dan setialah, dan kamu akan mengatasi segala hal, dan diangkat pada hari terakhir. Demikianlah. Amin.
23 Dan lagi, demikianlah firman Tuhan kepadamu, Wahai kamu para penatua Gereja-Ku, yang telah memberikan namamu agar kamu boleh mengetahui kehendak-Nya mengenai kamu—
24 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa adalah tugas gereja untuk membantu dalam menyara keluarga mereka, dan juga untuk menanggung keluarga mereka yang telah dipanggil dan mesti perlu diutuskan ke dunia untuk memaklumkan Injil kepada dunia.
25 Kerana itu, Aku, Tuhan, memberi kepadamu perintah ini, agar kamu mendapatkan tempat bagi keluargamu, sejauh saudara-saudaramu bersedia untuk membuka hati mereka.
26 Dan biarlah mereka semua yang dapat mendapatkan tempat bagi keluarga mereka, dan tanggungan gereja untuk mereka, tidak gagal untuk pergi ke dunia, sama ada ke timur atau ke barat, atau ke utara, atau ke selatan.
27 Biarlah mereka meminta dan mereka akan menerima, mengetuk dan akan dibukakan kepada mereka, dan diberitahukan dari syurga, bahkan oleh Penolong, ke mana mereka akan pergi.
28 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa setiap lelaki yang bertanggungjawab untuk menyara keluarganya sendiri, biarlah dia menyaranya, dan walau bagaimanapun dia tidak akan kehilangan mahkotanya; dan biarlah dia bekerja di dalam gereja.
29 Biarlah setiap orang tekun dalam segala hal. Dan pemalas tidak akan memperoleh tempat di dalam gereja, kecuali dia bertaubat dan memperbaiki caranya.
30 Kerana itu, biarlah hamba-Ku Simeon Carter dan hamba-Ku Emer Harris disatukan dalam pelayanan;
31 Dan juga hamba-Ku Ezra Thayre dan hamba-Ku Thomas B. Marsh;
32 Juga hamba-Ku Hyrum Smith dan hamba-Ku Reynolds Cahoon;
33 Dan juga hamba-Ku Daniel Stanton dan hamba-Ku Seymour Brunson;
34 Dan juga hamba-Ku Sylvester Smith dan hamba-Ku Gideon Carter;
35 Dan juga hamba-Ku Ruggles Eames dan hamba-Ku Stephen Burnett;
36 Dan juga hamba-Ku Micah B. Welton dan juga hamba-Ku Eden Smith. Demikianlah. Amin.