Keberdikarian
Sumber


Imej
ikon sumber
Sumber

Josh Bekerja Dengan Bijak

Isnin

Semalam, kawan Josh’s memberitahu dia mengenai Computer Central, sebuah syarikat berfokus memberi sokongan komputer. Nampaknya sangat berpotensi, Josh mengkaji syarikat itu.

Laman web syarikat itu menyenaraikan dua tawaran pekerjaan—Juruteknik Komputer 1 dan Wakil Sokongan Pelanggan 2 Kedua-dua tawaran sesuai sekali. Josh mengaturkan maklumat resume menurut jawatan kosong dan memohon untuk kedua-duanya.

Kebanyakan pencari kerja akan berhenti pada langkah itu dan menunggu panggilan telefon. Tetapi Josh tahu Dia mempunyai peluang mendapat pekerjaan itu sekiranya dia dapat bercakap dengan pengurus yang memberi pekerjaan.

Kembali ke laman web, Josh mencari orang yang mungkin mempengaruhi keputusan memberi pekerjaan dalam direktori syarikat. Akhirnya, dia mendapat tiga nama.

Mengetahui bahawa rujukan lebih berkesan berbanding dengan menunggu panggilan, Josh bertemu dengan dua gurunya selepas kelas kerana ingin tahu kalau mereka mengenali seseorang yang bekerja untuk syarikat itu. Mereka merujuk dia kepada Alice Patton, seorang setiausaha dalam jabatan pemberian pekerjaan bagi kedua-dua jawatan kosong itu.

Josh belajar lebih maklumat tentang Alice daripada gurunya, namun untuk menjadi lebih bersedia, dia melihat profil profesionalnya di laman media sosial. Kemudian dia menelefon Alice, berkongsi Saya dalam 30 Saat dia, dan bertanya kepada siapakah harus dia menghubungi mengenai dua jawatan kosong yang dia memohon. Alice merujuk dia kepada pengurus memberi pekerjaan —William Stevenson—salah satu daripada tiga orang yang dia mengenal pasti awal tadi.

Josh menggunakan waktu seterusnya mencari peluang pekerjaan.

Disambung di muka surat seterusnya.

Selasa

Josh mula usaha pencarian kerjanya dengan semak semula profil profesional William Stevenson. Kemudian, dia menelefon, berkongsi Saya dalam 30 Saat dia, dan memastikan permohonannya telah di terima. Selepas mengetahui jawatan itu dengan lebih, Josh meminta untuk menghantar semula resume yang dikemas kini terus kepada William. Josh juga belajar daripada William bahawa Sarah Johnson ialah pengurus memberi pekerjaan bagi jawatan yang lain.

Josh mengulangi proses yang sama dengan Sarah. Mengetahui kemungkinan adanya jawatan kosong yang belum diiklankan Josh menanya tentang keperluan lain syarikat itu. Sarah memberitahu Josh mengenai dua jawatan tambahan.

Selepas panggilan telefon itu, Josh mengemaskini kedua-dua versi resume dan menghantar kepada William dan Sarah. Dia juga menulis dan mengirim nota terima kasih kepada Alice, William dan Sarah.

Josh menggunakan waktu seterusnya dengan meneruskan mencari peluang pekerjaan yang lain.

Imej
jumlahkan markah

Kembali ke muka surat 156.

Sumber

(Orang, tempat, atau sesuatu)

Hubungan

(Komunikasi Pemberian Pekerjaan)

Hubungan Bersemuka

  • Kawan Josh

  • Computer Central

  • Laman web syarikat

  • Juruteknik Komputer 1

  • Wakil Sokongan Pelanggan 2

  • Direktori syarikat

  • Nama direktori 1

  • Nama direktori 2

  • Nama direktori 3

  • Guru 1

  • Guru 2

  • Alice Patton

  • Profil Alice

  • William Stevenson

  • Profil William

  • Sarah Johnson

  • Profil Sarah

  • Jawatan kosong belum di iklan 1

  • Jawatan kosong belum diiklan 2

  • Bercakap dengan kawan Josh

  • Menghantar resume bagi Juruteknik Komputer 1

  • Menghantar resume bagi Wakil Sokongan Pelanggan 2

  • Bertemu dengan Guru 1

  • Bertemu dengan Guru 2

  • Menelefon Alice Patton

  • Menelefon William Stevenson

  • Menelefon Sarah Johnson

  • Menghantar resume dikemas kini kepada William

  • Menghantar resume dikemas kini kepada Sarah

  • Mengirim nota terima kasih kepada Alice

  • Mengirim nota terima kasih kepada William

  • Mengirim nota terima kasih kepada Sarah

  • Bertemu dengan Guru 1

  • Bertemu dengan Guru 2

Jumlah: 19

Jumlah: 13

Jumlah: 2

Rafael: Pekerjaan dalam 6 Hari!

Mari kita baca bagaimana Rafael meningkatkan pencarian kerjanya melalui rancangan harian termasuk sumber, hubungan dan perjumpaan bersemuka.

“Saya seorang penganggur selama tujuh bulan. Kemudian, saya terdengar mengenai program baharu Gereja sudah bermula.Saya sangat memerlukan pekerjaan supaya dapat berdikari, jadi saya melakukannya dengan iman. Apabila saya terdengar mengenai kaedah 15-10-2, saya berasa takut. Nampaknya banyak usaha diperlukan. Saya berfikir mengenainya dan berdoa supaya Bapa Syurgawi akan membantu saya. Saya memutus untuk cuba dan melakukannya dengan terbaik.

“Pada hari berikut, saya mula dari sumber seperti internet atau surat khabar.Selepas itu, saya membuat hubungan. Saya berhubung dengan kawan kolej; kawan dari gereja dan beberapa hubungan yang bekerja dalam bisnes.Dalam minggu yang singkat itu, saya dapat mengenal pasti 75 sumber, membuat 50 hubungan dan enam temu duga.Saya belajar Saya dalam 30 Saat saya dan gunakannya pada setiap hubungan saya lakukan.Saya belajar mengenai kenyataan berkuasa dan gunakannya dalam hubungan dan temu duga saya.Saya memperoleh satu pekerjaan hanya dalam enam hari!

“Ia satu mukjizat.Pengalaman ini membina iman saya dalam Bapa Syurgawi.Kesaksian saya diperkuatkan.Saya tahu Dia tidak pernah mengabaikan saya bilamasa saya mengaplikasikan perkara yang saya telah belajar.Saya merasainya pada setiap hubungan saya lakukan.Saya merasainya dalam perbualan saya bersama orang.Saya tahu Bapa Syurgawi bersama di sisi saya.Ini membuat keluarga saya sangat gembira.Isteri saya sangat gembira.Pada masa yang sama, dia merasa tenteram kerana kami berdikari.Sekarang, saya boleh menyedia untuk rumah tangga dan anak-anak kami.”

Kembali ke muka surat 159.

Nota

Cetak