Persidangan Umum
Kasihilah Sesamamu
Persidangan Umum Oktober 2023


10:43

Kasihilah Sesamamu

Belas kasihan ialah sifat Kristus. Ia dilahirkan dari kasih kepada orang lain dan tidak mengenal batasan.

Pagi ini, saya menjemput anda untuk menyertai saya dalam perjalanan ke Afrika. Anda tidak akan nampak singa, zebra, atau gajah, tetapi mungkin, di akhir perjalanan, anda akan melihat bagaimana ribuan ahli gereja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menjawab kepada perintah utama Kristus untuk “mengasihi sesama manusia” (Markus 12:31).

Bayangkan seketika di tanah merah di desa Afrika. Anda melihat dataran yang kering kerana hujan tidak turun sehingga tiada kuantiti yang boleh diukur buat tempoh yang sangat panjang. Ternakan yang lalu lalang sangat kurus daripada berisi dan dijaga oleh seorang penggembala Karamojong yang berbalut selimut, dengan kaki berselipar, berjalan dengan harapan untuk mencari tumbuh-tumbuhan dan air.

Semasa anda berada di atas jalan yang kasar dan berbatu, anda melihat kumpulan kanak-kanak dan tertanya-tanya mengapa mereka tidak berada di sekolah. Kanak-kanak itu senyum dan melambai, dan anda membalas lambaian dengan gembira dan senyuman. Sembilan puluh dua peratus daripada kanak-kanak muda yang anda lihat dalam perjalanan ini hidup dalam kemiskinan makanan dan hati anda menderita dengan kepedihan.

Di hadapan, anda melihat seorang ibu yang berhati-hati mengimbangi bekas air lima-gelen (19 L) di atas kepalanya dan bekas lain di tangannya. Dia mewakili satu daripada setiap dua isi keluarga di kawasan ini di mana wanita, muda dan tua, berjalan lebih dari 30 minit sehala untuk dapatkan air bagi keluarga mereka setiap hari. Perasaan kesedihan menyelubungi anda.

Wanita Afrika membawa air.

Dua jam berlalu dan anda tiba di kawasan lapang yang terpencil dan berteduh. Tempat pertemuan itu bukanlah sebuah dewan atau sebuah khemah tetapi di bawah beberapa pokok besar yang menyediakan tempat teduh dari sinar matahari yang terik. Anda perhatikan tidak ada bekal air, elektrik dan tandas pam di tempat ini. Anda melihat sekeliling dan tahu anda berada di kalangan orang yang mengasihi Tuhan, dan anda dapat merasakan kasih Tuhan terhadap mereka dengan segera. Mereka telah berkumpul untuk menerima bantuan dan harapan, dan anda tiba untuk berkongsinya.

Itulah perjalanan Sister Ardern dan saya, bersama Sister Camille Johnson, Presiden Lembaga Pertolongan Umum kita, dan suaminya, Doug, dan Sister Sharon Eubank, pengarah Perkhidmatan Kemanusiaan Gereja, semasa kami mengembara di Uganda, sebuah negara sebanyak 47 juta orang di Gereja Kawasan Tengah Afrika. Pada hari itu, di bawah pokok-pokok teduh, kami mengunjungi satu projek kesihatan komuniti yang dibiayai bersama oleh Perkhidmatan Kemanusiaan Gereja, UNICEF, dan Kementerian Kesihatan kerajaan Ugandan. Semua ini adalah organisasi yang dipercayai, dipilih dengan teliti untuk memastikan dana kemanusiaan ahli-ahli Gereja yang diderma digunakan dengan bijaksana.

Anak Afrika menerima rawatan.

Walaupun agak susah untuk melihat kanak-kanak yang kurang zat dan kesan-kesan tuberkulosis, malaria, dan cirit-birit yang tidak henti-henti, setiap kami miliki peningkatan harapan untuk hari esok yang lebih baik bagi mereka yang kami jumpa.

Ibu memberi makan kepada anaknya.

Harapan itu datang, sebahagiannya, melalui kebaikan ahli-ahli Gereja dari seluruh dunia yang mendermakan masa dan wang kepada usaha kemanusiaan Gereja. Semasa saya nampak orang yang sakit dan yang tenat dibantu dan diangkat, saya menunduk kepala saya dalam kesyukuran. Pada masa itu, saya lebih memahami maksud Raja segala Raja, yang berkata:

“Hai kamu yang diberkati Bapa-Ku! Marilah dan nikmatilah Pemerintahan Tuhan yang telah disediakan … :

“Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan, dan ketika Aku dahaga, kamu memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu menyambut Aku ke dalam rumah kamu” (Matius 25:34–35).

Undangan Juruselamat kita adalah “hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga” (Matius 5:16; lihat juga ayat 14–15). Di sudut bumi yang jauh itu, pekerjaan baik anda menerangi kehidupan dan meringankan beban orang yang memerlukannya, dan Tuhan dimuliakan.

Pada hari yang panas dan kering itu, saya berharap anda dapat mendengar doa-doa mereka yang memuja dan penuh kesyukuran kepada Tuhan. Mereka akan berkata kepada kamu dalam bahasa Karamojong, “Alakara.” Terima kasih.

Perjalanan kami mengingatkan saya tentang perumpamaan Orang Samaria yang baik, di mana perjalanan itu penuh dengan debu, bukan seperti yang saya gambarkan, tetapi sebuah jalan dari Yerusalem ke Yerikho. Pelayanan orang Samaria ini mengajar kita maksud “mengasihi sesama manusia.”

Dia melihat “seorang lelaki … [yang] diserang penyamun. Mereka merompak dan memukul dia setengah mati, lalu meninggalkannya di tepi jalan” (Lukas 10:30). Orang Samaria itu “hatinya penuh belas kasihan” (Lukas 10:33).

Belas kasihan ialah sifat Kristus. Ia dilahirkan dari kasih kepada orang lain dan tidak mengenal batasan. Yesus, Juruselamat dunia, ialah lambang belas kasihan. Apabila kita membaca bahawa “Yesus menangis” (Yohanes 11:35), kita adalah para saksi, sama seperti Maria dan Marta, tentang belas kasihan-Nya, yang menyebabkan Dia sedih hati dan terharu (lihat Yohanes 11:33). Dalam contoh Kitab Mormon tentang belas kasihan Kristus, Yesus muncul kepada orang ramai dan berkata:

“Adakah kamu mempunyai sesiapa pun yang lumpuh, atau buta, atau tempang, … atau yang tuli, atau yang sengsara dalam apa cara sekali pun? Bawalah mereka ke mari dan Aku akan menyembuhkan mereka, kerana Aku memiliki rasa kasihan kepadamu. …

“… Dan Dia telah menyembuhkan setiap orang daripada mereka” (3 Nefi 17:7, 9).

Walaupun segala usaha kita, anda dan saya tidak akan menyembuhkan semua orang, tetapi setiap kita boleh menjadi orang yang boleh membuat perbezaan demi kebaikan dalam kehidupan seseorang. Hanya seorang budak lelaki, yang mempersembahkan lima ketul roti dan dua ekor ikan memberi makan kepada lima ribu orang. Kita mungkin bertanya tentang persembahan kita, seperti yang Andreas lakukan semasa melihat roti dan ikan itu, “Apa gunanya untuk orang sebanyak ini?” (Yohanes 6:9). Saya jamin: adalah cukup untuk memberi atau membuat apa yang anda mampu, dan kemudian membenarkan Kristus untuk mengembangkan usaha anda.

Di sinilah, Elder Jeffrey R. Holland menjemput kita, “kaya atau miskin, … ‘lakukan apa yang kita boleh’ apabila orang lain dalam keperluan.” Dia kemudian bersaksi, seperti yang saya lakukan, bahawa Tuhan “akan membimbing anda dalam perbuatan belas kasihan [anda sebagai] pengikut” (“Bukankah Kita Semua Pengemis?,” Liahona, Nov. 2014, 41).

Di negeri yang jauh itu, pada hari yang tidak dapat dilupakan itu, saya berdiri ketika itu dan sekarang sebagai saksi belas kasihan yang menggugah jiwa dan mengubah hidup ahli-ahli Gereja, baik yang kaya mahupun yang miskin.

Perumpamaan orang Samaria yang baik berterusan semasa dia “membalut luka-luka lelaki itu … dan merawat-Nya” (Lukas 10:34). Usaha kemanusiaan Gereja membuat kita cepat bertindak balas terhadap bencana alam dan membalut luka dari penyakit, kelaparan, kematian bayi, kekurangan zat, pengasingan, dan luka-luka kecil hati, kekecewaan dan putus asa yang sering tidak kelihatan.

Orang Samaria itu kemudian “memberikan dua keping wang perak kepada tuan rumah tumpangan itu dan berkata kepadanya, ‘Rawatlah dia” (Lukas 10:35). Sebagai gereja kita bersyukur untuk bekerjasama dengan “tuan rumah tumpangan” atau organisasi lain seperti Perkhidmatan Pertolongan Katolik, UNICEF dan Bulan Sabit Merah untuk membantu dalam usaha kemanusiaan kita. Kami sama-sama bersyukur untuk “dua keping wang perak” anda, dua peso, atau dua syiling anda yang meringankan beban yang terlalu banyak untuk ditanggung di seluruh dunia. Anda tidak akan tahu siapa penerima masa, dolar, dan duit itu, tetapi belas kasihan tidak memerlukan kita untuk mengetahuinya; ia hanya perlukan kita untuk mengasihi mereka.

Terima kasih, Presiden Russell M. Nelson, kerana mengingatkan kita bahawa “apabila kita mengasihi Tuhan dengan segala hati kita, Dia memalingkan hati kita kepada kesejahteraan orang lain” (“Perintah Utama Kedua,” Liahona, Nov. 2019, 97). Saya bersaksi bahawa kita masing-masing akan mempunyai peningkatan sukacita, kedamaian, kerendahan hati, dan kasih semasa kita menjawab panggilan Presiden Nelson untuk memalingkan hati kita kepada kesejahteraan orang lain. Joseph Smith juga memohon untuk “memberi makan kepada yang lapar, memberi pakaian kepada yang telanjang, menjaga orang balu, mengeringkan air mata anak yatim, [dan] menghiburkan mereka yang sengsara, sama ada di dalam Gereja ini, atau sesiapa pun, atau tidak sama sekali berada di gereja, di mana pun [kita temui] mereka” (“Editor’s Reply to a Letter from Richard Savary,” Times and Seasons, 15 Mac 1842, 732).

Elder Ardern dan Presiden Camille N. Johnson bersama anak-anak Afrika.

Dalam bulan-bulan itu, kami menemui orangyang lapar dan yang sengsara di dataran yang kering dan berdebu serta menjadi saksi-saksi rayuan mereka untuk bantuan. Dalam cara kita sendiri, kita sedih hati dan terharu (lihat Yohanes 11:33), namun perasaan itu ditenangkan semasa kami melihat belas kasihan ahli-ahli Gereja berusaha semasa memberi makan kepada yang lapar, menjaga orang balu dan menghiburkan orang yang sengsara.

Semoga kita sentiasa memandang kepada kesejahteraan orang lain dan menunjukkan dalam perkataan dan perbuatan bahawa kita “bersedia untuk menanggung beban satu sama lain” (Mosia 18:8), untuk “mengikat yang patah hati” (Ajaran dan Perjanjian 138:42), dan untuk mematuhi perintah utama kedua Kristus untuk “mengasihi sesama manusia” (Markus 12:31). Dalam nama Yesus Kristus, amin.