Keberdikarian
Rakan Tindakan


Rakan Tindakan

Baca:Dengan bantuan orang lain, anda dapat melaksana perkara yang hebat. Contohnya, para penginjil ada rakan-rakan untuk sokongan. Dalam kumpulan kita, kita ada “rakan tindakan.” Setiap minggu kita akan memilih dan bekerja bersama seorang rakan tindakan. Rakan tindakan membantu sesama mentaati komitmen dengan:

  • Buat panggilan, SMS, atau melawat satu sama lain dalam minggu.

  • Berbual tentang apa kita belajar dalam kumpulan.

  • Menggalakkan satu sama lain untuk mentaati komitmen.

  • Memberi kaunseling bersama mengenai cabaran.

  • Berdoa untuk satu sama lain.

Bincang:Bagaimana seseorang telah membantu anda melaksanakan sesuatu yang susah?

Baca:Menjadi seorang rakan tindakan tidaklah susah ataupun mengambil banyak masa. Untuk mula perbualan, anda boleh bertanya:

  • Apa yang anda suka tentang mesyuarat kumpulan kita yang lepas?

  • Apa perkara baik yang berlaku kepada anda pada minggu ini?

  • Bagaimana anda menggunakan prinsip Asas Saya pada minggu ini?

Bahagian perbincangan terpenting adalah untuk membantu satu sama lain mentaati komitmen. Anda boleh bertanya:

  • Bagaimana kemajuan komitmen anda?

  • Jika anda belum mentaati beberapa komitmen, anda mahu bantuan?

  • Bagaimana saya boleh menyokong usaha anda?

Cetak