Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit
-
Bincang:Apa yang anda belajar daripada pengalaman setiap orang?
-
Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut satu formula mudah:
Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan
Dalam bab sebelumnya, anda belajar tentang iman dan bekerja keras. Dalam bab ini, anda akan belajar kemahiran- bekerja dengan bijak. Kita akan bermula dengan jaringan hubungan.
Pencarian Kerja Josh
-
Baca:Josh mencari semua potensi pekerjaan secara online atau agensi pekerjaan. Tetapi dia tidak berjaya, dan tidak dihubungi balik kebanyakan masa. Dia percaya ada cara yang lebih baik untuk mencari satu pekerjaan. Dia pernah mendengar perkara seperti jaringan hubungan tetapi tidak tahu apa itu ataupun bagaimana untuk bermula.
-
Bincang:Bagaimana pengalaman pencarian kerja anda berbanding dengan Josh?
1. Bagaimana Orang Ramai Sebenarnya Memperoleh Pekerjaan
-
Baca:Anda akan mencari pekerjaan dengan lebih cepat jika mencari dalam cara yang paling berkesan.
-
Tonton:“Bagaimana Pekerjaan Sebenarnya Dipenuhi,” terdapat di srs.lds.org/videos. (No video? Baca muka surat 35.)
-
Baca:Bandingkan dua graf ini.
-
Bincang:Apa yang akan berubah dalam pencarian kerja anda jika anda membuat jaringan hubungan dengan lebih banyak?
2. Bercakap dengan Semua Orang
-
Baca:Jaringan hubungan adalah cara terbaik untuk mencari satu pekerjaan Jaringan hubungan bererti bercakap dengan orang yang boleh membantu anda mencari orang atau organisasi yang memerlukan kemahiran anda. Bercakap kepada semua orang tentang mencari pekerjaan Orang akan membantu anda. Presiden Spencesr W. Kimball berkata: “Tuhan benar-benar perhatikan kita, dia mengawasi kita. Tetapi biasanya melalui seseorang yang dia memenuhi keperluan kita.” (“Small Acts of Service,” Ensign, Dec. 1974, 5).
Kadang-kadang anda perlu buat jaringan hubungan melalui banyak lapisan untuk mencari orang yang mempunyai maklumat yang anda perlukan. Jaringan hubungan melalui lapisan bererti menanya orang untuk memberi nama orang yang ada maklumat yang boleh membantu anda. Anda boleh buat jaringan hubungan bersemuka, bertelefon atau e-mel. Anda boleh menggunakan laman web jaringan hubungan profesional dan sosial.
-
Petua:Setiap orang dan bisnes anda tuliskan diambil kira dalam pengiraan matlamat harian anda di mengenal pasti sumber.
-
- Bincang:
-
Apakah akan belaku jika anda bercakap kepada setiap orang dan bisnes tentang pekerjaan yang anda sedang mencari?
-
Bagaimana jika anda bercakap kepada semua orang lain yang anda kenali?
-
3. Saya dalam 30 Saat Anda
-
Baca:Membuat jaringan hubungan dengan orang lain berfungsi dengan baik jika anda tahu apa untuk bercakap. Satu Saya dalam 30 Saat ialah cara terbaik untuk menghubungi orang atau bisnes. Ia membantu orang memahami pekerjaan yang anda mencari dan bagaimana mereka dapat membantu. Ia mengikut empat langkah berikut.
-
Petua:Soalan Saya dalam 30 Saat Anda yang Berkemungkinan
-
Siapakah anda akan mencadangkan saya bercakap?
-
Apakah peluang-peluang yang anda ketahui bagi seorang seperti saya?
-
Apakah yang anda tahu tentang (syarikat, industri)?
-
Apakah yang bisnes-bisnes di kawasan itu sedang mencari bagi (jenis atau jawatan pekerjaan)?
-
Siapakah anda kenali yang melakukan apa yang saya lakukan?
-
Pencarian Kerja Josh
-
Baca:Inilah cara Josh gunakan Saya dalam 30 Saat dia untuk buat jaringan hubungan dengan pak ciknya David. Perhatikan empat bahagian yang berlaku.
“Pak cik David, ini anak saudara kamu ➀ Josh. Apa khabar? Kamu ada sedikit masa?Kamu mungkin belum tahu, tetapi ➁ saya sedang mencari kerja di sokongan komputer. ➂ Saya mempunyai pengalaman dua tahun dan memperolehi beberapa persijilan teknikal. Di syarikat pekerjaan sebelum ini, saya dinamakan juruteknik perkhidmatan yang terbaik kerana kecekapan saya. Saya mahir dalam pekerjaan saya dan saya sukanya.➃ Siapakah yang kamu kenali yang saya hubungi hubungi tentang ini?”
-
Baca:Dalam bab sebelumnya, kita belajar tentang hubungan. Ingatlah, seorang hubungan ialah sesuatu perhubungan pekerjaan dengan satu sumber. Bukan semua hubungan diciptakan dengan sama rata. Jika anda berhubungan dengan mereka dengan lebih peribadi, ia akan menjadi lebih berkesan. Perbualan bersemuka dengan seseorang adalah lebih berkesan berbanding dengan e-mel atau SMS. Jadikan sekurang-kurangnya dua daripada hubungan seharian anda secara bersemuka. Itu sebabnya kenapa Saya dalam 30 Saat boleh menjadi begitu hebat.
Saya dalam 30 Saat anda merupakan satu kemahiran pencarian kerja yang membolehkan anda bekerja dengan bijak. Anda tahu yang anda mempunyai Saya dalam 30 Saat yang baik apabila ia sentiasa mendatangkan bantuan yang anda perlukan. Berlatih Saya dalam 30 Saat anda sebanyak mungkin dan dapatkan maklum balas. Marilah kita bermula sekarang!
-
Bincang:Bagaimanakah membuat jaringan hubungan dengan Saya dalam 30 Saat menjadi tindakan iman?
Kesimpulan
-
Tonton:“Bola Keranjang Mendatangkan Sebuah Pekerjaan,” terdapat di srs.lds.org/videos. (No video? Baca muka surat 36.)
-
Bincang:Apakah perkara yang paling penting yang anda pelajari dari bab ini?
-
Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut formula ini:
Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan
Membuat jaringan hubungan memerlukan iman dan kerja keras. Membuat jaringan hubungan juga satu cara yang bijak mencari kerja, dan sekarang anda ada cara yang bagus, Saya dalam 30 Saat, untuk membantu anda bermula. Tuhan berjanji, “Bukalah mulutmu dan itu akan dipenuhi” (A&P 33:8). Sekarang, pergilah dan buat jaringan hubungan sebagai sebahagian pencarian kerja harian anda.
Untuk idea jaringan hubungan yang lebih maju, lihat muka surat 197-202 dalam lampiran secara sendirian pada minggu ini.