Baca:Marilah kita baca bagaimana pencarian kerja Isabella berkembang besar apabila dia mula padankan kemahirannya kepada keperluan majikan.
“Saya telah mencari kerja lebih dari satu bulan. Ada sebuah kilang di bandar raya di mana saya ingin bekerja, dan mereka sering ada jawatan kosong. Saya berkelayakan untuk jawatan itu, jadi saya mula memohon. Saya memohon sebanyak 15 kali bagi jawatan yang sama, namun tidak ada panggilan untuk bertemu duga. Sudah tentunya saya menghantar resume yang sama berulang-ulang kali mengharapkan hasil yang berbeza. Kemudian saya belajar tentang mengenal pasti keperluan majikan, dan itu mengubahkan segala.
“Saya membaca perihal pekerjaan dan mengenal pasti kemahiran dan pengalaman yang penting itu. Apabila saya semak resume dan permohonan yang saya hantar, ia bukan sedikit pun padan dengan keperluan majikan. Patutlah mereka tidak menghubungi saya. Jadi saya mengenal kemahiran dan pencapaian yang padan kepada keperluan majikan dan memohon untuk kali ke-16. Dua hari kemudian, saya dihubungi untuk bertemu duga! Mereka menawarkan saya satu jawatan selepas temu duga tamat, dan saya mula bekerja pada minggu yang sama. Padan kemahiran anda kepada keperluan majikan adalah kunci kejayaan saya.
Kembali ke muka surat 51.