Hati Terkait Dalam Kesolehan dan Perpaduan
Pada titik 200 tahun dalam sejarah Gereja kita, marilah kita mengikatkan diri untuk menjalankan hidup yang soleh dan lebih bersatu.
Kesolehan dan perpaduan adalah amat penting. 1 Apabila manusia mengasihi Tuhan dengan sepenuh hati dan berusaha untuk menjadi seperti Dia, pertikaian dan persengketaan berkurangan dalam masyarakat. Perpaduan meningkat. Saya suka satu laporan yang mencontohi ini.
Seorang lelaki muda bukan ahli gereja, General Thomas L. Kane telah membantu dan mempertahankan Orang Suci ketika mereka perlu meninggalkan Nauvoo. Dia membela Gereja buat beberapa tahun. 2
Pada 1872, General Kane, isteri berbakatnya, Elizabeth Wood Kane, dan dua anak lelaki mereka membuat perjalanan dari rumah mereka di Pennsylvania ke Salt Lake City. Mereka menyertai Brigham Young dan teman-teman dia menghala Selatan ke St. George, Utah. Elizabeth melihat lawatan pertamanya ke Utah dengan ragu berkenaan wanita-wanita di sana. Dia terperanjat dengan beberapa perkara yang dia pelajari. Misalnya, apapun kerjaya yang mana seorang wanita boleh mencari nafkah adalah terbuka bagi mereka di Utah. 3 Dia juga mendapati ahli-ahli Gereja amat baik hati dan menghormati Orang Asli Amerika. 4
Ketika lawatan itu mereka tinggal di Fillmore dalam rumah Thomas R. dan Matilda Robison King. 5
Elizabeth menulis bahawa ketika Matilda menyediakan makanan untuk Presiden Young dan teman-temannya, lima orang India Amerika memasuki bilik itu. Walaupun tidak dijemput, adalah jelas mereka berharap untuk menyertai kumpulan itu. Sister King bercakap kepada mereka “dalam bahasa mereka.” Mereka duduk atas selimut mereka dengan wajah yang gembira. Elizabeth bertanya salah seorang anak King, “Apakah yang ibu kamu cakap kepada mereka?”
Anak lelaki Matilda menjawab, “Dia kata, ‘Orang itu datang terdahulu, dan saya telah masak cukup untuk mereka; namun makanan kamu sedang dimasak sekarang, dan saya akan memanggil kamu apabila ia siap.’”
Elizabeth bertanya, “Adakah dia akan melakukan demikian, atau berikan mereka baki makanan di pintu bilik masak?” 6
Anak Matilda menjawab, “Ibu akan melayan mereka seperti mana dia melayan kamu dan memberikan mereka makan di meja dia.”
Maka dia laksanakannya, dan “mereka makan dengan sopan.” Elizabeth menjelaskan pandangannya terhadap tuan rumah ini meningkat 100 peratus. 7 Perpaduan meningkat apabila orang dilayan dengan hormat dan darjat walaupun ciri luaran mereka berbeza.
Sebagai pemimpin, kita tidak mempunyai tanggapan salah bahawa segala perhubungan lepas sempurna, kelakuan adalah seperti Kristus, atau segala keputusan adalah adil. Namun, kepercayaan kita mengajar bahawa kita semua anak Bapa Syurgawi, dan kita menyembah Dia dan Putera-Nya, Yesus Kristus, Juruselamat kita. Hasrat kita ialah agar hati dan minda kita dikaitkan dalam kesolehan dan perpaduan, agar kita bersatu bersama Mereka. 8
Kesolehan satu istilah menyeluruh yang luas tetapi semestinya termasuk perintah-perintah Tuhan. 9 Ia melayakkan kita untuk tatacara Injil kudus yang terdiri daripada jalan perjanjian dan memberkatkan kita supaya Roh dapat memberi bimbingan dalam kehidupan kita. 10
Kesolehan tidak bergantung kepada setiap kita untuk memperoleh segala berkat dalam kehidupan kita buat masa kini. Kita mungkin belum berkahwin atau diberkati dengan anak atau berkat-berkat lain yang diinginkan buat masa ini. Namun Tuhan telah berjanji bahawa mereka yang soleh dan beriman “boleh berdiam bersama Tuhan dalam suatu keadaan kebahagiaan yang tak akan berakhir.” 11
Perpaduan juga merupakan istilah menyeluruh yang luas, namun ia mencontohi perintah terhebat pertama dan kedua iaitu untuk mengasihi Tuhan dan orang sesama. 12 Ia menandakan orang Sion yang mana hati dan minda mereka “terkait bersama dalam perpaduan.” 13
Konteks bagi pesanan saya ialah kontras dan ajaran-ajaran daripada ayat-ayat suci.
200 tahun telah berlalu sejak Bapa dan Putera-Nya muncul pertama kalinya dan memulakan Pemulihan Injil Yesus Kristus pada tahun 1820. Laporan dalam 4 Nefi dari Kitab Mormon merangkumi tempoh 200 tahun yang serupa setelah Juruselamat muncul dan menubuhkan Gereja-Nya di Amerika kuno.
Rekod bersejarah yang kita baca dalam 4 Nefi memerihalkan satu rakyat yang tidak mencemburui, bersengketa, berkacauan, menipu, membunuh, atau sebarang keberahian. Oleh kerana kesolehan ini, adalah dilaporkan bahawa, “sudah pastinya tidak terdapat orang yang lebih bahagia di kalangan semua orang yang telah diciptakan oleh tangan Tuhan.” 14
Dari segi perpaduan, 4 Nefi membaca, “Dan terjadilah bahawa tidak ada pertikaian di negeri itu, kerana kasih Tuhan yang berada di dalam hati bangsa itu.” 15
Malangnya, 4 Nefi kemudian memerihalkan satu perubahan dramatik yang bermula pada “tahun kedua ratus satu,” 16 apabila kederhakaan dan pembahagian memusnahkan kesolehan dan perpaduan. Tahap kerosakan moral yang berlaku amatlah jahat menyebabkan nabi hebat Mormon merungut kepada anaknya Moroni:
“Tetapi Wahai anakku, bagaimana sebuah bangsa menjadi seperti ini, yang bersukacita di dalam begitu banyak kekejian—
“Bagaimanakah kita dapat mengharapkan bahawa Tuhan akan menahan tangan-Nya dalam penghakiman terhadap kita?” 17
Dalam zaman keagamaan ini, walaupun kita hidup dalam masa yang istimewa, dunia tidak diberkati dengan kesolehan dan perpaduan yang digambarkan dalam 4 Nefi. Sesungguhnya, kita hidup di satu ketika yang terbahagi dengan kuat. Namun, jutaan orang yang telah menerima injil Yesus Kristus telah mengikatkan diri untuk mencapai kesolehan dan perpaduan. Kita semua sedar bahawa kita boleh menjadi lebih baik, dan itulah cabaran kita hari ini. Kita boleh menjadi kekuatan yang mengangkat dan memberkati masyarakat secara keseluruhan. Pada titik 200 tahun dalam sejarah Gereja kita, biarlah kita mengikatkan diri sebagai ahli Gereja Tuhan untuk menjalankan hidup yang soleh dan lebih bersatu. Presiden Russell M. Nelson telah meminta kita “untuk menunjukkan kesopanan lebih, keharmonian perkauman dan etnik dan saling menghormati .” 18 Ini bermaksud mengasihi sesama dan Tuhan dan menerima setiap orang sebagai saudara dan saudari dan menjadi orang Sion yang benar.
Dengan ajaran yang menyeluruh, kita boleh menjadi contoh oasis perpaduan dan menyanjung kepelbagaian. Perpaduan dan kepelbagaian tidak bertentangan. Kita boleh capai perpaduan yang lebih jika kita memupuk satu suasana kemasukan dan hormat bagi kepelbagaian. Ketika saya melayan dalam presidensi Pancang San Francisco California, kami punyai jemaah-jemaah berbahasa Sepanyol, bahasa Tonga, bahasa Samoa, Tagalog dan bahasa Cina. Bahagian yang berbahasa Inggeris pula terdiri daripada orang pelbagai bangsa dan budaya. Terdapatnya kasih, kesolehan, dan perpaduan.
Bahagian dan cabang Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ditentukan oleh geografi atau bahasa, 19 bukannya bangsa atau budaya. Bangsa tidak disebut dalam rekod keahlian.
Dalam awalan Kitab Mormon, lebih kurang 550 tahun sebelum kelahiran Kristus, kita telah diajar asas perintah berkenaan perhubungan di antara anak-anak Bapa Syurgawi. Semua harus mematuhi perintah-perintah Tuhan, dan semua dijemput untuk mengambil bahagian dalam kebaikan Tuhan; “dan Dia tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada dia, hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan; dan Dia mengingati orang kafir; dan semua adalah sama bagi Tuhan, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Israel.” 20
Layanan dan pesanan Juruselamat sentiasa menyatakan bahawa semua bangsa dan warna kulit ialah anak Tuhan. Kita semua saudara dan saudari. Dalam ajaran kita, kita percaya bahawa di negara tuan rumah Pemulihan, Amerika Syarikat, Perlembagaan Amerika 21 dan dokumen-dokumen berkaitan, 22 telah dikarang oleh manusia yang tidak sempurna, yang diilhami Tuhan untuk memberkati semua. Seperti yang kita baca dalam Ajaran dan Perjanjian, dokumen-dokumen tersebut “ditegakkan, dan harus dipertahankan demi hak-hak dan perlindungan semua manusia, menurut asas-asas yang benar dan kudus.” 23 Dua daripada asas-asas tersebut ialah hak pilihan dan pertanggungjawaban bagi dosa-dosa diri. Tuhan mengisytiharkan:
“Oleh kerana itu, tidaklah betul bahawa sesiapapun harus saling menghambakan satu sama lain.
“Dan untuk tujuan ini Aku telah menegakkan Perlembagaan negeri ini, melalui tangan para lelaki bijak yang Aku bangunkan untuk tujuan ini, dan menebus negeri ini dengan pertumpahan darah.” 24
Wahyu ini telah diterima pada tahun 1833 ketika Orang Suci di Missouri sedang menderita penganiayaan yang besar. Pengenalan bahagian 101 di Ajaran dan Perjanjian membaca: “Kumpulan-kumpulan perusuh telah menghalau mereka dari rumah mereka di Jackson County. … Ancaman kematian terhadap [ahli-ahli] Gereja adalah banyak.” 25
Ini merupakan satu masa yang tegang dari beberapa segi. Ramai orang Missouri menganggapkan Orang Asli Amerika sebagai musuh yang tidak dapat disekat dan inginkan mereka dihalau daripada tempat itu. Malah, ramai peneroka Missouri memiliki hamba dan berasa terancam oleh mereka yang menentang perhambaan.
Sebaliknya, ajaran kita menghormati Orang Asli Amerika, dan kita berhasrat untuk mengajar injil Yesus Kristus kepada mereka. Berkenaan perhambaan, tulisan suci kita jelas mengatakan bahawa tiada sesiapapun yang harus diperhambakan. 26
Akhirnya, Orang Suci dihalau keluar dari Missouri dengan kejam 27 dan kemudian di paksa untuk berpindah ke Barat. 28 Orang Suci menjadi maju dan memperoleh kedamaian yang datang dari kesolehan, perpaduan dan menjalankan hidup mengikut injil Yesus Kristus.
Saya berasa girang dengan Doa Perantaraan Juruselamat yang direkodkan dalam Injil Yohanes. Juruselamat memaklumkan bahawa Bapa telah menghantar-Nya dan Dia, sebagai Juruselamat, telah menyempurnakan tugas-Nya. Dia berdoa bagi pengikut-pengikut-Nya dan bagi mereka yang akan mempercayai Kristus: “Supaya mereka semua menjadi satu; sebagaimana Engkau bersatu dengan-Ku, dan Aku dengan-Mu. Semoga mereka menjadi satu dengan Kita.” 29 Perpaduanlah yang Kristus doakan sebelum pengkhianatan dan Penyaliban-Nya.
Pada tahun pertama selepas Pemulihan injil Yesus Kristus, yang direkod dalam bahagian 38 Ajaran dan Perjanjian, Tuhan berfirman tentang peperangan dan kejahatan dan mengisytiharkan, “Aku berfirman kepadamu, jadilah satu; dan jika kamu tidak bersatu kamu bukanlah milik-Ku.” 30
Kebudayaan Gereja kita berasaskan injil Yesus Kristus. Surat Rasul Paulus kepada rakyat Roma sangat mendalam. 31 Gereja awal di Roma terdiri daripada orang Yahudi dan orang bukan Israel. Orang Yahudi awalan mempunyai budaya ortodok agama Yahudi dan telah “memperoleh pembebasan mereka, maka mula berganda dan berkembang.” 32
Orang bukan Israel di Roma mempunyai budaya yang dipengaruhi keyunanian, yang mana Rasul Paulus fahami kerana pengalaman dia di Athens dan Korintus.
Maka Paulus mengajar injil Yesus Kristus secara menyeluruh. Dia membabadkan catatan penting dari segi budaya Yahudi dan Yunani 33 yang bercanggah dengan injil benar Yesus Kristus. Dia secara dasarnya meminta setiap mereka untuk tinggalkan halangan budaya daripada kepercayaan dan budaya yang tidak selaras dengan injil Yesus Kristus. Paulus menasihati orang Yahudi dan orang bukan Israel untuk mematuhi perintah-perintah, dan mengasihi satu sama lain, dan bahawa kesolehan akan membawa keselamatan. 34
Kebudayaan injil Yesus Kristus bukanlah budaya orang bukan Israel atau budaya Yunani. Ia tidak ditentukan oleh warna kulit atau di mana kita tinggal. Walaupun kita menyanjung budaya yang istimewa, kita harus tinggalkan aspek budaya yang bercanggah dengan injil Yesus Kristus. Ahli-ahli dan penganut baru kita sering berlatarbelakang bangsa dan budaya yang berbeza. Jika kita mengikut nasihat Presiden Nelson untuk mengumpul orang Israel yang terpencar, kita akan dapati kita berbeza sepertimana orang Yahudi dan orang bukan Israel di zaman Paulus. Namun kita masih boleh bersatu dalam kasih dan kepercayaan dalam Yesus Kristus. Tulisan Surat Paulus kepada Orang Roma menetapkan asas bahawa kita mengikut budaya dan ajaran injil Yesus Kristus. Ia merupakan teladan bagi kita hari ini. 35 Tatacara injil bait suci menyatukan kita secara istimewa dan membenarkan kita untuk bersatu secara abadi.
Kita menghormati ahli-ahli perintis kita di seluruh dunia, bukan kerana mereka sempurna tetapi kerana mereka mengatasi kesusahan, membuat pengorbanan, beriltizam untuk menjadi seperti Kristus, dan berusaha untuk membina iman dan bersatu bersama Juruselamat. Kesatuan mereka bersama Juruselamat menjadikan mereka bersatu sesama. Asas ini benar bagi anda dan saya hari ini.
Panggilan nyaring kepada ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah untuk berusaha menjadi orang Sion yang satu hati dan satu fikiran dan berdiam dalam kesolehan. 36
Saya doakan agar kita menjadi soleh dan bersatu dan bertumpu untuk melayan dan menyembah Juruselamat kita, Yesus Kristus, yang saya saksikan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.