Sumber Amy Cemerlang dalam Temu duga Marilah kita baca bagaimana persediaan dan latihan Amy telah membantunya mempunyai satu temu duga yang baik. “Apabila saya berijazah, saya fikirkan saya akan mencari pekerjaan dengan cepat. Saya salah. Pendidikan saya belum tamat. Saya perlu belajar untuk mencari pekerjaan. Oleh itu saya mula bekerja—saya belajar untuk membuat hubungan. Saya belajar bagaimana membuat resume saya lebih berkaitan dengan tempat saya memohon. Dan saya perlu berlatih kemahiran temu duga saya. Temu duga selalu membuat saya gelisah, apabila saya berasa gelisah, saya tergagap-gagap dan minda sukar untuk berfikir. Jadi, saya ingin berlatih sebanyak mungkin. Seorang kawan di gereja merujuk saya kepada seorang pengurus di satu majikan tempatan Pengurus itu menelefon saya dan mengaturkan satu temu duga. Saya menarik nafas yang besar dan berlatih jawapan kepada setiap pertanyaan banyak kali di hadapan cermin dan kawan dengan menggunakan Saya dalam 30 Saat, kenyataan berkuasa serta menjadikan negatif kepada positif. Saya juga berdoa untuk keyakinan dan bantuan daripada Bapa Syurgawi saya. “Apabila hari temu duga datang, saya masih gelisah namun berasa bersedia. Saya berpakaian lebih cermat daripada taraf pakaian di tempat kerja dan tiba tujuh minit awal. Saya ditemu duga oleh sekumpulan pengurus. Saya buka temu duga dengan Saya dalam 30 Saat dan meneruskan dari situ. Saya telah berlatih untuk setiap pertanyaan yang mereka bertanya. Walaupun mereka akan bertanya pertanyaan yang belum saya latih, saya akan ada jawapan kerana saya sangat biasa dengan kemahiran temu duga. Temu duga itu berasa seperti sesuatu perbualan, dan saya tahu Bapa Syurgawi sedang membantu saya. Apabila temu duga sudah tamat, saya tahu saya telah melakukan dengan baik. Beberapa hari kemudian, saya ditawarkan pekerjaan itu. Saya tahu dengan persediaan dan berdoa telah membantu saya mempunyai temu duga pekerjaan yang berjaya. Kembali ke muka surat 123.