Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit
-
Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut formula mudah ini:
Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan
Jika anda dapat menyingkatkan masa bagi anda memperoleh sebuah pekerjaan sebanyak 90 peratus, adakah anda berminat? Anda boleh. Dalam bab ini, anda akan dicabar untuk mengikuti formula ini dalam cara yang akan mempercepatkan pencarian kerja anda dengan besar.
Pencarian Kerja Josh
-
Baca:Josh ditemu duga untuk jawatan di ABC Marketing. Dia berfikir ia berjalan dengan baik dan gembira bahawa dia telah berlatih. Dia menunggu balasan daripada mereka minggu ini. Dia teruja akan kepastiannya, tetapi dia tidak mahu meletakkan harapan tingginya dalam satu permohonan. Dia mungkin tidak mendapat pekerjaan itu. Dia perlu mencari sebanyak mungkin pekerjaan yang berpotensi supaya dia dapat memperolehi satu pekerjaan dengan cepat, tetapi bagaimana?
-
Bincang:Dalam cara apakah anda boleh dikaitkan dengan Josh?
-
Baca:Dengan pelbagai cara, pencarian kerja anda sama seperti corong ini. Ia mengambil banyak usaha melakukan asas-asas mengenal pasti sumber, membuat hubungan sehingga pekerjaan yang berpotensi, temu duga dan tawaran pekerjaan. Semakin banyak sumber dan hubungan daripada kerja keras anda, anda akan mendapat lebih banyak temu duga dan tawaran pekerjaan. Namun, bekerja keras tidak mencukupi. Ia juga penting untuk kerja dengan bijak supaya hubungan dan sumber menjadi pekerjaan yang berpotensi, temu duga dan tawaran pekerjaan.
1. Bekerja Keras: 15-10-2
-
Baca:Ada strategi pencarian kerja yang terbukti berkesan telah menyingkatkan masa untuk mencari pekerjaan dari 200 hari sehingga 20 hari, dipanggil 15-10-2. Ia merangkumi rancangan yang asas untuk usaha pencarian kerja harian anda.
-
Kenal pasti 15 sumber baru setiap hari.
-
Melakukan 10 hubungan setiap hari.
-
Jadikan dua hubungan bersemuka.
Ingatlah, satu sumber adalah sesuatu maklumat atau perhubungan yang akan menyumbangkan ke pencarian kerja yang berjaya. Ia boleh dari seseorang, tempat atau sesuatu.
Satu hubungan ialah sesuatu komunikasi pekerjaan dengan satu sumber. Ini boleh terdiri daripada perjumpaan bersemuka dengan seseorang, membuat panggilan telefon, mengirim e-mel, menghantar permohonan atau resume, ataupun mengirim surat susulan. Jika cara anda membuat hubungan adalah lebih peribadi, lebih cepat anda akan memperolehi pekerjaan. Itu sebabnya anda mahu ada sekurang-kurangnya dua hubungan bersemuka setiap hari.
Cara 15-10-2 akan menyingkat masa dengan besar bagi anda untuk mencari kerja. 15-10-2 mungkin tidak sesuai untuk semua orang, jadi sesuaikan mengikut keadaan anda. Bagi yang lain, cara 10-8-2 ataupun 7-7-2 mungkin sesuai kerana masa mereka membenarkan. Yang pentingnya adalah berusaha sebanyak mungkin dalam pencarian kerja. Semakin banyak sumber dan hubungan anda masukkan ke dalam corong, anda akan mendapat lebih banyak temu duga dan tawaran pekerjaan
-
-
Renung:Bagaimana rasanya untuk mencari satu pekerjaan dengan cepat? Berapa keras anda sudi bekerja mencari satu pekerjaan?
2. Bekerja Dengan Bijak
-
Baca:Walaupun bekerja keras sahaja suatu kepentingan namun ia tidak mempercepatkan pencarian kerja anda. Anda mesti bekerja dengan bijak.
Pencari kerja yang berkesan bekerja keras dengan mengejar banyak peluang pekerjaan pada satu masa. Mereka bekerja secara bijak dengan mengenal pasti dan hubungi terus kepada orang yang boleh bantu mendapat jawatan itu. Mereka juga bekerja secara bijak mengaturkan cara pencarian kerja untuk setiap jawatan, seperti Saya dalam 30 Saat dan resume.
Ingatlah, anda memperoleh hasil pencarian kerja mengikut usaha yang anda memberi.
-
- Bincang:
-
Bagaimana Josh bekerja dengan bijak?
-
Berapa cepat anda fikir Josh akan mendapat satu pekerjaan dengan cara ini?
-
-
Baca:Melalui cara bekerja dengan bijak, Josh dapat mempercepatkan pencarian kerja, menemui kejayaan, dan mencapai matlamat hariannya iaitu 15-10-2. Sambil anda usaha dalam pencarian kerja, perhatikan bagaimana bekerja dengan bijak menuju kecapaian 15-10-2.
-
Bincang:Kongsikan rancangan bagaimana anda bekerja dengan bijak?
-
Baca:Bekerja dengan bijiak adalah lebih berkesan berbanding hanya bekerja keras. Berhati-hati, bahawa apabila bekerja dengan bijak, kadangkala ia tidak berjaya. Di masa lain, anda akan menemui jalan buntu. Teruskan bekerja keras, bijak, dan beriman. Tuhan mengetahui apa yang anda sedang mengalami dan akan memberkati anda.
-
Bincang:Apakah anda boleh lakukan untuk sambung bekerja keras dan bijak walaupun pencarian kerja anda susah?
Kesimpulan
-
Tonton:“Rafael: Pekerjaan dalam 6 Hari!” ada di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 165.)
-
Bincang:Apakah perkara yang paling penting yang anda pelajari dari bab ini?
-
Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut formula mudah ini:
Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan
Jika anda mahu menyingkatkan masa bagi anda memperoleh satu pekerjaan, bekerja keras dan bijak. Tuhan berfirman, “Manusia hendaknya dengan bersemangat terlibat dalam perkara yang baik, dan melalukan banyak hal dari kehendakan bebas mereka sendiri. … Kerana kuasa ada pada mereka, dimana mereka adalah juru kuasa bagi diri mereka.” Dan perintah ini membawa bersama satu perjanjian: “Dan sejauh manusia melakukan yang baik mereka bagaimanapun tidak akan kehilangan pahala” (A&P 58:27–28.) Penuhi corong anda dengan sebanyak sumber dan sumbangan yang anda boleh dan anda akan diberkati.