2010–2019
Mendukung Para Nabi
Oktober 2014


15:20

Mendukung Para Nabi

Dukungan kita kepada nabi ialah satu komitmen peribadi bahawa kita akan mendukung tugas nabi dengan sedaya upaya.

Presiden Eyring, kami berterima kasih ke atas pesanan kamu yang penuh dengan arahan dan yang mengilhamkan. Saudara saudari sekalian, kami berterima kasih ke atas iman dan kesetiaan kamu. Semalam, kami dijemput untuk mendukung Thomas S. Monson sebagai nabi Tuhan dan presiden Gereja Tuhan. Dan kita selalu menyanyi “Tuhan, Kami Bersyukur Ke Atas Seorang nabi.”1 Adakah kita benar-benarnya faham maksud ini? Gambarlah hak istimewa yang sudah Tuhan berikan kepada kita untuk mendukung nabi-Nya, nasihat nabi ini suci, tulen, dan tidak dipengaruhi oleh aspirasi peribadi, dan benar!

Bagaimana kita mendukung seorang nabi? Sebelum dia menjadi Presiden Gereja, Presiden Joseph F. menjelas, “Ini satu tanggungjawab penting Orang-orang Suci …  mendukung kuasa perintah Gereja, bukan sahaja dengan mengangkat tangan, iaitu satu pertunjukan fizikal sahaja, tetapi juga dalam tindakan .”2

Saya ingat tindakan yang paling unik saya untuk mendukung seorang nabi. Sebagai seorang doktor bedah jantung, saya bertanggungjawab untuk melakukan satu pembedahan jantung untuk Presiden Spencer W. Kimball pada tahun 1972, apabila dia seorang Pemangku Presiden Kuorum Dua Belas Rasul. Dia perlukan satu pembedahan yang rumit. Tetapi saya tidak pernah lakukan pembedahan itu untuk seorang pesakit jantung yang berumur 77 tahun. Saya tidak merekemenkan pembedahan itu dan beritahu Presiden Kimball dan Presidensi Utama. Tetapi, dengan beriman, Presiden Kimball memilih untuk terus dengan pembedahan itu, kerana dia dinasihat oleh Presidensi Utama. Ini menunjukkan bagaimana dia mendukung pemimpinnya! Dan keputusan itu menakutkan saya!

Saya bersyukur kepada Tuhan bahawa pembedahan itu berjaya. Apabila jantung Presiden Kimball berdegup, ia berdegup dengan kuat! Pada saat itu, saya dapat satu kesaksian Roh yang jelas bahawa dia akan menjadi Presiden Gereja suatu hari! 3

Kamu tahu tentang apa yang berlaku kemudian. Hanya selepas 20 bulan kemudian, Presiden Kimball menjadi Presiden Gereja. Dia berikan kepimpinan yang berani buat banyak tahun.

Semenjak itu kita sudah mendukung Presiden Ezra Taft Benson, Howard W. Hunter, Gordon B. Hinckley, dan sekarang Thomas S. Monson sebagai Presiden Gereja, nabi yang benar!

Saudara saudariku, Pemulihan sudah pecahkan mitos bahawa Tuhan sudah henti berucap kepada anak-anak-Nya. Ini adalah tidak benar. Seorang nabi memimpin Gereja Tuhan dalam semua zaman keagamaan, dari Adam ke hari ini.4 Nabi bersaksi tentang Yesus Kristus--tentang keTuhanan-Nya dan misi serta pemerintahan-Nya pada bumi.5 Kita menghormati Nabi Joseph Smith sebagai nabi zaman keagamaan terakhir ini. Dan kita menghormati semua Presiden Gereja selepas dia.

Apabila kita mendukung nabi dan pemimpin lain,6 kita aktifkan hukum persetujuan bersama, kerana Tuhan berfirman: “Tidak akan diberikan kepada siapa pun untuk pergi mengkhutbahkan injil-ku, atau untuk membangun gereja-ku, kecuali dia ditahbiskan oleh seseorang yang memiliki wewenang, dan diketahui oleh gereja bahawa dia memiliki wewenang dan telah secara rasmi ditahbiskan oleh kepala gereja.”7

Ini berikan kita, ahli Gereja Tuhan, keyakinan dan iman semasa kita berusaha untuk mematuhi perintah untuk mendengar suara Tuhan8 apabila ia datang dari suara hamba-Nya, iaitu nabi..9 Semua pemimpin Gereja Tuhan dipanggil oleh wewenang yang sesuai. Tiada seorang nabi atau pemimpin Gereja ini, memanggil diri sendiri. Tidak ada nabi yang dipilih oleh orang. Tuhan jelaskan hal ini apabial Dia berfirman, “Kamu tidak memilih Aku. Akulah yang memilih kamu dan menugaskan kamu.”10 Kita tidak berundi untuk memilih pemimpin Gereja. Kita berhak istimewa untuk mendukung mereka.

Cara Tuhan berbeza dengan cara manusia. Cara manusia menyingkirkan seseorang dari jawatan atau kerjaya apabila mereka menjadi tua atau menjadi tidak berupaya. Tetapi cara manusia bukan dan tidak akan menjadi cara Tuhan. Dukungan kita kepada nabi ialah satu komitmen peribadi bahawa kita akan mendukung tugas nabi dengan sedaya upaya. Dukungan kita ialah satu pertunjukan sumpah bahawa kita mengenali panggilan mereka sebagai seorang nabi yang sah dan mengikatkan kita.

Dua puluh enam tahu sebelum dia menjadi Presiden Gereja, Elder George Albert Smith kata: “Kewajipan yang kita buat apabila kita angkat tangan …  adalah kudus. Ia tidak bererti bahawa kita akan tinggal dengan senyap dan harapkan nabi Tuhan akan mengarahkan kerja ini, tetapi ia bererti …  bahawa kita akan berdiri di belakang dia; kita akan berdoa untuk dia; kita akan menjaga namanya, dan kita akan berusaha untuk melaksanakan arahannya seperti Tuhan mengarah.”11

Nabi hidup memimpin Gereja Tuhan!!12 Tuhan menwahyukan kehendak-Nya bagi gereja kepada nabi-Nya. Semalam, selepas kita dijemput untuk mendukung Thomas S. Monson sebagai Presiden Gereja, kita juga berpeluang untuk mendukung dia, penasihatnya dalam Presidensi Utama, dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat dan pewahyu. Renungkan hal ini! Kita mendukung 15 orang sebagai nabi Tuhan! Mereka memegang semua kunci imamat yang sudah dikurnialan kepada manusia pada zaman keagamaan ini.

Panggilan 15 orang ke jawatan rasul memberikan satu perlindungan kepada ahli Gereja. Mengapa? Kerana keputusan para pemimpin ini mesti sebulat suara. 13 Dapatkah kamu gambar bagaimana Roh mesti menekan 15 orang ini untuk mencapai kesepakatan? 15 orang ini mempunyai latar belakang pendidikan dan profesional yang berbeza, pendapat yang berbeza tentang banyak hal. Percayalah saya! 15 orang ini--nabi, pelihat, dan pewahyu--tahu tentang kehendak Tuhan apabila mereka mencapai kesepakatan! Mereka taat untuk melaksanakan kehendak Tuhan. Doa Tuhan memberikan pola untuk 15 orang ini apabila mereka berdoa: “Terjadilah kehendak-Mu di atas bumi seperti di dalam syurga.”14

Rasul yang memiliki kekananan paling lama dalam jawatan Rasul mengerusi.15 Orang yang lebih tua akan menjadi Presiden Gereja kerana sistem kekananan ini.16 Ia membelakan kesinambungan, kematangan, pengalaman, dan persediaan yang ekstensif, dibimbing oleh Tuhan.

Gereja hari ini ditubuhkan oleh Tuhan. Dia letakkan satu sistem tadbir urus yang memberikan kelewahan dan sandaran. Sistem ini membelakan kepimpinan kerasulan mahupun pada masa kesakitan dan ketidakupayaan yang disebabkan oleh usia tua.17 Terdapat imbang balas dan perlindungan supaya tidak ada seorang pun boleh menyesatkan ahli Gereja. Para pemimpin senior selalu diajar supaya suatu hari nanti mereka sedia untuk memegang jawatan dalam majllis tertinggi. Mereka belajar cara untuk mendengar suara Tuhan melalui bisikan Roh.

Semasa dia melayan sebagai Penasihat Pertama kepada Presiden Ezra Taft Benson, yang dekat ketamatan hidup fanannya, Presiden Gordon B. Hinckley menjelas:

“Prinsip dan prosedur yang sudah Tuhan letakkan untuk tadbir urus Gereja-Nya sedia untuk menghadapi apa-apa … keadaan. Apabila Presiden jatuh sakit atau tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan sepenuh, adalah penting … bahawa tidak ada keraguan atau kebimbangan tentang tadbir urus Gereja dan pelaksanaan kurnia kerasulan, termasuk hak unutk menerima ilham dan wahyu dalam pentadbiran hal ehwal dan program Gereja.

“Presidensi Utama dan Majlis Dua Belas Rasul, dipanggil dan ditahbis untuk memegang kunci-kunci imamat, berwewenang dan bertanggungjawab untuk memerintah Gereja, mentadbir tatacara, mengajar ajaran, dan menubuhkan dan menjaga pelaksanaannya.”

Presiden Hinckley terus berucap:

“Apabila Presiden jatuh sakit atau tidak berupaya untuk melaksanakan semua tugas jawatannya, kedua-dua orang Penasihatnya mendirikan satu Kuorum Presidensi Utama. Mereka melaksanankan kerja harian Presidensi …

“… Tetapi sebarang polisi, prosedur, program, atau ajaran ditimbang dengan berhati-hati dan dengan berdoa oleh kedua-dua Presidensi Pertama dan Dua Belas Rasul .”18

Tahun lepas, apabila Presiden Monson mencapai ulang tahun ke lima sebagai Presiden Gereja, dia memandang balik ke atas pelayanan kerasulannya yang sepanjang 50 tahun dan kata: “Usia akan adakan kesan negatif ke atas kita semua. Tetapi kita bergabung suara dengan Raja Benjamin, yang kata, … ‘saya seperti dirimu sendiri, tunduk pada segala macam kelemahan dalam tubuh dan fikiran; namun aku telah dipilih …  dan ditahbiskan oleh ayahku, … dan telah dipelihara dan dilindungi oleh kuasa-Nya yang tiada bandingnya, untuk melayanimu dengan segala daya, fikiran dan kekuatan yang telah Tuhan berikan kepadaku’ (Mosia 2:11).”

Presiden Monson terus kata: “Walaupun kita menemui cabaran kesihatan, walupun adanya kelemahan tubuh badan dan minda, kita melayan dengan sedaya upaya. Saya menjamin bahawa Gereja dipimpin dengan betul. Sistem bagi Majlis Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas [Rasul]pastikan [kita] bahawa ia akan selalu dipimpin dengan betul dan tidak kira apa pun yang akan berlaku, kamu tidak harus risau atau takut. Juruselamat kita, Yesus Kristus yang kita sembah, dan layani, selalu memimpin Gereja.”19

Presiden Monson, kami bersyukur kepadamu ke atas kebenaran itu! Dan kami berterima kasih ke atas pelayanan teladan dan kesetiaan sepanjang hidup kamu! Saya ingin berucap bagi pihak semua ahli Gereja di seluruh dunia untuk menunjukkan kesyukuran bersepadu kami. Kami menghormati kamu! Kami menyayangi kamu! Kami mendukung kamu, bukan dengan mengangkat tangan sahaja, tetapi dengan segala hati dan usaha kami. Dengan rendah hati dan bersemangat, “kami berdoa bagi kamu, nabi kami”!20 Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Notes

  1. “We Thank Thee, O God, for a Prophet,”Hymns, no. 19.

  2. Teachings of Presidents of the Church: Joseph F. Smith(1998), 211; tekanan ditambahkan. Penyataan ini dibuat pada tahun 1898 apabila Presiden Smith seorang Penasihat Kedua dalam Presidensi Pertama.

  3. Untuk matlumat lebih lanjut, lihat Spencer J. Condie, Russell M. Nelson: Father—Surgeon—Apostle (2003), 153–56.

  4. Lihat Bible Dictionary, “Dispensations.”

  5. Beberapa nabi mewahyukan kedatangan Tuhan, termasuk Lehi (lihat 1 Nefi 1:19), Nefi (lihat 1 Nefi 11:31–33; 19:7–8), Yakub (lihat Yakub 4:4–6), Benjamin (lihat Mosia 3:5–11, 15), Abinadi (lihat Mosia 15:1–9), Alma (lihat Alma 40:2), dan Samuel bangsa Laman (lihat Helaman 14:12). Sebelum Juruselamat dilahirkan di Betlehem, mereka mewahyukan korban tebusan-Nya dan kebangkitan-Nya.

  6. Prinsip untuk mendukung para pemimpin ialah satu dasar Gereja Tuhan. seorang didukung sebelum ditahbis untuk satu panggilan atau satu jawatan imamat.

  7. Ajaran dan Perjanjian 42:11. Pendukungan pemimpin ditubuhkan pada hari bulan April 1830,, apabila Gereja ditubuhkan dan pada hari bulan Mac 1836 apabila ahli-ahli Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul didukung sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu (lihat History of the Church, 2:417).

  8. Kitab Mormon memberi amaran tentang kebahayaan jika kita tidak mempedulikan ajaran rasul. Kita baca “bahawa bangunan besar dan lapang itu adalah keangkuhan dunia; dan ia roboh, dan kerobohannya tersangat teruk. Dan malaikat Tuhan berucap… mengatakan: Demikianlah kehancuran segala bangsa, kaum, bahasa, dan orang, yang akan berlawan menentang dua belas rasul Anak Domba ” (1 Nefi 11:36).

  9. Lihat Daniel 9:10; Amos 3:7; Ajaran dan Perjanjian 21:1, 4–5; 124:45–46.

  10. Yohanes 15:16. Pasal Kepercayaan kelima kata: “Kami percaya bahawa seseorang mesti dipanggil oleh Tuhan, melalui nubuat, dan melalui penumpangan tangan oleh mereka yang berwenang, untuk mengkutbahkan Injil dan melaksanakan tatacaranya.”

  11. Teachings of Presidents of the Church: George Albert Smith (2011), tekanan ditambahkan. Petikan ini datang dari satu ucapan persidangan oleh Elder George Albert Smith pada tahun 1919. Dia menjadi Presiden Gereja pada tahun 1945.

  12. Lihat Ajaran dan Perjanjian 1:30, 38.

  13. Lihat Ajaran dan Perjanjian 107:27.

  14. 3 Nefi 13:10; juga lihat Matius 6:10; Lukas 11:2.

  15. Apabila seorang Presiden Gereja meninggal dunia, Presidensi Utama dibubarkan dan para penasihat mengambil tampat dalam Kuorum Dua Belas Rasul. Kuorum Dua Belas Rasul akan mengerusi Gereja sehingga Presidensi Utama ditubuhkan sekali lagi. Masa itu dikenali sebagai satu masa selang perintahan kerasulan. Dari segi sejarah, masa ini berbeza dari empat hari ke tiga setengah tahun.

  16. Tentunya, pola pewarisan ini tidak diaplikasikan ke atas Joseph Smith, yang ditahbis sebelumnya untuk menjadi nabi Pemulihan dan Presiden Gereja yang pertama (lihat 2 Nefi 3:6–22; juga lihat Ibrahim 3:22–23).

  17. Kita tahu bahawa Tuhan boleh bawa kita balik buat apa masa pun yang Dia pilih.

  18. Gordon B. Hinckley, “God Is at the Helm,” Ensign, Mei 1994, 54; juga lihat Gordon B. Hinckley, “He Slumbers Not, nor Sleeps,” Ensign, Mei 1983, 6.

  19. “Message from President Thomas S. Monson,” Church News, Feb. 3, 2013, 9.

  20. “We Ever Pray for Thee,” Hymns, no. 23.