Keberdikarian
Sumber


ikon sumber
Sumber

Contoh Latihan Temu Duga

Pilih peranan dan lakonkan skrip yang berikut. Bergantung kepada saiz kumpulan, anda boleh main pelbagai peranan.

  • Pengisah

  • Fasilitator

  • David (Penemu duga)

  • Jennifer (Pencari kerja)

  • Ahli Kumpulan 1

  • Ahli Kumpulan 2

  • Ahli Kumpulan 3

Bayangkan anda memperhatikan satu kumpulan keberdikarian yang akan bermula latihan aktiviti temu duga.

Fasilitator: Untuk memulakan latihan temu duga, nampaknya kita perlu dua sukarelawan—seorang menjadi penemu duga dan seorang lagi menjadi pencari kerja. Siapa mahu?

David: Saya cuba jadi penemu duga untuk giliran ini.

Jennifer: Saya akan jadi pencari kerja. Lebih baik lakonkan dulu.

Fasilitator: Bagus! Sebelum kamu datang ke depan, Jennifer, bolehkah kamu memberitahu kita tentang pekerjaan yang kamu berminat secara ringkas?

Jennifer: Boleh. Saya berminat bekerja sebagai juruwang bank.

Fasilitator: Terima kasih. Sekarang, kamu berdua sila ke depan untuk bermula latihan temu duga. David, ingatlah, kamu ada skrip dan contoh soalan untuk ikut sebagai penemu duga.

Sambung di muka surat seterusnya.

David (penemu duga): Selamat datang, Jennifer. Saya tidak sabar bertemu dengan kamu. Sila duduk.

Jennifer (pencari kerja): Terima kasih.

David (penemu duga): Jennifer, untuk bermula, bolehkah kamu memberitahu sedikit tentang diri kamu?

Jennifer (pencari kerja): Boleh. Saya suka bekerja dengan pelanggan. Saya berpengalaman memberi khidmat pelanggan selama 6 tahun termasuk 3 tahun dengan institusi kewangan yang lain. Dalam setiap pekerjaan sebelum ini, saya membina reputasi boleh diharapkan dan ketepatan. Contohnya, di ABC Bank, saya diminta melakukan audit setiap hari selepas bekerja selama satu bulan. Tambahan lagi, saya memiliki ijazah am dalam perakaunan. Saya yakin bahawa pengalaman dan kemahiran saya sesuai untuk keperluan kamu.

David (penemu duga): Terima kasih. Bolehkah kamu memberitahu satu masalah kamu dapat menyelesaikan?

Jennifer (pencari kerja): Boleh. Ketika saya bekerja sebagai juruwang di ABC Bank, saya sedang proses deposit pada masa tutup, dan terdapat beberapa ribu ringgit kurang. Saya mengira wang dua kali lagi untuk pastikan. Deposit kami tidak pernah kurang begitu banyak. Saya bercakap dengan juruwang dan mengikut proses mengesahkan transaksi mereka. Saya mengesan satu kesalahan yang dilakukan oleh salah seorang juruwang. Kami bekerjasama dan membetulkan kesalahan dengan segera. Hasil dari itu, kami dapat mengimbangkan deposit dan ia menjadi satu peluang belajar untuk juruwang itu. Saya percaya kemahiran menyelesai masalah saya akan membantu bank ini.

David (penemu duga): Terima kasih. Bolekah kamu beritahu kenapa anda berhenti di pekerjaan lama anda?

Sambung di muka surat seterusnya.

Jennifer (pencari kerja): Terima kasih bertanya. Saya suka masa bekerja di ABC Bank dan memperoleh pengalaman yang bermakna. Baru-baru ini saya pindah ke kawasan ini untuk melanjutkan pendidikan saya. Jadi, saya perlu berhenti pekerjaan saya. Tetapi, saya gembira dapat berpeluang mencari pekerjaan di mana saya boleh menggunakan kemahiran dan pengalaman bekerja sekali lagi. Saya merancang untuk tinggal di sini selama beberapa tahun. Adakah ini menjawab soalan kamu?

David (penemu duga): Ya. Terima kasih. Jennifer, kamu ada soalan untuk saya?

Jennifer (pencari kerja): Saya ada. Biasanya, apa yang berlaku dalam pekerjaan ini?

David (penemu duga): Okey. Kebanyakan masa, kamu akan berinteraksi dengan pelanggan kami. Kami ada pelanggan-pelanggan yang datang setiap hari dan juga mereka yang gunakan pandu lalu. Kamu akan bantu mempromosikan produk kewangan seperti akaun cek atau pinjaman. Kamu juga menyebut tentang mengimbangkan deposit, ini juga merupakan salah satu tugasan harian.

Jennifer (pencari kerja): Terima kasih. Bekerja dengan pelanggan adalah salah satu perkara saya suka di pekerjaan dahulu.

David (penemu duga): Baik. Kamu ada soalan-soalan yang lain?

Jennifer (pencari kerja): Tidak. Terima kasih untuk peluang bertemu dengan kamu. Saya berharap untuk mendengar dari kamu.

David (penemu duga): Saya gembira bertemu juga. Kita akan berhubung lagi. Terima kasih.

Pengisah: David dan Jennifer berasa lega dan bersenyum kepada seluruh kumpulan. Mereka dalam kumpulan memberi tepukan.

Jennifer: Okey, bagaimana dengan lakonan saya?

Sambung di muka surat seterusnya.

Ahli Kumpulan 1: Jennifer, saya fikir kamu melakukan banyak yang betul. Contohnya, apabila David menanya tentang diri kamu, kamu melakukan dengan baik dengan Saya dalam 30 Saat. Ia berkaitan dengan pekerjaan itu, tidak terlalu panjang atau singkat, dan kamu masukkan contoh yang singkat untuk membina kebolehpercayaan. Bagus!

Jennifer: Wow, saya lakukan itu juga! Terima kasih. Ada lagi?

Ahli Kumpulan 2: Saya suka yang anda menggunakan kenyataan berkuasa anda untuk menjawab soalan David mengenai menyelesai masalah. Kamu berkongsi satu contoh menyelesaikan wang deposit. Saya berfikir kalau kamu juga mempunyai contoh menyelesai masalah yang lebih susah dari itu. Adakah masalah deposit itu sering berlaku?

Jennifer: Kamu betul. Ia berkaitan dengan keperluan bank, tetapi masalah deposit biasanya berlaku. Saya akan buat kenyataan berkuasa berkaitan dengan masalah yang lebih susah kerana saya mungkin akan ditanya soalan yang sama. Baik sekali. Ada komen yang lain?

Ahli Kumpulan 3 Bagus sekali, menjadikan sesuatu negatif kepada positif untuk pekerjaan kamu sebelum itu. Saya yakin majikan itu risau jika kamu akan bersama dengan mereka. Kamu beritahu mereka bahawa kamu untuk tinggal di situ selama beberapa tahun. Saya fikir itu membantu mereka berasa lebih lega.

Jennifer: Terima kasih.

David: Saya nampak satu perkara kamu mahu memperbaiki.

Jennifer: Oh, baik. Apa itu?

Sambung di muka surat seterusnya.

David: Pada masa kamu bertanya mereka pada akhir temu duga itu, soalan pertama kamu bagus sekali. Tetapi, saya nampak kamu tidak menanya soalan seterusnya yang berkaitan atau bagaimana ataupun bila majikan akan memberi keputusan. Saya ingat ada nasihat untuk menutup temu duga dengan berkesan—kita perlu tahu bagaimana bertanya soalan bagaimana kita boleh membuat susulan. Ini memberi kita kawalan, tidak saja menunggu balasan dari mereka.

Jennifer: Kamu betul.! Saya rasa sangat gembira untuk ingat memberi soalan sehingga lupa tentang itu . Saya akan berlatih lagi. Ada lagi?

Ahli Kumpulan 1: Jangan lupa mengirim satu kad terima kasih dengan cepat!

Jennifer: Itu idea yang bagus. Okey, sekarang giliran saya menjadi penemu duga, dan saya memilih orang seterusnya. Olivia, mahu cuba? Saya janji saya tidak akan begitu susah!

Kembali ke muka surat 134.

Pencari Kerja

Anggaplah anda berada di temu duga untuk pekerjaan dalam iklan pekerjaan yang anda bawa atau yang anda minat.

  • Sebelum bermula temu duga, kongsikan perihal pekerjaan dengan singkat.

  • Penemu duga akan menyambut anda dan mula bertemu duga.

  • Jawapan soalan-soalan penemu duga dengan kemahiran temu duga anda.

  • Selepas latihan anda, minta maklum balas daripada kumpulan itu.

  • Setelah perbincangan maklum balas tersebut, tukar kepada peranan penemu duga dan pilih orang seterusnya menjadi orang yang ditemu duga.

Untuk arahan berlakon sebagai penemu duga, sila ke muka surat 144.

Untuk arahan berlakon sebagai kumpulan maklum balas, sila ke muka surat 145.

Kembali ke muka surat 134.

Penemu duga

Setelah pencari kerja sudah menyatakan perihal pekerjaan itu kepada kumpulan, ikut skrip ini.

  • Sambut penemu duga, berjabat tangan, minta pencari kerja duduk. Duduk. Berterima kasih kepada dia kerana menghadiri temu duga.

  • Tanya soalan 1: “Beritahu sedikit mengenai anda.”

  • Tanya soalan 2: (Pilih satu soalan daripada senarai “Contoh Soalan Temu duga” di bawah.)

  • Tanya soalan 3: (Pilih satu soalan daripada senarai “Contoh Soalan Temu duga” di bawah.)

  • Tanya Soalan 4: “Kamu ada soalan untuk saya?” (Anda boleh mencipta jawapan kepada soalan pencari kerja.)

  • Berterima kasih kepada pencari kerja bagi masa mereka. Beritahu pencari kerja bahawa anda akan menghubungi mereka mengenai keputusan anda.

Contoh Soalan Temu Duga

  • Beritahu saya pada satu masa anda tidak bersetuju dengan seorang penyelia dan bagaimana anda menyelesaikan itu.

  • Beritahu saya tentang satu masalah susah yang anda dapat menyelesaikan?

  • Apakah kekuatan anda?

  • Apakah pencapaian profesional terbesar anda?

  • Beritahu saya tentang satu kegagalan dalam pekerjaan dan apa yang anda pelajari daripada itu?

  • Apakah jenis penyelia yang anda boleh bekerjasama dengan baik?

  • Apakah yang anda harapkan daripada kami sebagai majikan supaya anda menjadi berjaya.

  • Mengapa anda inginkan pekerjaan ini?

  • Kenapa kami harus mengambil anda?

  • Apakah melayakkan anda untuk pekerjaan ini?

  • Apakah kelemahan besar anda?

  • Kenapa anda meninggalkan jawatan lama anda? Atau kenapa anda berfikir untuk berhenti di pekerjaan anda sekarang?

Untuk arahan berlakon sebagai pencari kerja, sila ke muka surat 143.

Untuk arahan berlakon sebagai kumpulan maklum balas, lihat bahagian di bawah.

Kembali ke muka surat 134.

Kumpulan Maklum Balas

Peranan anda adalah untuk memberi maklum balas.

  • Perhatikan bagaimana pencari kerja lakukan. Lihat apa yang dia lakukan dengan baik dan apa yang dapat diperbaiki. Soalan maklum balas di bawah akan membantu anda cari apa yang perlu diperhatikan.

  • Pada akhir temu duga, pencari kerja akan meminta maklum balas. Kongsikan apa yang diperhatikan.

Soalan Maklum Balas

  • Adakan orang itu memberi tanggapan yang baik dengan berjabat tangan dan menyambut penemu duga?

  • Bagaimana dengan bahasa gerak-geri pencari kerja sepanjang temu duga?

  • Adakah pencari kerja menggunakan Saya dalam 30 Saat? Adakah ia berkaitan dengan pekerjaan itu? Adakah ia terlalu panjang atau singkat?

  • Adakah pencari kerja menggunakan kenyataan berkuasa untuk menjawab soalan temu duga?

  • Adakah terdapat peluang menjadikan suatu negatif kepada positif? Bagaimanakah pencari kerja lakukan ini?

  • Adakah pencari kerja menanya soalan di akhir temu duga?

  • Sudahkan pencari kerja memilih langkah seterusnya dan bagaimana membuat susulan?

Untuk arahan berlakon sebagai pencari kerja, sila ke muka surat 143.

Untuk arahan berlakon sebagai penemu duga, sila ke muka surat 144.

Kembali ke muka surat 134.

Berlatih Untuk Menjadi Lebih Baik

Henry berkongsi bagaimana latihan telah membantunya mempunyai satu temu duga yang baik.

“Saya melakukan lima temu duga untuk mendapat pekerjaan saya. Setiap temu duga memang susah, tetapi saya telah bersedia. Adalah mudah untuk hilang tumpuan, atau tidak memberitahu maklumat penting tentang saya, tetapi, saya bersedia … terlampau bersedia! Ada temu duga saya melalui telefon, video dan yang terakhir bersemuka. Untuk bersedia bagi setiap temu duga, saya berlatih dengan orang lain. Saya akan berikan soalan yang saya harapkan daripada penemu duga dan mereka akan menguji saya untuk melihat balasan saya. Sampai masa temu duga yang sebenar, saya sudah melatih hampir semua soalan-soalan. Ini memberikan saya keyakinan yang sangat berbeza. Saya menggunakan Saya dalam 30 Saat, kenyataan berkuasa, kemahiran lain, dan saya tahu apa yang membezakan saya dengan yang orang lain. Syarikat itu tahu saya akan melakukan pekerjaan yang baik untuk mereka kerana saya dapat menunjukkan kejayaan dahulu dan saya boleh bekerja di bawah tekanan.

“Salah satu aspek terpenting dalam persediaan saya ialah doa. Saya meminta Bapa Syurgawi membantu menyediakan dan melegakan saya. Saya melakukan bahagian saya dengan berlatih dan tahu Dia telah membantu saya kerana saya menunjukkan iman. Saya tahu kejayaan saya datang kerana saya berusaha berlatih dan menyediakan diri untuk temu duga.”

Kembali ke muka surat 135.