John berkongsi pembelajarannya sambil menggunakan formula kejayaan dalam pencarian kerja dia.
Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan
“Saya mempunyai pekerjaan yang baik, dan saya mahir dalamnya. Bos saya gembira dengan kerja yang saya lakukan, dan ini -menjadikan ia mudah untuk melakukan kerja yang baik untuk dia. Isteri saya dan saya ada dua anak perempuan yang cantik dan seorang bayi yang belum dilahir. Sebagai satu keluarga yang muda, ia berasa seperti kami memiliki segala yang diperlukan, terutamanya masa depan yang cerah.
“Sehingga isteri saya menjadi sakit. Kami melakukan sebaik mungkin sehingga mengetahui dia perlu bantuan perubatan sejauh 500 batu. Jadi kami perlu pindah. Saya memastikan isteri dan anak-anak selesa dan kembali ke pekerjaan saya sampai saya dapat mencari pekerjaan yang lebih dekat dengan keluarga. Saya tidak fikirkan ia akan mengambil masa yang lama, saya mempunyai kelayakan yang baik dan tidak pernah mengalami kesusahan mencari kerja dahulu. Saya yakin saya boleh lakukan, tetapi tanpa sebab, saya tidak dapat mencari satu pun.
“Mingguan menjadi bulanan. Saya bekerja dalam sebuah bandar dan mencari kerja di bandar yang lain sambil risau tentang isteri dan keluarga saya. Ia satu pertarungan yang tidak dapat dimenangi. Saya memerlukan pertolongan. Saya tidak dapat melakukannya sendiri. Saya bersandar kepada Bapa di Syurga. Saya berdoa dan berpuasa. Pencarian kerja saya menjadi suatu latihan iman. Saya bekerja keras, meminta Tuhan memberkati usaha saya. Namun saya sedar bekerja keras tidak mencukupi. Saya perlu bekerja dengan bijak. Ada cara yang lebih baik untuk mencari kerja—saya memerlukan kemahiran untuk belajar dan maju.
“Menggabungkan iman saya, kerja keras dan kemahiran yang diperbaiki, segala telah menjadi lebih baik. Saya bermula mendapat temu duga dan mendapat pekerjaan yang baik. Ia susah bagi saya berjauhan daripada keluarga dan berada dalam masa sukar ini. Namun, semuanya berjalan baik, dan saya belajar banyak. Ini benar-benar sebuah mukjizat bagi keluarga saya. Saya bersyukur saya mengalami pengalaman ini dan saya bersyukur kepada Bapa Syurgawi kerana memberkati saya sepanjang jalan ini.
Kembali ke muka surat 13.