2010–2019
Dan Tidak Akan Ada Lagi Kematian
April 2016


10:14

Dan Tidak Akan Ada Lagi Kematian

Kepada semua yang bersedih hati atas kematian orang yang disayangi, Kebangkitan adalah sumber harapan yang besar.

Minggu yang lalu adalah Hari Paskah, dan fikiran kita fokus sekali lagi kepada korban penebusan dan Kebangkitan Tuhan Yesus Kristus. Tahun yang lalu ini saya telah berfikir dan merenung tentang Kebangkitan lebih daripada biasa.

Hampir satu tahun yang lalu, anak perempuan kita Alisa meninggal dunia. Dia telah bergelut dengan kanser hampir lapan tahun, dengan beberapa pembedahan, banyak rawatan yang berlainan, mukjizat yang menggembirakan, dan kekecewaan yang mendalam. Kami melihat keadaan fizikalnya merosot apabila dia datang ke akhir kehidupan fananya. Ia amat menyakitkan hati untuk melihat itu berlaku kepada anak perempuan tersayang kami—bayi yang bermata biru yang telah membesar sehingga menjadi seorang wanita, isteri, dan ibu yang berbakat. Saya berfikir hati saya akan pecah.

Alisa Johnson Linton

Tahun yang lalu pada masa Hari Paskah, sedikit lebih dari satu bulan sebelum dia meninggal dunia, Alisa menulis: “Hari Paskah adalah peringatan untuk semua yang saya harapkan untuk diri saya. Bahawa satu hari nanti saya akan disembuhkan dan satu hari nanti saya akan menjadi sempurna. Suatu hari nanti saya tidak akan mempunyai apa-apa besi atau plastik di dalam saya. Suatu hari nanti hati saya akan bebas daripada ketakutan dan minda saya bebas daripada kebimbangan. Saya tidak berdoa bahawa ini akan berlaku tidak lama lagi, tetapi saya amat gembira saya benar-benar percaya dalam akhirat yang indah.”1

Kebangkitan Yesus Kristus memastikan apa yang Alisa harapkan dan memupuk di dalam kita “satu sebab untuk harapan yang [kita] miliki.”2 Presiden Gordon B. Hinckley merujuk Kebangkitan sebagai “acara yang paling agung di sejarah manusia.”3

Kebangkitan didatangkan melalui Korban tebusan Yesus Kristus dan adalah sangat penting kepada rancangan keselamatan.4 Kita adalah anak-anak rohani ibu bapa syurgawi.5 Apabila kita datang ke kehidupan bumi ini, roh kita disatukan dengan tubuh kita. Kita mengalami semua kegembiraan dan cabaran berkaitan dengan kehidupan fana. Apabila seorang mati, rohnya dipisahkan dari tubuh. Kebangkitan membolehkan roh seorang dan tubuh disatukan kembali, hanya kali ini tubuh menjadi baqa dan sempurna—tidak tertakluk kepada kesakitan, penyakit, atau masalah lain. 6

Selepas kebangkitan, roh tidak akan lagi berpisah dari tubuh kerana Kebangkitan Juruselamat mendatangkan kemenangan sepenuhnya ke atas kematian. Untuk mendapatkan takdir abadi kita, kita memerlukan jiwa baqa ini—satu roh dan tubuh—disatukan selamanya. Apabila roh dan tubuh baqa secara tak terpisahkan terhubung, kita boleh “menerima kegenapan kebahagiaan.”7 Sebenarnya, tanpa Kebangkitan kita tidak akan menerima kegenapan kebahagiaan tetapi akan menderita selamanya.8 Orang soleh dan beriman melihat pemisahan tubuh dari roh mereka sebagai penawanan. Kita dibebaskan daripada penawanan ini melalui Kebangkitan, yang adalah penebusan dari ikatan kematian.9 Tidak ada penyelamatan tanpa kedua-dua roh dan tubuh kita.

Setiap seorang daripada kita mempunyai had dan kelemahan fizikal, mental, dan emosi. Cabaran-cabaran ini, ada beberapa yang kelihatan sukar dikawal sekarang, akhirnya akan diselesaikan. Tidak satu masalah ini akan melanda kita selepas kita dibangkitkan. Alisa mengkaji kadar kemandirian orang yang mempunyai kanser sepertinya, dan nombornya tidak menggalakkan. Dia menulis: “Tetapi terdapat penawar, oleh itu saya tidak takut. Yesus sudah menyembuh kanser saya, dan kamu juga. … Saya akan menjadi lebih baik. Saya gembira saya mengetahui ini.”10

Kita boleh menggantikan perkataan kanser dengan penyakit fizikal, mental, atau emosi lain yang kita mungkin hadapi. Kerana Kebangkitan mereka juga telah disembuhkan. Mukjizat kebangkitan, penawar terakhir, adalah lebih daripada kuasa ubat moden. Tetapi ia tidak lebih daripada kuasa Tuhan. Kita tahu bahawa ia boleh dilakukan kerana Juruselamat telah dibangkitkan dan akan mendatangkan Kebangkitan untuk setiap seorang daripada kita juga.11

Kebangkitan Juruselamat membuktikan bahawa Dia adalah Putera Tuhan dan bahawa apa yang Dia ajar adalah benar. “Dia sudah bangkit seperti yang dikatakan-Nya dahulu.”12 Tidak terdapat bukti yang lebih kukuh mengenai keilahian-Nya daripada Dia keluar dari makam dengan tubuh baqa.

Kita tahu tentang saksi-saksi Kebangkitan pada masa Perjanjian Baru. Tambahan ke atas wanita dan lelaki yang kita telah baca dalam Empat Injil, Perjanjian Baru menjamin kita bahawa lebih daripada lima ratus orang telah melihat Tuhan yang Dibangkitkan.13 Dan Kitab Mormon memberitahu tentang ratusan lebih lagi: “Dan terjadilah bahawa orang ramai itu maju, dan meletakkan tangan mereka pada sisi-Nya, … dan melihat dengan mata mereka dan merasakan dengan tangan mereka, dan mengetahui dengan suatu kepastian dan memberikan kesaksian, bahawa itulah Dia, yang tentangnya telah ditulis oleh para nabi, yang akan datang.”14

Kepada saksi-saksi zaman dahulu adalah tambahan saksi-saksi zaman akhir. Faktanya, pada pembukaan zaman keagamaan ini, Joseph Smith melihat Juruselamat yang dibangkitkan dengan Bapa.15 Nabi-nabi hidup dan para rasul telah bersaksi kepada realiti Kristus hidup yang dibangkitkan.16 Jadi kita boleh berkata “Sedangkan bagi kita, di sekeliling kita ada banyak saksi.”17 Dan kita masing-masing boleh menjadi sebahagian saksi-saksi yang mengetahui melalui kuasa Roh Kudus bahawa apa yang kita rayakan pada Hari Paskah benar-benar berlaku—bahawa Kebangkitan adalah benar.

Realiti Kebangkitan Juruselamat mengatasi kesedihan hati kita dengan harapan, kerana dengannya datang jaminan bahawa semua janji Injil yang lain juga benar—janji yang tidak kurang ajaib dibanding dengan Kebangkitan. Kita tahu bahawa Dia mempunyai kuasa untuk membersihkan kita daripada semua dosa-dosa kita. Kita tahu Dia telah mengambil ke atas diri-Nya semua kelemahan kita, kesakitan kita dan kezaliman yang kita telah alami.18 Kita tahu bahawa Dia telah “bangkit daripada kematian, dengan penyembuhan dalam sayap-Nya.”19 Kita tahu bahawa Dia boleh membuat kita lengkap tidak kira apa yang pecah di dalam kita. Kita tahu bahawa Dia “akan menyapu air mata [kita]; Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.”20 Kita tahu bahawa kita boleh “dijadikan sempurna melalui Yesus …, yang mendatangkan pendamaian yang sempurna ini melalui penumpahan darah-Nya sendiri”21 jika kita hanya akan memiliki iman dan mengikuti-Nya.

Di penghujung oratorio berinspirasi Messiah, Handel membuat muzik yang indah dengan kata-kata Rasul Paulus yang bergembira atas Kebangkitan.

“Ketahuilah rahsia ini: Tidak semua daripada kita akan mati.

“Tetapi ketika trompet dibunyikan untuk kali terakhir, dengan tiba-tiba dan dalam sekejap mata kita semua akan diubah. Hal itu berlaku, kerana ketika trompet dibunyikan, orang mati akan dibangkitkan dengan tubuh yang abadi, dan kita semua akan diubah.

“Kerana kereputan ini mesti mengenakan ketidakreputan. And tubuh fana ini mesti mengenakan kebaqaan.

“… Maka berlakulah apa tertulis di dalam Alkitab, “Kematian sudah dilenyapkan, dan kemenangan sudah tercapai!”

“Hai maut, di manakah kemenanganmu? Hai maut, di manakah sengatmu? : …

“Tetapi kita bersyukur kepada Tuhan, yang memberikan kemenangan kepada kita melalui Yesus Kristus Tuhan kita!”22

Saya bersyukur untuk berkat-berkat yang milik kita kerana Korban tebusan dan Kebangkitan Tuhan Yesus Kristus. Kepada semua yang telah mengebumikan seorang anak atau menangis di atas keranda seorang pasangan atau bersedih hati atas kematian ibu atau bapa atau seseorang yang mereka sayangi, Kebangkitan adalah sumber harapan yang besar. Pengalamannya adalah hebat apabila ia masa untuk berjumpa mereka lagi—bukan sahaja sebagai roh tetapi dengan tubuh dibangkitkan.

Saya ingin melihat ibu saya sekali lagi dan merasa sentuhan lembutnya dan melihat ke dalam mata penuh kasihnya. Saya mahu melihat senyuman bapa saya dan mendengar dia ketawa dan melihat dia sebagai makhluk sempurna yang dibangkitkan. Dengan mata iman, saya menggambarkan Alisa jauh di luar jangkauan masalah dunia dan sengat kematian—Alisa sempurna yang dibangkitkan dalam kemenangan dan dengan kegenapan kebahagiaan.

Beberapa Hari Paskah yang lalu, dia menulis: “Hidup melalui nama-Nya. Begitu banyak harapan. Selalu. Melalui segalanya. Saya suka Hari Paskah untuk mengingatkan saya.”23

Saya bersaksi atas realiti Kebangkitan. Yesus Kristus hidup, dan kerana-Nya, kita semua akan hidup sekali lagi. Dalam nama Yesus Kristus, amin.