Kuasa Penyembuhan Juruselamat di atas Pulau-Pulau di Laut
Melalui berkat bait suci, Juruselamat menyembuhkan individu, keluarga dan negara.
Pada tahun 1960-an ayah saya mengajar di Kolej Gereja Hawaii di Laie, di mana saya dilahirkan. Tujuh kakak saya meminta ibu bapa saya menamakan saya “Kimo,” nama Hawaii. Kami tinggal dekat dengan Bait Suci Laie Hawaii apabila ia berkhidmat bagi banyak ahli Gereja Kawasan Asia Pasifik, termasuk Jepun.1 Pada masa ini, kumpulan Orang Suci Jepun mula datang ke Hawaii untuk menerima berkat-berkat bait suci.
Salah satu daripada ahli-ahli ini ialah seorang saudari dari pulau Okinawa. Kisah perjalanannya ke Bait suci Hawaii sungguh menakjubkan. Dua dekad dahulu, dia telah berkahwin mengikut perkahwinan tradisi Buddha. Beberapa bulan kemudian, Jepun menyerang Pearl Harbor, Hawaii, memaksa Amerika Syarikat ke dalam satu konflik dengan Jepun. Dalam pertempuran seperti Midway dan Iwo Jima, peperangan menolak tentera Jepun kembali ke pulaunya, Okinawa, barisan pertahanan terakhir yang berdiri melawan pasukan bersekutu di depan jantung Jepun.
Selama tiga bulan pada tahun 1945, Pertempuran Okinawa berlaku. Sekumpulan 1,300 kapal perang Amerika mengelilingi dan mengebom pulau itu. Kecederaan tentera dan orang awam sangat besar. Hari ini sebuah tugu peringatan di Okinawa menyenaraikan lebih daripada 240,000 nama orang yang mati dalam pertempuran itu.2
Dalam kedesakan untuk melarikan diri dari serangan, wanita Okinawan ini, suaminya, dan dua anak kecil mereka mencari perlindungan di sebuah gua gunung. Mereka bertahan kesengsaraan yang tidak terkata melalui minggu dan bulan yang berikutnya.
Pada suatu malam di tengah pertempuran yang menakutkan, keluarganya hampir mati kebuluran, suaminya pengsan, dia terfikir untuk menamatkan penderitaan mereka dengan sebiji bom tangan, yang diberikan pihak berkuasa tempatan untuk tujuan itu. Namun, semasa dia bersedia untuk berbuat demikian, dia mengalami pengalaman rohani yang menunjukkan realiti Tuhan dan kasih-Nya terhadap dia, yang memberinya kekuatan untuk menerus hidup. Pada hari-hari berikutnya, dia memulihkan suaminya dan memberi makanan kepada keluarganya dengan rumpai, madu dari sarang lebah, dan haiwan yang ditangkap di sungai yang berdekatan. Sungguh hebatnya, mereka bertahan selama enam bulan di dalam gua itu, sehingga penduduk tempatan memberitahu mereka bahawa pertempuran itu telah berakhir.
Apabila keluarga itu kembali ke rumah dan mula membina kehidupan mereka, wanita Jepun ini mula mencari jawapan tentang Tuhan. Dia secara beransur-ansur menyalakan kepercayaan kepada Yesus Kristus dan keperluan untuk dibaptiskan. Namun, dia risau tentang orang tersayangnya yang telah meninggal tanpa pengetahuan tentang Yesus Kristus dan pembaptisan, termasuk ibunya yang mati melahirkan dia.
Bayangkan kegembiraannya apabila dua saudari misionari dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir datang ke rumahnya satu hari dan mengajarnya bahawa orang dapat belajar tentang Yesus Kristus di dunia roh. Hatinya tertawan oleh ajaran itu bahawa ibu bapanya boleh memilih untuk mengikuti Yesus Kristus selepas kematian dan menerima pembaptisan yang dibuat bagi pihak mereka di bait suci. Dia dan keluarganya bertukar hati kepada Juruselamat dan dibaptiskan.
Keluarganya bekerja keras dan mula makmur, menambah tiga lagi anak. Mereka beriman dan aktif dalam Gereja. Kemudian, tanpa disangka, suaminya mengalami strok dan mati, memaksanya untuk bekerja keras dalam pelbagai pekerjaan buat masa yang lama demi menyara lima anaknya.
Ada orang dalam keluarga dan jiran-jirannya mengkritik dia. Mereka menyalahkan masalahnya atas keputusannya untuk menyertai gereja Kristian. Tidak terpengaruh oleh tragedi dan kritikan keras, dia berpegang teguh pada imannya kepada Yesus Kristus, bertekad untuk terus maju, percaya bahawa Tuhan mengenalinya dan ada hari yang lebih cerah di hadapan.3
Beberapa tahun selepas kematian suaminya, presiden misi di Jepun diilhamkan untuk menggalakkan ahli-ahli Jepun untuk berusaha menghadiri bait suci. Presiden misi seorang veteran Amerika dalam Pertempuran Okinawa di mana penderitaan keluarga saudari ini mengalami.4 Walaupun demikian, saudari yang rendah hati itu berkata tentang dia: “Dulu, dia ialah salah seorang musuh yang dibenci, tetapi sekarang dia berada di sini dengan injil kasih dan kedamaian. Ini, bagi saya, adalah satu mukjizat.”5
Apabila mendengar pesanan presiden misi, balu itu berhasrat untuk dimeteraikan kepada keluarganya di bait suci suatu hari nanti. Walau bagaimanapun, ia adalah mustahil baginya, disebabkan rintangan kewangan dan bahasa.
Kemudian beberapa penyelesaian inovatif muncul. Kos boleh dikurangkan separuh jika ahli di Jepun sewa seluruh kapal terbang untuk terbang ke Hawaii pada musim kurang pelancong.6 Para ahli merakam nyanyian dan menjual rakaman vinil bertajuk Japanese Saints Sing. Beberapa ahli juga telah jual rumah. Yang lain berhenti pekerjaan mereka untuk membuat perjalanan.7
Cabaran bagi para ahli ialah persembahan bait suci tidak disediakan dalam bahasa Jepun. Pemimpin gereja memanggil seorang saudara di Jepun untuk pergi ke bait suci Hawaii untuk menterjemahkan upacara anugerahan.8 Dia ialah penganut Jepun pertama selepas peperangan itu. Dia diajar dan dibaptiskan oleh askar Amerika yang beriman.9
Apabila ahli-ahli Jepun yang dianugerahi yang tinggal di Hawaii pertama kali mendengar terjemahan itu, mereka menangis. Seorang ahli mencatat: “Kami telah pergi ke bait suci banyak kali. Kami pernah dengar upacara dalam bahasa Inggeris. [Tetapi] kami tidak pernah merasai roh pekerjaan bait suci seperti yang kami merasainya sekarang [mendengarnya] dalam bahasa asli kami.”10
Pada tahun yang sama itu, 161 orang dewasa dan kanak-kanak membuat perjalanan dari Tokyo untuk pergi ke Bait Suci Hawaii. Seorang saudara Jepun merenungkan perjalanan: “Semasa saya melihat keluar dari kapal terbang dan melihat Pearl Harbor, dan mengingati apa yang negara kami telah lakukan kepada orang-orang ini pada 7 Disember 1941, saya takut dalam hati saya. Adakah mereka akan menerima kami? Tetapi yang mengejutkan saya, mereka menunjukkan kasih dan kebaikan yang lebih besar daripada yang pernah saya lihat dalam hidup saya.”11
Apabila Orang Suci Jepun tiba, ahli-ahli Hawaii mengalu-alukan mereka dengan banyak kalungan bunga sambil memberikan pelukan dan ciuman pada pipi, satu budaya asing kepada orang Jepun. Selepas menghabiskan 10 hari yang menakjubkan di Hawaii, Orang Suci Jepun mengucapkan selamat tinggal dengan nyanyian “Aloha Oe” oleh Orang Suci Hawaii.12
Perjalanan bait suci kedua yang diorganisasikan untuk ahli-ahli Jepun termasuk saudari balu Okinawa. Dia membuat penerbangan sejauh 10,000 batu (16,000 km) dengan sumbangan daripada para misionari yang telah melayani dalam cabangnya dan telah menikmati banyak makanan di meja rumah-nya. Semasa di bait suci, dia menintis air mata kegembiraan ketika menjadi wakil untuk pembaptisan ibunya dan dimeteraikan kepada suaminya yang sudah meninggal dunia.
Perjalanan bait suci dari Jepun ke Hawaii berterusan sehingga Bait Suci Tokyo Japan dibaktikan pada tahun 1980, menjadi bait suci ke-18 yang beroperasi. Pada bulan November tahun ini, bait suci ke-186 akan dibaktikan di Okinawa, Jepun. Ia terletak tidak jauh dari gua di mana wanita ini dan keluarganya berlindung di pusat Okinawa.13
Walaupun saya tidak pernah bertemu dengan saudari ini dari Okinawa, warisannya hidup melalui keturunannya, ramai yang saya kenal dan kasihi.14
Bapa saya, seorang veteran Perang Dunia II Pasifik, teruja semasa saya terima panggilan untuk melayani di Jepun sebagai misionari muda. Saya tiba di Jepun tidak lama selepas Bait suci Tokyo dibaktikan dan menyaksikan kesayangan mereka terhadap bait suci itu.
Perjanjian bait suci adalah kurnia daripada Bapa Syurgawi kepada para pengikut beriman Putera-Nya, Yesus Kristus. Melalui bait suci, Bapa Syurgawi kita mengikat individu dan keluarga kepada Juruselamat dan satu sama lain.
Presiden Russell M. Nelson mengisytiharkan tahun lepas:
“Setiap orang yang membuat perjanjian dalam kolam pembaptisan dan di bait suci—dan mentaatinya—telah meningkatkan akses kepada kuasa Yesus Kristus. …
“Ganjaran untuk patuhi perjanjian dengan Tuhan adalah kuasa syurgawi—kuasa yang kuatkan kita untuk tahan cubaan, godaan, dan kesakitan hati kita dengan lebih baik. Kuasa ini memudahkan cara kita.”15
Melalui berkat bait suci, Juruselamat menyembuhkan individu, keluarga dan bangsa—bahkan orang yang dahulunya adalah musuh yang pahit. Tuhan yang dibangkit berfirman kepada masyarakat bermasalah dalam Kitab Mormon, kepada mereka yang menghormati “nama-Ku, Putera Kebenaran akan bangkit dengan penyembuhan pada sayap-sayap-Nya.”16
Saya bersyukur untuk menyaksikan pengenapan janji Tuhan yang berterusan bahawa waktunya akan tiba ketika pengetahuan tentang Juruselamat akan menyebar ke setiap bangsa, kaum, bahasa, dan khalayak,”17 termasuk kepada “pulau-pulau di laut.”18
Saya bersaksi tentang Juruselamat Yesus Kristus, nabi serta para rasul-Nya pada zaman akhir ini. Saya bersaksi tentang kuasa syurgawi untuk mengikat di syurga apa yang terikat di bumi.
Inilah pekerjaan Juruselamat, dan bait suci ialah rumah kudus-Nya.
Dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi, saya mengisytiharkan kebenaran ini dalam nama Yesus Kristus, amin.