Keberdikarian
Lampiran


Lampiran

Rekod Menjejak Pencarian Kerja

Hari 1

Sumber:

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □

Jumlah Harian

Hubungan:

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □

Jumlah Harian

Mesyuarat:

□ □

Jumlah Harian

Nota:

Hari 2

Sumber:

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □

Jumlah Harian

Hubungan:

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □

Jumlah Harian

Mesyuarat:

□ □

Jumlah Harian

Nota:

Hari 3

Sumber:

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □

Jumlah Harian

Hubungan:

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □

Jumlah Harian

Mesyuarat:

□ □

Jumlah Harian

Nota:

Hari 4

Sumber:

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □

Jumlah Harian

Hubungan:

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □

Jumlah Harian

Mesyuarat:

□ □

Jumlah Harian

Nota:

Hari 5

Sumber:

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □ □

Jumlah Harian

Hubungan:

□ □ □ □ □ □ □ □ □ □

Jumlah Harian

Mesyuarat:

□ □

Jumlah Harian

Nota:

Borang Susulan Hubungan

Hubungan

Orang atau organisasi:

Telefon:

Alamat:

E-mel:

Saya dirujuk oleh:

Saya menghubungi orang ini

  • Ya

  • Tidak

Tarikh:

Perkara Yang Dibincangkan:

1.

2.

3.

Aktiviti Susulan

1.

2.

3.

Rujukan Baharu:

1. Nama:

Telefon:

Faks:

E-mel:

Alamat:

2. Nama:

Telefon:

Faks:

E-mel:

Alamat:

Penilaian Temu duga dan Mesyuarat

Tarikh

Buat salinan borang ini sebelum anda mengisinya. Gunakan borang ini untuk menilai temu duga dan mesyuarat serta menjejak kemajuan anda. Tambahkan rujukan baharu kepada senarai jaringan hubungan anda.

Orang atau organisasi:

Saya sudah bersedia.

  • Ya

  • Tidak

  • Komen:

Saya mencapai objektif saya.

  • Ya

  • Tidak

  • Komen:

Saya memperkenalkan diri dengan baik.

  • Ya

  • Tidak

  • Komen:

Perkara Yang Dibincangkan:

1.

2.

3.

Apa Yang Berjalan Lancar

Apa Yang Saya Perlu Perbaiki

Aktiviti Susulan:

1.

2.

3.

Rujukan Baharu:

1. Nama:

Telefon:

Faks:

E-mel:

Alamat:

2. Nama:

Telefon:

Faks:

E-mel:

Alamat:

Jaringan Hubungan Lanjutan

Kenal pasti Pembuat Keputusan

Baca:Selain daripada mereka yang anda kenal, anda harus menghubungi bisnes-bisnes. Apabila menghubungi bisnes-bisnes, usaha anda akan lebih berkesan sekiranya anda bercakap dengan orang yang membuat keputusan. Gunakan internet dan laman sosial yang profesional untuk mengetahui siapa anda perlu menghubungi.

Contohnya, Josh ingin bekerja dalam sokongan komputer. Dia boleh mencari sebuah syarikat dan cuba mengenal pasti siapa yang mengurus Jabatan Teknologi Informasi. Dia boleh semak direktori syarikat atau melakukan pencarian orang menurut syarikat dalam laman media sosial. Kemudian dia boleh menelefon syarikat dan bertanya tentang orang tersebut dengan nama mereka. Apabila anda menggunakan nama, seringkali anda dapat menghubungi dengan orang tersebut secara langsung.

Setiap bisnes dan orang yang anda mengenal pasti adalah satu sumber. Setiap interaksi pekerjaan yang anda ada bersama bisnes atau orang dalam sebuah bisnes merupakan satu hubungan. Dengan melakukan banyak hubungan peribadi dengan bisnes dan orang dalam sebuah bisnes, lebih cepat anda akan mendapat pekerjaan.

Gunakan Skrip

Baca:Menulis skrip-skrip adalah cara yang terbaik untuk menyediakan diri untuk interaksi yang berkesan. Ini akan membantu anda menjadi lebih yakin dan dapat lebih kejayaan. Untuk membantu anda, di sini adalah beberapa skrip bagi tiga senario asas untuk hubungi orang atau bisnes.

Hubungi Orang yang Anda Kenal

Ucapkan, “Helo, (nama hubungan), ini (nama anda). Bolehkah kamu bercakap dengan saya untuk tiga atau empat minit?”

Secara ringkas, jelaskan kenapa anda menelefon (jangan ambil lebih daripada 15 saat).

Gunakan kenyataan Saya dalam 30 Saat anda.

Gunakan satu soalan penutup untuk meminta bantuan (ingatlah termasuk hubungan, orang rujukan dan maklumat berkenaan yang berpotensi).

Berterima kasih bagi masa mereka.

Hubungi Seseorang yang Anda Dirujuk Kepada

Ucapkan, “Helo, (nama hubungan), nama saya (nama anda), dan (nama orang yang merujukkan anda) cadangkan saya menelefon anda. Bolehkah kamu bercakap dengan saya untuk tiga atau empat minit?”

Secara ringkas, jelaskan kenapa anda menelefon (jangan ambil lebih daripada 15 saat).

Gunakan kenyataan Saya dalam 30 Saat anda.

Gunakan satu soalan penutup untuk meminta bantuan (ingatlah termasuk hubungan, orang rujukan dan maklumat berkenaan yang berpotensi).

Jika orang tersebut memberitahu mengenai jawatan kosong hanya diketahui oleh mereka, sila minta satu temu duga. (Pastikan memberi dua pilihan masa untuk bertemu.)

Berterima kasih bagi masa mereka.

Hubungi Orang yang Anda Tidak Kenal (Satu Bisnes)

Minta nama pemilik, pengurus atau penyelia.

Ucapkan, “Terima Kasih. Bolehkah saya bercakap dengan (nama penyelia)?

Apabila penyelia menjawab panggilan, ucapkan, “Helo, (nama penyelia), nama saya (nama anda). Bolehkah kamu bercakap dengan saya untuk tiga atau empat minit?”

Secara ringkas, jelaskan kenapa anda menelefon (jangan ambil lebih daripada 15 saat).

Gunakan kenyataan Saya dalam 30 Saat anda.

Gunakan satu soalan penutup untuk meminta bantuan (termasuk hubungan, orang rujukan, temu duga berinformasi dan yang berkenaan).

Jika orang tersebut memberitahu mengenai jawatan kosong hanya diketahui oleh mereka, sila minta satu temu duga. (Pastikan memberi dua pilihan masa untuk bertemu.)

Berterima kasih bagi masa mereka.

Temu duga Bermaklumat

Baca:Temu duga bermaklumat adalah sebuah alat jaringan hubungan yang sangat berkesan. Dalam temu duga bermaklumat, anda bertemu dengan orang untuk mendapat nasihat mengenai pekerjaan, belajar mengenai mereka dan pekerjaan mereka dengan lebih dan menjalinkan perhubungan yang baik. Temu duga ini hampir sama dengan temu duga pekerjaan, tetapi tekanan yang kurang daripada kedua-dua pihak kerana tiada risiko kehilangan sebuah pekerjaan. Walau bagaimanapun, jika anda berjaya, ia seperti mendapat temu duga pemeriksaan yang baik dan anda mungkin dirujuk kepada lebih banyak orang atau peluang pekerjaan. Temu duga ini adalah cara terbaik untuk membina jaringan hubungan anda.

Michael berkongsi pengalaman berikut tentang bagaimana temu duga bermaklumat membawa kepada kejayaan besar dalam pencarian kerja dan kerjayanya.

“Semasa saya mencari pekerjaan, saya belajar bahawa kebanyakan jawatan kosong telah diambil tanpa diiklankan. Saya tahu pastinya ada peluang untuk saya. Jika saya membuat hubungan-hubungan yang betul, saya yakin boleh melakukan suatu tanggapan yang baik. Beberapa hubungan saya merujukkan saya kepada orang yang mereka kenali dalam industri yang saya berminat. Saya menjelaskan minat saya dalam industri itu dan meminta jika saya boleh mengambil masa 15 minit mereka. Hampir semua orang membenarkan saya!

“Saya belajar dengan cepat bahawa saya perlu bersedia untuk perbualan-perbualan ini dan mempunyai soalan-soalan. Saya juga belajar bahawa perbualan ini merupakan proses pemeriksaan, sama seperti temu duga pertama. Penemu duga memerhatikan saya, sekiranya saya didapati sesuai dengan syarikat mereka. Jika mereka suka saya, kami akan bertemu lagi atau merujukkan saya kepada hubungan tambahan Saya mulai mengenal bahawa temu duga bermaklumat memberikan saya kuasa untuk mencipta peluang pemeriksaan tanpa menunggu sebuah temu duga pekerjaan yang rasmi. Temu duga bermaklumat saya menjadi temu duga pekerjaan yang sebenar, semuanya untuk pekerjaan yang tidak diiklankan. Ini memuncak selama seminggu di mana saya menerima empat tawaran pekerjaan. Sejak itu, setiap promosi saya terima atau pekerjaan yang saya miliki adalah melalui jaringan hubungan dan temu duga bermaklumat.”

Temu duga Bermaklumat: Cadangan untuk Kejayaan

Baca:Ingatlah, apabila memulai temu duga bermaklumat, orang yang anda bertemu sedang melakukan sebuah pertolongan bagi anda. Inilah beberapa cadangan yang membantu anda menggunakan masa mereka dan mempunyai pengalaman yang baik. Ambil giliran, setiap orang dalam kumpulan membaca satu cadangan dengan bersuara.

  • Gunakan skrip (lihat muka surat 198–200) untuk meminta satu temu duga bermaklumat.

  • Ketahui industri itu atau syarikat itu terdahulu.

  • Sediakan soalan-soalan yang sesuai terdahulu.

  • Jika perlu, buat banyak hubungan dalam setiap permintaan untuk temu duga.

  • Jangan meminta lebih daripada 15 hingga 30 minit daripada masa orang itu.

  • Jangan melebihi masa yang telah dipersetujui.

  • Bersedia menjawab soalan-soalan berikut:

    • Bolehkah anda memberitahu sedikit mengenai anda?
      (Gunakan Saya dalam 30 Saat anda.)

    • Mengapa anda berminat dalam ini?

  • Sambil perbualan berterusan, ia mungkin sesuai untuk bertanya untuk hubungan atau potensi yang lain.

  • Segera membuat susulan dengan berterima kasih.

  • Membuat susulan pada komitmen yang anda telah buat.

Bahan Bertulis

Contoh-contoh Resume Kejayaan

  • Mendapatkan wang lebih $10,000 tahunan selama lima tahun melalui perancangan acara, komunikasi dan pengambilan sukarelawan. (Ibu)

  • Mencapai GPA 3.5 daripada sekolah menengah sambil bekerja dan bermain pelbagai sukan dengan merancang dan mengutamakan aktiviti dan tugasan. (Pelajar)

  • Jimat wang lebih $200,000 pada tahun pertama dengan pengurusan bajet yang aktif dan kawalan kos yang diperbaiki. (Pengurus Bisnes)

  • Mencapai 99 peratus kadar kualiti untuk pengimpal logam eksotik yang rumit berbanding dengan purata kualiti syarikat sebanyak 92 peratus. (Pengimpal)

Petua Resume

  1. Tuliskan menurut keperluan majikan. Kebanyakan majikan menggunakan kurang daripada 10 saat untuk melihat seluruh resume anda, jadi anda perlu menulis dengan mudah untuk mereka lihat anda sesuai untuk mereka.

  2. Bahagian atas dan kiri resume anda. Apabila majikan melihat resume anda, mereka terutamanya melihat pada bahagian atas dan kiri resume, jadi letakkan maklumat yang paling penting di situ.

  3. Gunakan bullet, bukan dalam perenggan Mempermudahkannya untuk majikan mencari maklumat anda.

  4. Gunakan format yang mudah diikuti. Aturkan resume anda dengan jenis maklumat yang sama supaya majikan dapat mencari dan memahami kandungan dengan mudah.

  5. Jangan gunakan templat resume. Program komputer diguna oleh majikan untuk mengimbas resume dipanggil sistem pengesanan pemohon (ATS), tidak boleh mentafsir templat, dan biasanya templat tidak kelihatan baik seperti resume yang dicipta sendiri.

  6. Jangan gunakan objektif. Itu ialah format lama dan anda mungkin akan disingkir kerana tidak mengikut kaedah terkini.

  7. Sertakan satu ringkasan khas sesuai kepada keperluan majikan. Gunakan satu per empat hingga satu per tiga ruangan di bahagian atas untuk menulis ringkasan mudah termasuk tajuk utama, ringkasan dan kata-kata kunci.

  8. Gunakan kata-kata kunci daripada perihalan pekerjaan. Kata-kata kunci mengambil perhatian majikan dan ATS diaturkan untuk mencarinya.

  9. Huraikan pencapaian anda dengan menggunakan versi kenyataan berkuasa resume . Kenyataan berkuasa ini harus ada butiran nombor, peratusan, jumlah wang dan lain-lain.

  10. Berikan konteks. Dengan memberikan perbandingan ataupun latar belakang suatu situasi, anda membezakan diri daripada yang lain.

  11. Sertai semua pengalaman pendidikan, walaupun sedang dijalankan. Pastikan menanda ia sedang dijalankan atau ada tarikh berijazah.

  12. Kemaskan resume anda. Gunakan tajuk bahagian utama, format dan ruang putih yang selaras.

  13. Pastikan tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa. Kesalahan ini akan menyingkir anda dengan segera.

  14. Gunakan fon tradisional. Gunakan serif tradisional atau fon sans serif.

  15. Jangan kurang daripada saiz fon 11-point. Anda inginkan resume untuk menjadi paling mudah dibaca oleh majikan.

  16. Aturkan resume anda dalam satu muka surat. Gunakan satu muka surat sehingga anda mempunyai pengalaman profesional yang berkaitan sekurang-kurangnya tujuh tahun.

  17. Gunakan tajuk utama yang sama untuk semua dokumen kerjaya anda. Tajuk utama ialah bahagian resume anda yang biasanya mengandungi nama dan maklumat untuk dihubungi.

  18. Jangan sertakan rujukan dalam resume. Majikan tahu anda ada rujukan, dan jika mereka inginkannya, mereka akan minta.

  19. Tukarkan resume kepada PDF. Jika anda e-mel atau menghantar resume secara digital, tukarkan kepada dokumen PDF. Jika tidak, anda akan mengalami risiko perisian majikan tidak mengesan PDF kepunyaan anda. Hasil dari itu, format akan berubah dan majikan tidak dapat membaca resume anda

  20. Dapatkan bantuan komputer. Dapatkan kawan, keluarga, sumber komuniti, atau alat bantuan online untuk membantu anda mencipta dokumen yang terbaik.

Petua Surat Iringan

  1. Tulis surat iringan khas kepada bisnes, organisasi atau peluang pekerjaan.

  2. Gunakan kenyataan berkuasa untuk mengambil perhatian pembaca dan membezakan anda dengan yang lain. Dalam surat iringan, buat cara tulisan anda mudah dan terus terang.

  3. Pastikan surat iringan singkat. Biasanya surat iringan tidak melebih tiga perenggan yang mudah dan tidak melebihi setengah bahagian muka surat

  4. Minta untuk bertemu duga

  5. Gunakan tajuk utama yang sama untuk semua dokumen kerjaya anda. Tajuk utama ialah bahagian resume anda yang biasanya mengandungi nama dan maklumat untuk dihubungi.

Petua Pemohonan

  1. Tuliskan kepada pekerjaan itu.

  2. Gunakan pencapaian untuk menjelaskan pengalaman pekerjaan anda.

  3. Isikan maklumat dengan penuh dan tepat.

  4. Pastikan tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa.

  5. Mengenal pasti kata-kata kunci dan gunakan dalam permohonan anda.

Resume Kronologi

Resume kronologi menyenaraikan pengalaman pekerjaan anda secara kronologi bermula dengan pekerjaan terkini anda.

Format ini membenarkan anda menunjuk sejarah pekerjaan anda yang penuh, tetapi tidak menunjukkan bagaimana anda sesuai untuk jawatan yang anda ingin memohon dengan berkesan.

Resume Clark

Resume Functional

Resume functional menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda yang berkaitan. Format ini membenarkan anda menumpukan bagaimana anda sesuai untuk jawatan yang anda ingin memohon.

Resume Hills

Resume Kombinasi

Resume kombinasi menyenaraikan kemahiran, pengalaman dan sejarah pekerjaan anda. Format ini membenarkan anda menumpukan bagaimana anda sesuai untuk jawatan yang anda ingin memohon.

Resume Hernandez

Muka surat 2 di halaman seterusnya.

Resume Hernandez muka surat 2

Contoh Surat Iringan 1

Surat iringan Clark

Contoh Surat Iringan 2

Surat iringan Hills

Contoh Surat Iringan 3

Surat iringan Hernandez

Menjadikan Suatu Negatif Kepada Positif

Negatif yang Berkemungkinan

Kebimbangan Sebenar Majikan

Terlalu layak

Mengharapkan gaji yang tinggi

Bertukar pekerjaan yang lebih baik dengan cepat.

Masa pengangguran dalam sejarah pekerjaan.

Mungkin tidak bertanggungjawab.

Tidak akan bekerja lama pada suatu pekerjaan

Tiada pengalaman secara langsung

Menyediakan latihan yang mungkin mahal dan mengambil masa yang lama.

Tidak dapat melakukan pekerjaan itu.

Pekerja yang muda

Kurang matang

Kurang berpengalaman

Pekerja yang tua

Kemahiran yang tidak terkini

Mungkin meninggalkan pekerjaan awal

Kekurangan pengalaman bekerja

Berkebolehan untuk belajar

Menyesuaikan kepada pekerjaan

Etika pekerjaan

Kekurangan tauliah atau ijazah

Pengalaman bekerja yang tidak mencukupi

Mungkin perlu beri latihan

Pelbagai pekerjaan dalam masa yang singkat.

Mungkin meninggalkan pekerjaan awal

Kurang komitmen

Dipecat atau dihenti kerja daripada pekerjaan sebelumnya.

Tidak bekerjasama dengan yang lain.

Etika pekerjaan yang tidak memuaskan

Pernah menjadi penganggur

Kemahiran yang tidak terkini

Menyesuaikan kepada pekerjaan

Mungkin perlu diberi latihan

Sejarah Jenayah

Tidak bolah dipercayai

Sambung di muka surat seterusnya.

Ini adalah beberapa contoh pertanyaan temu duga yang menjadikan suatu negatif kepada positif.

  • Kenapa anda meninggalkan jawatan lama anda?

  • Apakah kegagalan besar anda dalam pekerjaan dan apa yang anda pelajari daripada itu?

  • Apakah kelemahan besar anda?

  • Beritahu saya tentang satu masa anda tidak bersetuju dengan bos anda?

  • Beritahu saya tentang satu masa anda bekerja dengan seorang pelanggan atau rakan sekerja yang susah?

Berunding dengan Berkesan

Anda perlu menjawab beberapa soalan sendiri sebelum anda memasuki perundingan pekerjaan. Senarai berikut bolah membantu.

  • Apakah pemampasan taraf minima yang anda boleh terima?

  • Berapakah industri itu membayar secara umum untuk kemahiran anda?

  • Apakah faedah yang penting bagi anda?

    • Penjagaan kesihatan

    • Cuti bersara

    • Cuti sakit

    • Cuti rehat

    • Bonus

  • Bagaimanakah perasaan anda dengan perjalanan berulang-alik?

  • Bagaimanakah perasaan anda dengan jadual bekerja?

Jangkakan perkara yang mungkin bermasalah, dan menyenaraikan beberapa alternatif untuk menyelesai isu tersebut.

Nota