Berjalan dalam Hubungan Perjanjian dengan Kristus
Dia yang telah dicabik dan dipatahkan untuk kita akan membenarkan kefanaan melemahkan diri kita, tetapi Dia tidak minta kita untuk hadapi cabaran itu seorang diri.
Kawan baik saya Ilan memperkenalkan saya kepada satu jejak jalan di Israel. “Ia dipanggil Jejak Yesus,” dia berkata, “kerana ia adalah jalan dari Nasaret ke Kapernaum yang ramai percaya Yesus telah lalui.” Saya segera memutuskan pada masa itu saya ingin berjalan di jejak itu, jadi saya mula rancangkan satu perjalanan ke Israel.
Enam minggu sebelum perjalanan, buku lali saya tercedera. Suami saya risau akan kecederaan itu; kerisauan terbesar saya adalah bagaimana saya akan lalui “jejak Yesus” sebulan kemudian. Saya seorang yang degil, jadi saya tidak batalkan tiket penerbangan.
Saya ingat bertemu dengan pemandu pelancong Israel kami pada pagi Jun yang indah. Saya keluar dari van dan keluarkan satu set tongkat kaki dan satu skuter lutut. Mya, pembimbing kami, nampak kaki saya dan berkata, “Uh, saya rasa kamu tidak dapat berjalan dalam keadaan itu.”
“Mungkin tidak,” saya jawab. “Tetapi tiada apa-apa yang menghalang saya dari mencuba.” Dia angguk kepala, dan kami bermula. Saya berterima kasih kepada dia kerana mempercayai saya dapat berjalan di jalan itu walaupun cedera.
Saya sendiri berjalan di jalan curam dan batu besar untuk satu masa. Kemudian, digerakkan oleh ketulusan komitmen saya, Mya keluarkan tali yang tipis, mengikatkannya kepada skuter saya, dan mula menarik. Dia tarik saya ke atas bukit, melalui kebun lemon, dan di sepanjang tepi Laut Galilea. Pada penghujung perjalanan itu, saya menyatakan kesyukuran kepada pembimbing itu, yang telah bantu saya capai sesuatu yang saya tidak akan dapat capai sendiri.
Apabila Tuhan memanggil Henokh untuk lakukan perjalanan melalui negeri dan bersaksi tentang Dia, Henokh teragak-agak.1 Dia hanya seorang lelaki yang lambat bercakap. Bagaimanakah dia dapat berjalan di jalan itu dengan keadaannya? Dia dibutakan dengan apa yang telah patah dalam dirinya. Jawapan Tuhan kepada apa yang menghalangnya adalah mudah dan langsung: “Berjalanlah bersama-Ku.”2 Seperti Henokh, kita mesti ingat bahawa Dia yang telah dicabik dan dipatahkan untuk kita3 akan membenarkan kefanaan melemahkan diri kita, tetapi Dia tidak minta kita untuk hadapi cabaran itu seorang diri.4 Tidak kira apa pun kisah kita, atau jalan kita sekarang, Dia akan jemput kita untuk berjalan bersama-Nya.5
Fikirkan pemuda yang dalam kesukaran itu yang menemui Tuhan di padang belantara. Yakub telah berjalan jauh dari rumah. Dalam kegelapan malam, dia bukan sahaja termimpi tangga tetapi turut mengandungi janji-janji perjanjian yang penting, termasuk apa yang saya namakan sebagai janji lima jari.6 Pada malam itu, Tuhan berdiri di sebelah Yakub, memperkenalkan diri-Nya sebagai Tuhan kepada bapa Yakub, dan kemudian berjanji:
-
Aku menyertai mu.
-
Aku akan melindungi engkau.
-
Aku akan membawa engkau kembali lagi.
-
Aku tidak akan meninggalkan engkau.
-
Aku akan menepati janji-Ku kepadamu.7
Yakub ada pilihan untuk dibuat. Dia boleh pilih untuk jalani hidupnya hanya berkenalan dengan Tuhan bapanya, atau Dia boleh pilih untuk hidup dalam hubungan perjanjian yang komited dengan-Nya. Bertahun-tahun kemudian, Yakub bersaksi tentang hidup dalam janji-janji perjanjian Tuhan: “Tuhan … menolong aku pada masa kesukaran, dan menyertai aku ke mana sahaja aku pergi.”8 Seperti yang Dia lakukan untuk Yakub, Tuhan akan menjawab setiap kita pada hari kesusahan kita jika kita pilih untuk menambat hidup kita dengan Dia. Dia telah berjanji untuk berjalan bersama kita dalam perjalanan itu.
Kita memanggil ini berjalan di jalan perjanjian—jalan yang bermula dengan perjanjian pembaptisan dan membawa kepada perjanjian yang lebih mendalam yang kita buat di bait suci. Mungkin anda dengar perkataan itu dan fikirkan ia sebagai kotak semakan. Mungkin semua yang anda lihat adalah jalan kelayakan. Melihat dengan lebih dekat mengungkapkan sesuatu yang lebih menarik. Perjanjian bukan tentang sebuah kontrak sahaja, walaupun itu penting. Ia adalah mengenai hubungan. Presiden Russell M. Nelson mengajar, “Jalan perjanjian adalah tentang hubungan kita dengan Tuhan.”9
Pertimbangkan perjanjian perkahwinan. Tarikh perkahwinan adalah penting, tetapi sama pentingnya ialah hubungan yang dijalin melalui kehidupan yang dijalani bersama selepas itu. Begitu juga dengan hubungan perjanjian dengan Tuhan. Syarat-syarat telah ditetapkan dan akan ada jangkaan di sepanjang perjalanan. Dan tetap Dia menjemput setiap kita untuk datang sebagaimana kita mampu, dengan maksud hati yang sepenuhnya, dan untuk “maju terus”10 dengan Dia di sisi kita, percaya bahawa berkat yang dijanjikan-Nya akan datang. Tulisan suci mengingatkan kita bahawa selalunya berkat-berkat itu datang pada masa-Nya sendiri dan dengan cara-Nya sendiri: 38 tahun,11 12 tahun,12 serta merta.13 Seperti kita hadapi cabaran hidup, Dia akan menolong.14
Misi-Nya adalah misi perendahan diri. Yesus Kristus akan menemui kita di mana kita berada. Inilah sebab pengorbanan-Nya. Juruselamat dihantar untuk bantu kita mengatasi.15 Tetapi kekal di mana kita berada tidak akan membawa pembebasan yang kita cari. Seperti Dia tidak meninggalkan Yakub di tanah, Tuhan tidak berniat meninggalkan kita di mana pun kita berada.
Misi-Nya juga adalah misi kenaikan. Dia akan bekerja dalam diri kita16 untuk mengangkat kita ke tempat Dia berada dan, dalam proses itu, membolehkan kita menjadi seperti Dia. Yesus Kristus datang untuk mengangkat kita.17 Dia mahu membantu kita menjadi. Inilah mengapa adanya bait suci.
Kita mesti ingat: bukan laluan itu sahaja yang akan memuliakan kita, tetapi rakan kita–Juruselamat kita. Dan inilah sebabnya ada hubungan perjanjian.
Ketika saya berada di Israel, saya melawat Tembok Barat. Bagi orang Yahudi, inilah tempat yang paling kudus di Israel. Semua yang tersisa dari bait suci mereka. Kebanyakan memakai pakaian terbaik mereka apabila mereka melawat tempat kudus ini; pilihan pakaian mereka adalah simbol kesetiaan mereka kepada hubungan mereka dengan Tuhan. Mereka melawat tembok itu untuk membaca tulisan suci, menyembah, dan mencurahkan doa mereka. Rayuan untuk sebuah bait suci di tengah-tengah mereka bergema setiap hari, dalam setiap doa, keinginan mereka untuk rumah perjanjian ini. Saya mengagumi kesetiaan mereka.
Apabila saya pulang dari Israel, saya mendengar dengan lebih dekat perbualan di sekeliling saya mengenai perjanjian. Saya memerhatikan orang bertanya, Mengapa saya harus berjalan di jalan perjanjian? Perlukah saya masuki rumah Tuhan untuk membuat perjanjian? Mengapa saya memakai pakaian suci? Haruskah saya melabur dalam hubungan perjanjian dengan Tuhan? Jawapan kepada soalan yang baik dan penting ini adalah mudah: Ia bergantung pada tahap hubungan yang anda ingin alami dengan Yesus Kristus.18 Setiap daripada kita perlu menemui jawapan kita sendiri terhadap soalan-soalan peribadi itu.
Inilah jawapan saya: Saya berjalan di jalan ini sebagai “anak perempuan ibu bapa syurgawi yang dikasihi,”19 dikenali secara ilahi20 dan dipercayai dengan mendalam.21 Sebagai anak perjanjian, saya layak untuk menerima berkat22 yang dijanjikan. Saya telah pilih23 untuk berjalan dengan Tuhan. Saya telah dipanggil24 untuk berdiri sebagai saksi Kristus. Apabila laluan itu terasa berat, saya dikuatkan25 dengan rahmat yang membolehkan. Setiap kali saya masuk ke rumah-Nya, saya mengalami hubungan perjanjian yang mendalam dengan Dia. Saya dikuduskan26 dengan Roh-Nya, dianugerahi27 dengan kuasa-Nya, dan ditetapkan28 untuk membina kerajaan-Nya. Melalui proses pertaubatan harian dan pengambilan sakramen mingguan, saya belajar untuk menjadi tabah29 dan pergi serata tempat melakukan kebaikan.30 Saya berjalan di jalan ini bersama Yesus Kristus, menanti-nantikan hari yang dijanjikan apabila Dia akan datang lagi. Kemudian saya akan dimeteraikan-Nya31 diangkat sebagai anak perempuan Tuhan yang kudus32 .
Inilah sebabnya saya berjalan di jalan perjanjian.
Inilah sebabnya saya memegang pada janji-janji perjanjian.
Inilah sebabnya saya memasuki rumah perjanjian-Nya.
Inilah sebabnya saya memakai pakaian suci sebagai peringatan yang berterusan.
Kerana saya ingin hidup dalam hubungan perjanjian yang komited dengan-Nya.
Mungkin anda juga mahu. Mulakan di mana anda berada.33 Jangan biarkan keadaan anda menghalang anda. Ingatlah, kelajuan atau kedudukan di jalan itu tidak sepenting kemajuan.34 Minta seseorang yang anda percaya, yang berada di jalan perjanjian, untuk memperkenalkan anda kepada Juruselamat yang mereka kenal. Belajar lebih tentang Dia. Melabur dalam hubungan dengan membuat perjanjian dengan Dia. Tidak kira umur anda atau keadaan anda. Anda boleh berjalan bersama-Nya.
Setelah kami habis berjalan di Jejak Yesus, Mya tidak mengambil kembali talinya. Dia membiarkannya terikat pada skuter saya. Untuk beberapa hari seterusnya, anak saudara saya dan kawan mengambil giliran menarik saya melalui jalan-jalan di Yerusalem.35 Mereka memastikan saya tidak ketinggalan cerita-cerita Yesus. Saya diingatkan tentang kekuatan generasi muda. Kami boleh belajar daripada anda. Anda ada hasrat tulen untuk mengenali pembimbing itu, Yesus Kristus. Anda mempercayai pada kekuatan tali yang menambat kita kepada-Nya. Anda dikurnia dengan keistimewaan untuk mengumpul orang lain kepada-Nya.36
Syukurnya, kami jalan pada jalan ini bersama, memberi galakan sepanjang perjalanan.37 Semasa kita berkongsi pengalaman peribadi bersama Kristus, kita akan menguatkan kesetiaan peribadi. Dengan ini, saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.