Rakan Tindakan
-
Baca:Dengan bantuan orang lain, anda dapat melaksana perkara yang hebat. Contohnya, para penginjil ada rakan-rakan untuk sokongan. Dalam kumpulan kita, kita ada “rakan tindakan.” Setiap minggu kita akan memilih dan bekerja bersama seorang rakan tindakan. Rakan tindakan membantu sesama mentaati komitmen dengan:
-
Buat panggilan, SMS, atau melawat satu sama lain dalam minggu.
-
Berbual tentang apa kita belajar dalam kumpulan.
-
Menggalakkan satu sama lain untuk mentaati komitmen.
-
Memberi kaunseling bersama mengenai cabaran.
-
Berdoa untuk satu sama lain.
-
-
Bincang:Bagaimana seseorang telah membantu anda melaksanakan sesuatu yang susah?
-
Baca:Menjadi seorang rakan tindakan tidaklah susah ataupun mengambil banyak masa. Untuk mula perbualan, anda boleh bertanya:
-
Apa yang anda suka tentang mesyuarat kumpulan kita yang lepas?
-
Apa perkara baik yang berlaku kepada anda pada minggu ini?
-
Bagaimana anda menggunakan prinsip Asas Saya pada minggu ini?
Bahagian perbincangan terpenting adalah untuk membantu satu sama lain mentaati komitmen. Anda boleh bertanya:
-
Bagaimana kemajuan komitmen anda?
-
Jika anda belum mentaati beberapa komitmen, anda mahu bantuan?
-
Bagaimana saya boleh menyokong usaha anda?
-