2010–2019
Pelarasan untuk Menguatkan Remaja
Persidangan Umum Oktober 2019


2:3

Pelarasan untuk Menguatkan Remaja

Lebih banyak remaja putera dan remaja puteri akan berjaya menghadapi cabaran dan kekal pada jalan perjanjian dengan tumpuan kuat seperti ini pada remaja kita.

Terima kasih, Presiden Nelson, untuk wahyu panduan yang menggembirakan tentang kesaksian di pembaptisan dan arahan yang anda minta kami kongsikan untuk membantu menguatkan remaja dan mengembangkan potensi kudus mereka.

Sebelum saya berkongsi pelarasan itu, kami menyampaikan penghargaan ikhlas kami untuk cara luar biasa para ahli telah bertindak balas kepada perkembangan dalam Pemulihan injil yang berterusan. Seperti yang dicadangkan Presiden Nelson pada tahun lepas, anda telah mengambil vitamin anda!1

Anda mengkaji Ikutlah Aku di rumah dengan gembira.2 Anda juga telah bertindak balas kepada pelarasan di gereja. Ahli kuorum penatua dan saudari Lembaga Pertolongan bersatu melakukan pekerjaan keselamatan.3

Kesyukuran kami sangat besar.4 Kami terutamanya amat bersyukur kerana remaja kita terus kekal kukuh dan setia.

Remaja kita hidup dalam masa yang menarik tetapi juga mencabar. Pilihan yang ada telah menjadi begitu ekstrem. Satu contoh: telefon pintar moden menyediakan akses kepada maklumat yang sangat penting dan menaikkan semangat, termasuk sejarah keluarga dan tulisan suci. Di sebaliknya, ia juga mengandungi perkara mengarut, tidak bermoral dan kejahatan yang tidak tersedia pada masa lalu.

Kurikulum berpusat di rumah.
Aktiviti remaja

Bagi membantu remaja kita membuat pilihan betul, Gereja telah menyediakan tiga inisiatif yang mendalam dan menyeluruh. Pertama, kurikulum telah diperkukuhkan dan berkembang ke rumah. Kedua, satu program kanak-kanak dan remaja yang merangkumi aktiviti menarik dan perkembangan peribadi dipersembahkan pada hari Ahad lepas oleh Presiden Russell M. Nelson, Presiden M. Russell Ballard, dan para Pegawai Umum. Inisiatif ketiga adalah perubahan organisasi untuk menjadikan remaja diberi tumpuan lebih oleh uskup dan pemimpin lain. Tumpuan ini mesti berkuasa secara rohani dan membantu remaja kita menjadi batalion remaja yang Presiden Nelson telah meminta mereka untuk jadi.

Pola yang Berkaitan

Usaha-usaha ini, bersama dengan yang diumumkan selama dua tahun lalu lepas, bukan perubahan berasingan. Setiap pelarasan adalah bahagian penting dari pola yang berkaitan untuk memberkati para Orang Suci dan mempersiapkan mereka untuk bertemu dengan Tuhan.

Satu bahagian pola berkaitan dengan generasi muda. Remaja kita diminta untuk mengambil tanggungjawab yang lebih individu pada usia muda—tanpa ibu bapa dan pemimpin melakukan apa yang boleh dilakukan oleh remaja sendiri.5

Pengumuman

Hari ini kami mengumumkan perubahan organisasi untuk remaja di peringkat bahagian dan pancang. Seperti yang dijelaskan oleh Presiden Nelson, Sister Bonnie H. Cordon akan membincangkan perubahan untuk remaja puteri pada petang ini. Satu tujuan untuk perubahan yang saya akan bincangkan sekarang ialah memperkuatkan pemegang Imamat Harun, kuorum dan presidensi kuorum. Perubahan ini menyelaraskan amalan kita dengan Ajaran dan Perjanjian 107:15, yang berkata, “Lembaga uskup adalah presidensi bagi imamat [Harun] ini, dan memegang kunci atau wewenang dari imamat yang sama.”

Salah satu tugas rohani uskup adalah untuk mengetuai para imam dan duduk bersama mereka di majlis, mengajar mereka tugas-tugas jawatan mereka.6 Tambahan kepada itu, penasihat pertama dalam lembaga uskup akan mempunyai tanggungjawab khusus untuk pengajar dan penasihat kedua bagi diaken.

Oleh itu, untuk menyelaras dengan wahyu ini dalam Ajaran dan Perjanjian, presidensi Remaja Putera di peringkat bahagian akan dihentikan. Para saudara yang setia ini telah melakukan banyak kebaikan, dan kami menyatakan penghargaan kepada mereka.

Harapan kami adalah lembaga uskup akan memberikan penekanan dan tumpuan yang besar kepada tanggungjawab imamat remaja putera dan membantu mereka dalam tugas kuorum mereka. Pembimbing (adviser) dewasa Remaja Putera yang berkebolehan akan dipanggil untuk membantu presidensi kuorum Imamat Harun dan lembaga uskup dalam tugas mereka.7 Kami yakin bahawa lebih banyak remaja putera dan remaja puteri akan berjaya menghadapi cabaran dan kekal pada jalan perjanjian kerana tumpuan kuat seperti ini pada remaja kita.

Dalam pola yang diilhami Tuhan, uskup bertanggungjawab untuk semua orang dalam bahagian. Dia memberkati para ibu bapa remaja serta remaja. Seorang uskup mendapati yang ketika dia berunding dengan seorang remaja putera yang ada masalah pornografi, dia boleh membantunya dalam pertaubatannya hanya ketika dia membantu ibu bapanya bertindak dengan kasih dan persefahaman. Penyembuhan remaja putera itu adalah penyembuhan bagi keluarganya dan mungkin melalui uskup yang bekerja untuk pihak keluarganya. Remaja putera itu kini telah menjadi pemegang Imamat Melkisedek yang layak dan penginjil sepenuh masa.

Seperti yang dicadangkan oleh cerita ini, pelarasan ini akan:

  • Membantu uskup dan penasihat mereka memberi tumpuan kepada tanggungjawab utama mereka kepada remaja dan kanak-kanak Sekolah Primer.

  • Meletakkan kuasa dan tugas-tugas Imamat Harun menjadi tumpuan setiap kehidupan dan matlamat peribadi remaja putera.

Pelarasan ini juga:

  • Menekankan tanggungjawab kepimpinan presidensi kuorum Imamat Harun dan cara mereka lapor secara langsung kepada lembaga uskup.

  • Memotivasikan para pemimpin dewasa untuk membantu dan mentor presidensi kuorum Imamat Harun dalam mengembangkan kuasa dan wewenang jawatan mereka.

Seperti yang dinyatakan, pelarasan ini tidak mengurangkan tanggungjawab lembaga uskup kepada remaja puteri. Seperti yang baru diajar oleh Presiden Nelson, “Tanggungjawab [uskup] yang pertama dan paling utama ialah untuk menjaga para remaja putera dan remaja puteri bahagiannya.”8

Bagaimanakah para uskup kita yang dikasihi dan tekun akan memenuhi tanggungjawab ini? Seperti yang anda ingat, pada tahun 2018, kuorum Imamat Melkisedek diselaraskan untuk bekerja lebih rapat dengan Lembaga Pertolongan supaya kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan boleh, di bawah arahan uskup, membantu menanggung tanggungjawab penting yang sebelum ini memakan banyak masa uskup. Tanggungjawab ini termasuk kerja penginjil serta kerja bait suci dan sejarah keluarga dalam bahagian9—serta melayani para ahli bahagian.

Tanggungjawab seorang uskup

Uskup tidak boleh mewakilkan beberapa tanggungjawab, seperti menguatkan remaja, menjadi hakim umum, menjaga mereka yang memerlukan, dan mengawasi hal-ehwal kewangan dan duniawi. Walau bagaimanapun, ini adalah kurang daripada apa yang kita faham pada masa lalu. Seperti yang dijelaskan oleh Elder Jeffrey R. Holland pada tahun lepas apabila pelarasan kepada kuorum Imamat Melkisedek diumumkan: “Uskup kekal, sudah tentunya, pemimpin imam tinggi bahagian. Pelarasan baru ini [dari kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan] harus membiarkan dia memimpin pekerjaan Imamat Melkisedek dan Lembaga Pertolongan tanpa memerlukannya melakukan kerja mereka.10

Contohnya, presiden Lembaga Pertolongan dan presiden kuorum penatua, seperti yang ditugaskan, boleh mengambil peranan yang lebih besar dalam berunding dengan orang dewasa—begitu juga dengan seorang presiden Remaja Puteri dalam berunding dengan remaja puteri. Walaupun hanya uskup boleh menjadi hakim umum, para pemimpin ini juga berhak mendapat wahyu dari syurga untuk membantu menghadapi cabaran yang tidak memerlukan seorang hakim umum atau melibatkan sebarang penyalahgunaan.11

Itu tidak bermakna seorang remaja puteri tidak boleh atau tidak seharusnya bercakap dengan uskup atau kepada ibu bapanya. Tumpuan mereka adalah remaja! Tetapi ia bermakna bahawa seorang pemimpin Remaja Puteri paling sesuai memenuhi keperluan seorang remaja puteri. Lembaga uskup juga mengambil berat terhadap remaja puteri serta remaja putera, tetapi kita menyedari kekuatan yang datang dari mempunyai pemimpin remaja puteri kuat, terlibat, dan fokus yang mengasihi dan mentor, tidak mengambil alih tugas presidensi kelas, tetapi membantu remaja berjaya dalam peranan tersebut.

Sister Cordon akan berkongsi perubahan menarik untuk remaja puteri malam ini. Saya, bagaimanapun, mengumumkan yang presiden Remaja Puteri bahagian sekarang akan melaporkan dan berunding terus dengan uskup bahagian. Pada masa lalu, tugas ini boleh diberikan kepada seorang penasihat, tetapi pada masa hadapan, remaja puteri akan menjadi tanggungjawab langsung bagi orang yang memegang kunci memimpin untuk bahagian. Presiden Lembaga Pertolongan akan terus melaporkan langsung kepada uskup.12

Pada peringkat umum dan pancang, kita akan terus mempunyai presidensi Remaja Putera. Pada peringkat pancang, seorang anggota majlis tinggi akan menjadi presiden Remaja Putera13 dan akan, dengan anggota majlis tinggi yang ditugaskan kepada Remaja Puteri dan Sekolah Primer, menjadi sebahagian daripada komiti Imamat Harun-Remaja Puteri. Para saudara ini akan bekerjasama dengan presidensi Remaja Puteri pancang pada komiti ini. Dengan seorang penasihat kepada presiden pancang sebagai pengerusi, komiti ini akan meningkatkan kepentingannya kerana banyak program dan aktiviti dalam inisiatif Kanak-kanak dan Remaja yang baru akan berada di peringkat pancang.

Para anggota majlis tinggi ini, di bawah arahan presiden pancang, boleh membantu uskup dan kuorum Imamat Harun dalam cara yang serupa dengan pelayanan yang disediakan oleh anggota majlis tinggi untuk kuorum penatua bahagian.

Sebagai hal yang berkaitan, seorang lagi anggota majlis tinggi akan melayani sebagai presiden Sekolah Minggu pancang dan, jika diperlukan, boleh melayani di komiti Imamat Harun—Remaja Puteri pancang.14

Perubahan tambahan organisasi akan diterangkan dalam maklumat yang dihantar kepada para pemimpin. Perubahan ini termasuk:

  • Mesyuarat komiti remaja lembaga uskup akan digantikan oleh majlis remaja bahagian.

  • Perkataan “Mutual” akan dihentikan dan menjadi “Aktiviti Remaja Puteri,” “Aktiviti kuorum Imamat Harun,” atau “aktiviti remaja” dan akan diadakan setiap minggu jika boleh.

  • Belanjawan bahagian untuk aktiviti remaja akan dibahagikan dengan adil antara remaja putera dan remaja puteri mengikut jumlah remaja di setiap organisasi. Jumlah yang mencukupi akan disediakan untuk aktiviti Sekolah Primer.

  • Di semua peringkat bahagian, pancang, dan umum—kita akan menggunakan istilah “organisasi” dan bukan istilah “badan sokongan.” Mereka yang memimpin organisasi Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, Remaja Putera, Sekolah Primer, dan Sekolah Minggu akan dikenali sebagai “Pegawai Umum.” Mereka yang memimpin organisasi di peringkat bahagian dan pancang akan dikenali sebagai “pegawai bahagian” dan “pegawai pancang.”15

Pelarasan yang diumumkan hari ini boleh bermula sebaik sahaja cabang, bahagian, daerah, dan pancang sudah bersedia, tetapi ia perlu dilakukan menjelang 1 Januari 2020. Pelarasan ini, apabila digabungkan dan dimasukkan dengan pelarasan sebelumnya, mewakili usaha rohani dan organisasi yang selaras dengan ajaran untuk memberkati dan memperkuat setiap lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak, membantu setiap orang untuk mengikuti teladan Juruselamat kita, Yesus Kristus, ketika kita maju pada jalan perjanjian.

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya berjanji dan bersaksi yang pelarasan yang menyeluruh ini, di bawah arahan seorang presiden dan nabi yang diilhamkan, Russell M. Nelson, akan memberikan kuasa dan memperkuatkan setiap ahli Gereja. Remaja kita akan mengembangkan iman yang lebih besar kepada Juruselamat, dilindungi daripada godaan musuh, dan bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Russell M. Nelson, dalam “Latter-day Saint Prophet, Wife and Apostle Share Insights of Global Ministry,” Newsroom, 30 Okt. 2018, newsroom.ChurchofJesusChrist.org.

  2. Sebagai tambahan, anda telah membuat usaha khusus untuk menggunakan nama Gereja yang betul seperti yang diajarkan oleh Presiden Russell M. Nelson dan untuk mengingati Juruselamat kita dengan kasih dan ketakziman apabila anda melakukannya.

  3. “Para ahli Gereja Yesus Kristus dihantar ‘untuk bekerja di dalam ladang anggur-Nya demi keselamatan jiwa manusia’ (Ajaran dan Perjanjian 138:56). Kerja keselamatan ini termasuk kerja penginjil ahli, pengekalan penganut baru, pengaktifan ahli kurang aktif, kerja bait suci dan sejarah keluarga, serta pengajaran injil. Lembaga uskup mengarahkan pekerjaan ini di bahagian, dibantu oleh ahli lain di majlis bahagian” (Handbook 2: Administering the Church, 5.0, ChurchofJesusChrist.org).

  4. Sebagai pemimpin, kami mengasihi para ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir untuk kebaikan anda dan penganutan anda. Kami memberi penghormatan kepada individu, ibu, bapa, remaja, dan kanak-kanak yang berjalan pada jalan perjanjian—dan melakukannya dengan dedikasi dan kebahagiaan.

  5. Pada tahun 2019, diaken berusia 11 tahun mula memberi sakramen, dan remaja puteri dan remaja putera berumur 11 tahun menerima kad rekomen bait suci yang terhad. Tahun lepas, Presiden Nelson mencabar remaja putera dan remaja puteri kita untuk menjadi sebahagian daripada batalion remaja untuk mengumpulkan Israel yang cerai-berai di kedua-dua belah tirai (lihat “Harapan Israel” [pertemuan rohani remaja seluruh dunia, 3 Jun 2018], HopeofIsrael.ChurchofJesusChrist.org). Sambutannya sangat hebat.

    Penginjil sepenuh masa kini melayani dengan cara yang luar biasa pada usia muda. Sejak 6 Oktober 2012, remaja putera telah melayani pada usia 18 tahun dan remaja puteri pada umur 19 tahun.

  6. “Begitu juga kewajipan presiden ke atas Imamat Harun adalah untuk mengetuai imam, dan duduk bersama mereka, untuk mengajar mereka tugas-tugas jawatan mereka. … Presiden ini mestilah seorang uskup; kerana ini adalah salah satu tugas imamat ini” (Ajaran dan Perjanjian 107:87–88).

  7. Para pemimpin dewasa juga akan dipanggil sebagai pakar kuorum Imamat Harun untuk membantu dengan program dan aktiviti serta untuk menghadiri mesyuarat kuorum supaya lembaga uskup boleh kerap mengunjungi kelas dan aktiviti Remaja Puteri dan sekali-sekala mengunjungi Sekolah Primer. Beberapa pakar boleh dipanggil untuk membantu dengan acara tertentu seperti kem; yang lain boleh dipanggil secara jangka panjang untuk membantu penasihat kuorum. Selalunya akan ada sekurang-kurangnya dua lelaki dewasa dalam setiap mesyuarat kuorum, program, atau aktiviti. Walaupun peranan dan gelaran akan berubah, kami tidak menjangkakan penurunan bilangan lelaki dewasa yang melayani dan menyokong kuorum Imamat Harun.

  8. Russell M. Nelson, “Witnesses, Aaronic Priesthood Quorums, and Young Women Classes,” Liahona, Nov. 2019, 39, penekanan ditambahkan; lihat juga Ezra Taft Benson, “To the Young Women of the Church,” Ensign, Nov. 1986, 85.

  9. Kami juga menasihatkan para uskup untuk meluangkan lebih banyak masa bersama ahli pemuda-pemudi dan keluarga mereka sendiri.

  10. Jeffrey R. Holland, mesyuarat kepimpinan persidangan umum, Apr. 2018; lihat juga “Effective Ministering,” ministering.ChurchofJesusChrist.org. Elder Holland mengajar yang tanggungjawab uskup tidak dapat diagihkan adalah memimpin kuorum Imamat Harun dan remaja puteri, menjadi hakim umum, mengawasi hal-ehwal kewangan dan duniawi Gereja, dan menjaga orang miskin dan yang memerlukan. Kuorum penatua dan presidensi Lembaga Pertolongan dan lain-lain boleh mengambil tanggungjawab utama untuk pekerjaan penginjil, pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga, kualiti pengajaran dalam bahagian, dan mengawasi dan melayani para ahli Gereja.

  11. Sebagai tambahan kepada keadaan yang memerlukan kunci hakim umum, isu-isu penyalahgunaan sebarang jenis harus dikendalikan oleh uskup mengikut polisi Gereja.

  12. Presiden Lembaga Pertolongan pancang juga akan terus melaporkan langsung kepada presiden pancang.

  13. Para penasihat presiden Remaja Putera pancang boleh dipanggil dari ahli pancang atau, jika diperlukan, anggota majlis tinggi boleh ditugaskan kepada Remaja Puteri dan anggota majlis tinggi boleh ditugaskan kepada Sekolah Primer.

  14. Saudara yang melayani sebagai presiden Sekolah Minggu mempunyai tanggungjawab penting untuk kurikulum remaja pada dua hari Ahad setiap bulan.

  15. Presidensi Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, Remaja Putera, Sekolah Minggu, dan Sekolah Primer di peringkat umum dan pancang adalah Pegawai Umum atau pegawai pancang. Di peringkat bahagian, lembaga uskup memimpin remaja putera, oleh itu penasihat remaja putera bukanlah pegawai bahagian.