2010–2019
Bebas Selamanya, Untuk Bertindak Bagi Diri
Oktober 2014


14:51

Bebas Selamanya, Untuk Bertindak Bagi Diri

Adalah kehendak Tuhan agar kita semua bebas untuk bangkit ke potensi sepenuhnya secara duniawi dan rohani.

Lakonan William Shakespeare The Life of King Henry V termasuk senario malam di khemah askar Inggeris di Agincourt sebelum peperangan dengan tentera Perancis. Dalam lampu kelam dan samaran separa, Raja Henry mengembara tanpa dikenali oleh angkatan tenteranya. Dia bercakap dengan mereka, cuba menduga iman angkatannya yang sangat berkurangan, dan kerana mereka tidak mengenalinya, mereka menjawab dengan tulus. Ketika berbicara, mereka berfalsafah mengenai siapa yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada mereka ketika peperangan – raja atau askar itu sendiri secara individu.

Di satu ketika Raja Henry mengumumkan, “Saya rasa saya dapat mati dengan puas dalam angkatan raja; kerana puncanya adil.”

Michael Williams membalas, “Itu melebihi apa yang kami tahu.”

Rakannya setuju, “Ya, atau lebih daripada apa yang kami patut cari; kerana kami tahu secukupnya, kami tahu kami rakyat raja: jika punca dia salah, kepatuhan kami terhadap raja mengesat jenayah tersebut daripada kami.”

William menambah, “Jika punca itu tidak baik, raja itu sendiri mempunyai pengiraan berat yang perlu ditanggung.”

Tidak menghairankanlah, Raja Henry melawan “Kewajiban setiap rakyat kepunyaan raja; tetapi setiap roh rakyat kepunyaan dirinya sendiri.”1

Shakespeare tidak cuba untuk memutuskan perdebatan dalam lakonan, dan dari segi satu atau yang lain ia merupakan satu perdebatan yang berterusan sehinggalah masa kini – siapakah yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam hidup kita?

Apabila pekara buruk berlaku, kita berkecenderungan untuk menuduh orang lain atau juga Tuhan. Kadang kala perasaan berhak timbul, dan individu-individu atau kumpulan-kumpulan akan cuba mengalih tanggungjawab kebajikkan mereka kepada orang lain atau kepada kerajaan. Dalam pekara rohani ada yang sangka lelaki dan perempuan tidak perlu berupaya untuk pembaikan diri – kerana Tuhan sayangi dan menyelamatkan kita “seperti sedia ada.”

Namun Tuhan berniatkan anak-anak-Nya berlaku berkadaran dengan hak pilihan moral yang telah diberi oleh Dia, “agar setiap orang boleh bertanggungjawab atas dosa-dosanya sendiri pada hari penghakiman.”2 Adalah rancangan dan kehendak- Nya agar kita punyai peranan prinsip membuat keputusan dalam drama kehidupan kita. Tuhan tidak akan menjalankan hidup untuk kita ataupun mengawal kita bagaikan patung, sepertimana Lusifer ingin lakukan suatu ketika dahulu. Juga Nabi-Nya tidak akan menerima peranan sebagai dalang pengganti Tuhan. Brigham Young menyatakan: “Saya tidak inginkan sesiapa ahli gereja di dunia, atau di syurga, untuk berpuas hati dengan apa jua saya lakukan, kecuali Roh Tuhan Yesus Kristus, roh pengwahyuan, menjadikan mereka puas hati. Saya ingin mereka tahu dan faham untuk diri sendiri.”3

Oleh itu Tuhan tidak akan menyelamatkan kita “sedia ada,” pertama, kerana “sedia ada” kita adalah kotor, dan “tidak ada sesuatu yang tidak bersih dapat berdiam … di hadirat Nya; karena, dalam bahasa Adam, Manusia Kekudusan adalah nama-Nya, dan nama Anak Tunggal-Nya adalah Putera Manusia [Kekudusan].”4 Kedua, Tuhan tidak akan membuat kita melakukan sesuatu yang kita tidak pilih. Dengan ikhlas Dia sayangi kita, dan kerana Dia sayangi kita, Dia tidak memaksa atau meninggalkan kita. Dia membantu dan membimbing kita. Sememangnya, manifestasi kasih sayang sebenarnya ialah perintah-perintah- Nya.

Kita patut (dan kita perlu) bergembira dalam rancangan tertakdir Tuhan yang membenarkan kita membuat pilihan untuk bertindak dan mengalami akibat, atau seperti ayat suci menerangkan, untuk “mengenyam yang pahit, agar [mereka] boleh tahu untuk menghargai yang baik.”5 Kita bersyukur selamanya kerana Korban Tebusan Juruselamat mengatasi dosa pertama supaya kita dapat dilahirkan di dunia ini tanpa perlu dihukum kerana kesalahan Adam.6 Setelah diselamatkan dari Kejatuhan, kita memulakan kehidupan tanpa dosa sebelum Tuhan dan “menjadi bebas selamanya, mengetahui yang baik daripada yang jahat; untuk bertindak bagi diri mereka [sendiri] dan bukannya ditindaki.”7 Kita boleh memilih untuk menjadi apa jua kita inginkan, dan dengan bantuan Tuhan, menjadi sempurna seperti Dia.8

Injil Yesus Kristus membuka jalan ke apa yang kita boleh lakukan. Melalui Korban Tebusan Yesus Kristus dan rahmat-Nya, kegagalan kita untuk mengikuti perintah selestial dengan sempurna dan sentiasa di duniawi boleh dipadam dan kita boleh mengembangkan ciri-ciri Kristus dan disucikan. Tetapi, Keadilan menuntut, semua ini tidak berlaku jika kita tidak menyetujui dan melibatkan diri. Ini sentiasanya. Kehadiran kita di dunia sebagai makhluk fizikal ialah akibat pilihan kita sendiri untuk terlibat dalam rancangan Bapa Syurgawi.9 Oleh itu, penyelamatan bukanlah hanya sesuatu yang bergantung dengan dorongan hati ketuhanan, tetapi tidak juga berlaku dengan hanya keiginan ketuhanan sahaja.10

Keadilan ialah satu ciri utama Tuhan. Kita peroleh iman terhadap Tuhan kerana Dia boleh dipercayai dengan sempurna. Ayat suci mengajar kita bahawa “Tuhan tidak berjalan di jalan yang berliku-liku, tidak juga Dia berbelok kanan tidak juga ke kiri, tidak juga Dia berubah dari apa yang telah Dia firmankan, oleh kerana itu jalan-Nya adalah lurus, dan lintasan-Nya adalah satu lingkaran kekal”11 dan bahawa “Tuhan memperlakukan semua orang sama: orang yang takut kepada Tuhan dan berbuat yang benar, orang itu diterima Tuhan, tidak peduli ia dari bangsa apa.”12 Kita bergantung kepada kualiti ketuhanan yang adil untuk iman, keberanian dan harapan.

Akibat menjadi pengadil yang sempurna, terdapat beberapa pekara yang Tuhan tidak boleh lakukan. Dia tidak boleh dengan sesuka hati menyelamat dan membuang yang lain. Dia “tidak dapat memandang dosa dengan tingkat pekenaan yang paling kecil.”13 Dia tidak boleh membenarkan rahmat merampas keadilan.14

Ia ialah bukti kukuh keadilan- Nya bahawa Tuhan telah menempa prinsip sahabat kerahmatan. Ini kerana Dia adil dan Dia telah mencipta cara di mana belas kasihan memainkan peranan yang sangat penting dalam takdir kekal kita. Oleh demikian, “keadilan menjalankan semua tuntutannya, dan juga belas kasihan menuntut semua yang adalah miliknya.”15

Kita tahu bahawa “penderitaan dan kematian dari Dia yang tak berdosa, kepada siapa Engkau sangat berkenan;  … darah PuteraMu yang telah ditumpahkan”16 yang memuaskan tuntutan keadilan, menghulur belas kasihan, dan menyelamat kita.17 Namun demikian, “menurut keadilan, rancangan penebusan tidak dapat dilaksanakan, kecuali dengan syarat pertaubatan.18 Adalah keperluan dan peluang untuk pertaubatan yang membenarkan belas kasihan dilaksanakan tanpa memijak keadilan.

Kristus mati bukan untuk menyelamat yang terpilih tetapi untuk menawar pertaubatan. Kita bergantung “sepenuhnya pada jasa Dia yang perkasa untuk menyelamatkan”19 dalam proses pertaubatan, tetapi berlaku untuk pertaubatan adalah keiinginan diri untuk bertukar. Oleh itu dengan membuatkan pertaubatan suatu syarat untuk menerima kurniaan belas kasihan, Tuhan membenarkan kita bertanggungjawab atas diri. Pertaubatan menghormati dan menyokong hak pilihan moral kita: “Dan demikianlah belas kasihan dapat memuaskan tuntutan keadilan, dan mengelilingi mereka dalam lengan penyelamatan, sementara dia yang tidak menjalankan iman menuju pertaubatan terdedah kepada seluruh hukum tuntutan keadilan; oleh itu hanya kepada dia yang memiliki iman menuju pertaubatan didatangkan rancangan penebusan yang agung dan abadi.” 20

Menyalahfaham keadilan dan belas kasihan Tuhan ialah satu pekara; menafi kewujudan atau keunggulan Tuhan ialah pekara lain, tetapi kedua-dua akan menyebabkan kita kurang menerima – kadang kala sangat berkurangan – dari potensi ketuhanan sepenuh kita. Tuhan yang tidak menuntut adalah seperti Tuhan yang tidak wujud. Dunia tanpa Tuhan, Tuhan hidup yang menentukan hukum-hukum moral untuk memerintah dan menyempurnakan anak-anak -Nya, jugalah dunia yang tidak mempunyai kebenaran atau keadilan. Ia ialah dunia di mana perbandingan moral memerintah dengan agung.

Perbandingannya bermaksud setiap orang mempunyai hak kuasa sendiri yang tertinggi. Namun, bukan semua yang menafikan Tuhan sahaja melanggani falsafah ini. Mereka percayai Tuhan tetapi masih percaya diri yang menentukan betul dan salah. Seorang pemuda meluahkan sebegini: “Saya tidak boleh mengatakan agama Hindu salah atau agama Katolik salah atau penganut Episcopal salah – saya rasa ia bergantung kepada apa yang kamu percaya,  … bagi saya tiada betul atau salah.”21 Seorang lagi, apabila ditanya asas kepercayaan agamanya, menjawab: “Bagi saya – keputusannya sedemikian. Bagaimanakah ia terdapat kuasa dalam apa yang kamu percaya? Seseorang mungkin memaksa kamu untuk percaya ini, tetapi kamu tidak boleh memaksa diri untuk percaya dalam apa-apa pun. Paksaan bukanlah pilihan.”22

Kepada mereka yang percaya apa jua atau semua mungkin benar, deklarasi objektif, tetap, dan kebenaran universal rasa seperti paksaan – “Saya tidak patut dipaksa untuk percaya sesuatu yang benar tetapi tidak disukai.” Tetapi ia tidak mengubah realiti. Marah terhadap hukum graviti tidak akan menghindari seseorang daripada jatuh jika dia terjun dari terbing tinggi. Samalah seperti hukum kekal dan keadilan. Kebebasan diperoleh bukanlah dengan menentangnya tetapi dengan mengaplikasikannya. Itulah dasarnya kuasa Tuhan sendiri. Jika bukan kerana realiti tetap dan kebenaran yang tidak boleh dibisukan, kurniaan hak memilih akan hilang maksudnya kerana kita tidak akan dapat melihat dan merasai akibat pilihan kita. Seperti yang diluahkan Lehi: “Dan jika kamu akan berkata tiada hukum, kamu juga akan berkata tiada dosa. Jika kamu akan berkata tiada dosa, kamu juga akan berkata tiada kesolehan. Dan jika tiada kesolehan, tiadalah kebahagiaan. Dan jika tiada kesolehan dan kebahagiaan, tiadalah hukuman atau kegetiran. Dan jika hal-hal ini tidak wujud, tiadalah Tuhan. Dan jika tiada Tuhan, kita tidak wujud, tidak juga bumi; kerana tidak mungkin ada penciptaan apa pun, tidak juga untuk bertindak atau ditindaki; oleh kerana itu, segalanya mesti lenyap.”23

Dalam pekara duniawi dan rohani, peluang untuk tanggungjawab peribadi ialah kurniaan Tuhan di mana tanpanya kita tidak boleh sedari potensi penuh kita sebagai putera dan puteri Tuhan. Pertanggunjawaban peribadi menjadi hak dan kewajipan yang perlu sentiasa dipertahankan; ia sering ditentang sejak sebelum Penciptaan. Kita mesti mempertahankan pertanggunjawaban daripada orang dan program-program yang akan (walau dengan niat yang baik) membuat kita tertanggung. Dan kita mesti mempertahankannya daripada kecenderungan kita untuk mengelak kerja yang diperlukan untuk memupuk bakat, kebolehan, dan ciri-ciri Kristus.

Terdapat sebuah cerita mengenai seorang lelaki yang tidak boleh kerja. Dia ingin dijaga dalam apa jua pekara. Dalam pemikiran dia, Gereja atau kerajaan, atau kedua-duanya, terhutang kepada kehidupannya kerana dia telah membayar cukai dan persepuluhan. Dia tidak punyai apa untuk makan tetapi tidak ingin bekerja untuk menjaga dirinya sendiri. Mereka yang membantunya putus asa dan jijik, memutuskan kerana dia tidak ingin membantu diri, mereka harus bawanya ke tanah perkuburan dan biarkan dia di sana. Dalam perjalanan ke tanah perkuburan, seorang lelaki berkata, “Kita tidak boleh berbuat demikian. Saya ada jagung saya akan beri kepadanya.”

Mereka menerangkan kepada lelaki tersebut dan dia bertanya, “Sudahkah jagung itu dikopek kulit luarnya?”

Mereka menjawab, “Tidak.”

“Kalau begitu,” dia berkata, “teruskan perjalanan.”

Adalah kehendak Tuhan agar kita menjadi lelaki dan perempuan bebas yang boleh berkembang untuk mencapai potensi penuh secara duniawi dan rohani, agar kita bebas daripada keterhadan kemiskinan yang memalukan dan penghambaan dosa, agar kita menikmati kehormatan diri dan kemerdekaan, agar kita bersiap dalam semua pekara untuk bersatu dengan Dia di kerajaan selestial-Nya.

Saya tidak percaya ini boleh dicapai dengan usaha kita sendiri tanpa bantuan- Nya yang kukuh dan tetap. “Kita tahu bahawa melalui rahmat kita diselamatkan, setelah kita melaksanakan sebaik mampu.”24 Kita tidak perlu capai suatu tahap minimum kemampuan atau kebaikan sebelum boleh mendapat bantuan Tuhan. Tetapi saya tahu selain keinginan-Nya untuk membantu, kita perlu giat diri, bertaubat, dan pilih Tuhan kerana Dia boleh membantu kita untuk menjalankan hidup yang selari dengan keadilan dan hak pilihan moral. Permohonan saya adalah hanya mengambil tanggungjawab dan bekerjalah supaya Tuhan boleh membantu.

Saya bersaksi bahawa Tuhan Bapa kita hidup, Anak-Nya, Yesus Kristus, Juruselamat kita, dan Roh Kudus terdapat dalam kita. Keinginan mereka untuk membantu kita adalah pasti, dan kemampuan Mereka untuk berlaku demikian adalah tidak terbatas. Marilah “_bangunlah dan bangkit dari debu, … agar penjanjian Bapa yang Abadi yang telah dia buat kepadamu dapat digenapi.”25 Dalam nama Yesus Kristus, amin.