Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit
-
Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut formula mudah ini:
Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan
Dalam bab ini, anda akan belajar bagaimana asas-asas yang sama ini digunakan untuk berjaya dalam pekerjaan dan bagaimana pekerjaan menyumbang kepada keberdikarian anda.
Pencarian Kerja Josh
-
Baca:Berita baik! Julie daripada ABC Marketing menghubungi Josh dan menawarkan pekerjaan Juruteknik Meja Bantuan Dia mula minggu ini. Josh dan keluarganya sangat bergembira! Inilah langkah yang besar menuju keberdikarian, di mana Josh mengetahui ia lebih daripada sebuah pekerjaan.
-
Bincang:Bagaimana pekerjaan berkaitan dengan keberdikarian?
-
Baca:Tulisian suci mengajar, “Kerana kamu tidak datang sejauh ini kecuali melalui firman Kristus dengan iman yang tak tergoncang kepada-Nya, bersandar sepenuhnya pada jasa Dia yang perkasa untuk menyelamatkan” (2 Nefi 31:19). Kita melihat Josh bekerja keras, mengamalkan iman, dan diberkati dengan pekerjaan. Namun, hanya diberi pekerjaan tidak bermakna seseorang itu sudah berdikari secara automatik. Anda juga perlu bekerja dengan baik dan mungkin mencari matlamat pekerjaan yang lebih besar. Bapa Syurgawi dapat membantu anda dengan ini.
-
Bincang:Bagaimana Bapa Syurgawi berkati anda dalam pekerjaan anda?
1. Menjadi Pekerja Baik
-
Baca:Menjadi seorang pekerja baik akan membantu menjaga pekerjaan, berkembang dalam pekerjaan dan mendapat lebih banyak wang. Ini dapat membantu anda menjadi lebih berdikari.
Sama ada anda berada di pekerjaan yang anda suka ataupun belum, ingatlah, sentiasa ada peningkatan nilai dan pengalaman dalam setiap pekerjaan.
Pekerja yang baik melihat setiap pekerjaan sebagai satu peluang, walaupun mereka lebih suka pekerjaan yang lebih baik. Cuba jangan berhenti pekerjaan anda sehingga anda ada pekerjaan lain menunggu. Peluang memerlukan tenaga kerja, dan menjadi seorang pekerja yang baik akan mendatangkan lebih banyak peluang. Hampir semua pekerjaan adalah mulia.
-
Bincang:Kenapa anda perlu menjadi pekerja yang baik, tidak kira apa jenis pekerjaan?
-
Tonton:“Mudahkan Sahaja,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 182.)
2. Membuat Matlamat Pekerjaan
-
Baca:Untuk menjadi berdikari, anda mungkin perlu mempertimbangkan matlamat pekerjaan yang lebih luas.
-
Renung:Adakah pekerjaan anda pada masa kini (atau pekerjaan anda sedang mencari) membantu anda menjadi berdikari?
-
Baca:Sekarang anda mempunyai idea tentang ke mana anda ingin pergi, bagaimana anda pergi ke sana? Untuk berkembang dalam pekerjaan, anda mungkin memerlukan kemahiran atau pendidikan tambahan. Apa yang anda telah belajar tentang pencarian kerja juga akan membantu anda dengan matlamat pekerjaan anda. Kenal pasti sumber dan lakukan hubungan akan membantu melayakkan anda untuk jawatan yang anda mungkin mahu pada masa depan.
Pencarian Kerja Josh
-
Baca:Josh bergembira mempunyai pekerjaan, tetapi dia mahu menjadi jurutera rangkaian. Ini akan membantu dia mendapat wang lebih dan menjadi lebih berdikari. Untuk membantu dia melihat langkah seterusnya, dia menggunakan kaedah ini.
Jawatan Yang Anda Ingin |
Kemahiran dan Pengetahuan Yang Anda Perlu |
Cara Mendapat Kemahiran dan Pengetahuan |
Langkah-Langkah Seterusnya |
---|---|---|---|
|
|
|
|
-
Bincang:Bagaimana mengambil langkah-langkah ini menuju ke keberdikarian yang lebih besar?
Kesimpulan
-
Tonton:“Perkembangan,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 183.)
-
Bincang:Apakah perkara yang paling penting yang anda pelajari dari bab ini?
-
Baca:Formula pencarian kerja yang berjaya adalah:
Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan
Asas-asas ini boleh digunakan untuk berjaya dalam pekerjaan. Tuhan mengasihi dan menginginkan anda menjadi berdikari. Tunjukkan iman anda dengan usaha menjadi pekerja yang baik dan merancang bagi satu pekerjaan yang membantu anda menjadi berdikari. Dia akan memberkati anda apabila anda bekerja keras dan bertindak dengan iman.