Keberdikarian
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit


Imej
ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

Imej
tangga

Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut formula mudah ini:

Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan

Dalam bab sebelum ini, anda belajar kemahiran yang membantu anda bekerja dengan bijak: bagaimana untuk padankan kemahiran anda kepada keperluan majikan. Dalam bab ini, anda akan belajar lagi satu kemahiran “bekerja dengan bijak”: kenyataan berkuasa.

Imej
ikon pencarian kerja Josh
Pencarian Kerja Josh

Baca:Josh dapat melihat sekarang bahawa dia sesuai untuk jawatan meja bantuan di ABC Marketing. Tetapi dia pasti orang lain mesti mempunyai kelayakan yang sama. Apa yang benar-benar membantu membezakan dirinya ialah pencapaiannya, tetapi dia tidak pasti bagaimana bercakap tentangnya. Dia berfikir apa yang dia boleh buat untuk membezakan dirinya menjadi pilihan yang jelas.

Bincang:Dalam cara apakah anda boleh dikaitkan dengan Josh?

1. Buat Tanggapan yang Hebat

Baca:Cara terbaik yang menunjukkan anda memuaskan keperluan majikan adalah dengan kenyataan berkuasa. Kenyataan berkuasa secara singkat menghuraikan pengalaman dan pencapaian dahuhu anda dengan berkongsi contoh dan hasil. Fikirkan mereka sebagai cerita-cerita kecil. Orang lain mungkin ada kelayakan yang sama, tetapi tiada orang melakukan perkara yang sama. Selain daripada memberitahu kemahiran umum yang boleh dikatakan oleh ramai, gunakan kenyataan berkuasa.

Bincang:Kenapa contoh ketiga lebih baik?

Baca:Pencari kerja ketiga menggunakan kenyataan berkuasa yang membolehkan dia memberitahu sesuatu yang dia lakukan dalam cara yang menarik, boleh diingati dan unik. Ia seperti satu kisah benar yang singkat. Itu membantu pencari kerja ketiga untuk membezakan dirinya menjadi pilihan yang jelas.

2. Ikut Formula Kenyataan Berkuasa

Baca:Kenyataan berkuasa mengikuti satu formula yang mudah:

Imej
formula kenyataan berkuasa

Sebahagian kuasa dengan kenyataan berkuasa adalah ia singkat. Menyampaikan kenyataan berkuasa tidak seharusnya mengambil lebih dari 30 hingga 45 saat.

Imej
ikon pencarian kerja Josh
Pencarian Kerja Josh

Baca:Mari kita lihat kenyataan berkuasa yang Josh cipta selepas menyemak perihal pekerjaan di ABC Marketing. Dia nampak yang majikan perlukan seorang yang ada kemahiran pencarisilapan. Perhatikan bagaimana dia gunakan formula itu untuk mencipta kenyataan berkuasanya.

➀ “Saya mahir dalam pencarisilapan. ➁ Contohnya, sebagai seorang juruteknik meja bantuan di IT World, saya mencipta satu proses yang mudah untuk mengenal pasti isu-isu teknikal umum. ➂ Hasil dari itu, saya dapat menyelesaikan lebih daripada 1,000 masalah serta melakukannya dalam setengah masa berbanding dengan orang lain ➃ Saya boleh lakukan kepakaran ini untuk kamu.”

Bincang:Bagaimanakah kenyataan berkuasa Josh membantunya membezakan diri sebagai pilihan yang jelas?

Baca:Inilah beberapa contoh kenyataan berkuasa untuk seorang penginjil yang sudah selesai misi, pemilik bisnes sederhana, dan seorang ibu, yang semuanya mencari kerja. Mereka menggunakan empat langkah dan memasukkan butiran tertentu untuk menguatkan kenyataan berkuasa mereka. Ambil giliran membaca setiap kenyataan dengan bersuara.

Nyatakan satu kemahiran atau pengalaman

(“Saya … ,”
“Saya boleh … ,” atau
“Saya miliki …”)

Beri satu contoh

(“Sebagai contoh …”)

Beri satu hasil

(“Hasilnya …”)

Padankan kemahiran itu kepada keperluan majikan

Penginjil yang Selesai Misi

Saya boleh membina dan memberi semangat kepada pasukan.

Contohnya, sebagai sukarelawan penuh masa di gereja saya, saya di minta untuk memimpin satu kumpulan terdiri daripada lapan sukarelawan lain yang tidak bersatu dan tidak mencapai matlamat mereka. Saya mengenal pasti keperluan mereka dan mencipta satu latihan dan komitmen bersiri untuk membantu mereka maju.

Hasilnya, kumpulan itu mula mencapai dan melebihi matlamat mereka.

Saya boleh membantu pasukan anda mencapai dan melebihi matlamat.

Pemilik Bisnes Sederhana

Saya boleh menyelesaikan masalah.

Contohnya, dalam bisnes keluarga kami, kami perlukan satu sistem menjejak perbelanjaan. Saya mencipta sistem menjejak dan mengenal pasti satu pemborong yang mengenakan kami pembayaran berlebihan dalam invois.

Hasil daripada sistem saya, saya dapat membetulkan pembayaran lebih dan menjimat bisnes kami sebanyak $5,000 setahun.

Saya tahu bahawa saya boleh menggunakan kemahiran penyelesaian masalah yang sama ini untuk anda.

Ibu

Saya memiliki kemahiran organisasi yang kuat.

Contohnya, sebagai seorang ibu, saya berjaya koordinasi kerja sekolah dan aktiviti tiga orang anak. Saya belajar mengurus jadual kami dengan teliti.

Hasilnya, anak-anak saya jarang lupa sebuah tugasan ataupun sampai lewat ke aktiviti.

Saya boleh menggunakan kemahiran organisasi yang sama untuk memastikan anda tidak ketinggalan janji temu.

Bincang:Apa yang anda belajar daripada perkongsian kenyataan berkuasa anda?

Baca:Kenyataan berkuasa ialah satu kemahiran pencarian kerja yang akan membantu anda bekerja dengan bijak. Anda akan tahu yang anda membuatnya dengan betul sekiranya kenyataan berkuasa anda mendatangkan minat majikan. Kenyataan berkuasa dalam resume akan mendatangkan temu duga. Kenyataan berkuasa dalam hubungan akan mendatangkan maklumat atau potensi berguna. Dan kenyataan berkuasa dalam temu duga akan mendatangkan tawaran pekerjaan. Jika anda tidak mendapat hasil ini, usaha untuk memperbaiki kemahiran ini.

Berlatih bersama orang lain dan mendapat maklum balas akan membantu anda maju. Marilah kita bermula sekarang!

Bincang:Bagaimanakah kenyataan berkuasa membantu anda membezakan diri sebagai pilihan yang jelas?

Kesimpulan

Tonton:“Kuasa Kenyataan Berkuasa,” terdapat di srs.lds.org/videos. (No video? Baca muka surat 70.)

Imej
ikon video

Bincang:Apakah perkara yang paling penting yang anda pelajari dari bab ini?

Baca:Kenyataan berkuasa ialah kemahiran pencarian kerja yang paling berpengaruh anda boleh belajar. Ia adalah kunci kepada bekerja dengan bijak.

Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan

Kenyataan berkuasa akan membantu anda bezakan diri sebagai pilihan yang jelas daripada segala cara yang anda lakukan. Gunakan mereka dalam resume, hubungan dan temu duga. Latih kemahiran ini Sediakan banyak kenyataan berkuasa. Berdoa untuk pertolongan Bapa Syurgawi dan anda akan melihat kejayaan besar.

Cetak