Orang Suci Zaman Akhir Teruslah Berusaha
Semasa kita berusaha, bertekun, dan membantu orang lain melakukan yang sama, kita adalah Orang Suci Zaman Akhir yang benar.
Saudara dan saudari saya yang terkasih, pada Disember 2013 dunia berkabung atas peninggalannya Nelson Mandela. Selepas 27 tahun dipenjarakan kerana peranannya dalam perjuangan antiaparteid, Mandela menjadi presiden yang dipilih secara demokratik yang pertama di Afrika Selatan. Pengampunannya bagi mereka yang telah memenjarakannya adalah luar biasa. Beliau menerima pujian dan sanjungan yang meluas.1 Mandela sering mengalihkan sanjungan dengan mengatakan, “Saya bukan orang suci—kecuali sekiranya anda berfikir orang suci adalah orang yang berdosa yang terus berusaha.”2
Pernyataan ini—“orang suci adalah seorang yang berdosa yang terus berusaha”—harus menyakinkan semula dan menggalakkan ahli-ahli Gereja. Walaupun kita dirujuk sebagai “Orang Suci Zaman Akhir,” kita kadang-kadang mengelak pada rujukan ini. Istilah Orang Suci biasanya digunakan untuk menandai mereka yang mencapai situasi peningkatan kekudusan atau pun kesempurnaan. Dan kita tahu dengan baik bahawa kita tidaklah sempurna.
Teologi kita mengajarkan kita, walaupun, bahawa kita dapat semakin disempurnakan dengan berulang kali dan ”bergantung sepenuhnya pada” ajaran Kristus: menjalankan iman kepada-Nya, bertaubat, mengambil bahagian dari sakramen untuk memperbaharui perjanjian dan berkat baptisan, dan menerima Roh Kudus sebagai pengiring yang berterusan dalam tahap yang lebih tinggi. Semasa kita berbuat demikian, kita menjadi lebih seperti Kristus dan mampu bertahan sampai akhir, dengan semua keadaan yang memerlukan.3 Dalam istilah yang kurang rasmi, Tuhan sangat peduli tentang siapa kita dan siapa kita akan menjadi, daripada mengenai siapa kita dahulu.4 Dia peduli bahawa kita terus berusaha.
Komedi As You Like it, yang ditulis oleh penulis drama Inggris William Shakespeare, menggambarkan perubahan dramatik dalam kehidupan watak itu. Seorang abang mencuba membunuh adiknya. Walaupun mengetahui ini, adiknya menyelamatkan abangnya yang jahat dari kematian tertentu. Ketika abang mempelajari mengenai kasih sayang yang tidak sewajibnya diberikan ini, dia sama sekali dan selama-lamanya berubah dan mempunyai apa yang dia sebut ”penukaran hati.” Kemudian beberapa wanita mendekati abangnya dan bertanya, “Bukankah anda yang begitu sering berikhtiar untuk membunuh [adikmu]?”
Abangnya menjawab, “Itu saya dahulu; tetapi bukan saya sekarang: Saya tidak malu memberitahu apa yang telah saya lakukan, sebab penukaran hati saya begitu menyenangkan bagiku, dan itu membuat siapa saya sekarang.”5
Bagi kita, kerana belas kasihan Tuhan dan Korban Tebusan Yesus Kristus, perubahan sedemikian bukan sahaja fiksyen sastera. Melalui Yehezkiel, Tuhan mengisytiharkan:
“Jika orang jahat berhenti berbuat dosa, mereka tidak akan dihukum. …
“… Jika mereka berhenti berdosa, lalu melakukan apa yang baik dan benar;
“… memulangkan barang yang telah dicuri mereka-jika mereka berhenti berdosa dan mentaati hukum yang memberikan hidup, mereka tidak akan mati. …
“Aku akan mengampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan mereka, dan mereka akan hidup kerana melakukan apa yang baik dan benar.”6
Dalam belas kasihan-Nya, Tuhan menjanjikan pengampunan apabila kita bertaubat dan berpaling dari kejahatan—sehingga dosa kita akan diampuni. Bagi kita, oleh kerana Korban Tebusan Kristus dan pertaubatan kita, kita boleh melihat pada perbuatan masa lalu kita dan berkata, “Itulah aku yang dahulu; tetapi bukan aku yang sekarang.” Tak peduli betapa jahatnya, kita boleh berkata, “Itulah aku di masa lalu. Tetapi kejahatan masa lalu tidak lagi di dalam diriku.”7
Presiden Thomas S. Monson telah mengajarkan, “Salah satu kurnia terbesar dari Tuhan kepada kita adalah kegembiraan untuk berusaha sekali lagi, kerana tidak ada kegagalan yang perlu menjadi muktamad.”8 Walaupun jika kita telah berdosa dengan sedar dan disengaja atau telah dengan berulang kali menghadapi kegagalan dan kekecewaan, pada saat kita memutuskan untuk berusaha sekali lagi, Korban Tebusan Kristus boleh membantu kita. Dan kita perlu ingat bahawa bukanlah Roh Kudus yang memberitahu kita bahawa kita telah gagal banyak kali bahawa kita juga mungkin menyerah.
Keinginan Tuhan bahawa Orang Suci Zaman Akhir terus berusaha jauh melebihi daripada mengatasi dosa. Sama ada kita menderita kerana hubungan bermasalah, cabaran ekonomi, atau penyakit, atau sebagai akibat daripada dosa-dosa orang lain, Korban Tebusan Juruselamat yang abadi juga boleh menyembuhkan—dan memungkinkan terutamanya bagi—mereka yang telah menderita secara ketidaksalahan. Beliau memahami dengan sempurna bagaimana rasanya menderita secara ketidaksalahan sebagai akibat dari pelanggaran orang lain. Seperti yang dinubuatkan, Juruselamat “memulihkan orang yang hancur hati, … menghibur orang yang berduka; … memberi … kesukaan serta kegembiraan, [dan] lagu pujian dan bukan kesedihan.”9 Tidak kira apa, dengan bantuan-Nya, Tuhan mengharapkan Orang Suci Zaman Akhir untuk terus berusaha.
Sama seperti Tuhan bersukacita apabila kita bertekun, Dia kecewa jika kita tidak mengenali yang lain terus berusaha juga. Kawan kita yang tersayang Thoba berkongsi bagaimana dia belajar pelajaran ini dari ibunya, Julia. Julia dan Thoba adalah di antara penganut baru berkulit hitam yang awal di Afrika Selatan. Setelah rejim aparteid berakhir, ahli Gereja yang berkulit hitam dan putih dibenarkan untuk menghadiri gereja bersama-sama. Bagi kebanyakan orang, kesamaan interaksi antara kaum adalah baru dan mencabar. Satu kali, semasa Julia dan Thoba menghadiri gereja, mereka merasakan mereka telah diperlakukan kurang ramah oleh beberapa ahli yang putih. Semasa mereka pergi, Thoba mengadu kepada ibunya. Julia mendengar dengan tenang sehingga Thoba telah melepaskan kekecewaannya. Kemudian Julia berkata: “Oh, Thoba, Gereja seperti sebuah hospital besar, dan kita semua sakit (rohani) dengan cara kita sendiri. Kita datang ke Gereja untuk ditolong.”
Komentar Julia mencerminkan wawasan yang berharga. Kita bukan sahaja perlu bertoleransi sementara orang lain bekerja pada penyakit mereka masing-masing; kita juga mesti baik, sabar, menolong, dan pengertian. Semasa Tuhan menggalakkan kita untuk terus berusaha, Beliau mengharapkan kita juga memberi orang lain peluang melakukan yang sama, dengan langkah mereka sendiri. Korban Tebusan akan datang ke dalam hidup kita bahkan jauh lebih besar. Kita kemudian akan menyedari bahawa tanpa menghiraukan perbezaan yang dirasakan, kita semua memerlukan Korban Tebusan abadi yang sama.
Beberapa tahun yang lepas, seorang lelaki muda yang bagus bernama Curtis dipanggil untuk melayani misi. Dia adalah jenis mubaligh yang setiap presiden misi mendoakan. Dia menumpukan perhatian dan bekerja keras. Pada suatu ketika, dia ditugaskan dengan rakan mubaligh yang tidak matang, janggal dari segi sosial, dan tidak bersemangat mengenai menyelesaikan pekerjaan.
Satu hari semasa mereka menunggang basikal, Curtis memandang ke belakang dan melihat rakannya secara tidak dapat dijelaskan turun dari basikalnya dan berjalan. Diam-diam, Curtis menyatakan kekecewaannya kepada Tuhan; benar-benar satu tugas yang ianya dibebani dengan rakan yang dia harus menyeret sekitar untuk mencapai apa-apa. Detik-detik kemudian, Curtis mempunyai kesan yang mendalam, seolah-olah Tuhan berkata kepadanya, “Kamu tahu, Curtis, dibandingkan dengan Aku, kamu berdua tidaklah jauh berbeza.” Curtis mengetahui bahawa dia perlu bersabar dengan rakan yang tidak sempurna yang masih adalah cubaan dalam caranya sendiri.
Jemputan saya kepada kita semua adalah untuk menilai hidup kita, bertaubat, dan terus berusaha. Jika kita tidak berusaha, kita hanya Orang Suci Zaman Akhir yang berdosa, jika kita tidak tekun, kita adalah Orang Suci Zaman Akhir yang mengalah, dan jika kita tidak membenarkan orang lain untuk berusaha, kita hanya Orang Suci Zaman Akhir yang munafik.10 Semasa kita berusaha, bertekun, dan membantu orang lain melakukan yang sama, kita adalah Orang Suci Zaman Akhir yang benar. Semasa kita berubah, kita akan menemukan bahawa Tuhan memang sangat peduli tentang siapa kita dan tentang siapa kita akan menjadi, daripada tentang siapa kita dahulu.11
Saya sangat bersyukur kepada Juruselamat, bagi Korban Tebusan-Nya yang abadi, dan bagi para nabi zaman akhir yang menggalakkan kita untuk menjadi Orang Suci Zaman Akhir, untuk terus berusaha.12 Saya bersaksi akan kenyataan hidup Juruselamat, dalam nama Yesus Kristus, amin.