Bermula—Masa Maksimum: 15 Minit
Mula dengan satu doa pembukaan.
Perkenalkan diri anda. Setiap orang mengambil satu minit berkongsi nama dan sesuatu tentang diri anda.
Selamat datang ke Kumpulan Keberdikarian Kita!
-
Baca:Formula pencarian kerja yang berjaya adalah:
Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan
Bersama dengan kumpulan anda, dan dengan bimbingan Roh, anda akan belajar kenapa iman adalah asas pencarian kerja, dan anda akan dicabar untuk bekerja keras. Anda juga akan belajar kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dengan bijak, seperti jaringan hubungan, padankan kemahiran kepada keperluan majikan, kenyataan berkuasa, bahan bertulis, kemahiran temu duga dan lain lain. Pada setiap permulaan mesyuarat, anda akan mengkaji satu asas Injil yang akan membantu pada setiap aspek kehidupan anda.
Bagaimana Ini Dilakukan?
-
Baca:Kumpulan keberdikarian berfungsi seperti satu majlis. Tiada guru atau pakar. Sebaliknya, anda mengikut bahan-bahan yang di tulis. Dengan bimbingan Roh, anda akan membantu sesama seperti berikut:
-
Menyumbang secara sama rata kepada perbincangan dan aktiviti. Tiada sesiapa pun, terutama fasilitator, perlu menguasai perbualan.
-
Mengasihi dan menyokong satu sama lain. Tunjukkan minat, bertanya soalan dan belajar daripada satu sama lain.
-
Kongsikan perkara positif dan komen berkaitan.
-
Membuat dan mentaati komitmen.
Elder M. Russell Ballard mengajar, “Tiada masalah dalam keluarga, bahagian atau pancang gereja yang tidak boleh diselesaikan jika kita mencari penyelesaian dalam cara Tuhan dengan kaunseling—benar-benar kaunseling—antara satu sama lain” (Counseling with Our Councils, rev. ed. [2012], 4).
-
-
Tonton:“Kumpulan Keberdikarian Saya,” terdapat di srs.lds.org/videos (Tiada video? Pergi ke “ Tanpa Guru, Bagaimana Kita Akan Tahu Apa Untuk Dilakukan?” di muka surat 4.)
-
Bincang:Apa yang menjadikan kumpulan dalam video itu berjaya? Apa yang anda akan lakukan sebagai kumpulan untuk mempunyai pengalaman yang mengubah kehidupan?
Tanpa Guru, Bagaimana Kita Akan Tahu Apa Untuk Dilakukan?
-
Baca:Mudah saja. Ikut bahan-bahan berikut. Setiap bab dalam buku kerja ada enam bahagian:
-
Laporan: Bincangkan perkembangan komitmen yang dilakukan anda pada minggu ini.
-
Asas: Kaji satu asas Injil yang membawa ke keberdikarian rohani yang besar.
-
Belajar: Belajar kemahiran praktikal yang membawa ke keberdikarian jasmani yang besar.
-
Renung: Dengarkan Roh memberi ilham.
-
Membuat Komitmen: Berjanji untuk bertindak atas komitmen pada minggu yang akan membantu anda berkembang.
-
Tindakan: Pada minggu, latih perkara yang anda pelajari.
-
Bagaimana untuk Menggunakan Buku Kerja Ini
Apabila Anda Melihat Arahan Ini, Ikut Arahan Ini | ||||
---|---|---|---|---|
Baca |
Tonton |
Bincang |
Renung |
Aktiviti |
Seorang membaca secara kuat kepada seluruh kumpulan. |
Seluruh kumpulan menonton video. |
Ahli kumpulan berkongsi pendapat selama dua hingga empat minit. |
Secara individu pertimbangkan dengan senyap, memikir, dan menulis selama dua atau tiga minit. |
Ahli kumpulan bekerja secara individu atau bersama yang lain dalam masa yang diberikan. |
Sijil Penyiapan
-
Baca:Ahli kumpulan yang menghadiri mesyuarat dan mentaati komitmen mereka akan menerima sijil keberdikarian daripada Kolej LDS Business. Lihat muka surat 251.