Yesus Kristus adalah Khazanah
Tumpukan pada Yesus Kristus. Dia ialah Juruselamat dan Penebus kita, “sasaran” yang kita perlu pandang, dan khazanah terbesar kita.
Pada tahun 1907, seorang lelaki Inggeris yang kaya bernama George Herbert, Earl kelima Carnarvon,1 berpindah ke Mesir dan berminat dalam arkeologi. Dia mendekati seorang pakar Mesir yang terkenal, Howard Carter, dan mencadangkan satu perkongsian. Carter akan menyelia penggalian arkeologi mereka, dan Carnarvon akan menyediakan dana.
Sama-sama, mereka berjaya meneroka pelbagai lokasi. Kemudian mereka menerima kebenaran untuk menggali di Lembah Raja-Raja, yang terletak berhampiran Luxor zaman moden, di mana banyak kubur firaun telah ditemui. Mereka memutuskan untuk mencari kubur Raja Tutankhamun. Tutankhamun telah naik ke takhta Mesir lebih daripada 3,000 tahun sebelumnya dan memerintah selama 10 tahun sebelum kematiannya yang tidak dijangka.2 Dia dikatakan telah dikebumikan di Lembah Raja-Raja,3 tetapi lokasi kuburnya tidak diketahui.
Carter dan Carnarvon menghabiskan lima tahun tanpa kejayaan dalam mencari kubur Tutankhamun. Akhirnya Carnarvon memberitahu Carter bahawa dia berhenti kerana usaha itu tidak berhasil. Carter merayu untuk satu musim penggalian lagi, dan Carnarvon bersetuju dengan pembiayaan itu.
Carter sedar bahawa seluruh tanah Lembah Raja-Raja telah digali menurut pelannya—kecuali kawasan perkhemahan mereka sendiri. Dalam beberapa hari selepas menggali di sana, mereka menemui tangga pertama menuju ke kubur itu.4
Ketika Carter menatap ruang depan kubur Tutankhamun dan nampak emas di merata tempat. Selepas tiga bulan menyenaraikan isi kandungan antekhamber, mereka membuka bilik pengebumian tertutup itu pada Februari 1923—100 tahun yang lalu. Inilah penemuan arkeologi yang paling masyhur pada abad ke-20.
Dalam tahun-tahun pencarian tidak berhasil itu, Carter dan Carnarvon telah terlepas pandang apa yang tersembunyi di bawah kaki mereka. Lebih kurang lima abad sebelum kelahiran Yesus, Nabi Yakub dalam Kitab Mormon merujuk kepada mengambil mudah atau meremehkan apa yang berdekatan sebagai “memandang melampaui sasaran.” Yakub meramalkan bahawa orang Yerusalem tidak akan mengenali Mesias yang dijanjikan ketika Dia datang. Yakub bernubuat bahawa mereka akan menjadi “orang yang mengeji firman kejelasan … dan [akan mencari] apa yang tidak dapat mereka faham. Oleh kerana itu, akibat kebutaan mereka, yang kebutaan itu datang melalui memandang melampaui sasaran, mereka mestilah perlu jatuh.”5 Dalam kata lain, mereka akan tersandung.
Ramalan Yakub terbukti tepat. Semasa pelayanan fana Yesus, ramai yang memandang melampaui sasaran, melampaui-Nya. Mereka terlepas pandang Juruselamat dunia. Sebalik mengenali peranan-Nya dalam memenuhi rancangan Bapa Syurgawi, mereka mengutuk dan menyalib-Nya. Mereka mencari dan menunggu orang lain untuk membawa mereka keselamatan.
Seperti orang di Yerusalem, dan seperti Carter dan Carnarvon, kita turut mudah untuk memandang melampaui sasaran. Kita perlu berjaga-jaga terhadap kecenderungan ini agar tidak terlepas Yesus Kristus dalam hidup kita dan gagal untuk mengenali berkat-berkat yang Dia tawarkan kepada kita. Kita memerlukan-Nya. Kita dinasihati untuk bersandar “sepenuhnya pada jasa Dia yang perkasa untuk menyelamatkan.”6
Dia ialah sasaran kita. Jika kita salah membayangkan bahawa terdapat keperluan untuk sesuatu yang melampaui apa yang Dia tawarkan, kita menafikan atau mengecilkan kuasa yang Dia boleh ada dalam kehidupan kita. Dia telah menuntut hak belas kasihan dan menghulurkan belas kasihan kepada kita.7 Dia ialah “punca mana [kita harus] carikan untuk pengampunan dosa-dosa [kita].”8 Dia adalah Pembela kita dengan Bapa dan mempertahankan apa yang Bapa inginkan sepanjang masa, untuk kita kembali kepada-Nya sebagai warisan dalam kerajaan-Nya. Kita perlu, dalam kata-kata nabi Alma, “lihatlah dengan mata [kita] dan mulalah percaya kepada Putera Tuhan, bahawa Dia akan datang untuk menebus umat-Nya, dan bahawa Dia akan menderita dan mati untuk menebus dosa-dosa [kita]; dan bahawa Dia akan bangkit lagi dari yang mati, yang akan mendatangkan kebangkitan.”9 Yesus Kristus adalah khazanah kita.
Juruselamat telah memberi kita banyak cara untuk dengan niat tertumpu kepada-Nya, termasuk peluang harian untuk bertaubat. Kadangkala kita merendahkan betapa besar berkat yang ditawarkan ini. Ketika saya berumur lapan tahun, saya dibaptiskan oleh bapa saya. Selepas itu, saya memegang tangannya semasa kami melintasi jalan yang sibuk. Saya tidak memberi perhatian dan melangkah dari tepi jalan semasa sebuah lori besar menuju ke arah kami. Ayah menarik saya, keluar dari jalan itu. Jika dia tidak melakukan demikian, saya akan dilanggar oleh lori itu. Mengetahui sifat nakal saya sendiri, saya fikir, “Mungkin lebih baik saya mati dirempuh lori kerana saya tidak akan menjadi sebersih sekarang lagi selepas pembaptisan saya.”
Sebagai budak berumur lapan tahun, saya salah sangka bahawa air pembaptisan membasuh dosa. Itu tidak benar. Dalam tahun-tahun sejak pembaptisan saya, saya telah belajar bahawa dosa-dosa dibersihkan oleh kuasa Yesus Kristus melalui korban tebusan-Nya semasa kita membuat dan mematuhi perjanjian pembaptisan.10 Kemudian, melalui kurnia pertaubatan, kita boleh kekal bersih. Saya juga telah pelajari bahawa sakramen membawa kitaran mulia yang berkuasa ke dalam hidup kita, membolehkan kita untuk mengekalkan pengampunan dosa-dosa kita.11
Seperti khazanah yang berada di bawah kaki Carter dan Carnarvon, berkat-berkat berharga sakramen tersedia bagi kita setiap kali kita menghadiri pertemuan sakramen. Kita dijanjikan bahawa Roh Kudus akan menjadi teman kita yang berterusan jika kita mendekati sakramen dengan cara seorang penganut baharu akan mendekati pembaptisan dan penetapan, dengan hati yang hancur dan roh yang menyesal, dan tekad untuk mematuhi perjanjian pembaptisan. Roh Kudus memberkati kita dengan kuasa pengudusan-Nya supaya kita boleh selalu mengekalkan pengampunan dosa-dosa kita setiap minggu.12
Landasan rohani kita diperkukuhkan melalui pertaubatan, dan dengan persediaan dan mengambil sakramen dengan layak. Hanya dengan landasan rohani yang teguh kita dapat menangani kiasan hujan, angin, dan banjir yang menyerang kita dalam hidup kita.13 Sebaliknya, landasan rohani kita lemah apabila kita secara sukarela melangkau pertemuan sakramen atau apabila kita tidak memberi tumpuan kepada Juruselamat semasa sakramen. Kita mungkin tidak sengaja “menarik [diri kita] dari Roh Tuhan, maka ia tidak boleh memiliki tempat dalam [diri kita] untuk membimbing [kita] di jalan kebijaksanaan agar [kita] boleh diberkati, dimakmurkan, dan dilindungi.”14
Apabila kita mempunyai Roh Kudus bersama kita, kita akan diilhami dan dibimbing untuk membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian lain, seperti yang kita buat di bait suci. Melakukannya mendalamkan hubungan kita dengan Tuhan.15 Anda mungkin sedari banyak bait suci baharu telah diumumkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membawa bait suci lebih dekat kepada ahli-ahli.16 Secara bertentangan, apabila bait suci menjadi lebih mudah diakses, ia mungkin lebih mudah bagi kita untuk menjadi lebih bersahaja tentang kehadiran bait suci. Apabila bait suci jauh, kita merancang masa dan sumber kita untuk membuat perjalanan ke bait suci untuk menyembah di sana. Kita mengutamakan perjalanan seperti ini.
Dengan bait suci berdekatan, ia amat mudah untuk membiarkan hal-hal kecil menghalang kehadiran kita, berkata kepada diri kita, “Saya akan pergi lain kali.” Hidup dekat dengan bait suci membawa fleksibiliti yang lebih besar dalam menjadualkan masa di bait suci, tetapi fleksibiliti itu boleh menyebabkan sikap bersahaja dalam kehadiran bait suci. Apabila ini terjadi, kita “melampaui sasaran,” meremehkan peluang untuk mendekati Juruselamat di rumah kudus-Nya. Komitmen kita untuk menghadiri haruslah sama kuat sama ada bait suci berdekatan atau jauh.
Selepas Carter dan Carnarvon menggali di tempat lain di Lembah Raja-Raja mencari kubur Tutankhamun, mereka menyedari kelalaian mereka. Kita tidak perlu bekerja dengan sia-sia, seperti yang mereka lakukan untuk suatu masa, untuk mencari khazanah kita. Kita juga tidak perlu mencari nasihat dari sumber eksotik, mengutamakan kebahagiaan sumber dan fikir nasihat itu akan lebih diterangi daripada apa yang kita boleh terima dari seorang nabi Tuhan yang rendah hati.
Seperti yang dicatatkan dalam Perjanjian Lama, ketika Naaman mencari penawar untuk penyakit kustanya, dia marah ketika diminta untuk mencelupkan dirinya sebanyak tujuh kali di dalam sungai berdekatan. Tetapi dia diyakinkan untuk mengikuti nasihat nabi Elisa, daripada bergantung pada tanggapan dia sendiri tentang bagaimana mukjizat itu harus berlaku. Hasilnya, Naaman telah disembuh.17 Apabila kita mempercayai nabi Tuhan di bumi hari ini, dan bertindak atas nasihat-Nya, kita akan menemui kebahagiaan, kita juga boleh disembuh. Kita tidak perlu memandang lebih jauh.
Saudara dan saudari, saya menggalakkan anda untuk ingati dan sentiasa berfokus kepada Yesus Kristus. Dia ialah Juruselamat dan Penebus kita, “sasaran” yang kita perlu pandang, dan khazanah terbesar kita. Apabila anda datang kepada-Nya, anda akan diganjari dengan kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup, keberanian untuk melakukan apa yang benar, dan keupayaan untuk memenuhi misi anda dalam kefanaan. Hargailah peluang untuk bertaubat, peluang mengambil sakramen, berkat membuat dan mentaati perjanjian bait suci,menyembah dibait suci dan kebahagiaan mempunyai seorang nabi yang hidup.
Saya bersaksi bahawa Tuhan, Bapa yang Abadi, ialah Bapa Syurgawi kita dan Dia hidup; Yesus ialah Kristus; Dialah Kawan syurgawi kita yang penyayang,18 dan inilah Gereja-Nya yang dipulihkan. Terima kasih atas iman dan kepatuhan anda. Saya berdoa agar anda akan diberkati, dimakmurkan, dan dilindungi dalam nama Yesus Kristus, amin.