Keberdikarian
Sumber


Imej
ikon sumber
Sumber

Kuasa Kenyataan Berkuasa

Darren berkongsi bagaimana kenyataan berkuasa membantunya membezakan diri sebagai pilihan yang jelas dalam satu proses pengambilan yang bersaingan.

“Walaupun jika kamu ada pekerjaan, ia baik untuk bersedia dan melatih kenyataan berkuasa kamu. Saya tahu saya akan dilepas pekerjaan, jadi saya mula mencari kerja dengan aktif. Ia mengingatkan saya untuk memastikan jaringan hubungan masih aktif … apa yang saya lakukan ini keistimewaan saya, tetapi ada yang lain dengan kemahiran dan pengalaman yang sama. Saya mencari satu jawatan online dan menyediakan permohonan dan resume saya. Saya tahu persaingan adalah tinggi, terutamanya jawatan tersebut diiklankan di mana sesiapapun boleh mencarinya. Saya belajar mengenai kenyataan berkuasa dan tahu itu kunci saya. Walaupun yang lain memiliki kemahiran yang sama, tiada orang ada pengalaman dan pencapaian yang sama seperti saya. Saya mencipta satu resume yang hebat, disesuaikan kepada keperluan majikan, dan memberi beberapa contoh dan pencapaian yang berkaitan. Majikan menghubungi saya dalam beberapa hari setelah menghantar permohonan saya.

“Saya pergi ke temu duga-temu duga—melalui telefon dan video. Saya menyediakan kenyataan berkuasa untuk soalan temu duga yang dijangka. Kerana itu adalah temu duga melalui alat elektronik, saya boleh menggunakan nota-nota saya. Saya tahu mereka menemu duga orang lain juga, jadi saya perlu membezakan diri. Kenyataan berkuasa membantu mengiklankan diri saya. Kenyataan berkuasa membuktikan diri saya. Ia membuktikan saya rela mengambil pekerjaan itu dan bekerja bersama. Majikan tahu saya akan bekerja baik bagi mereka kerana saya boleh beri contoh dan cerita mengenai perkara yang sama pada masa dahulu. Saya dapat pekerjaan itu! Saya tahu kenyataan berkuasa saya membuat perbezaan ketara bagi saya.”

Kembali ke muka surat 67.

Cetak