Keberdikarian
Pilihan Mesyuarat


Pilihan Mesyuarat

Disebabkan ini merupakan komitmen selama 12 minggu, pilihan mesyuarat anda adalah fleksibel. Banyak kumpulan pilih untuk melalui 10 bab daripada Mencari Pekerjaan yang Lebih Baik dalam beberapa minggu pertama supaya mereka boleh mula berlatih dan menggunakan kemahiran serta-merta dalam pencarian kerja mereka.

Setelah anda melengkapkan semua bab di Mencari Pekerjaan yang Lebih Baik teruskan bertemu sekurang-kurangnya secara mingguan sepanjang baki 12 minggu. Mesyuarat-mesyuarat ini adalah selama satu jam dan anda akan menggunakan bahagian “Menajam Kemahiran Anda” untuk melaporkan komitmen anda, kajilah Asas Saya, latih kemahiran anda dan buat komitmen secara mingguan.

Ini adalah beberapa cadangan yang telah dapati berkesan oleh kumpulan lain. Anda boleh gunakan cadangan ini ataupun membuat pilihan mesyuarat anda sendiri. Sampel agenda-agenda ada di muka surat vii.

Pilihan 1:Bertemu untuk 8–9 jam untuk mesyuarat pertama untuk menyelesaikan semua bab. Kemudian bertemu secara mingguan untuk satu jam setiap minggu bagi baki 11 minggu.

Pilihan 2:Bertemu dua kali untuk 4–5 jam setiap kali untuk dua minggu pertama untuk menyelesaikan semua bab. Kemudian bertemu secara mingguan untuk satu jam setiap minggu bagi baki 10 minggu.

Pilihan 3:Bertemu empat kali untuk 2–3 jam setiap kali dalam dua minggu pertama untuk menyelesaikan semua bab. Kemudian bertemu secara mingguan untuk satu jam setiap minggu bagi baki 10 minggu.

Pilihan 4:Bertemu secara mingguan untuk 2 jam setiap minggu, dan menyelesaikan satu bab setiap minggu. Ia akan mengambil 10 minggu untuk menyelesaikan semua bab. Bertemu secara mingguan untuk satu jam bagi baki 2 minggu.