Menjadi Pengikut Kristus yang Damai
Saya bersaksi bahawa “pengikut Kristus yang damai” akan menemui kedamaian peribadi dalam kehidupan ini dan penyatuan semula syurgawi yang mulia.
Kita hidup pada zaman di mana “pengikut Kristus yang damai”1 mengalami cabaran unik. Mereka yang percaya, menyembah dan bersaksi tentang Yesus Kristus selalu mengalami percubaan, kesengsaraan dan kesukaran.2 Isteri saya, Mary, dan saya tidak berbeza. Pada tahun-tahun lepas, kami telah melihat ramai rakan sekolah menengah, rakan misionari serta para isteri mereka dan rakan kerja kami meninggal dunia, atau seperti Presiden Russell M. Nelson kata, berijazah ke sebelah tirai. Kami telah melihat beberapa orang yang dibesarkan dalam iman dan kepercayaan meninggalkan jalan perjanjian.
Malangnya, kami kehilangan cucu berumur 23 tahun yang mati dalam kemalangan kereta yang tragik. Ada bilangan kawan-kawan, ahli keluarga dan rakan kerja telah mengalami cabaran kesihatan berat.
Apabila percubaan berlaku, kita berduka nestapa dan berusaha untuk menanggung beban satu sama lain.3 Kita meratapi hal-hal yang tidak akan dicapai dan lagu-lagu yang tidak akan dinyanyikan.4 Perkara buruk berlaku kepada orang baik dalam perjalanan fana ini. Api yang mengakibatkan kemusnahan di Hawaii, Chile selatan dan Kanada adalah peristiwa-peristiwa ngeri yang kadangkala dihadapi orang-orang yang baik.
Kita baca dalam Mutiara yang Sangat Berharga yang Tuhan ungkapkan sifat roh yang abadi kepada Abraham. Abraham belajar tentang kehidupan pra-bumi kita, pra-pentahbisan, Penciptaan, pemilihan seorang Penebus dan kehidupan fana ini, iaitu keadaan kedua manusia.5 Penebus mengisytiharkan:
“Kita akan membuat sebuah bumi agar mereka ini boleh tinggal diatasnya;
“Dan dengan ini kita akan menguji mereka, untuk melihat adakah mereka akan melakukan segala hal apa pun yang Tuhan Raja mereka akan perintahkan kepada mereka.”6
Sekarang kita semua berada di sini dalam keadaan kedua; di perjalanan kemajuan kita menuju ke kerajaan kemuliaan sebagai sebahagian dari rancangan keselamatan Tuhan yang agung dan permuliaan. Kita diberkati dengan hak pilihan dan tertakluk kepada percubaan kefanaan. Inilah masa bagi kita untuk bersedia untuk bertemu Tuhan.7 Kita diberkati untuk mengetahui tentang Yesus Kristus dan peranan-Nya dalam rancangan. Kita berhak istimewa untuk menjadi ahli Gereja-Nya yang dipulihkan—Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Sebagai pengikut Kristus yang damai, kita berusaha untuk mematuhi perintah-perintah-Nya. Ia tidak pernah mudah bagi para pengikut-Nya. Tidak mudah bagi Juruselamat untuk memenuhi misi fana-Nya dengan setia.
Tulisan suci amat jelas: ramai orang akan terikut dengan gaya hidup “makan, minum, dan bersukaria, kerana esok kita mati.”8 Orang lain yang tidak percaya berkumpulan dengan orang berfikiran sama yang menyokong “perkara baru seterusnya”9 dan falsafah manusia.10 Mereka tidak tahu di mana untuk mencari kebenaran.11
Pengikut Kristus yang damai tidak mengikuti jalan itu. Kita adalah ahli-ahli komuniti yang mesra dan terlibat di mana kita tinggal. Kita mengasihi, berkongsi dan menjemput semua anak Tuhan untuk mengikuti ajaran Kristus.12 Kita mengikuti nasihat nabi terkasih kita, Presiden Nelson; kita memilih peranan pendamai, sekarang dan selalu.”13 Pendekatan yang diilhamkan ini adalah konsisten dengan kedua-dua tulisan suci dan arahan nabi.
Pada tahun 1829, Gereja yang dipulihkan belum ditubuhkan dan Kitab Mormon belum diterbitkan. Satu kumpulan kecil orang yang kesusahan, digerakkan oleh Roh Tuhan, mengikuti Nabi Joseph Smith. Tuhan mengungkapkan nasihat untuk masa sukar kepada Joseph: “Janganlah takut, kawanan kecil; lakukanlah kebaikan; biarlah bumi dan neraka bergabung menentangmu, kerana jika kamu dibangunkan di atas batu-Ku, mereka tidak dapat berjaya.”14 Dia juga menasihati mereka:
“Pandanglah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut.
“… Setialah, taatilah perintah-perintah-Ku, dan kamu akan mewarisi kerajaan syurga.”15
Jelasnya, takdir syurgawi kita tidak diubah apabila kita menderita kesukaran. Dalam kitab Ibrani, kita dinasihati untuk “marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Tuhan, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan.”16 Yesus Kristus ialah “sumber penyelamatan yang kekal.”17
Saya suka kata-kata Mormon, yang dipetik oleh anak lelakinya Moroni, memuji “para pengikut Kristus yang damai … kerana jalanmu yang damai bersama anak-anak manusia.”18
Bagi kita dalam Gereja yang berusaha untuk menjadi pengikut Kristus yang damai, satu hari yang cerah menunggu kita ketika kita berfokus pada Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Percubaan adalah sebahagian kefanaan dan berlaku dalam kehidupan semua orang di seluruh dunia. Ini termasuk konflik besar di antara negara dan individu.
Para pemimpin Gereja sering ditanya, “Mengapakah Tuhan yang adil membenarkan hal-hal buruk berlaku, terutamanya kepada orang baik?” dan “Mengapa mereka yang soleh dan dalam pelayanan Tuhan tidak kebal dari tragedi seperti itu?”
Kami tidak tahu semua jawapannya, tetapi kami tahu asas-asas penting yang membenarkan kita menghadapi percubaan dan kesengsaraan dengan iman dan keyakinan dalam masa depan cerah yang menunggu setiap daripada kita. Tiada contoh yang lebih baik dalam tulisan suci berkenaan dengan melalui kesengsaraan daripada firman Tuhan kepada Joseph Smith, Nabi, semasa dia seorang tahanan di Penjara Liberty.
Tuhan mengisytiharkan:
“Jika rahang neraka akan menganga membuka mulut dengan luas terhadapmu, ketahuilah engkau, anak-Ku, bahawa semua hal ini akan memberi engkau pengalaman, dan akan menjadi kebaikanmu.
“Putera Manusia telah mengalami lebih teruk dari kesemuanya. Adakah engkau lebih hebat daripada Dia?
“… Janganlah takut apa yang manusia dapat lakukan, kerana Tuhan akan bersamamu selama-lamanya.”19
Ia jelas, kita ada seorang Bapa di Syurga yang mengenali dan mengasihi kita secara peribadi dan memahami penderitaan kita dengan sempurna. Putera-Nya, Yesus Kristus, ialah Juruselamat dan Penebus kita.
Kedua-dua Presiden Russell M. Nelson dan Presiden M. Russell Ballard dengan kuat menekankan kepentingan edisi kedua Preach My Gospel.20 Saya ingin menekankan yang sama. Edisi baru ini, yang menguatkan tulisan suci yang kudus, mengisytiharkan dengan berkuasa:
“Dalam korban tebusan-Nya, Yesus Kristus mengambil ke atas diri-Nya kesakitan, kesengsaraan dan kelemahan kita. Kerana ini, Dia tahu ‘menurut keadaan daging bagaimana menyokong umat-Nya menurut kelemahan mereka’ (Alma 7:12; lihat juga ayat 11). Dia menjemput, ‘Datanglah kepada-Ku,’ dan semasa kita melakukannya, Dia memberi kita rehat, harapan, kekuatan, perspektif dan penyembuhan (Matthew 11:28; lihat juga ayat 29–30).
“Apabila kita bergantung kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, Dia boleh membantu kita bertahan melalui cubaan dan kesakitan kita. Kita boleh dipenuhi dengan kegembiraan, kedamaian dan kesenangan hati. Segala yang tidak adil dalam kehidupan boleh dibetulkan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.”21
Kita boleh menjadi para pengikut Kristus yang damai dengan gembira.
Rancangan kegembiraan Bapa kita bagi anak-anak-Nya termasuk bukan sahaja kehidupan pra-fana dan fana tetapi juga satu potensi untuk kehidupan abadi, termasuk penyatuan semula yang besar dan mulia dengan mereka yang kita telah hilang. Semua kesalahan akan dibetulkan, dan kita akan melihat dengan jelas dan perspektif serta pemahaman yang sempurna.
Para pemimpin Gereja telah membandingkan perspektif ini dengan seseorang yang masuk pertengahan drama tiga babak.22 Mereka yang tanpa pengetahuan tentang rancangan Bapa tidak memahami apa yang berlaku dalam babak pertama (atau kewujudan pra-fana) dan tujuan-tujuan yang ditubuhkan di sana. Tidak juga mereka memahami penjelasan dan resolusi yang datang dalam babak ketiga, yang merupakan penggenapan mulia rancangan Bapa.
Ramai orang yang tidak menghargai bahawa di bawah rancangan-Nya yang penyayang dan menyeluruh mereka yang nampaknya tidak bersalah, tidak terpengaruh.23
Tulisan suci adalah jelas: para pengikut Kristus yang damai yang soleh, mengikut Juruselamat, dan mematuhi perintah-perintah-Nya akan diberkati. Salah satu ayat suci yang paling penting bagi mereka yang soleh, tidak kira keadaan mereka dalam kehidupan, adalah sebahagian dari ucapan Raja Benyamin kepada rakyatnya. Dia berjanji bahawa mereka yang mematuhi perintah-perintah dengan beriman diberkati dalam segala hal dalam kehidupan ini dan “diterima ke dalam syurga … [dan] berdiam bersama Tuhan dalam suatu keadaan kegembiraan yang tak akan berakhir.”24
Kita menyedari bahawa hampir semua kita mengalami ribut jasmani dan rohani dalam kehidupan kita, ada beberapa yang memusnahkan. Seorang Bapa di Syurga dan Putera-Nya, Yesus Kristus, yang merupakan ketua Gereja-Nya yang dipulihkan, telah menyediakan kita tulisan suci dan nabi untuk menyediakan kita, memberi amaran kepada kita tentang bahaya, dan memberi kita bimbingan untuk menyediakan dan melindungi kita. Beberapa arahan memerlukan tindakan segera, dan yang lain menyediakan perlindungan untuk bertahun-tahun di masa depan. Kata pendahuluan Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian, bahagian 1, menyeru kita untuk “mengendahkan perkataan para nabi ”25
Bahagian 1 juga memberi amaran kepada kita, “Bersedialah kamu, bersedialah kamu untuk apa yang akan datang.”26 Tuhan menyediakan bagi umat-Nya peluang untuk bersedia untuk cabaran yang mereka akan hadapi.
Tuhan memberi wahyu yang kuat kepada Presiden Brigham Young pada 14 Januari 1847, di Winter Quarters.27 Wahyu ini adalah contoh klasik di mana Tuhan menyediakan orang-orang untuk apa yang akan datang. Orang Suci yang beriman telah mula keluaran mereka ke tempat kudus di Lembah Salt Lake. Mereka telah berjaya membina Bait Suci Nauvoo dan menerima tatacara-tatacara injil keselamatan yang kudus. Mereka telah dihalau keluar dari Missouri, dan para penganiaya mereka telah menghalau mereka keluar dari Nauvoo pada musim sejuk yang dahsyat. Wahyu kepada Brigham memberi nasihat praktikal tentang cara untuk bersedia bagi keluaran. Tuhan memberi penekanan khusus untuk menjaga orang miskin, janda, anak yatim dan keluarga mereka yang melayani dalam Batalion Mormon sebagai badan utama Orang Suci meneruskan perjalanan mereka yang berbahaya.
Sebagai tambahan kepada nasihat lain untuk hidup dengan soleh, Tuhan menekankan dua asas yang sesuai untuk diamalkan hari ini.
Pertamanya, Dia mendorong mereka untuk “pujilah Tuhan dengan bernyanyi, dengan muzik, dengan menari, dan dengan doa pujian dan ucapan terima kasih.”28
Keduanya, Tuhan menasihati jika mereka “penuh dukacita, mintalah kepada Tuhan Rajamu dengan rayuan, agar jiwamu penuh kebahagiaan.”29
Kedua-dua peringatan ini ialah nasihat yang hebat untuk zaman kita sendiri. Kehidupan penuh dengan pujian, muzik dan kesyukuran diberkati secara unik. Bergembira dan bergantung pada bantuan syurgawi melalui doa adalah cara yang berkuasa untuk menjadi pengikut Kristus yang damai. Berusaha untuk sentiasa berceria membantu mengelak dari kejatuhan semangat.
Barisan terakhir lagu rohani perspektif menyampaikan jawapan muktamad dengan cara yang indah: “Tiada kesedihan di dunia yang tidak boleh disembuh oleh syurga.”30
Sebagai Rasul Tuhan Yesus Kristus, saya bersaksi bahawa “pengikut Kristus yang damai” akan menemui kedamaian peribadi dalam kehidupan ini dan penyatuan semula syurgawi yang mulia. Saya memberi kesaksian yang pasti tentang ketuhanan Juruselamat dan realiti Korban Tebusan-Nya. Dialah Juruselamat dan Penebus kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.