Persidangan Umum
Pelajaran Keibubapaan Ilahi
Persidangan Umum Oktober 2023


10:17

Pelajaran Keibubapaan Ilahi

Ibu bapa memasuki sebuah perkongsian dengan Bapa Syurgawi untuk membimbing anak-anak mereka kembali ke syurga.

Pernahkah anda mendukung bayi yang baru lahir dalam tangan anda? Terdapat satu cahaya yang datang dari setiap bayi yang baru lahir. Ia membawa ikatan kasih istimewa yang boleh memenuhi hati ibu bapa dengan kebahagiaan.1 Seorang penulis Mexico menulis, “Saya belajar bahawa apabila bayi yang baru lahir menggenggam jari ayahnya buat pertama kali, dia telah memerangkapnya buat selama-lamanya.”2

Keibubapaan ialah salah satu pengalaman kehidupan yang paling menakjubkan. Ibu bapa memasuki sebuah perkongsian dengan Bapa Syurgawi untuk membimbing anak-anak mereka kembali ke syurga.3 Hari ini saya ingin berkongsi beberapa pelajaran keibubapaan yang terdapat dalam tulisan suci dan yang diajar oleh para nabi hidup untuk membantu kita meninggalkan warisan keibubapaan kita.

Naik ke Tahap Tinggi Budaya Injil

Kita mesti naik ke tahap tinggi budaya injil dengan keluarga kita. Presiden Russell M. Nelson mengisytiharkan: “Keluarga layak mendapat bimbingan dari syurga. Ibu bapa tidak boleh menasihati kanak-kanak dengan secukupnya dari pengalaman peribadi, ketakutan atau simpati.”4

Walaupun latar belakang budaya kita, gaya keibubapaan, dan pengalaman peribadi mungkin berharga untuk keibubapaan, kebolehan ini tidak mencukupi untuk membantu anak-anak kita kembali ke syurga. Kita perlu peroleh “set nilai dan … amalan,”5 budaya kasih sayang dan harapan, di mana kita berinteraksi dengan anak-anak kita “dengan cara yang lebih tinggi dan lebih kudus.”6 Presiden Dallin H. Oaks menggambarkan budaya injil sebagai “satu cara hidup yang tersendiri dengan satu set nilai, harapan dan amalan. … Budaya injil ini datang dari rancangan keselamatan, perintah-perintah Tuhan, dan ajaran-ajaran para nabi hidup. Ia membimbing dalam cara kita membesar keluarga kita dan menjalani kehidupan individu kita.”7

Yesus Kristus adalah pusat budaya injil ini. Mengamalkan budaya injil dalam keluarga kita adalah penting untuk mencipta persekitaran yang subur di mana benih iman akan berkembang. Untuk naik ke tahap tinggi, Presiden Oaks telah menjemput kita “untuk meninggalkan sebarang tradisi atau amalan peribadi atau keluarga yang bertentangan dengan ajaran-ajaran Gereja Yesus Kristus.”8 Ibu bapa, ketakutan dalam menubuhkan budaya Injil boleh membenarkan musuh untuk bertapak di rumah kita atau, lebih teruk lagi, ke dalam hati anak-anak kita.

Apabila kita memilih untuk mengutamakan budaya injil dalam keluarga kita, kemudian melalui pengaruh berkuasa Roh Kudus9 gaya, tradisi dan amalan keibubapaan kita sekarang akan dinilai, disesuaikan, diperhaluskan dan dipertingkatkan.

Jadikan Rumah Sebagai Pusat Pembelajaran Injil

Presiden Russell M. Nelson telah mengajar bahawa rumah harus menjadi “pusat pembelajaran injil.”10 Matlamat pembelajaran injil adalah untuk “memperdalamkan penukaran hati kita terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus serta membantu kita menjadi lebih seperti Mereka.”11 Mari kita pertimbangkan tiga tanggungjawab keibubapaan penting yang digambarkan oleh para nabi dan rasul yang boleh membantu kita menubuhkan budaya Injil yang lebih tinggi di rumah kita.

Pertama: Mengajar dengan Bebas

Bapa Syurgawi mengarahkan Adam tentang Yesus Kristus dan ajaran-Nya. Dia mengajarkannya “untuk mengajarkan hal-hal ini dengan bebas kepada anak-anak[nya].”12 Dalam kata lain, Bapa Syurgawi mengajar Adam untuk mengajar hal-hal ini dengan bebas, murah hati, dan tanpa kekangan.13 Tulisan suci memberitahu kita bahawa “Adam dan Hawa memuji nama Tuhan, dan mereka memberitahukan segala hal kepada anak-anak mereka.”14

Kita mengajar anak-anak kita semasa kita meluangkan masa yang bermakna dengan mereka. Kita mengajar tanpa kekangan dengan topik-topik sensitif seperti masa skrin, menggunakan sumber-sumber yang Gereja sedia ada.15 Kita mengajar dengan bebas apabila kita mengkaji tulisan suci dengan anak-anak kita menggunakan Ikutlah Aku dan membenarkan Roh menjadi pengajar.

Kedua: Teladan Penganutan

Dalam kitab Yohanes, kita membaca bahawa apabila beberapa orang Yahudi mempersoalkan tindakan Juruselamat, Yesus mengarahkan perhatian kepada contoh-Nya iaitu Bapa Dia. Dia mengajar, “Percayalah, Anak tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya. Apa yang dilakukan oleh Bapa, perkara itu juga yang dilakukan oleh Anak.”16 Ibu bapa, apakah yang kita perlu meneladani untuk anak-anak kita? Penganutan.

Sebagai ibu bapa, kita boleh mengajar kepentingan untuk mengutamakan Tuhan semasa kita membincangkan perintah pertama. Kita memberi teladan apabila mengetepikan gangguan duniawi dan menguduskan hari Sabat setiap minggu. Kita boleh mengajar kepentingan perjanjian bait suci apabila kita berucap tentang ajaran perkahwinan selestial. Kita memberi teladan apabila mentaati perjanjian kita, melayan pasangan kita dengan maruah.

Ketiga: Jemput untuk Bertindak

Iman kepada Yesus Kristus harus menjadi inti kesaksian anak-anak kita, dan kesaksian-kesaksian ini mesti datang kepada setiap anak melalui wahyu individu.17 Untuk membantu anak-anak kita mengembangkan kesaksian mereka, galakan mereka agar menggunakan hak pilihan mereka untuk memilih yang betul18 dan menyediakan mereka untuk jalan perjanjian Tuhan sepanjang hidup.19

Lebih baik kita menjemput anak-anak kita untuk menerima jemputan Presiden Nelson agar bertanggungjawab atas kesaksian sendiri tentang Yesus Kristus dan injil-Nya—berusaha memperolehi, untuk memeliharanya supaya ia akan berkembang, menerima kekuatan melalui kebenaran, dan tidak mencemarkannya dengan falsafah palsu daripada lelaki dan wanita yang tidak percaya.20

Keibubapaan yang Soleh dan Bersengaja

Niat ilahi Bapa Syurgawi kita sebagai seorang ibu bapa didapati dalam wahyu yang diberikan kepada Musa: “Kerana lihatlah, inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia.”21 Presiden Nelson telah menambah, “Tuhan akan melakukan segala yang Dia boleh, tanpa melanggar hak pilihan, untuk membantu anda tidak terlepas dari berkat-berkat terbesar dalam semua keabadian.”22

Sebagai ibu bapa, kita merupakan ejen Tuhan dalam menjaga anak-anak kita.23 Kita mesti melakukan segala usaha untuk mencipta persekitaran di mana anak-anak kita dapat merasakan pengaruh ilahi-Nya.

Bapa Syurgawi tidak pernah berniat agar ibu bapa berada di latar belakang sebagai penonton, melihat kehidupan rohani anak-anak kita berlaku. Izinkan saya gambarkan idea keibubapaan bersengaja dengan satu pengalaman peribadi. Semasa menghadiri Sekolah Primer di satu cabang kecil di Guatemala, ibu bapa saya mula mengajar tentang nilai berkat bapa bangsa. Ibu saya mengambil masa untuk berkongsi pengalaman menerima berkat bapa bangsanya yang berharga. Dia mengajar saya ajaran berkaitan dengan berkat bapa bangsa, dan dia bersaksi tentang berkat-berkat yang dijanjikan. Keibubapaannya yang bersengaja mengilhami saya untuk menghasratkan berkat bapa bangsa saya.

Semasa berumur 12 tahun, ibu bapa membantu saya mencari seorang bapa bangsa. Ini kerana tidak ada bapa bangsa dalam daerah di mana kami tinggal. Saya pergi ke bapa bangsa yang berada di pancang sejauh 156 kilometer (97 batu). Saya masih ingat ketiak bapa bangsa meletakkan tangannya di atas kepala saya untuk memberi berkat. Saya tahu melalui pengesahan rohani yang kuat, tanpa keraguan, bahawa Bapa Syurgawi mengenali saya.

Sebagai seorang budak berumur 12 tahun dari kota yang kecil, itu amat bermakna bagi saya. Hati saya berpaling kepada Bapa Syurgawi pada hari itu kerana keibubapaan ibu bapa saya bersengaja dan saya akan sentiasa bersyukur kepada mereka.

Sister Joy D. Jones, bekas Presiden Umum Sekolah Primer, mengajar: “Kita tidak boleh tunggu penukaran hati untuk berlaku kepada anak-anak kita. Penukaran hati secara tidak bersengaja bukanlah satu asas injil Yesus Kristus.”24 Kasih dan jemputan berilhami boleh membuat perbezaan dalam cara anak-anak kita menggunakan hak pilihan mereka. Presiden Nelson menekankan, “Tidak ada pekerjaan lain yang melangkaui keibubapaan yang soleh dan sengaja!”25

Kesimpulan

Ibu bapa, dunia ini penuh dengan falsafah, budaya dan idea yang bersaing untuk perhatian anak-anak kita. Bangunan besar dan lapang mengiklankan keahliannya setiap hari melalui saluran media yang terkini. “Tetapi di dalam kurniaan Putera-Nya,” nabi Moroni mengajar, “Tuhan telah menyediakan jalan yang lebih baik.”26

Apabila kita bekerjasama dengan Tuhan melalui perjanjian dan menjadi ejen-ejen-Nya dalam penjagaan anak-anak kita, Dia akan menguduskan niat kita, mengilhami ajaran-ajaran kita, dan memperkuatkan jemputan kita supaya “anak-anak kita dapat mengetahui kepada punca mana mereka dapat berpaling bagi pengampunan dosa-dosa mereka.”27 Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Mazmur 127:3.

  2. Johnny Welch, “The Puppet,” reproduksi di inspire21.com/thepuppet; lihat juga Johnny Welch, Lo que me ha enseñado la vida (1996).

  3. Ini mungkin bagaikan tugas yang menakutkan, tetapi seperti Elder Jeffrey R. Holland berkata, “Dengan bantuan Bapa Syurgawi kita boleh meninggalkan lebih banyak warisan ibu bapa daripada yang kita sangkakan.” (“The Hands of the Fathers,” Liahona, Julai 1999, 18).

  4. Russell M. Nelson, “Thou Shalt Have No Other Gods,” Ensign, Mei 1996, 15.

  5. Dallin H. Oaks, “The Gospel Culture,” Ensign, Mac 2012, 22.

  6. Russell M. Nelson, “Pendamai Diperlukan,” Liahona, Mei 2023, 99.

  7. Dallin H. Oaks, “The Gospel Culture,” 22.

  8. Dallin H. Oaks, “The Gospel Culture,” 22.

  9. Lihat Moroni 10:5.

  10. Russell M. Nelson, “Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Liahona, Nov. 2018, 113.

  11. Penukaran Hati ialah Matlamat Kita,” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023, v.

  12. Musa 6:58

  13. Lihat American Dictionary of the English Language, “freely,” webstersdictionary1828.com/Dictionary/freely.

  14. Musa 5:12

  15. Lihat “Taking Charge of Technology” and Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan (2022), Gospel Library.

  16. Yohanes 5:19.

  17. Lihat “Matius 16:17–18. Individual Revelation Needed for a Testimony of Jesus Christ,” dalam New Testament Student Manual (2018), 52.

  18. Lihat Dale G. Renlund, “Tentulah Sekarang,” Liahona, Nov. 2018, 104: “Matlamat Bapa Syurgawi dalam keibubapaan bukanlah untuk anak-anak-Nya melakukan apa yang betul; ia adalah supaya anak-anak-Nya memilih untuk melakukan apa yang betul dan akhirnya menjadi seperti Dia.”

  19. Lampiran: “Menyediakan Anak-anak Anda untuk Kekal di Jalan Perjanjian Tuhan Seumur Hidup,” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023, Gospel Library.

  20. Lihat Russell M. Nelson, “Mengatasi Dunia dan Mencari Kesejahteraan,” Liahona, Nov. 2022, 97

  21. Musa 1:39 Dalam ayat ini, Yesus Kristus sedang berbicara bagi pihak Bapa Syurgawi.

  22. Russell M. Nelson, “Choices for Eternity” (pertemuan rohani belia sedunia, 15 Mei 2022, Gospel Library.

  23. Lihat Russell M. Nelson, “Salvation and Exaltation,” Liahona, Mei 2008, 10: “Jangan cuba mengawal anak-anak anda. Sebaliknya, dengarkan mereka, bantu mereka untuk belajar Injil, ilhamilah mereka, dan bimbinglah mereka ke arah kehidupan abadi. Anda ialah ejen Tuhan dalam penjagaan anak-anak yang Dia telah amanahkan kepada anda. Biarlah pengaruh ilahi-Nya kekal dalam hati anda semasa anda mengajar dan memujuk.”

  24. Joy D. Jones, “Perbualan Penting,” Liahona, Mei 2021, 12.

  25. Russell M. Nelson, “Hari Sabat Adalah Satu Kebahagiaan,” Liahona, Mei 2015, 131.

  26. Eter 12:11.

  27. 2 Nefi 25:26.