Selalu Mengingati-Nya
Saya dengan rendah hati bersaksi, dan berdoa yang kita akan sentiasa mengingati-Nya—dalam setiap masa, dalam setiap perkara, dan di semua tempat yang kita berada.
Saudara-saudari sekalian, apabila saya melayani di Asia, orang kadang-kadang bertanya, “Elder Gong, berapa ramai orang yang tinggal di Kawasan Asia Gereja?”
Saya berkata, “Separuh penduduk dunia—3.6 bilion orang.”
Seseorang bertanya, “Adakah ia sukar untuk ingat semua nama mereka?”
Mengingati—dan melupai—adalah sebahagian daripada kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila, selepas mencari di semua tempat untuk telefon bimbit barunya, isteri saya akhirnya mengambil keputusan untuk memanggilnya dari telefon lain. Apabila dia mendengar deringan telefonnya, isteri saya berfikir, “Siapa yang tengah menelefon saya? Saya tidak pernah memberi nombor itu kepada sesiapa!”
Mengingati—and melupai— adalah juga sebahagian daripada perjalanan abadi kita. Masa, hak pilihan, dan memori membantu kita belajar, berkembang, dan menambahkan iman.
Dalam kata-kata lagu rohani kegemaran:
Masyurkanlah nama Yesus,
Beri kepujian dan hormat. …
Roti dan air lambang pengurbanan Tuhan ‘Rang suci ikut jejak-nya
Serta mengingat-Nya.1
Setiap minggu, dalam mengambil sakramen, kita berjanji untuk selalu mengingati-Nya. Melihat pada beberapa daripada 400 rujukan tulisan suci tentang ayat mengingati, ini adalah enam cara-cara kita boleh sentiasa mengingati-Nya.
Pertama, kita boleh sentiasa mengingati-Nya dengan mempunyai keyakinan terhadap perjanjian-perjanjian, janji-janji, dan jaminan-Nya.
Tuhan mengingati perjanjian kekal-Nya—dari masa Adam kepada hari keturunan Adam akan datang “akan menerima kebenaran, dan melihat ke atas, kemudian Sion akan melihat ke bawah, dan semua syurga akan goncang dengan sukacita, dan bumi akan gementar dengan kegembiraan.”2
Tuhan mengingati janji-janji-Nya, termasuklah janji untuk mengumpul pertaburan Israel yang dicerai-berai melalui Kitab Mormon: Satu lagi Kesaksian tentang Yesus Kristus dan janji-janji yang diberikan kepada setiap ahli dan mubaligh yang mengingati tentang nilai jiwa-jiwa.3
Tuhan mengingati dan meyakinkan negara-negara dan rakyat-rakyat. Pada hari ini yang ada gerakan dan kekecohan,4 “Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka, yang lain kepada kuda mereka, tetapi kita yakin akan kuasa Tuhan, Tuhan kita”5 Dia membimbing “masa depan seperti yang dia telah buat pada masa lalu.”6 Dalam “masa yang sukar”7 kita“ingatlah bahwa bukanlah pekerjaan Tuhan yang digagalkan, tetapi pekerjaan manusia.”8
Kedua, kita boleh sentiasa mengingati-Nya dengan mengakui tangan-Nya sepanjang hidup kita dengan kesyukuran.
Tangan Tuhan dalam kehidupan kita sering jelas dalam pengalaman yang lalu. Seperti yang ahli falsafah Kristian Søren Kierkegaard katakan: “Kehidupan mesti difahami ke belakang. Tetapi … ia mesti dihidupi ke hadapan.”9
Ibu kesayangan saya baru saja menyambut harijadi dia yang ke-90. Dia memberi kesaksian tentang berkat Tuhan pada setiap detik besar dalam hidupnya dengan perasaan bersyukur. Sejarah keluarga, tradisi keluarga, dan ikatan keluarga membantu kita mengingati perkara-perkara yang lalu, pada masa yang sama menyediakan pola-pola masa depan dan harapan. Wewenang imamat dan berkat bapa bangsa menyaksikan tangan Tuhan dalam semua generasi.
Pernahkah anda memikirkan diri anda sebagai buku peringatan sendiri yang hidup—melihat balik apa dan bagaimana anda memilih untuk mengingati?
Sebagai contohnya, ketika saya masih muda, saya teringin sangat untuk bermain bola keranjang sekolah. Saya berlatih dan berlatih. Satu hari, jurulatih itu menunjuk ke 6-kaki-4-inci (1.93 m) all-state center dan 6-kaki-2-inci (1.88 m) all-star forward kami dan berkata kepada saya, “Saya boleh masukkan kamu dalam pasukan itu, tetapi kamu mungkin tidak akan pernah main.” Saya mengingati bagaimana dia dengan mesranya menggalakkan, “Mengapa tidak mencuba untuk bola sepak? Kamu akan menjadi baik.” Keluarga saya bersorak ketika saya menjaringkan gol pertama saya.
Kita boleh mengingati mereka yang memberi kita peluang, dan peluang kedua, dengan kejujuran, kebaikan, kesabaran, dan galakan. Dan kita boleh menjadi seseorang yang lain masih ingat ketika mereka yang paling memerlukan bantuan. Dengan kesyukuran mengingati bantuan dari orang lain dan pengaruh bimbingan Roh adalah cara kita mengingati-Nya. Ia adalah cara kita menghitung berkat-berkat dan melihat apa yang telah dilakukan Tuhan.10
Ketiga, kita boleh sentiasa mengingati-Nya dengan mempercayai apabila Tuhan meyakinkan kita yang “dia yang telah bertaubat akan dosa-dosanya, orang yang sama akan diampuni, dan Aku, Tuhan, tidak akan mengingatinya lagi.”11
Apabila kita bertaubat sepenuhnya, termasuklah dengan mengakui dan meninggalkan dosa-dosa kita, kita bertanya bersama Enos, apabila rasa bersalah kita dihanyutkan, “Tuhan, bagaimana ia dilakukan?” dan dengarlah jawapan “Kerana imanmu dalam Kristus”12 dan jemputan Dia untuk “meletakkan saya dalam ingatan.”13
Apabila kita bertaubat dan pemimpin imamat mengisytiharkan kita layak, kita tidak perlu terus mengaku dan mengaku dosa-dosa yang lalu. Untuk menjadi layak tidak bermaksud untuk menjadi sempurna. Rancangan kebahagiaan Bapa Syurgawi menjemput kita untuk merendahkan hati dengan aman dalam perjalanan hidup kita untuk suatu hari nanti menjadi sempurna di dalam Kristus,14 tidak sentiasa bimbang, kecewa, atau susah hati dalam ketidaksempurnaan kita hari ini. Ingat, Dia mengetahui semua perkara yang kita tidak mahu orang lain tahu tentang kita—dan masih mengasihi kita.
Kadang-kadang hidup menguji kepercayaan kita dalam belas kasihan, keadilan dan penghakiman Kristus dan dalam jemputan pembebasan-Nya membolehkan Korban tebusan-Nya untuk menyembuhkan kita seperti juga apabila kita mengampuni orang lain dan diri kita sendiri.
Seorang wanita muda di negara lain memohon untuk bekerja sebagai seorang wartawan, tetapi pegawai yang ditugaskan untuk pekerjaan itu kejam. Dia berkata kepadanya, ”Dengan tanda tangan saya, saya jamin kamu tidak akan menjadi seorang wartawan tetapi akan menggali pembetung.” Wanita itu adalah satu-satunya wanita menggali pembetung dalam satu kumpulan lelaki.
Beberapa tahun kemudian, wanita ini menjadi seorang pegawai. Satu hari seorang lelaki datang memerlukan tandatangan dia untuk pekerjaan.
Dia bertanya, “Kamu ingat saya?” Dia tidak dapat mengingatinya.
Dia berkata, ”Kamu tidak ingat saya, tetapi saya mengingati kamu. Dengan tandatangan kamu, kamu menjamin saya tidak akan pernah menjadi seorang wartawan. Dengan tandatangan kamu, kamu menghantar saya untuk menggali pembetung, satu-satunya wanita dalam satu kumpulan lelaki. ”
Dia memberitahu saya, ”Saya rasa saya perlu melayan lelaki itu lebih baik daripada dia melayan saya—tetapi saya tidak mempunyai kekuatan itu.” Kadang-kadang kekuatan itu tidak ada dalam diri kita, tetapi ia boleh didapati di dalam mengingati Korban Tebusan dari Juruselamat Yesus Kristus kita.
Apabila kepercayaan dikhianati, impian berkecai, hati dipatahkan dan dipatahkan lagi, apabila kita mahu keadilan dan memerlukan belas kasihan, apabila tangan kita tergenggam dan air mata kita mengalir, apabila kita perlu tahu apa yang perlu dipegang dan apa yang perlu dilepaskan, kita boleh sentiasa mengingat-Nya. Hidup tidak sekejam yang kadang-kadang ia boleh kelihatan. Kasih sayang tidak terbatas-Nya boleh membantu kita mencari jalan, kebenaran dan hidup.15
Apabila kita mengingati kata-kata dan teladan-Nya, kita tidak akan menyinggung perasaan atau berasa tersinggung.
Bapa kawan saya bekerja sebagai seorang mekanik. Pekerjaannya yang jujur ternampak walaupun dengan tangannya yang sudah dicuci bersih. Pada satu hari seseorang di bait suci memberitahu bapa kawan saya yang dia perlu membersihkan tangannya sebelum melayan di sana. Daripada menjadi tersinggung, lelaki yang baik ini mula menggosok pinggan mangkuk keluarga menggunakan tangan dengan air sabun tambahan sebelum menghadiri bait suci. Dia ialah contoh orang-orang yang “naik ke bukit Tuhan” dan “berdiri di rumah-Nya yang suci” dengan tangan yang paling bersih dan hati yang paling murni.16
Jika kita mempunyai perasaan tidak baik, dendam, dan kemarahan, atau jika kita mempunyai sebab untuk meminta maaf kepada orang lain, ini adalah masa untuk berbuat demikian.
Keempat, Dia menjemput kita untuk ingat bahawa Dia sentiasa mengalu-alukan kita pulang.
Kita belajar dengan bertanya dan mencari. Tetapi jangan berhenti meneroka sehingga anda tiba—dalam T. kata S. Eliot’s —“di mana [anda] bermula dan mengetahui tempat untuk kali pertama.”17 Apabila anda sudah bersedia, sila membuka hati anda kepada Kitab Mormon, sekali lagi, untuk kali pertama. Sila berdoa dengan niat sebenar, sekali lagi, buat kali pertama.
Percayalah pada memori awal atau kabur itu. Biarkan ia membesarkan iman anda. Dengan Tuhan, tidak ada titik yang tidak ada pulangan.
Nabi purba dan moden memohon kita untuk tidak membiarkan kecacatan manusia, kesilapan, atau kelemahan—orang lain atau diri kita sendiri—menyebabkan kita terlepas kebenaran, perjanjian, dan kuasa penebusan dalam injil yang dipulihkan-Nya.18 Ini adalah penting terutamanya dalam gereja di mana kita masing-masing berkembang melalui penyertaan yang tidak sempurna kita. Nabi Joseph berkata, ”Saya tidak pernah memberitahu anda saya adalah sempurna; tetapi tidak ada kesilapan dalam wahyu yang aku telah mengajarkan.”19
Kelima, kita boleh sentiasa mengingati-Nya pada hari Sabat melalui sakramen. Pada akhir kementerian fana-Nya dan permulaan pelayanan kebangkitan-Nya, Juruselamat kita mengambil roti dan wain dan meminta kita mengingati badan dan darah-Nya,20 “kerana sesering kamu melakukan ini kamu akan mengingat jam ini ketika Aku bersamamu.”21
Dalam tatacara sakramen, kita bersaksi kepada Tuhan Bapa yang kita bersedia mengambil ke atas diri kita nama Putera-Nya dan selalu mengingati-Nya, dan mentaati perintah-perintah-Nya, yang telah Dia berikan kepada kita, agar kita selalu memiliki Roh-Nya bersama kita.22
Seperti yang Amulek ajarkan, kita mengingati-Nya apabila kita berdoa atas ladang-ladang kita dan domba-domba kita, dan rumah-rumah kita, dan apabila kita mengingati mereka yang memerlukan, yang telanjang, yang sakit dan sengsara.23
Akhirnya, keenam, Juruselamat kita menjemput kita untuk sentiasa mengingati-Nya sebagaimana Dia mengingati kita.
Dalam Dunia Baru, Juruselamat kita menjemput mereka yang hadir untuk maju, satu demi satu, untuk meletakkan tangan mereka ke sisi-Nya dan untuk merasakan bekas paku pada tangan-Nya dan di kaki-Nya.24
Kitab suci menerangkan kebangkitan sebagai “setiap anggota tubuh dan tulang sendi akan dipulihkan pada … rangkanya yang semula jadi dan sempurna,” and “bahkan sehelai rambut pun dari kepala tidak akan hilang.”25 Dengan itu, sila pertimbangkan bagaimana Juruselamat kita yang sempurna, dengan badan yang dibangkitkan masih mempunyai luka di sisi-Nya dan bekas paku di tangan dan kaki-Nya.26
Ada masanya dalam sejarah, manusia fana telah dihukum melalui penyaliban. Tetapi hanya Juruselamat kita, Yesus Kristus, masih memeluk kita dengan membawa tanda-tanda kasih suci-Nya. Hanya Dia yang memenuhi nubuat diangkat di salib supaya Dia boleh menarik setiap daripada kita, dengan nama, kepada-Nya.27
Juruselamat kita menyatakan:
“Ya, mereka mungkin akan lupa, tetapi Aku tidak akan melupakanmu.
“Lihatlah, Aku telah mengukirkanmu di atas tapak tangan-Ku.” 28
Dia bersaksi: “Aku adalah Dia yang telah diangkat. Aku adalah Yesus yang telah disalibkan. Aku adalah Putera Tuhan.”29
Saya dengan rendah hati bersaksi, dan berdoa, yang kita akan sentiasa mengingati-Nya—dalam setiap masa, dalam setiap perkara, dan di semua tempat yang kita berada.30 Dalam nama Yesus Kristus, amin.