Sumber Bahan Bertulis Lebih Baik Mary berkongsi bagaimana pembaikan bahan tertulisnya merupakan kunci kepada pencarian kerja. “Apabila saya mencari kerja, saya mengambil keluar resume lama, menambah pengalaman baru dan berfikir saya sudah bersedia. Resume saya sekarang tiga muka surat panjang dan berisi banyak hal-hal yang hebat … sungguh bangga. Atau tidak. Saya mula menggunakan resume saya untuk memohon beberapa pekerjaan yang saya layak . Saya tidak dapat satu balasan. Pasti ada sesuatu masalah. Saya pasti akan melakukan terbaik dalam mana-mana pekerjaan, kenapa mereka tidak memanggil saya? Akhirnya saya perlukan bantuan. Saya berdoa untuk bimbingan dan mulai buat kajian dan bercakap dengan yang lain tentang resume. Selepas itu, saya mengetahui resume yang saya fikirkan hebat adalah teruk dan mungkin tidak dibaca pun. Itulah pengalaman yang merendah hati. “Oleh itu saya mula memperbaiki resume. Ini mengambil banyak masa dan usaha. Saya mula mengaturkannya kepada setiap jawatan, menjadikannya lebih ingin dibaca dan menggantikan senarai tanggungjawab yang bosan dengan pencapaian yang menarik. Ini sangat membantu saya untuk melihat contoh resume yang baik dan cuba mengikut modal itu. Saya tahu sesuatu berhasil apabila mendapat lebih banyak panggilan untuk temu duga. Bahan bertulis saya akhirnya bekerja untuk saya daripada melawan saya. Temu duga itu mendatangkan tawaran pekerjaan. Setelah mengetahui saya perlu bantuan, saya merendahkan hati dan Bapa Syurgawi mengarah saya ke sumbernya. Saya ketawa memandang kembali kepada resume lama saya. Saya bersyukur saya belajar cara yang lebih baik. Ini sesuatu perubahan besar bagi saya.” Kembali ke muka surat 89.