Keberdikarian
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit


ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

tangga

Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut formula mudah ini:

Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan

Dalam bab ini, anda akan belajar kemahiran mencari kerja yang penting: bagaimana mencipta resume hebat, surat iringan dan pemohonan. Apabila anda mencipta bahan bertulis hebat, anda bekerja dengan bijak.

ikon pencarian kerja Josh
Pencarian Kerja Josh

Baca:Josh telah melakukan usaha baik menghubungi individu dan padankan kemahirannya kepada keperluan majikan. Tetapi sekarang Julie di ABC Marketing telah meminta sebuah resume. Resume lama dan surat iringan Josh yang sama selalu di gunakan mungkin tidak mencukupi, kerana mereka tidak menghasilkan banyak temu duga. Josh mahu ada bahan bertulis yang membantu membezakan dia menjadi pilihan yang jelas, namun bagaimana? Bolehkah dia gunakan sesuatu seperti kenyataan berkuasa? Dan bagaimana anda mencipta resume dan surat iringan yang bagus?

Bincang:Dalam cara apakah anda boleh dikaitkan dengan Josh?

Baca:Bahan bertulis—seperti resume, surat iringan, dan permohonan—adalah bahagian penting dalam satu pencarian kerja yang berjaya. Anda mahu meninggalkan tanggapan baik dalam penulisan seperti semasa anda bertemu dengan bersemuka. Setiap resume, surat iringan dan permohonan harus ditulis khusus kepada pekerjaan yang anda memohon. Anda akan tahu bahan bertulis anda bagus apabila anda sering menerima temu duga.

Apakah perubahan bahan bertulis yang popular dan cara yang betul menciptanya. Bab ini menunjukkan maklumat asas dan beberapa contoh. Terdapat maklumat dan contoh selanjutnya di muka surat 203–13 dalam lampiran di mana anda harus baca sendiri pada minggu ini. Tambahan, cari maklumat dan sumber tambahan sendiri.

Petua:Laman web, artikel atau contoh resume dikira sebagai sumber.

1. Tiga Prinsip Asas

Baca:Bahan bertulis yang berkesan mengikuti tiga prinsip asas:

bahan bertulis yang berkesan

Bincang:Mengapa tiga prinsip ini penting dalam resume, surat iringan atau permohonan?

2. Resume

Baca:Resume ialah dokumen bertulis yang meringkaskan kemahiran, kebolehan dan pencapaian anda. Ia seperti suatu pengiklanan cepat tentang diri anda.

Baca:Kebanyakan resume mempunyai tiga maklumat: ringkasan, pengalaman dan pendidikan serta latihan.

Ringkasan maklumat seperti pengenalan dan biasanya terletak di atas resume. Ia termasuk nama, maklumat hubungan dan satu ringkasan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan. Majikan sering akan melihat bahagian resume ini dalam tiga hingga lima saat dan membuat keputusan untuk terus membaca atau menyingkir anda.

Anda boleh lihat Josh menggunakan sebuah tajuk atau tajuk utama. (Juruteknik Meja Bantuan Berpengalaman) supaya majikan dapat tahu Josh dengan segera. Kemudian Josh meneruskan resume dengan kata kunci dan kemahiran di perihal pekerjaan untuk menarik perhatian majikan.

contoh resume yang baik

Baca:Maklumat pengalaman termasuk sejarah bekerja dan juga perlu ada beberapa pencapaian yang berkaitan kepada keperluan majikan. Pencapaian adalah sama dengan kenyataan berkuasa, tetapi dalam resume, anda mengalih hasil pencapaian ke permulaan kenyataan untuk menonjolkan diri. Ambil giliran membaca kenyataan di bawah “Pengalaman Profesional” dalam resume Josh untuk lihat bagaimana dia menulis tentang pencapaiannya.

contoh resume yang baik

Baca:Maklumat pendidikan dan latihan membantu majikan memahami kelayakan anda. Ia boleh termasuk ijazah, persijilan, kelas tertentu dan lebih lagi. Pastikan apa yang anda masukkan berkaitan, bermula dengan maklumat yang menarik perhatian.

Di sini cara Josh memasukkan maklumat pendidikan dan latihannya.

contoh resume yang baik

3. Surat Iringan

Baca:Surat iringan sentiasa disertai bersama resume anda. Ia berfungsi sebagai satu pengenalan dan menggalakkan majikan membaca resume anda. Surat iringan boleh membantu syarikat itu memahami kenapa anda berminat dengan peluang itu dan kenapa anda fikir syarikat ini patut mengambil anda.

Surat iringan baik membuka dengan kenyataan berkuasa untuk menarik perhatian pembaca dengan cepat.

4. Permohonan

Baca:Permohonan biasanya digunakan oleh bisnes sebagai satu bahagian proses pengambilan mereka. Biasanya, mereka bertanya maklumat hubungan, pendidikan dan sejarah bekerja asas anda. Banyak permohonan di hantar secara online dan mengambil masa untuk diselesaikan Menyelesaikan permohonan itu merupakan sebahagian proses pemeriksaan majikan.

Permohonan yang baik mengikut prinsip tarikan, penyesuaian, dan pencapaian bebas daripada kesalahan, berkaitan dengan pekerjaan, dan memberitahu pengalaman anda menggunakan kenyataan berkuasa.

Kesimpulan

Tonton:“Bahan Bertulis yang Lebih Baik,” terdapat di srs.lds.org/videos. (No video? Baca muka surat 92.)

1:57
ikon video

Bincang:Apakah perkara yang paling penting yang anda pelajari dari bab ini?

Baca:Menulis resume, surat iringan dan permohonan ialah satu kemahiran pencarian kerja yang membantu anda bekerja dengan bijak.

Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan

Jika anda menulis dengan lebih baik, anda akan mempunyai lebih banyak kejayaan. Berdoa untuk pertolongan Bapa Syurgawi dan kemudian lakukan usaha anda. Buat susulan kepada setiap resume dan permohonan yang anda hantar. Ini menunjukkan iman anda. Dengan berbuat demikian, anda akan mengetahui penulisan resume menjadi lebih mudah dan mendapatkan lebih banyak temu duga.