Komitmen Kukuh Kepada Yesus Kristus
Tuhan menjemput kita untuk membuangkan cara lama kita dengan sepenuhnya dan mulakan satu kehidupan baru dalam Kristus.
April lalu saya berpeluang untuk membaktikan Bait Suci Congo di Kinshasa Democratic Republic.1 Perkataan tidak dapat menghuraikan kebahagiaan orang Congo yang beriman dan perasaan sendiri melihat satu bait suci dibaktikan dalam negara mereka.
Mereka yang masuk ke dalam Bait Suci Kinshasa nampak satu lukisan original yang bertajuk Air Terjun Congo.2 Ia memperingatkan orang yang pergi ke bait suci itu tentang komitmen kukuh yang diperlukan untuk mengikat diri sendiri kepada Yesus Kristus dan untuk mengikut jalan perjanjian rancangan Bapa Syurgawi. Air terjun dalam lukisan itu menunjukkan satu adat yang biasa llebih daripada satu abad dahulu di kalangan penganut baru Kristian di Congo.
Sebelum penukaran hati mereka, mereka menyembah benda-benda pagan yang tidak bernyawa, percaya bahawa benda-benda itu memiliki kuasa ghaib.3 Selepas penukaran hati, ramai orang pergi ke salah satu air terjun sepanjang Sungai Congo, seperti Air Terjun Nzongo.4 Para penganut baru itu buangkan benda-benda sembah mereka ke dalam air terjun sebagai satu tanda kepada Tuhan dan orang lain bahawa mereka buangkan tradisi lama mereka dan menerima Yesus Kristus. Mereka tidak buangkan benda-benda sembah mereka ke dalam air yang tenang dan cetek; mereka buangkan benda-benda itu ke dalam air terjun yang bergelora, di mana benda-benda itu tidak boleh diambil balik. Tindakan itu ialah satu tanda permulaan komitmen kukuh kepada Yesus Kristus.
Orang di tempat lain dan masa lain juga tunjukkan komitmen mereka kepada Yesus Kristus dalam cara yang serupa.5 Orang dalam Kitab Mormon yang dikenali sebagai bangsa Anti-Nefi-Lehi “meletakkan senjata pemberontakan mereka,” menguburkan senjata “jauh di dalam bumi” sebagai “suatu kesaksian kepada Tuhan … bahawa mereka langsung tidak akan menggunakan senjata [mereka] lagi.”6 Dengan melakukan demikian, mereka berjanji untuk mengikut Tuhan dan tidak akan gagal menjaga komitmen mereka. Tindakan itu ialah permulaan untuk menjadi “berpaling kepada Tuhan” dan tidak akan jatuh.7
“Berpaling kepada Tuhan” bererti menukar dari satu jalan tindakan, yang ditentukan oleh sistem kepercayaan lama, dan berpaling kepada satu jalan baru yang berdasar iman kepada rancangan Bapa Syurgawi dan kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya. Perubahan ini adalah lebih daripada satu penerima intelektual ajaran injil. Ia membentuk identiti, mengubah pemahaman maksud hidup, dan mengarah ke satu kesetiaan kepada Tuhan yang tak bertukar-tukar. Hasrat peribadi yang berlawanan dengan keperluan untuk mengikat kepada Juruselamat, untuk mengikut jalan perjanjian akan hilang dan digantikan oleh keazaman untuk mengikut kehendak Bapa Syurgawi.
Berpaling kepada Tuhan bermula dengan satu komitmen kukuh kepada Tuhan dan diikuti dengan membuat komitmen itu sebahagian kita. Mengukuhkan satu komitmen ini ialah satu proses sepanjang hidup dan memerlukan kesabaran dan pertaubatan yang berterusan. Akhirnya, komitmen ini menjadi sebahagian kita, terbenam dalam nilai diri kita, dan selalu hadir dalam hidup kita. Seperti kita tidak lupa nama diri sendiri, kita tidak akan lupakan satu komitmen yang terukir dalam hati kita.8
Tuhan menjemput kita untuk membuangkan cara lama kita dengan sepenuhnya dan mulakan satu kehidupan baru dalam Kristus. Ini berlaku apabila kita kembangkan iman kepada Juruselamat, yang bermula dengan mendengar kesaksian orang yang beriman.9 Kemudian, iman akan berkembang apabila kita bertindak dalam cara yang mengikat kita dengan ebih kukuh kepada Dia.10
Adalah baik jika kita boleh merebakkan iman seperti kita merebakkan flu atau demam. Hanya satu “bersin rohani” akan membina iman orang lain. Malangnya, itu tidak berlaku seperti itu. Satu-satunya cara iman berkembang adalah untuk satu individu bertindak dengan beriman. Tindakan-tindakan ini biasanya ditekan oleh jemputan daripada orang lain, tetapi kita tidak boleh “kembangkan” iman orang lain atau hanya bergantung pada orang lain untuk memperkuatkan iman kita. Untuk mengembangkan iman, kita mesti pilih tindakan-tindakan yang membina iman, seperti berdoa, mengaji kitab suci, mengambil sakramen, mematuhi perintah-perintah, dan melayan orang lain.
Semasa iman kepada Yesus Kristus berkembang, Tuhan menjemput kita untuk membuat perjanjian bersama Dia. Perjanjian-perjanjian ini ialah pernyataan penukaran hati kita. Perjanjian juga ciptakan satu dasar pasti demi kemajuan rohani. Apabila kita pilih untuk dibaptiskan, kita mula mengambil ke atas diri nama Yesus Kristus11 dan pilih untuk mengenalkan diri bersama Dia. Kita berikrar untuk menjadi seperti Dia dan mengembangkan sifat-sifat-Nya.
Perjanjian-perjanjian mengikat kita kepada Juruselamat, dan memajukan kita pada jalan yang membimbing ke rumah syurgawi kita. Kuasa perjanjian menolong kita mengekalkan perubahan hati yang hebat, mendalamkan penukaran hati kita kepada Tuhan, dan lebih menerima rupa Kristus pada air muka kita.12 Tetapi komitman terhadap perjanjian yang setengah hati tidak akan jaminkan kita apa-apa pun.13 Kita mungkin digoda untuk berdolak-dalik, buangkan cara lama anda ke dalam air yang tenang; atau kuburkan senjata pemberontakan kita dengan bahagian senjata masih berkelihatan di permukaan tanah. Tetapi komitmen yang berbelah bagi terhadap perjanjian tidak akan buka pintu kepada kuasa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus yang menguduskan.
Komitmen kita untuk mentaati perjanjian kita tidak harus bersyarat atau mengikut keadaan kehidupan kita yang berubah-ubah. Ketepatan kita kepada Tuhan harus seperti Sungai Conga yang terus mengalir dekat Bait Suci Kinshasa. Sungai ini, tidak seperti kebanyakan sungai di dunia, mengalir berterusan sepanjang tahun14 dan melimpahkan hampir 11 juta gelen (41.5 juta liter) air setiap saat ke Lautan Atlantik.
Juruselamat menjemput para pengikut-Nya untuk menjadi boleh diharapkan. Dia beritahu para pengikut-Nya untuk berputus dalam hati mereka, bahawa mereka akan lakukan perkara yang akan Dia ajar dan memerintah mereka.15 Satu azam yang “kukuh” untuk menjaga perjanjian kita membenarkan janjian-janjian Tuhan menjadi kenyataan supaya kita boleh menerima kebahagiaan yang berterusan.16
Ramai Orang Suci Zaman Akhir sudah tunjukkan bahawa mereka “kukuh” dalam pematuhan perjanjian mereka dengan Tuhan dan diubah selama-lamanya. Saya ingin beritahu anda tiga individu begitu—Brother Banza Mucioko, Sister Banza Régine dan Brother Mbuyi Nkitabungi.
Pada tahun 1977, keluarga Banza tinggal di Kinshasa dalam negara Zaire, sekarang dikenali sebagai Democratic Republic of the Congo. Mereka sangat dihormati dalam komuniti gereja Protestan mereka. Kerana bakat mereka, gereja mereka mengaturkan keluarganya pergi ke Switzerland untuk melanjutkan pendidikan dengan biasiswa universiti.
Semasa di Geneva, pada jalan bus mereka ke sekolah, Brother Banza nampak satu bangunan gereja yang bernama “Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.” Dia tertanya-tanya, “Yesus Kristus ada Orang Suci sekarang, pada zaman akhir?” Dia buat keputusan bahawa mereka harus pergi tengok.
Brother dan Sister Banza disambut dengan mesra di cabang gereja itu. Mereka tanya soalan-soalan tentang sifat Tuhan, seperti, “Jika Tuhan ialah satu roh, seperti angin, bagaimana kita dicipta seperti Dia? Bagaimana Dia boleh duduk di atas satu takhta?” Mereka tidak pernah menerima jawapan yang puaskan hati sehingga penginjil menjelaskan ajaran dipulihkan dalam satu pengajaran yang ringkas. Apabila penginjil tinggal mereka, mereka memandang satu sama lain dan kata “Apa yang kita sudah dengar, bukankah ia kebenaran?” Mereka terus datang ke gereja dan bertemu dengan penginjil. Mereka tahu bahawa pembaptisan dalam Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan akan mendatangan akibat. Mereka akan kehilangan biasiswa, visa mereka akan dibatalkan, dan mereka bersama dua orang anak mereka mesti tinggalkan Switzerland. Mereka buat keputusan untuk dibaptiskan dan ditetapkan pada Oktober 1979.
Dua minggu selepas pembaptisan, Brother dan Sister Banza kembali ke Kinshasa sebagai ahli pertama dan kedua Gereja dalam negara mereka. Para ahli cabang Geneva terus berhubung dengan mereka dan menolong mereka berkomunikasi dengan pemimpin Gereja. Keluarga Banza digalak untuk menunggu dengan beriman satu masa yang dijanjikan apabila Tuhan akan menubuhkan Gereja-Nya di Zaire.
Sementara itu, seorang pelajar pertukaran dari Zaire, Brother Mbuyi, belajar di Belgium. Dia dibaptiskan pada tahun 1980, di Bahagian Brussels. Tidak lama selepas itu, dia melayan satu misi sepenuh masa ke England. Dan Tuhan lakukan mukjizat-Nya. Brother Mbuyi kembali ke Zaire sebagai ahli Gereja ketiga dalam negaranya. Dengan keizinan ibu bapa, pertemuan Gereja diadakan dalam rumah keluarganya. Pada Februari 1986, satu petisyen dibuatkan untuk pengenalan kerajaan rasmi kepada Gereja. Tandatangan dari tiga rakyat Zaire diperlukan. Brother Banza, Sister Banza, dan Brother Mbuyi ialah tiga penandatangan petisyen itu yang gembira.
Para ahli yang setia ini mengenali kebenaran ketika mereka mendengarnya; mereka buat satu perjanjian pada pembaptisan yang mengikat mereka kepada Juruselamat. Mereka sudah buangkan cara lama mereka ke dalam air terjun yang bergelora secara metafora dan tidak berniat untuk ambil balik cara lama itu. Jalan perjanjian tidak pernah begitu mudah. Kekacauan politik, komunikasi yang jarang-jarang sekali dengan para pemimpin Gereja, dan cabaran biasa berkaitan dengan pembinaan satu komuniti Orang Suci mungkin akan menghalang individu yang kurang komited. Tetapi Brother dan Sister Banza serta Brother Mbuyi bertabah dengan beriman. Mereka hadir pada pembaktian Bait Suci Kinshasa, 33 tahun selepas mereka menandatangan petisyen yang mendatangkan pengenalan rasmi Gereja di Zaire.
Keluarga Banza berada dalam Pusat Persidangan hari ini. Mereka ditemani oleh dua orang anak lelaki mereka, Junior dan Phil, serta menantu perempuan mereka, Annie dan Youyou. Pada tahun1986, Junior dan Phil ialah dua individu pertama yang dibaptiskan ke dalam Gereja dalam Zaire. Brother Mbuyi sekarang menonton persidangan ini di Kinshasa bersama isterinya, Maguy, dan lima orang anak mereka.
Para perintis ini faham maksud dan akibat dari perjanjian yang membawa mereka “pada pengetahuan tentang Tuhan Raja mereka, dan untuk bersukacita dalam Yesus Kristus Penebus mereka.”17
Bagaimana kita mengikat diri kepada Juruselamat dan tetap beriman seperti mereka dan beribu-ribu Orang Suci di Congo yang mengikut mereka dan berjuta-juta lagi di seluruh dunia? Juruselamat mengajarkan kita cara itu. Setiap minggu kita mengambil sakramen dan membuat perjanjian kudus dengan Bapa Syurgawi kita. Kita berjanji untuk mengenal diri dengan Juruselamat dengan mengikrarkan kerelaan kita untuk mengambil ke atas diri nama-Nya, selalu mengingati Dia, dan mematuhi perintah-Nya.18 Bersedia dan berlayak untuk membuat perjanjian-perjanjian ini setiap minggu mengikatkan kita kepada Juruselamat, menolong kita mengukuhkan komitman kita,19 dan memajukan kita sepanjang jalan perjanjian.
Saya menjjemput anda untuk membuat satu komitmen kepada satu proses penganutan sepanjang hidup. Membuat dan mentaati perjanjian. Buangkan cara lama anda ke dalam air terjun yang mendalam dan bergelora. Benar-benarnya kuburkan senjata pemberontakan anda sehingga tiada bahagian senjata masih kelihatan. Kerana Korban Tebusan Yesus Kristus, membuat perjanjian dengan niat yang benar untuk mematuhi mereka akan memberkati kehidupan anda selama-lamanya. Anda akan menjadi lebih seperti Juruselamat apabila anda selalu mengingati, mengikut, dan mengasihi Dia. Saya bersaksi bahawa Dia ialah dasar yang kukuh. Dia boleh diharapkan, dan janji-Nya mutlak. Dalam nama Yesus Kristus, amin.