Keberdikarian
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit


ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

tangga

Baca:Pencarian kerja yang berjaya mengikut formula mudah ini:

Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan

Dalam bab terakhir, kita belajar kemahiran temuduga yang berikut:

  • Bersedia sebelum temu duga.

  • Buka temu duga dengan berkesan.

  • Gunakan Saya dalam 30 Saat anda.

  • Gunakan kenyataan berkuasa.

Dalam bab ini, kita akan berlatih beberapa kemahiran temu duga yang lebih untuk membantu kita bekerja dengan bijak.

ikon pencarian kerja Josh
Pencarian Kerja Josh

Baca:Josh telah menjangka beberapa soalan dan menyediakan beberapa kenyataan berkuasa untuk temu duganya di ABC Marketing. Dia juga menyediakan Saya dalam 30 Saat yang hebat untuk membuka temu duganya dengan berkesan. Josh ingin menjadi paling bersedia dan memutuskan untuk menelefon Pak Cik David dan meminta nasihat mengenai temu duga.

Pak Cik David memberitahu Josh bahawa penemu duga biasanya bertanya tentang satu kelemahan daripada pencari kerja. Tujuan utama soalan ini adalah untuk menyatakan masalah yang mungkin mengenai pencari kerja itu. Dia mencadangkan untuk mempunyai beberapa soalan untuk bertanya pada pengakhiran temu duga dan memberi nasihat kepada Josh untuk menutup temu duga dengan berkesan.

Bincang:Apakah pendapat anda tentang nasihat Pak Cik David?

Baca:Anda akan memiliki kejayaan jika anda berusaha mengembang kemahiran temu duga. Anda akan tahu temu duga anda berkesan apabila menerima tawaran pekerjaan. Dalam bab ini, kita belajar dan berlatih kemahiran temu duga yang berikut:

  1. Jadikan perkara negatif kepada positif.

  2. Tanya soalan.

  3. Tutup temu duga dengan berkesan.

1. Jadikan Perkara Negatif kepada Positif.

Baca:Seorang bakal majikan mungkin ada masalah memberi anda pekerjaan. Masalah ini boleh dikesan daripada sejarah, pengalaman, usia, atau perkara lain berkaitan pekerjaan anda. Mereka akan sering bertanya mengenai perkara tersebutdalam temu duga. Contohnya, mereka akan bertanya soalan yang berikut:

  • Kenapa anda meninggalkan jawatan lama anda?

  • Beritahu saya tentang satu masa anda tidak mempunyai perhubungan baik dengan rakan pekerja?

  • Apa salah satu kelemahan anda?

Apabila menghadapi jenis soalan seperti ini, cuba menjawab masalah yang mungkin menggunakan istilah yang jujur dan menguntungka,sebaik-baiknya dengan satu contoh.

ikon pencarian kerja Josh
Pencarian Kerja Josh

Baca:Josh berfikir jika majikan akan berasa bimbang kerana dia sungguh muda dan tidak cukup berpengalaman. Dia menggunakan jadual mudah ini untuk menyediakan balasan.

Bakal Kelemahan

Kebimbangan Sebenar Majikan

Bagaimana Saya Mengatasinya

(Akan Mengatasinya)

Usia muda

Kemungkinan kekurangan pengetahuan atau pengalaman

Saya memiliki sijil-sijil teknikal dan pengalaman menyediakan sokongan komputer selama dua tahun. Di pekerjaan terakhir saya sebagai juruteknik bantuan meja, saya menciptakan satu alat diagnosis mudah yang memberikan saya akses segera dan menyelesaikan banyak keperluan IT pelanggan setiap hari. Hasilnya, saya menyelesaikan sebanyak 1,000 tiket bantuan meja dalam dua tahun, setengah masa berbanding dengan rakan sekerja saya. Saya yakin bahawa pengalaman dan kemahiran saya dapat menambah nilai syarikat anda.

Bincang:Apakah yang anda perhatikan dengan cara Josh menjawab kebimbangan majikan?

Baca:Sepanjang minggu, lihat muka surat 214 di dalam lampiran untuk latihan lebih menjadikan suatu negatif kepada positif.

2. Tanya Soalan

Baca:Biasanya anda akan diberi kesempatan untuk memberikan pertanyaan sekiranya anda mempunyai soalan. Anda harus mempunyai beberapa soalan tersedia untuk membantu menambah maklumat lebih dan menunjukkan minat yang jujur ketika diberi peluang. Ini adalah beberapa contoh:

  • Bagaimana jawatan ini menyumbang ke dalam organisasi?

  • Apakah latihan untuk peranan ini?

  • Ke mana anda lihat syarikat ini dalam lima tahun?

Jangan tanya tentang gaji, faedah atau jadual kerja pada masa ini dalam temu duga. Jangan tanya perkara-perkara ini sehingga majikan berbincang atau menawar pekerjaan terdahulu. Untuk belajar tentang perundingan, lihat muka surat 215–17 dalam lampiran sendiri pada minggu ini.

3. Tutup Temu duga Dengan Berkesan.

Baca:Apa yang anda kata atau lakukan pada akhir temu duga yang boleh meninggalkan pengaruh yang bertahan lama mengenai perbualan anda bersama penemu duga. Ikutlah garis panduan tersebut:

  • Apabila anda berangkat, buat hubungan mata, senyum dan berjabat tangan sekali lagi. (jika ini sesuai dalam kebudayaan anda.)

  • Panggil penemu duga dengan namanya.

  • Berterima kasih kepada penemu duga bagi masanya dan minat untuk bertemu.

  • Pastikan langkah seterusnya dalam proses dan bagaimana anda harus buat susulan. Anda bole berkata secara mudah, “Apa langkah seterusnya dan bagaimana saya membuat susulan?”

  • Tunjukkan minat anda dengan berkata seperti, “Saya gembira dengan pertemuan kita dan harap mendengar daripada kamu,” atau “Saya yakin saya boleh memberi pengaruh yang positif di sini.”

Bincang:Bagaimanakah melakukan perkara ini membantu anda mempunyai temu duga yang berjaya.

Kesimpulan

Tonton:“Amy Cemerlang dalam Temu duga,” terdapat di srs.lds.org/videos. (No video? Baca muka surat 126.)

ikon video

Bincang:Apakah perkara yang paling penting yang anda pelajari dari bab ini?

Baca:Sekarang anda mempunyai beberapa kemahiran temu duga yang membantu anda bekerja dengan bijak.

Bertindak dalam Iman + Bekerja Keras + Bekerja dengan Bijak = Kejayaan

Tuhan berjanji, “Tetapi jika kamu siap kamu tidak akan takut.” (A&P 38:30). Bersedia dengan berdoa untuk bantuan dan berlatih sebanyak mungkin.