Dorongan Roh
Penemanan Roh Kudus yang berterusan adalah salah satu kurnia rohani terbesar yang Orang Suci Zaman Akhir nikmati.
Pengenalan
Baru-baru ini, mata dunia sukan berfokus pada Piala Dunia Wanita FIFA 2023 yang diadakan di Australia dan New Zealand. Para atlet taraf dunia terpilih daripada 200 pasukan nasional dari seluruh dunia menunjukkan keazaman, dedikasi, bakat, dan semangat sukan semasa mereka bersaing untuk kehormatan tertinggi dunia bola sepak.
Kami kagum dengan para pemain dalam pelbagai sukan dan disiplin lain yang mencapai tahap tertinggi dalam seni mereka. Kita berbicara tentang bakat atau kurnia ilahi mereka. Ini termasuk tarian, gimnastik, muzik, seni, drama, matematik, sains dan lain-lain. Setiap orang tersebut menunjukkan kurnia yang diberikan oleh Tuhan yang kemudiannya dihaluskan dan diasah melalui kerja keras, pembelajaran dan latihan sepanjang hidup. Kurnia yang dikurniakan Tuhan menjadikan orang berbakat.
Menggunakan Kurnia Rohani
Dengan melihat melalui kanta injil, Tuhan menganugerahi anak-anak-Nya dengan banyak kurnia rohani, menjadikan mereka orang yang berbakat secara rohani. Para ahli Gereja yang mematuhi perjanjian dianugerahkan dengan kurnia Roh, yang termasuk kurnia kesaksian Yesus Kristus sebagai Juruselamat kita, kurnia Roh Kudus, kurnia iman untuk menyembuhkan dan disembuhkan, kurnia membezakan, kurnia menerima mukjizat, dan kurnia kebijaksanaan dan pengetahuan.1 Tuhan menjemput kita untuk cari kurnia yang terbaik dengan bersungguh-sungguh, bahkan kurnia rohani. Dia memberikan kurnia rohani untuk memberkati kita dan untuk menggunakannya dalam memberkati orang lain.2
Kembali ke analogi pemain kita yang berbakat, ia adalah penting untuk ingat bahawa kurnia sahaja tidak menjadikan orang itu pakar. Selain bakat asli yang luar biasa, ia adalah melalui latihan yang cermat serta menjerihkan dan pemain menambah baik dan mengukuhkan kemahiran mereka untuk capai tahap kesukanan tertinggi. Malah hadiah jasmani yang diterima dan dibuka selalu disertai dengan arahan “pemasangan diperlukan.”
Begitu juga, saya telah memerhatikan tempoh pembelajaran yang berkaitan dengan kurnia rohani. Penggunaan kurnia rohani memerlukan senaman rohani. “Untuk memiliki bimbingan Roh Kudus dalam hidup, anda memerlukan usaha rohani. Usaha ini termasuk doa yang bersungguh-sungguh dan pengkajian tulisan suci yang konsisten. Ia juga termasuk mematuhi perjanjian anda dan perintah Tuhan. … Ia termasuk mengambil sakramen dengan layak setiap minggu.”3
Apakah hasil-hasil daripada menjalankan kurnia-kurnia rohani? Ia termasuk dorongan daripada Roh yang membantu kita hadapi keperluan harian, menunjukkan apa yang perlu kita buat dan cakap, serta berkat kedamaian dan kesenangan. Apabila kita mendengar dan bertindak atas dorongan rohani, Roh Kudus mengembangkan kebolehan dan keupayaan kita untuk mencapai lebih dari apa yang kita boleh lakukan sendiri. Kurnia-kurnia rohani yang berharga ini akan membantu kita dalam setiap aspek kehidupan kita.4
Penemanan Roh Kudus yang berterusan adalah salah satu kurnia rohani terbesar yang Orang Suci Zaman Akhir nikmati.
Berapa pentingnya kurnia ini? Presiden Russell M. Nelson menjawab soalan ini apabila dia menyatakan bahawa “Di hari-hari yang mendatang, ia akan menjadi mustahil untuk bertahan secara rohani tanpa bimbingan, arahan, galakan dan pengaruh yang tetap daripada Roh Kudus”5
Bagaimana untuk Menjemput dan Mengenali Dorongan Roh
Sepanjang pelayanan saya, saya dapati semua orang mempunyai keinginan universal untuk ketahui cara bagi menjemput dan mengenali dorongan Roh Kudus. Dorongan Roh adalah sangat peribadi dan datang dalam pelbagai cara. Namun, kita diberkati dengan kata-kata para nabi, baik zaman purba mahupun moden, memberikan kita pandangan yang berharga tentang bagaimana untuk menerima arahan daripada Roh.
Biar saya berikan empat asas bimbingan yang mungkin membantu anda untuk menjemput dan mengenali dorongan Roh.
Berdiri di Tempat Suci
Pertama ialah berdiri di tempat-tempat kudus.6 Baru-baru ini, saya menyertai rumah terbuka Bait suci Tokyo Jepun. Respon daripada jemputan rasmi ke orang-orang media dan VIP telah melebihi jangkaan. Beratus-ratus orang menyertai lawatan berpandu bait suci. Para pengunjung amat tersentuh oleh keindahan bait suci, termasuk perkaitan dengan corak dan motif tradisional Jepun yang mendalam. Lebih lagi adalah penunjukan penuh hormat daripada pengunjung ketika penjelasan mengenai tatacara untuk nenek moyang di dalam bilik di mana ia akan berlaku. Tetapi yang paling menyentuh hati saat-saat daripada pengaruh Roh.
Itu berlaku kepada seorang pegawai kerajaan yang terkemuka yang masih terbenam dalam minda saya. Selepas mengalami suasana yang aman di dalam bilik selestial, dia rasa tersentuh hati dan berbisik dalam telinga saya, “Udara yang saya bernafas di dalam bilik ini rasa amat berbeza.” Saya mengenali bahawa dia sedang menggambarkan kehadiran Roh Kudus, yang, sememangnya, berada di tempat-tempat kudus. Jika anda berharap untuk merasakan Roh Kudus, berdirilah di tempat di mana Roh boleh didapati dengan mudah.
Bait suci dan rumah kita adalah paling suci berbanding tempat-tempat lain. Di dalamnya, kita dapat menjemput Roh Kudus dan mengenali-Nya dengan lebih mudah. Tempat kudus yang lain termasuk bangunan pertemuan, bangunan seminari dan institut, tempat sejarah Gereja dan pusat pengunjung. Berdiri di tempat kudus.
Berdiri dengan Orang Kudus
Kedua, berdiri dengan orang kudus. Saya akan menggambarkan asas bimbingan kedua dengan satu lagi ingatan.
Saya tidak akan lupa mengambil bahagian dalam pertemuan rohani yang diadakan dalam arena sukan yang popular. Biasanya arena ini dipenuhi dengan peminat-peminat yang menyorak pasukan sendiri dan mungkin mencemuh pasukan lain. Tetapi pada malam ini, suasananya agak berbeza. Arena itu dipenuhi dengan ribuan orang muda yang berhimpun untuk menghormati dan memperingati kehidupan Nabi Joseph Smith. Nada takzim, hormat dan kesyukuran mereka memenuhi arena dengan hadirat Roh Kudus. Saya benar-benar dapat melihatnya di wajah mereka. Itulah saat kurnia Roh Kudus berlaku, menegas kesaksian yang diberikan tentang Joseph Smith dan Pemulihan injil.
Pengaruh Roh tidak dibatas daripada menghadiri pengumpulan orang kudus. Jika anda berharap untuk merasakan Roh Kudus, beradalah bersama orang di mana Roh dapat tinggal dengan mudah. Juruselamat berkata demikian: “Hal itu demikian kerana apabila dua atau tiga orang berkumpul kerana Aku, Aku pun di situ bersama-sama mereka.”7 Untuk golongan belia, pertimbangkan tempat himpunan orang kudus bagi anda: kuorum dan kelas, FSY dan seminari, aktiviti bahagian, pancang dan koir bahagian. Pilih untuk bersama orang dan pergi ke tempat di mana kesolehan ditemui. Carilah kekuatan anda dalam pergaulan. Carilah kawan yang baik. Jadilah seorang kawan yang baik. Sokong satu sama lain di mana anda berada. Berdiri dengan orang kudus.
Bersaksi tentang Kebenaran Kudus
Ketiga, bersaksi tentang kebenaran kudus sekerap yang anda boleh. Penolong sering berkongsi suara-Nya apabila kita bersaksi dengan suara kita. Roh memberi kesaksian kepada pembicara dan pendengar.
Saya pernah sekali saya menaiki teksi selama 45 minit di Kota New York. Setelah perbualan injil yang mesra dengan pemandu untuk tempoh perjalanan saya ke lapangan terbang, saya membayarnya dan bersedia untuk keluar dari teksi. Kemudian saya sedari bahawa saya belum memberi kesaksian tentang apa yang saya telah kongsi. Dengan segera, saya berkongsi kesaksian yang mudah, menjemput Roh dan membawa air mata kepada kedua-dua mata kami.
Semasa anda mencari dan mengambil kesempatan untuk berkongsi kesaksian anda dengan orang lain, anda akan mencipta detik-detik untuk mengenali Roh bagi diri anda sendiri.
Dengarkan Roh Kudus
Asas terakhir adalah untuk mendengar kepada Roh Kudus. Dia boleh menjadi rakan kita yang tetap, tetapi Dia bercakap dalam nada halus dan senyap. Nabi Elia mendapati bahawa suara Tuhan tidak berada dalam angin, gempa bumi, atau api tetapi adalah “suara yang lembut.”8 Ia bukanlah “suara guruh,” tetapi “suara yang tenang dengan kelembutan yang sempurna, seolah-olah adalah suatu bisikan,” namun ia boleh “ menusuk bahkan terus ke dalam jiwa.”9
Presiden Boyd K. Packer berkata: “Roh tidak menarik perhatian kita dengan menjerit atau menggoncang kita dengan tangan yang kuat. Sebaliknya ia berbisik. Ia membelai dengan lembut sehingga jika kita sibuk, kita mungkin tidak merasainya langsung.”10 Saya telah perhatikan bahawa kadangkala suara-Nya begitu halus, atau saya begitu sibuk, sehingga orang yang dikasihi merasainya untuk saya. Sudah banyak kali dorongan Roh Kudus datang kepada saya melalui isteri saya, Lesa. Ibu bapa atau pemimpin yang soleh juga boleh menerima bimbingan yang diilhamkan untuk anda.
Kebisingan, kekacauan, dan pertikaian yang tersebar luas di dunia boleh mengalahkan tanggapan yang tenang dan senyap daripada Roh Kudus. Cari tempat yang sunyi, satu ruang kudus di mana anda boleh mencari dan menerima arahan daripada Roh.
Kata-kata Amaran
Semasa anda fikirkan asas-asas ini untuk menjemput dan mengenali Roh, lihatlah kata-kata amaran berikut.11
Sahkan tanggapan rohani anda. Contohnya, tanggapan daripada Roh akan seiring dengan tulisan suci dan ajaran-ajaran para nabi hidup.
Pastikan bahawa perasaan yang anda terima konsisten dengan tugasan anda. Kecuali anda dipanggil oleh wewenang yang betul, tanggapan daripada Roh tidak diberikan untuk anda menasihati atau membetulkan orang lain.
Hal-hal rohani tidak boleh dipaksa. Anda boleh memupuk sikap dan persekitaran yang menjemput Roh, dan anda boleh menyediakan diri anda, tetapi anda tidak dapat arahkan bagaimana atau bila ilham datang. Bersabar dan percaya bahawa anda akan menerima apa yang anda perlukan apabila masa itu betul.
Gunakan penghakiman anda yang terbaik. Kadangkala kita mahu dibimbing oleh Roh dalam segala hal. Namun, sering kali Tuhan mahu kita menggunakan kecerdasan yang diberikan dan bertindak dalam cara yang konsisten dengan pemahaman terbaik kita. Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan:
“Keinginan untuk dibimbing oleh Tuhan merupakan satu kekuatan, tetapi ia harus didampingi dengan pemahaman bahawa Bapa Syurgawi meninggalkan banyak keputusan bagi pilihan-pilihan peribadi kita. … Mereka yang cuba mengalihkan segala keputusan kepada Tuhan dan merayu untuk wahyu bagi setiap pilihan akan mendapati diri dalam situasi di mana mereka berdoa untuk bimbingan dan tidak menerimanya. …
“Kita harus mengkaji hal-hal dalam minda kita. … Kemudian kita perlu berdoa untuk bimbingan dan bertindak . … Jika kita tidak menerima bimbingan, kita harus bertindak menurut penghakiman kita yang terbaik.”12
Kesimpulan dengan Jemputan
Kesimpulannya, Orang Suci Zaman Akhir mestilah orang berkurnia dan umat yang mematuhi perjanjian. Namun, setiap kita harus terus berusaha menggunakan kurnia rohani kita dan kemudian menjemput dan belajar untuk mengenali dorongan Roh. Empat asas-asas bimbingan untuk membantu kita dalam usaha rohani yang penting ini adalah:
-
Berdiri di tempat kudus.
-
Berdiri dengan orang kudus.
-
Bersaksi tentang kebenaran kudus.
-
Dengarkan Roh Kudus.
Kebolehan anda untuk menjemput dan mengenali dorongan Roh akan berkembang langkah demi langkah. “Menjadi lebih peka kepada bahasa Roh adalah seperti mempelajari bahasa lain. Ia satu proses beransur yang memerlukan usaha gigih dan kesabaran.”13
Kembali ke tempat kita bermula, sila ingat bahawa sebagai Orang Suci Zaman Akhir anda diberikan kurnia. Gambarkan senario hari Ahad yang biasa ini, dikongsi kepada saya baru-baru ini. Seorang anak, berdiri di atas bangku, hampir tidak dapat dilihat di atas mimbar itu. Bapanya berdiri di sebelah sedang menggalak dan membantu dengan bisikan lembut ke telinganya semasa dia berkongsi dengan bangga, “Aku anak Tuhan.”
Kesaksian seterusnya datang dari seorang belia yang bermula dengan gelisah, “Saya berharap saya ada seseorang yang berbisik dalam telinga saya seperti itu.” Kemudian dia peroleh ilham dan bersaksi, “Saya ada seorang seperti itu—itulah Roh Kudus!”
Saya tutup dengan jemputan terutamanya untuk semua remaja! Kebanyakan anda memulakan hari anda dengan berdiri di depan cermin. Esok, minggu ini, tahun ini, selalu, berhenti seketika semasa melihat diri anda dalam cermin. Fikirkan kepada diri anda, atau berkata dengan lantang jika ingin: “Wow, lihatlah saya! Saya hebat! Saya anak Tuhan! Dia kenal saya! Dia kasihi saya! Saya dikurnia—dikurniakan dengan Roh Kudus sebagai rakan saya yang berterusan!”
Saya menambah kesaksian saya kepada anda, Orang Suci Zaman Akhir yang dikurniakan, tentang Tuhan Bapa, Yesus Kristus, dan Roh Kudus, yang memberi kesaksian tentang Mereka. Dalam nama Yesus Kristus, amin.