Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit
-
Baca:Formula pencarian kerja yang berjaya adalah:
Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan
Dalam kursus buku ini, anda akan mengikuti sebuah jalan yang membantu anda bertindak dengan iman, bekerja keras, dan belajar kemahiran pencarian kerja untuk bekerja dengan bijak. Bermula dari bawah grafik, ambil giliran membaca setiap bahagian dalam Jalan ke Pekerjaan yang Lebih Baik di bawah.
-
Baca:Kita akan mula dengan asas-asas iman dan kerja keras.
1. Bertindak dalam Iman
-
Baca:Asas kepada pencarian kerja yang berjaya ialah iman. Kepada Bapa Syurgawi, segala hal, termasuk mencari pekerjaan adalah rohani. Tuhan berfirman, “Segala sesuatu bagi-Ku adalah rohani, dan tidak pada waktu bila pun telah Aku berikan kepadamu suatu hukum yang duniawi” (A&P 29:34).
Kerana mendapat pekerjaan adalah penting secara rohani dan jasmani, segala perbuatan anda mencari kerja boleh menjadi tindakan iman. Anda berharap dan berdoa agar Tuhan memberkati anda dengan pekerjaan, tetapi anda bertindak untuk menunjuk iman anda.
-
Bincang:Apakah kaitan iman dengan mencari kerja?
2. Fokuskan Pencarian Anda
Pencarian Kerja Josh
-
Baca:Sepanjang mesyuarat kumpulan, kita akan perhatikan dan memberi bimbingan khusus kepada Josh apabila dia cuba menggunakan asas dan kemahiran pencarian kerja berkesan. Josh dilepaskan dari pekerjaannya dua bulan lalu sebagai juruteknik sokongan komputer setelah bekerja dua tahun. Dia sudah kahwin dan belajar sains komputer. Dia perlu menyara isteri dan bayinya. Josh perlu mencari pekerjaan.
Josh sedang mengalami kesusahan mengetahui di mana untuk memulakan pencarian kerjanya. Dia telah memohon pelbagai jenis pekerjaan. Beberapa minggu lalu, dia memohon untuk menjadi pelayan, agen khidmat pelanggan, juruteknik komputer dan pekerja gudang. Namun, dia tidak berjaya.
-
Bincang:Bagaimana pengalaman pencarian kerja anda berkaitan dengan Josh?
-
Baca:Mula pencarian kerja anda dengan mengetahui jenis pekerjaan yang anda inginkan. Ia seharusnya sesuatu yang anda berkelayakan. Banyak pencari kerja gagal melakukan ini. Seperti Josh, mereka membazir masa mempertimbangkan segala jenis pekerjaan. Anda akan mencari kerja dengan lebih cepat jika memberi tumpuan pada beberapa jenis pekerjaan sahaja.
Jika anda tidak tahu pekerjaan yang anda inginkan, gunakan waktu berbual dengan orang lain dan mencari maklumat berguna untuk membuat keputusan dengan cepat. Banyak pencari kerja mengambil pekerjaan stabil untuk menyokong diri mereka sambil mencari atau bersedia untuk pekerjaan yang lebih baik. Jika inilah keinginan anda, ingatlah nasihat daripada Presiden Spencer W. Kimball: “Bekerja mendatangkan kebahagiaan, keyakinan diri dan kemakmuran. Inilah intipati segala pencapaian; ia berlawanan dengan kemalasan. Kita diperintah untuk bekerja” (Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball [2006], 118–19). Bekerja adalah mulia.
Josh sedar dia akan lebih berjaya jika dia memberi tumpuan kepada jawatan bantuan komputer. Itu menjadi matlamat pekerjaannya.
3. Bekerja Keras: Kenal Pasti Sumber dan Buat Hubungan
Pencarian Kerja Josh
-
Baca:Josh tidak suka mencari kerja. Dia menggunakan beberapa jam setiap hari mencari iklan pekerjaan online dan bercakap kepada agensi pekerjaan.
-
Bincang:Apakah fikiran anda tentang usaha Josh? Berapa lama anda fikir Josh akan mendapat satu pekerjaan dengan cara ini?
-
Baca:Pencari kerja yang berjaya bekerja keras. Anda memperoleh hasil pencarian kerja mengikut usaha yang anda berikan. Lebih keras anda bekerja, lebih cepat anda mendapatkan pekerjaan. Kerja anda seharusnya termasuk mengenal pasti sumber dan membuat hubungan setiap hari.
Satu sumber adalah sesuatu maklumat atau perhubungan yang akan menyumbangkan ke pencarian kerja yang berjaya. Ia boleh menjadi seseorang, tempat atau sesuatu.
Satu hubungan ialah sesuatu komunikasi pekerjaan dengan satu sumber. Ini boleh terdiri daripada perjumpaan bersemuka dengan seseorang, membuat panggilan telefon, mengirim e-mel, menghantar permohonan atau resume, ataupun mengirim surat susulan.
Semakin banyak sumber dan hubungan anda buat, semakin cepat anda akan mendapat pekerjaan. Kenal pasti 15 sumber baru dan buat 10 hubungan setiap hari untuk mempercepatkan pencarian kerja.
Pencarian Kerja Josh
-
Baca:Setelah Josh belajar tentang sumber dan hubungan, dia mula melakukannya.
Contohnya, semalam dia melakukan yang berikut:
-
Mencari tiga syarikat yang dia berminat.
-
Menjumpai tiga laman web yang berguna.
-
Fikirkan tujuh orang yang dia boleh hubungi (kawan, rakan sekolah, dan bekas rakan sekerja).
-
Menjumpai dua jawatan kosong.
Jumlahnya 15 sumber hanya dalam satu hari!
Kemudian dia menghubungi sumber-sumber berikut dengan:
-
Menghubungi tiga syarikat secara langsung untuk belajar lebih tentang mereka.
-
Bertemu, e-mel atau SMS empat kawannya memberitahu mereka bahawa dia sedang mencari pekerjaan.
-
Memohon untuk dua jawatan kosong itu.
-
Membuat susulan dengan seorang di kedua-dua syarikat untuk memastikan maklumat dia telah diterima.
Jumlahnya 11 sumber hanya dalam satu hari!
-
-
Baca:Sekarang kita sudah mempunyai satu senarai sumber berpotensi, langkah seterusnya ialah untuk menghubungi mereka.
-
Petua:Aturkan sumber dan hubungan anda dengan tersusun dengan borang pada lampiran di muka surat 194–96.
-
Bincang:Bagaimanakah kerja keras dalam pencarian kerja anda menunjukkan iman?
Kesimpulan
-
Tonton:“Itu Ialah Mukjizat,” terdapat di srs.lds.org/videos. (No video? Baca muka surat 18.)
-
Bincang:Apakah beberapa perkara yang paling penting yang anda pelajari dari bab ini?
-
Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut formula mudah ini:
Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan
Mula menggunakan formula ini segera dengan mengenal pasti sumber dan membuat hubungan setiap hari. Ini menunjukkan iman anda. Minta Bapa Syurgawi untuk membantu dan mengenal pasti kerja anda sebagai tindakan iman, dan Dia akan memberkati anda dengan kejayaan. Dalam bab-bab seterusnya, kita akan bermula menerokai kemahiran yang akan membantu kita bekerja dengan bijak.