Laporan—Masa Maksimum: 25 Minit
Jika ini merupakan bab pertama anda pada minggu ini, lengkapkan “Laporan.” Jika tidak, pergi ke muka surat 172.
Komitmen Minggu Lepas
-
Mengenal pasti sumber harian.
-
Melakukan hubungan harian.
-
Hubungi dan sokong rakan tindakan saya.
-
Berlatih dan berkongsi prinsip Asas Saya hari ini.
-
Berlatih kemahiran pencarian kerja.
Langkah 1: Menilai Diri (5 minit)
Gunakan carta “Menilai Usaha Saya” pada muka surat ii-iii untuk semak semula komitmen anda dari mesyuarat lepas. Pertama, tuliskan bilangan sumber sebenar yang anda dapat dan hubungan yang anda telah dilakukan. Kemudian menilai usaha anda untuk mentaati setiap komitmen secara individu dengan menandai warna merah, kuning atau hijau.
Langkah 2: Kongsi dengan Kumpulan (10 minit)
Setiap anda memberi laporan mengenai kemajuan komitmen anda dengan berkongsi matlamat anda, bilangan sebenar dan dengan menyatakan “merah,” “kuning” atau “hijau” untuk usaha anda. Kongsikan perkara yang telah berjalan dengan lancar dan bagaimana Bapa Syurgawi membantu anda.
Langkah 3: Pilih Rakan Tindakan (2 minit)
Pilih seorang rakan tindakan daripada kumpulan untuk minggu yang akan datang. Secara umum, rakan tindakan adalah daripada jantina yang sama dan bukan ahli keluarga.
Sekarang, sila ambil beberapa minit untuk bertemu dengan rakan tindakan anda. Memperkenalkan diri anda dan bincangkan bagaimana anda akan hubungi sesama sepanjang minggu.
Nama rakan tindakan
Maklumat hubungan
Tuliskan bagaimana dan bila anda akan hubungi sesama minggu ini.
Ahad |
Isnin |
Selasa |
Rabu |
Khamis |
Jumaat |
Sabtu |
---|---|---|---|---|---|---|
Selesaikan aktiviti di muka surat seterusnya.