Sumber Bagaimana Pekerjaan Sebenarnya Dipenuhi. Dengar majikan ini menjelaskan bagaimana jawatan sebenarnya dipenuhi. “Kebanyakan kesilapan di buat oleh pencari kerja adalah menghabiskan masa menghantar resume, di mana mereka seharusnya menghabiskan masa membuat jaringan hubungan, membuat hubungan dengan orang penting di industri dan menjalin perhubungan. “Sebagai seorang jururekrut, saya membantu syarikat kami memenuhi hampir 1,000 jawatan tahun lalu. Inilah bagaimana mereka dipenuhi. “Kami tidak mengiklankan kebanyakan jawatan. Sebaliknya, pengurus pengambilan sudah fikirkan seseorang, atau mungkin seorang ahli pasukannya merujuk orang itu kepada dia. Dia akan menghubungi saya dan beritahu dia sudah fikirkan seorang yang dia mahu ambil dan saya membantu melaksanakan dari situ. “Bagi jawatan yang di iklan, sering hampir seratus orang memohon untuk jawatan itu. Biasanya saya dapat panggilan daripada pengurus pengambilan menanya untuk mengeluarkan permohonan orang yang mereka ingin bertemu duga. Ini ialah orang yang mereka kenali, yang dirujuk kepada mereka ataupun yang telah menghubungi mereka. Oleh kerana pengurus sudah kenal orang-orang ini, dia tahu mereka sesuai untuk bekerja. Inilah orang-orang yang biasanya dapat pekerjaan. Kami mengambil beberapa orang daripada kumpulan umum pemohon, namun hanya 25 peratus. “Nasihat saya: jaringan hubungan. Bina jaringan hubungan anda. Kekalkan jaringan hubungan anda. Berhubung dengan orang yang membuat keputusan pengambilan pekerjaan secara langsung atau melalui orang lain. Jika pencari kerja lakukan ini, mereka akan mendapat pekerjaan.” Kembali ke muka surat 26. Bola Keranjang Mendapatkan Saya Satu Pekerjaan Marilah kita baca bagaimana Saya dalam 30 Saat Reuben mendatangkan satu pekerjaan yang baik daripada jaringan hubungannya. “Saya selalunya seorang pekerja keras, tetapi kadangkala itu tidak mencukupi. Pengurangan kakitangan meninggalkan saya tanpa pekerjaan, dan saya fikirkan kalau saya seorang pekerja keras, pasti saya dapat cari kerja dengan mudah. Masalahnya, saya ada beberapa halangan dalam latar belakang saya yang menjadikannya susah untuk mendapatkan temu duga. Ia kelihatan seperti saya tidak pernah berjaya ke langkah seterusnya selepas permohonan. Berminggu-minggu sudah lalu, dan saya berasa kecewa. Kemudian saya belajar tentang jaringan hubungan dan fikirkan mungkin itulah kunci saya untuk mendapat peluang. Saya berlatih Saya dalam 30 Saat berulang sekali dan mula bercakap kepada semua orang—memberitahu mereka saya sedang mencari peluang pengurusan pembinaan dan kemahiran serta pengalaman saya miliki. “Pada satu malam, saya bermain bola keranjang bersama beberapa kawan. Saya sedar mereka mengenali banyak orang dan mungkin boleh bantu mencari kerja, jadi saya berkongsi Saya dalam 30 Saat saya kepada mereka. Salah seorang kawan berkata isterinya bekerja untuk sebuah firma pembinaan dan untuk hantarkan resume kepada dia. Saya lakukannya dan membuat susulan pada hari seterusnya. Dia berkata bahawa dia akan menyerahkannya kepada kumpulan industri kepunyaan dia. Beberapa hari kemudian, saya menerima panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia mempunyai resume saya dan ingin berbual dengan saya. Dia mengurus sebuah firma pembinaan yang besar. Pada akhirnya, itu mendatangkan sebuah pekerjaan yang bagus. Pekerjaan saya tidak pernah diiklankan kepada orang awam, dan ia datang daripada seorang di dua atau tiga tingkat dalam jaringan hubungan saya. Saya tidak akan mendapat peluang begitu jika saya tidak membuka mulut dan berkongsi Saya dalam 30 Saat. Semua orang ada jaringan hubungan; gunakannya untuk mengambil peluang.” Kembali ke muka surat 32.