2010–2019
Mencari Kedamaian yang Bertahan dan Membina Keluarga yang Abadi
Oktober 2014


15:6

Mencari Kedamaian yang Bertahan dan Membina Keluarga yang Abadi

Injil Yesus Kristus berikan landasan di mana kita dapat menjumpai kedamaian yang bertahan dan membina unit-unit keluarga yang abadi.

Perjalanan kita melalui kehidupan ada tempoh-tempoh masa yang baik dan yang buruk. Setiap tempoh ada cabaran-cabaran yang berbeza. Bagaimana kita belajar untuk menyesuaikan diri kepada perubahan yang datang bergantung pada asas di mana kita membina asas kita. Injil Tuhan dan Juruselamat kita memberikan asas yang pasti dan kukuh. Ia dibina bahagian demi bahagian ketika kita mendapat pengetahuan mengenai rancangan abadi Tuhan untuk anak-anak-Nya. Juruselamat ialah Guru Besar. Kita mengikuti Dia.

Tulisan suci bersaksi akan Dia dan memberikan teladan kesolehan yang sempurna untuk kita ikuti. Saya telah berkongsi dengan badan Gereja di persidangan yang lalu bahawa saya mempunyai banyak buku catatan yang ibu saya gunakan untuk mencatat hal-hal yang dia gunakan untuk mempersiapkan pelajaran-pelajaran Lembaga Pertolongan. Nota-nota itu sepenting masa kini seperti masa yang lalu. Salah satu nota ialah petikan yang ditulis pada tahun 1908 oleh Charles Edward Jefferson mengenai watak Yesus Kristus. Inilah petikan itu:

“Untuk menjadi seorang Kristian adalah untuk mengagumi Yesus dengan begitu sungguh dan rajin sehingga seluruh kehidupan kita diberikan kepada Dia ketika kita berusaha menjadi seperti Dia.

“... Kita dapat mengenali dia melalui kata-kata yang Dia ucapkan, melalui tindakan-tindakan yang Dia lakukan, dan juga melalui kata-kata yang Dia tidak ucapkan. Kita dapat mengenali Dia juga oleh kesan yang Dia buat, pertama, pada kawan-kawan dia dan yang kedua, pada musuh-musuh dia, dan yang ketiga pada orang lain yang hidup pada masa dia.

“Salah satu perkara dari kehidupan abad kedua puluh adalah ketidakpuasan [dan permasalahan]. ...

“... Dunia sedang mencari sesuatu untuk memuaskan hati, tetapi mereka tidak tahu apa yang mereka mencari. Kekayaan telah datang, ... [dan] dunia dipenuhi dengan ... ciptaan kemahiran dan genius manusia, tetapi kita [masih] resah, tidak puas hati, [dan] bimbang. ... [Jika kita membuka] Perjanjian Baru [kita akan menjumpai kata-kata ini], ‘Marilah kepada-Ku dan Aku akan memberi kelegaan kepadamu, Akulah roti hidup, Akulah Terang dunia, Barangsiapa haus, baiklah dia datang kepada-Ku dan minum, Damai sejahtera Kutinggalkan bagimu, Kamu akan menerima kuasa, Hatimu akan bergembira’” (The Character of Jesus [1908], 7, 11, 15–16).

Seterusnya, lelaki dan perempuan dipengaruhi sebahagiannya oleh orang dalam kehidupan mereka. Orang yang mereka hormati ikuti juga mempengaruhi mereka. Yesus ialah Teladan yang terbesar. Satu-satunya cara untuk mencari kedamaian yang bertahan adalah untuk memandang kepada Dia dan hidup.

Apakah tentang Yesus adalah penting untuk kita pelajari?

“Para penulis Perjanjian Baru ... tidak mempedulikan ketinggian [Yesus], baju yang dia pakai atau rumah-rumah yang dia diami. ... Dia dilahirkan di kandang kuda, kerja di kedai tukang kayu, mengajar selama tiga tahun, dan mati pada salib. ... Perjanjian Baru ditulis oleh orang yang sangat ingin agar kita ... memberi tumpuan kepada [Dia]” (The Character of Jesus, 21–22) dengan kepastian bahawa Dia betul-betul ialah Putera Tuhan, Juruselamat dan Penebus dunia.

Saya percaya bahawa salah satu perumpamaan Juruselamat terutamanya dapat diaplikasikan pada masa kini.

Perumpamaan itu ada di Matius pasal 13, di mana kita membaca:

“Tetapi pada waktu semua orang tidur, datanglah musuhnya menaburkan benih lalang di antara gandum itu, lalu pergi.

“Ketika gandum itu tumbuh dan mulai berbulir, nampak jugalah lalang itu.

“Maka datanglah pelayan-pelayan tuan ladang itu kepadanya dan berkata: Tuan, bukankah benih baik, yang tuan taburkan di ladang tuan? Dari manakah lalang itu?

“Jawab tuan itu: Seorang musuh yang melakukannya. Lalu berkatalah pelayan-pelayan itu kepadanya: Jadi mahukah tuan supaya kami pergi mencabut lalang itu?

“Tetapi ia berkata: Jangan, sebab mungkin gandum itu ikut tercabut pada waktu kamu mencabut lalang itu.

“Biarkanlah keduanya tumbuh bersama sampai waktu menuai. Pada waktu itu aku akan berkata kepada para penuai: Kumpulkanlah dahulu lalang itu dan ikatlah dalam berkas untuk dibakar; kemudian kumpulkanlah gandum itu ke dalam lumbungku” (ayat 25–30).

Musuh manusia itu telah mendapat sebanyak mungkin cara untuk menyebarkan benih lalang di merata-rata tempat. Dia telah mencari cara untuk memasukkan lalang bahkan ke dalam rumah kita. Cara-cara yang jahat dan duniawi telah menjadi begitu tersebar sehingga nampaknya tidak ada cara untuk menyingkirkan semuanya. Cara-cara duniawi datang melalui wayar dan melalui udara ke dalam alat-alat yang telah kita ciptakan untuk mengajar dan menghiburkan kita. Gandum dan lalang telah saling mendekat. Seseorang yang bertanggungjawab atas pengurusan padang mesti, dengan semua kuasanya, menyuburkan hal yang baik dan menjadikannya begitu kuat dan indah sehingga lalang-lalang tidak akan menarik minat dari mata atau telinga. Kita sangat diberkati sebagai ahli-ahli Gereja Tuhan untuk mempunyai injil Tuhan dan Juruselamat kita sebagai asas yang di atasnya kita dapat membina kehidupan kita.

Dari Kitab Mormon di 2 Nefi kita membaca: “Kerana lihatlah, sekali lagi aku berkata kepadamu bahawa jika kamu akan masuk ke dalam melalui jalan itu, dan menerima Roh Kudus, ia akan memperlihatkan kepadamu segalanya yang kamu harus lakukan” (2 Nephi 32:5).

Kita harus jangan pernah membiarkan pengaruh dunia menguasai dan mengalahkan suara yang tenang lembut itu.

Kita pastinya telah diberi peringatan mengenai peristiwa-peristiwa yang kita akan menghadapi pada masa kita. Cabaran kita akan menjadi bagaimana kita bersedia untuk peristiwa-peristiwa yang sudah Tuhan firman yang pasti akan datang.

Ramai dalam masyarakat kita yang penuh risau faham bahawa pecah belah keluarga hanya akan bawkana kesengsaraan dan ketidakharapan ke dalam dunia yang bimbang. Sebagai ahli Gereja, kita bertanggungjawab untuk mengekalkan dan melindungi keluarga sebagai unit dasar masyarakat dan keabadian. Para nabi telah memperingatkan dan memperingatkan sebelumnya tentang akibat yang pasti dan yang memusnahkan dari kemerosotan nilai-nilai keluarga.

Ketika dunia terus tengok kita, kita patut pasti bahawa teladan kita akan menyokong rancangan yang telah Tuhan rancang untuk anak-anak-Nya dalam kefanaan. Pengajaran yang terbesar mesti dilakukan oleh teladan yang soleh. Rumah-rumah kita mesti menjadi tempat yang kudus untuk berdiri teguh terhadap tekanan-tekanan dunia. Ingatlah bahawa berkat-berkat Tuhan yang terbesar datang melalui dan diberikan kepada keluarga-keluarga yang soleh.

Kita mesti terus menilai perbuatan kita sebagai ibu bapa dengan teliti. Pengajaran yang paling berkuasa yang seorang anak akan menerima akan datang dari para ibu bapa yang berprihatin dan yang soleh. Mari kita menengok peranan ibu. Dengarlah petikan ini dari Presiden Gordon B. Hinckley:

“Perempuan yang membuat rumah suatu tempat kasih dan perlindungan membuat pemberian yang jauh lebih besar kepada masyarakat daripada mereka yang memerintah tentera besar atau yang menjadi kepala sesuatu syarikat besar. Siapa dapat meletakkan nilai pengaruhan yang seorang ibu ada pada anak-anak, seorang nenek pada keturunannya, atau emak saudara dan kakak pada keluarga mereka?

“Kita tidak dapat mengukur atau mengira pengaruhan perempuan yang membina kehidupan keluarga yang stabil dan memelihara generasi-generasi yang akan datang demi kebaikan yang tidak terakhir. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh perempuan generasi ini akan mempunyai akibat-akibat yang abadi. Saya ingin mencadangkan bahawa para ibu masa kini tidak ada kesempatan yang lebih besar dan tidak ada cabaran yang lebih serius daripada melakukan sedaya upaya mereka untuk memperkukuhkan rumah tangga” (Standing for Something: 10 Neglected Virtues That Will Heal Our Hearts and Homes [2000], 152).

Sekarang mari kita tengok peranan seorang bapa dalam hidup kita:

Para bapa memberi berkat dan melaksanakan tatacara-tatacara suci untuk anak-anak mereka. Hal-hal ini akan menjadi kemuncak-kemuncak rohani dalam kehidupan mereka.

Para bapa memimpin doa keluarga, membaca tulisan suci setiap hari, dan malam keluarga setiap minggu.

Para bapa mendirikan tradisi keluarga dengan membantu merancang lawatan percutian dan perjalanan yang akan melibatkan semua ahli keluarga. Kenangan masa-masa yang istimewa ini tidak akan pernah dilupakan oleh anak-anak mereka.

Para bapa bercakap dengan anak-anak mereka satu-satu dan mengajar mereka asas-asas injil.

Para bapa mengajar anak lelaki dan anak perempuan nilai kerja dan tolong mendirikan matlamat-matlamat yang layak dalam hidup mereka sendiri.

Para bapa menjadi teladan tentang pelayanan injil yang setia.

Ingatlah, saudara-saudara, panggilan anda sebagai bapa di Israel—panggilan anda yang paling penting dalam masa dan keabadian—panggilan dari mana anda tidak akan dilepaskan.

Banyak tahun yang lalu di persidangan-persidangan pancang, kami mempertunjukkan sedutan filem untuk menunjukkan tema pesanan yang kami sampaikan. Selama satu tahun, ketika kami pergi ke banyak tempat Gereja untuk kunjungan persidangan pancang yang ditugaskan, kami menjadi biasa dengan kandungan filem itu. Kamir hampir dapat memetik keseluruhan filem itu dari hafalan. Saya masih ingat pesanan filem itu sampai sekarang. Filem itu diceritakan oleh Presiden Harold B. Lee dan memberi kisah tentang kejadian di rumah anak perempuannya. Inilah cerita:

Pada satu malam seorang ibu rumah sangat sibuk berusaha membotolkan buah. Akhirnya anak-anak sedia tidur dan semuanya tenang. Barulah dia dapat membotolkan buah. Ketika dia bermula mengelupaskan buah, dua anak lelaki kecil masuk ke dapur dan kata bahawa mereka sedia untuk doa malam.

Oleh kerana dia tidak ingin diganggu, ibu cepat berkata kepada anak-anak, “Boleh kamu berdoa sendiri malam ini, dan Ibu akan terus kerja dengan buah?”

Anak yang lebih tua enggan pergi dan tanya, “Apakah yang paling penting, doa atau buah?” (Lihat Teachings of Presidents of the Church Harold B. Lee [2000], 143–44.)

Kadang-kadang kita berada dalam keadaan apabila kita mempunyai kesempatan untuk mengajar anak-anak satu pelajaran yang mengakibatkan kesan yang bertahan dalam hidupnya yang muda. Memang doa lebih penting daripada buah. Seorang ibu atau bapa patut jangan terlalu sibuk untuk menggunakan kesempatan dalam hidup anak apabila pelajaran yang penting dapat diajar.

Saya yakin bahawa tidak pernah ada tempoh masa dalam kehidupan saya apabila anak-anak Bapa kita di Syurga telah perlu pengaruhan bimbingan ibu bapa yang setia dan rajin lebih daripada sekarang. Kita ada warisan yang besar dan mulia dari ibu bapa yang mengorbankan hampir semua milikan mereka untuk mencari tempat di mana mereka dapat membesarkan keluarga mereka dengan iman dan keberanian supaya generasi berikut akan mempunyai kesempatan yang lebih besar. Kita mesti cari dalam diri kita ketekadan itu dan mengatasi cabaran-cabaran yang kita hadapi dengan sikap pengorbanan yang sama. Kita mesti menanamkan dalam generasi yang akan datang pergantungan yang lebih kuat pada ajaran-ajaran Tuhan dan Juruselamat kita.

“Dan sekarang, anak-anakku, ingatlah, ingatlah bahawa adalah di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina landasanmu; agar ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya panahan petirnya dalam puting beliung, ya, ketika semua hujan batunya dan badainya yang kuat akan melanda ke atas dirimu, ia tidak akan berkuasa ke atas dirimu untuk menyeretmu turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir, kerana di atas batu yang kamu dibangunkan, yang merupakan suatu landasan yang kukuh, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh” (Helaman 5:12).

Injil Yesus Kristus berikan landasan di mana kita dapat menjumpai kedamaian yang bertahan dan membina unit-unit keluarga yang abadi. Saya bersaksi dalam nama Tuhan dan Juruselamat kita, bahkan Yesus Kristus, amin.