Keberdikarian
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit


ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

tangga

Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut formula mudah ini:

Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan

Kemahiran temu duga yang membantu anda bekerja dengan bijak. Kerana temu duga adalah sangat penting, kita akan menggunakan masa di ketiga bab seterusnya untuk belajar dan berlatih kemahiran temu duga.

ikon pencarian kerja Josh
Pencarian Kerja Josh

Baca:Khabar baik lagi. Julie daripada ABC Marketing memanggil Josh selepas dia menerima resume dan surat iringannya. Dia menetapkan temu duga bersama Josh dua hari dari hari ini bagi pekerjaan juruteknik meja bantuan. Josh selalu gementar ketika temu duga pekerjaan dan risau tentang soalan-soalan yang mungkin Julia akan bertanya. Dia pasti dia tidak melakukan dengan baik dalam dua temu duga sebelum ini, tetapi dia tidak tentu apa yang dia perlu baiki. Josh ingin bersedia.

Bincang:Dalam cara apakah anda boleh dikaitkan dengan Josh?

Tonton:“Temu duga,” ada di srs.lds.org/videos. (No video? Baca muka surat 109.)

ikon video

Baca:Temu duga adalah salah satu langkah terakhir dalam pencarian kerja. Tujuan temu duga adalah mendapat tawaran pekerjaan. Tuhan berjanji, “Tetapi jika kamu siap kamu tidak akan takut.” (A&P 38:30). Jika anda bersedia dengan baik, anda menggantikan ketakutan dengan keyakinan.

Dalam bab ini, anda akan belajar untuk bekerja dengan bijak dan mengembangkan kemahiran temu duga yang berikut:

  1. Bersedia sebelum temu duga.

  2. Buka temu duga dengan berkesan.

  3. Gunakan Saya dalam 30 Saat anda.

  4. Gunakan kenyataan berkuasa.

1. Bersedia Sebelum Temu duga.

Baca:Alangkah baiknya kalau anda mengetahui soalan yang akan ditanya dalam temu duga.

Anda boleh.

Kebanyakan penemu duga akan bertanya soalan temu duga bercampuran biasa dan berkaitan kepada pekerjaan tertentu. Anda sudah tahu bagaimana mengenal pasti keperluan majikan, jadi anda boleh menggunakan kemahiran untuk memastikan soalan yang dia mungkin bertanya. Contohnya, Josh pasti dia akan ditanya tentang khidmat pelanggan, menyelesaikan masalah, dan berkomunikasi perkara teknikal ke dalam istilah yang mudah.

2. Buka Temu duga Dengan Berkesan.

Baca:Apabila anda buka temu duga, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan supaya mencipta tanggapan pertama yang besar. Dalam kumpulan, ambil giliran membaca senarai lakukan dan jangan lakukan di bawah.

Lakukan

Jangan Lakukan

Berpakaian satu tahap lebih tinggi daripada standard pakaian syarikat.

Berpakaian terlalu kasual.

Tiba awal 5–10 minit

Lambat atau lebih daripada awal 10 minit

Gunakan bahasa gerak-geri positif.

Gunakan bahasa gerak-geri negatif.

3. Gunakan Saya dalam 30 Saat Anda.

Baca:Sering kali soalan pertama yang anda akan di tanya adalah “Beritahu tentang diri kamu.” Saya dalam 30 Saat yang disesuaikan untuk temu duga adalah satu jawapan baik bagi soalan ini. Saya dalam 30 Saat bagi temu duga adalah sedikit berbeza. Contohnya, anda tidak perlu gunakan nama anda. Sebalik meminta rujukan seperti biasa dalam jaringan hubungan, anda tutup Saya dalam 30 Saat dengan menunjuk minat dalam syarikat atau pekerjaan itu.

Bincang:Kenapa contoh kedua lebih baik?

4. Gunakan Kenyataan Berkuasa.

Baca:Kenyataan berkuasa perlulah digunakan untuk menjawab soalan temu duga. Ia sesuatu yang tidak dapat dilupakan serta hebat dan akan membantu membezakan anda menjadi pilihan yang jelas.

Ingatlah untuk mengikut formula kenyataan berkuasa:

formula kenyataan berkuasa

Bincang:Bagaimana menggunakan kenyataan berkuasa menjadikan contoh kedua lebih berkesan?

Kesimpulan

Bincang:Apakah beberapa perkara yang paling penting yang anda pelajari dari bab ini?

Baca:Sekarang anda sudah mulai belajar beberapa kemahiran temu duga yang akan membantu anda bekerja dengan bijak.

Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan

Jika anda bersiap sedia, tidak perlu takut. Berdoa untuk bantuan dan bersedia serta berlatih sebanyak mungkin. Dalam bab seterusnya, kita akan belajar kemahiran temu duga yang berikut: