Renung—Masa Maksimum: 5 Minit
Fikir secara individu tentang apa yang anda telah pelajari hari ini dan pertimbangkan apa yang Tuhan ingin anda lakukan. Baca tulisan suci atau petikan di bawah dan tuliskan balasan kepada soalan-soalan berikut:
“Janganlah letih dalam melakukan yang baik, kerana anda sedang meletakkan landasan hebat. Dan dari hal-hal yang kecil mulailah apa yang besar.” (A&P 64:33).
Apakah perkara yang paling bermakna yang saya pelajari hari ini?
Apa yang akan saya lakukan sebagai hasil daripada apa yang saya pelajari hari ini?