Mendapat Kebahagiaan dalam Kristus
Cara yang pasti untuk mendapat kebahagiaan dalam hidup ini adalah untuk menyertai Kristus dalam menolong orang lain.
Tuhan tidak minta remaja Imamat Harun untuk lakukan kesemuanya, namun apa yang Dia minta memang mengagumkan.
Beberapa tahun lalu, keluarga kecil kami mengalami apa yang banyak keluarga hadapi di dunia terjatuh ini. Anak lelaki termuda kami, Tanner Christian Lund, menghidap kanser. Dia mempunyai jiwa luar biasa, seperti budak berumur sembilan tahun biasa. Dia seorang yang nakal dan pada masa sama, juga peka secara rohani. Budak nakal dan malaikat, nakal dan baik. Apabila dia kecil dan dia membingungkan kami setiap hari dengan kenakalan dia, kami tertanya jika dia akan membesar menjadi nabi atau perompak bank. Macam mana sekalipun, ia kelihatan bahawa dia akan membawa pengaruh kuat kepada dunia.
Kemudian, dia jatuh sakit. Sepanjang tiga tahun seterusnya, langkah-langkah berani dan perubatan moden digunakan untuk selamatkan hidupnya, termasuk dua pemindahan sumsum tulang, di mana dia dijangkiti radang paru-paru, memerlukan dia untuk habiskan 10 minggu tidak sedar dengan ventilator. Ajaibnya, pulih semula buat masa yang pendek; tetapi kemudian kanser kembali.
Tidak lama sebelum dia meninggal dunia, kanser Tanner telah menjangkiti tulangnya, dan dengan ubat sakit yang kuat pun, dia masih sakit. Dia hampir tidak dapat bangun dari katil. Pada suatu pagi hari Ahad, ibunya, Kalleen, pergi ke biliknya untuk melihat dia sebelum keluarga pergi ke gereja. Dia terkejut melihat bahawa dia telah berpakaian dan duduk di tepi katilnya, membutang baju yang dengan susah. Kalleen duduk dekat dia. “Tanner,” dia berkata, “adakah kamu pasti kamu cukup sihat untuk pergi ke gereja? Mungkin kamu patut tinggal di rumah dan rehat hari ini.”
Dia merenung ke lantai. Dia seorang diaken. Dia mempunyai sebuah kuorum. Dan dia ada tugas.
“Saya sepatutnya memberi sakramen hari ini.”
“Tapi, saya pasti orang lain boleh lakukannya bagi kamu.”
“Boleh,”dia berkata, “tetapi … saya melihat cara orang melihat saya apabila saya memberi sakramen. Saya rasa itu menolong mereka.”
Maka, Kalleen menolong dia membutangkan baju dan mengikat tali lehernya, dan mereka pergi ke gereja. Dengan jelasnya, sesuatu yang penting berlaku.
Saya masuk gereja dari pertemuan lebih awal dan saya terkejut melihat Tanner duduk di barisan diaken. Kalleen memberitahu saya secara senyap kenapa dia berada di sana dan apa yang dia telah katakan: “Ia menolong orang.”
Jadi saya memerhati diaken-diaken melangkah ke meja sakramen. Dia bersandar dengan lembut terhadap seorang diaken lain apabila imam memberi dulang roti kepada mereka. Kemudian, Tanner bergerak ke tempat dia ditugaskan dan memegang hujung bangku untuk stabilkan diri apabila memberi sakramen.
Ia kelihatan seperti setiap mata di gereja memandang dia, mereka rasa tersentuh dengan usahanya semasa dia cuba lakukan bahagiannya yang mudah. Kerana itu, Tanner menyatakan suatu khutbah yang senyap semasa dia memberi sakramen ke setiap barisan—berpeluh dari kepalanya—mewakili Juruselamat seperti diaken sering lakukan. Badannya yang sedikit lebam, patah dan koyak, sanggup menderita untuk melayani dengan membawa lambang Korban Tebusan Juruselamat ke dalam hidup mereka.
Melihat cara dia melaksanakan tugas sebagai seorang diaken membuat kita berfikir dengan berbeza juga—tentang sakramen, tentang Juruselamat, dan tentang diaken, pengajar dan imam.
Pagi itu, saya kagum dengan mukjizat yang tidak diberitakan menyebabkan dia bertindak pada panggilan untuk melayan dan kekuatan dan keupayaan semua pemuda berkembang kami semasa mereka mendorong diri mereka untuk membalas panggilan nabi untuk menyertai batalion Tuhan dan kerja keselamatan dan permuliaan.
Setiap kali seorang diaken memegang dulang sakramen, kita diingatkan tentang cerita kudus Perjamuan Tuhan, Getsemani, dan tempat yang dipanggil “Tengorak” dan taman kuburan. Apabila Juruselamat berkata kepada Para Rasul, “ Berbuatlah demikian untuk mengenang Aku,” 1 Dia juga bercakap sepanjang zaman kepada setiap kita. Dia bercakap tentang mukjizat yang tidak berkesudahan bahawa Dia akan sediakan bagi bakal diaken, pengajar dan imam akan berikan lambang-Nya dan jemput kanak-kanak-Nya untuk terima Korban Tebusan-Nya yang ditawarkan.
Semua lambang tatacara sakramen menunjukkan kita kepada kurnia itu. Kita merenungkan roti yang Dia pecahkan sekali—dan roti yang imam di hadapan kita sekarang pecahkan. Kita berfikir tentang maksud air disucikan, pada masa itu dan sekarang, apabila kata-kata doa sakramen itu keluar dari mulut imam muda kepada hati kita dan ke dalam syurga, memperbaharui perjanjian-perjanjian yang menghubungkan kita kepada kuasa keselamatan Kristus. Kita boleh fikirkan ertinya apabila seorang diaken bawa lambang kudus kepada kita, berdiri seperti di mana Yesus akan berdiri jika Dia berada di sana, menawarkan untuk angkat beban dan kesakitan kita.
Mujurlah, remaja putera dan puteri tidak perlu jadi sakit untuk mendapat kebahagiaan dan tujuan dalam melayani Juruselamat.
Elder David A. Bednar mengajar bahawa untuk bertumbuh dan menjadi seperti penginjil, kita sepatutnya lakukan apa yang penginjil lakukan, dan kemudian, “baris demi baris, ajaran demi ajaran, … [kita] boleh beransur-ansur menjadi penginjil … yang Juruselamat harapkan.” 2
Jika kita ingin “menjadi seperti Yesus,” 3 kita harus lakukan apa yang Yesus lakukan, dan dalam satu ayat menakjubkan, Tuhan jelaskan apa yang Dia lakukan: Dia berkata “Kerana lihatlah, inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia.” 4
Misi Juruselamat selalu dan selamanya adalah untuk melayani Bapa-Nya dengan menyelamatkan anak-anak-Nya.
Dan cara yang pasti untuk mendapat kebahagiaan dalam hidup ini adalah untuk menyertai Kristus dalam menolong orang lain.
Inilah kebenaran mudah yang mengilhami program Kanak-kanak dan Remaja.
Semua aktiviti dan ajaran Kanak-kanak dan Remaja adalah tentang menolong orang muda menjadi lebih seperti Yesus dengan menyertai kerja-Nya untuk keselamatan dan permuliaan.
Kanak-kanak dan Remaja adalah alat untuk membantu setiap anak Sekolah Primer dan remaja untuk berkembang dalam penganutan dan untuk memperoleh visi yang penuh iman tentang cara kebahagiaan kelihatan. Mereka boleh berharap dan mengingini tempat perhentian dan tanda penunjuk di sepanjang jalan perjanjian, di mana mereka yang akan dibaptis dan ditetapkan dengan kurnia Roh Kudus dan kemudian tergolong ke dalam kuorum-kuorum dan kelas-kelas Remaja Puteri, di mana mereka akan berasa kegembiraan daripada menolong orang lain melalui menawarkan pelayanan seperti Kristus. Mereka akan tetapkan matlamat, besar dan kecil, yang akan membawa keseimbangan kepada hidup mereka semasa mereka menjadi lebih seperti Juruselamat. Persidangan dan majalah Untuk Kekuatan Remaja, Friend, dan aplikasi Gospel Living akan menumpukan mereka untuk mendapat kebahagiaan dalam Kristus Mereka akan menanti berkat-berkat daripada memegang rekomen bait suci yang terhad, dan ramai akan berasa roh Elias melalui pengaruh Roh Kudus apabila mereka lakukan kerja bait suci dan sejarah keluarga. Mereka akan dibimbing oleh berkat bapa bangsa. Dalam masa, mereka akan masuk bait suci untuk dianugerahkan dengan kuasa dan untuk mendapat kebahagiaan dan dihubungkan secara abadi, biarlah apa yang akan berlaku, bersama keluarga mereka.
Dilancarkan semasa wabak, membawakan perjanjian penuh daripada program Kanak-kanak dan Remaja baharu masih merupakan kerja yang sedang dijalankan—dan ia penting. Remaja kita tidak dapat menunggu sehingga dunia membetulkan diri sendiri sebelum mengenali Juruselamat. Beberapa orang sedang membuat keputusan sekarang yang mereka tidak akan buat jika mereka memahami identiti sebenar mereka—dan identiti Dia juga.
Jadi, panggilan penting daripada batalion Tuhan dalam latihan ditakdirkan ialah “semua bersiap-siap!”
Ibu bapa, anak lelaki anda perlu sokongan anda sekarang dengan penuh semangat seperti pada masa lalu apabila mereka mengambil berat tentang hal yang lebih kecil seperti lencana dan pin. Para ibu dan bapa, pemimpin imamat dan Remaja Puteri, jika remaja anda berjuang, Kanak-kanak dan Remaja akan bantu bawa mereka ke Juruselamat, dan Juruselamat akan bawa kedamaian kepada mereka.
Presidensi kuorum dan kelas, marilah bertindak dan mengambil tempat anda yang sah dalam kerja Tuhan.
Para uskup, hubungkan kunci anda dengan presiden-presiden kuorum anda—dan bahagian anda—akan berubah selamanya.
Dan kepada anda daripada generasi muda, saya bersaksi, sebagai seorang yang tahu, bahawa anda ialah putera dan puteri Tuhan yang dikasihi, dan Dia ada kerja untuk anda lakukan.
Apabila anda kembangkan panggilan anda, dengan seluruh hati, daya, fikiran dan kekuatan, dan anda akan kasihi Tuhan serta taati perjanjian anda dan percayai imamat-Nya apabila berusaha untuk memberkati orang lain, bermula di rumah anda sendiri.
Saya berdoa bahawa anda akan berusaha, dengan tenaga diperbaharui yang amat diperlukan pada masa ini, untuk melayani, menggunakan iman, bertaubat dan bertambah baik setiap hari, untuk layak bagi menerima berkat-berkat bait suci dan kebahagiaan berkekalan yang hanya datang melalui injil Yesus Kristus. Saya berdoa bahawa anda akan menyediakan diri untuk menjadi penginjil tekun, suami atau isteri setia, bapa atau ibu penyayang, yang anda telah dijanjikan untuk akhirnya jadi dengan menjadi pengikut Yesus Kristus sebenar.
Semoga anda menolong menyediakan dunia untuk kedatangan Juruselamat dengan menjemput semua orang untuk datang kepada Kristus dan menerima berkat-berkat Korban Tebusan-Nya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.