Rendah Hati untuk Menerima dan Mengikut
Kerendahan hati adalah keperluan wajip agar kita bersedia untuk kembali ke hadirat Tuhan.
Dalam bab kelima di Kitab Alma, satu soalan introspektif dikemukakan: “Dapatkah kamu berkata, jika kamu dipanggil untuk mati pada waktu ini, di dalam dirimu sendiri, bahawa kamu telah cukup rendah hati?”1 Soalan itu menunjukkan bahawa kerendahan hati adalah keperluan wajip agar kita bersedia untuk kembali ke hadirat Tuhan.
Kita semua ingin berfikir bahawa kita cukup rendah hati, tetapi beberapa pengalaman dalam kehidupan menyedarkan kita bahawa manusia alamiah yang angkuh sering kali masih aktif dalam diri kita.
Bertahun-tahun yang lalu, ketika dua anak perempuan kami dan isteri saya masih tinggal di rumah, saya mahu menunjukkan kepada mereka tempat kerja yang saya bertanggungjawab dalam syarikat majikan.
Tujuan saya adalah untuk menunjukkan mereka sebuah tempat di mana, tidak seperti rumah kami, semua orang akan lakukan apa yang saya minta tanpa mempersoalkan saya. Apabila kami tiba di pintu pagar depan, yang biasanya akan buka secara automatik apabila kereta saya mendekati, saya terhairan bahawa ia tidak buka kali ini. Sebaliknya, seorang pengawal keselamatan yang saya tidak kenal, menghampiri kereta dan meminta kad ID syarikat saya.
Saya beritahu dia bahawa saya tidak perlukan kad ID untuk masuk dengan kereta saya dan kemudian menanya dia soalan yang angkuh: “Kamu tahukah siapa saya?”
Dia jawab, “Kerana kamu tiada ID syarikat, saya tidak tahu siapa kamu, dan sehingga saya masih di pintu pagar ini kamu tidak dibenarkan memasuki bangunan tanpa pengenalan yang betul.”
Saya terfikir untuk memandang kepada belakang dan lihat reaksi anak-anak saya, tetapi saya sudah tahu mereka sedang menikmati setiap saat ini! Di tepi pula, isteri saya menggeleng kepalanya kerana tingkah laku saya. Akhirnya saya meminta maaf kepada pengawal dan beritahu betapa menyesal saya memperlakukan dia. “Kamu dimaafkan, pengawal berkata, “tetapi tanpa kad ID syarikat, kamu tidak boleh masuk hari ini!”
Kemudian saya pulang ke rumah dengan perlahan-lahan untuk dapatkan kad ID saya, setelah mempelajari pelajaran berharga ini: Apabila kita memilih untuk tidak rendah hati, kita akhirnya dimalukan.
Dalam kitab Amsal kita dapati, “Kesombongan akan menyebabkan keruntuhan, tetapi seseorang yang rendah hati akan dihormati.”2 Untuk mengembangkan kerendahan hati, kita mesti memahami apa yang dimaksudkan dalam konteks injil.
Ada orang keliru dengan menyangka rendah hati dengan perkara lain seperti contohnya, menjadi miskin. Tetapi sebenarnya ada ramai yang miskin dan angkuh dan juga ramai yang kaya namun rendah hati. Orang lain yang sangat malu atau mempunyai keyakinan diri yang rendah mungkin menunjukkan kerendahan hati secara luaran tetapi kadangkala dalamnya penuh dengan keangkuhan.
Jadi, apakah itu kerendahan hati? Berdasarkan kepada Preach My Gospel, ia adalah “kerelaan untuk tunduk kepada kehendak Tuhan. … Boleh diajar. … Ia merupakan faktor penting untuk perkembangan rohani.”3
Pastinya ada banyak peluang untuk kita semua memperbaiki sifat seperti Kristus ini. Saya ingin meneroka terlebih dahulu betapa rendah hati kita, atau sepatutnya, dalam mengikuti nasihat nabi kita. Kuiz untuk kita masing-masing adalah seperti:
-
Adakah kita menyebut nama penuh Gereja dalam semua interaksi kita? Presiden Nelson berkata, “Untuk menyingkirkan nama Tuhan daripada Gereja Tuhan adalah suatu kemenangan besar bagi Setan.”4
-
Adakah kita membenarkan Tuhan menguasai hidup kita dengan menerima jemputan nabi kita yang sangat spesifik? “Hari ini, saya menyeru para ahli kita agar bertindak untuk meninggalkan sikap dan tindakan prasangka.”5
-
Adakah kita mengatasi dunia, mempercayai ajaran Kristus lebih daripada falsafah manusia, seperti diajar oleh nabi kita?6
-
Sudahkah kita menjadi pendamai yang mengatakan hal-hal positif kepada dan tentang orang ramai? Presiden Nelson ajarkan kita di persidangan umum yang lalu perkara berikut: “Jika terdapat apa-apa pun yang berhemah, indah atau baik atau layak dipuji yang kita boleh katakan tentang orang lain—sama ada ke mukanya atau di belakang dia—yang harus menjadi standard komunikasi kita.”7
Ini adalah arahan mudah tetapi berkuasa. Ingatlah, umat Israel yang mengikut Musa hanya perlu melihat ular gangsa yang diangkat untuk disembuh.8 Tetapi “kerana mudahnya cara itu, atau senangnya cara itu, ramai yang binasa.”9
Semasa persidangan ini kita telah dengar dan akan dengar nasihat-nasihat nabi dan rasul kita. Inilah masa yang terbaik untuk mengembangkan kerendahan hati dan biarkan pertentangan pendapat kita dikuasai oleh kepercayaan kuat bahawa Tuhan berbicara melalui pemimpin-pemimpin terpilih ini.
Yang terutama, dalam mengembangkan kerendahan hati, kita juga harus fahami dan terima bahawa kita tidak dapat atasi cabaran atau capai potensi penuh melalui usaha sendiri sahaja. Pembicara, penulis, jurulatih dan pempengaruh motivasi di seluruh dunia, terutamanya di platform digital, akan berkata bahawa semuanya hanya bergantung kepada kita dan tindakan kita. Dunia percaya pada lengan daging.
Tetapi melalui injil yang dipulihkan, kita pelajari bahawa kita bergantung besar kepada kebaikan Bapa Syurgawi dan Korban Tebusan Juruselamat kita Yesus Kristus, “kerana kita tahu bahawa melalui rahmat kita diselamatkan, setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu.”10 Itulah sebabnya ia sangat penting untuk membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan, dengan berbuat demikian akan memberi kita akses penuh kepada kuasa penyembuhan, yang membolehkan, dan penyempurnaan Yesus Kristus melalui Korban Tebusan-Nya.
Penghadiran pertemuan sakramen setiap minggu dan penyembahan di bait suci yang kerap untuk mengambil bahagian dalam tatacara serta menerima dan memperbaharui perjanjian ialah satu tanda bahawa kita mengenali pergantungan kita kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita Yesus Kristus. Itu akan menjemput kuasa Mereka ke dalam kehidupan untuk bantu kita melalui semua masalah dan akhirnya penuhi tujuan penciptaan kita.
Tidak lama dahulu tahap kerendahan hati dan pemahaman saya tentang kebergantungan kepada Tuhan telah diuji sekali lagi. Saya berada di dalam sebuah teksi sedang ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan singkat ke satu tempat di mana terdapat situasi yang sangat susah untuk diselesaikan. Pemandu teksi, yang bukan ahli Gereja, melihat saya melalui cermin dan berkata, “Saya dapat lihat kamu hari ini tidak berapa baik!”
“Kamu dapat tahu?” Saya bertanya.
“Sudah tentu,” dia berkata. Kemudian di berkata seperti, “Kamu ada aura yang sangat negatif di sekeliling kamu!”
Saya jelaskan kepadanya bahawa berada dalam situasi yang susah untuk diatasi. Kemudian bertanya kepada saya, “Kamu sudah berusaha dengan sepenuhnya untuk menyelesaikan ini?”
Saya jawab bahawa saya telah lakukan segala yang saya boleh.
Dia kemudian berkata sesuatu yang saya tidak akan lupakan: “Jadi tinggalkan ini dalam tangan Tuhan, dan segalanya akan baik.”
Saya mengaku saya ingin menanya dia, “Tahukah kamu siapa saya?” Tetapi saya tidak! Tindakan saya adalah untuk merendahkan hati saya di hadapan Tuhan sepanjang penerbangan selama satu jam itu, meminta bantuan ilahi. Semasa saya meninggalkan kapal terbang, saya dapat tahu bahawa penyelesaian bagi situasi sukar itu sudah teratur dan kehadiran saya tidak lagi diperlukan.
Saudara dan saudari, perintah, jemputan dan janji daripada Tuhan adalah jelas dan menyenangkan: “Jadilah engkau rendah hati; dan Tuhan Rajamu akan memimpin tanganmu, dan memberi engkau jawapan pada doa-doamu.”11
Semoga kita rendah hati untuk ikuti nasihat nabi dan terimalah bahawa hanya Tuhan dan Yesus Kristus yang boleh mengubah kita—melalui tatacara dan perjanjian yang diterima dalam Gereja-Nya—kepada versi diri kita yang terbaik dalam kehidupan ini dan, pada satu hari nanti, menjadikan kita sempurna di dalam Kristus. Dalam nama Yesus Kristus, amin.