Keberdikarian
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit


ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

tangga

Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut formula mudah ini:

Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan

Dalam bab sebelumnya, anda belajar jaringan hubungan ialah cara terbaik mencari pekerjaan. Tetapi setelah anda mencari peluang pekerjaan yang baik, apakah perkara pertama anda harus buat? Padan kemahiran anda kepada keperluan majikan. Ini ialah satu lagi kemahiran pencarian kerja yang akan membantu anda bekerja dengan bijak.

ikon pencarian kerja Josh
Pencarian Kerja Josh

Baca:Apabila Josh memulakan pencarian kerjanya, dia kemas kini resume untuk masukkan semua pengalamannya dan melampirkannya bersama surat permohonannya. Walaupun dia memohon banyak pekerjaan, dia tidak mendapat berita balik kebanyakan masanya. Tidakkah majikan dapat lihat betapa baik dia boleh bekerja? Adakah sesuatu dia boleh lakukan dengan berbeza?

Bincang:Dalam cara apakah anda boleh dikaitkan dengan Josh?

Baca:Banyak pencari kerja gagal dalam peluang mereka sejak permulaan kerana tidak mengenal pasti keperluan majikan terdahulu dan kemudian padankan kemahiran kepada mereka yang perlukan. Mereka hanya menghantar maklumat yang sama tentang mereka dan fikirkan majikan akan mengetahuinya. Malangnya, itu tidak berlaku seperti itu. Percaya tahu tidak, ia bagaikan memesan makanan pizza.

Bayangkan anda fikirkan sepanjang hari tentang pizza pepperoni. Anda tidak mahu jenis pizza yang lain—hanya pepperoni. Jadi, anda pesan pizza pepperoni daripada kedai pizza tempatan anda. Anda sangat lapar dan menunggunya untuk tiba. Loceng pintu berdering dan anda membuka pintu, bayar orang yang menghantar dan mengambil kotak pizza ke dalam ruang dapur. Anda letakkan ke atas meja dan membukanya. Inilah anda lihat:

pizza

Bincang:Berapa lama anda mengambil untuk menyedari bahawa ini bukan yang anda pesan?

Baca:Jika anda tidak mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti keperluan majikan, mereka akan menyingkirkan anda segera seperti anda sedar pesanan pizza adalah salah. Inilah masalah Josh. Dia tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti keperluan majikan. Dia menghantar resume dan permohonannya dengan maklumat yang tidak menarik perhatian majikan. Pencari kerja yang berjaya mengambil masa untuk memahami apa yang dipesan oleh majikan; kemudian pencari kerja memberikan permohonan, resume atau temu duga yang sempurna yang memenuhi keperluan majikan.

1. Kenal pasti Keperluan Majikan.

Baca:Terdapat banyak sumber yang anda boleh gunakan untuk mengenal pasti keperluan majikan.

  • Laman web dan laporan syarikat

  • Internet

  • Media sosial

  • Orang bekerja dalam peranan yang sama

  • Perihal pekerjaan

Bincang:Bagaimanakah sumber ini dan yang lain bantu anda mengenal pasti satu keperluan majikan?

ikon pencarian kerja Josh
Pencarian Kerja Josh

Baca:Ingatkah dalam bab terakhir, bagaimana Josh menghubungi pak ciknya David? Nampaknya, Pak cik David dapat membantu dia. Dia merujukkan Josh kepada seorang kawan bernama Julie, yangbekerja sebagai pengurus di satu majikan tempatan besar, ABC Marketing.Josh menghubungi Julie dan memperkenalkan diri dengan menggunakan Saya dalam 30 Saat. Julie terkagum. Julie memberitahu Josh bahawa mereka sedang mencari seorang yang mahir dengan sokongan komputer, tetapi mereka belum mengiklankan jawatan itu kerana kesibukan. Dia menghantar Josh perihal pekerjaan dan memintanya untuk menghantar resume dia. Sebelum memohon untuk jawatan ini, Josh memutus untuk memastikan dia tahu keperluan majikan.

Baca:Sekarang bandingkan apa yang anda tandai dengan ini. Adakah anda hampir sama, atau tertinggal sedikit perkara? Jika anda tertinggal sedikit perkara, terus berlatih dan anda akan menjadi lebih baik.

perihalan pekerjaan yang diserlah

Petua:Perihal syarikat dan pekerjaan yang anda mendapati adalah kedua-duanya sumber.

2. Menajam Kemahiran Anda

Baca:Setelah anda mengenal pasti apa yang diperlukan oleh majikan, langkah seterusnya adalah untuk mengetahui jika kemahiran dan pengalaman padan. Ia semudah dengan menanya diri anda, “Adakah saya mempunyai kemahiran itu?” atau “Apa pengalaman yang saya ada berkaitan dengan itu?” Jika anda dapat fikirkan lebih banyak contoh dan pencapaian, ia adalah lebih baik.

ikon pencarian kerja Josh
Pencarian Kerja Josh

Baca:Inilah cara Josh mula menyesuaikan kemahiran dia kepada keperluan majikan. Dia menyerlah ayat berikut dalam perihalan pekerjaan itu:

  • Mencari kesilapan isu teknikal pelanggan secara bersemuka atau melalui panggilan telefon.

Dia fikirkan kepada dirinya, “Saya betul-betul mahir pada itu. Di pekerjaan saya sebelumnya, saya mempunyai satu sistem untuk pencarisilapan dan saya dapat melakukan 2 kali ganda kerja daripada juruteknik yang lain. Dia juga melihat beberapa kemahiran penting dan kelayakan asas yang dia memenuhi. Dia membulatkan semua kemahiran atau pengalaman yang padan dengan dia. Dia juga menulis nota tentang pengalaman dan pencapaian yang berkaitannya.

Baca:Ingatlah bahawa kebanyakan perihal pekerjaan ialah senarai harapan majikan yang utama. Tidak mengapa sekiranya anda tidak padankan semua kemahiran dan kelayakan yang tersenarai. Jangan tipu atau reka sesuatu perkara hanya untuk mendapat temu duga atau pekerjaan. Jika anda kaji satu peluang pekerjaan dan berfikir anda padan dengan keperluan majikan sebanyak 50 peratus, anda harus memohon. Jika anda padan sekurang-kurangnya 75 peratus, anda merupakan seorang calon yang bagus.

Bincang:Bagaimana cara menyesuaikan kemahiran ini membantu dalam pencarian kerja anda?

Kesimpulan

Tonton:“Cubaan Ke-16 Membawa Kejayaan,” terdapat di srs.lds.org/videos. (No video? Baca muka surat 54.)

ikon video

Bincang:Apakah perkara yang paling penting yang anda pelajari dari bab ini?

Baca:Padan kemahiran anda kepada keperluan majikan ialah bekerja dengan bijak.

Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan

Padan kemahiran anda sebelum memohon jawatan, tuliskan satu resume atau mempunyai temu duga. Jika anda lakukan demikian, anda akan mengalami kejayaan lebih besar dalam pencarian kerja.