2010–2019
Tuhan Ialah Cahayaku
April 2015


16:30

Tuhan Ialah Cahayaku

Kebolehan kita untuk berdiri teguh dan setia dan mengikut Juruselamat walaupun perubahan kehidupan adalah diperkukuh oleh keluarga-keluarga yang soleh dan perpaduan yang berpusat pada Kristus dalam bahagian-bahagian dan cabang-cabang kita.

Pada masa Paska ini kita merenungkan dan bergembira disebabkan penebusan yang diberikan oleh Juruselamat kita, Yesus Kristus.1

Kekacauan yang tersebar di seluruh bumi kerana kejahatan duniawi menimbulkan perasaan kelemahan. Melalui cara komunikasi moden kesan kederhakaan, ketidaksamaan, dan ketidakadilan membuat ramai orang rasa bahawa kehidupan memang tidak adil. Walaupun cabaran-cabaran ini boleh menjadi besar, kita tidak patut diganggu dari bergembira dan meraikan perantaraan syurgawi Kristus bagi pihak kita. Juruselamat betul-betul ”memperoleh kemenangan atas kematian.” Dengan belas kasihan dan rasa kasihan Dia mengambil ke atas diri-Nya kederhakaan dan pelanggaran kita, dan dengan itu menebus kita dan memuaskan tuntutan keadilan untuk semua yang akan bertaubat dan percaya pada nama Dia.2

Korban tebusan-Nya yang mengagumkan ada kepentingan yang amat tinggi yang tidak dapat difahami oleh orang yang fana. Tindakan belas kasihan ini memberi kedamaian yang melebihi kefahaman.3

Bagaimana kita menangani realiti-realiti yang teruk yang mengelilingi kita?

Some yellow flowers on a mound of dirt.

Isteri saya, Mary, sayangkan bunga matahari. Dia bergembira bila bunga-bunga matahari, di tempat-tempat yang tidak dijangka, bertumbuh di tepi jalan. Ada jalan tanah ke rumah di mana datuk dan nenek saya telah tinggal. Bila kami memandu di jalan itu, Mary kerap kali bertanya, ”Adakah kamu fikir kita akan melihat bunga-bunga matahari yang indah itu hari ini?” Kami terkejut bahawa bunga-bunga matahari bertumbuh subur dalam tanah yang telah diganggu oleh kelengkapan ladang dan kelengkapan salji dan pengumpulan bahan-bahan yang biasanya tidak dianggap tanah yang baik untuk bunga-bunga liar bertumbuh.

Yellow flowers by some water

Salah satu ciri bunga matahari liar yang muda yang sungguh menakjubkan, selain bertumbuh dalam tanah yang tidak baik, adalah bagaimana kudup bunga mengikut matahari merentasi langit. Dengan berbuat demikian, bunga matahari menerima tenaga yang mengekalkan hidupan sebelum memekar dalam warna kuning yang indah.

Seperti bunga matahari yang muda, bila kita mengikut Juruselamat dunia, Putera Tuhan, kita berkembang maju dan menjadi sungguh baik walaupun keadaan-keadaan yang mengerikan mengelilingi kita. Dia betul-betul adalah cahaya dan kehidupan kita.

Dalam perumpamaan tentang gandum dan lalang, Juruselamat mengisytiharkan kepada pengikut-pengikut-Nya bahawa mereka yang melanggar dan berbuat kederhakaan akan dikumpulkan keluar dari kerajaan-Nya.4 Tetapi mengenai orang yang beriman, Dia berkata, ”Pada waktu itulah orang-orang benar akan bercahaya seperti matahari di kerajaan Bapa mereka.”5 Sebagai individu-individu, para pengikut Kristus, yang tinggal di dunia yang bermusuhan yang betul-betul dalam kegemparan, kita dapat berkembang maju dan memekar jika kita berakar dalam kasih kita pada Juruselamat dan mengikut ajaran-ajaran-Nya dengan rendah hati.

Kebolehan kita untuk berdiri teguh dan setia dan mengikut Juruselamat walaupun perubahan kehidupan adalah diperkukuh oleh keluarga-keluarga yang soleh dan perpaduan yang berpusat pada Kristus dalam bahagian-bahagian dan cabang-cabang.6

Masa yang Betul di Rumah

Peranan keluarga dalam rancangan Tuhan ialah ”untuk membawakan kita kebahagiaan, untuk membantu kita belajar asas-asas yang betul di tempat yang penuh kasih, dan untuk menyediakan kita untuk kehidupan abadi.”7 Tradisi-tradisi yang indah tentang kepatuhan keagamaan di rumah perlu menjadi bahagian yang mendalam di hati anak-anak kita.

Bapa saudara saya Vaughn Roberts Kimball telah menjadi pelajar yang baik, ingin menjadi penulis, dan main quarterback untuk BYU football. Pada 8 haribulan Disember 1941, satu hari selepas serangan di Pearl Harbor, dia masuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Semasa merekrut di Albany, New York, dia menyerahkan artikel pendek kepada Reader’s Digest. Majalah itu membayar dia $200 dan menerbitkan artikel dia bertajuk ”Masa yang Betul di Rumah,” dalam terbitan bulan Mei 1944.

Pemberiannya kepada Reader’s Digest, di mana dia mengambil peranan kelasi, dibaca begini:

“Masa yang Betul di Rumah:

“Pada satu malam di Albany, New York, saya menanya seorang kelasi pukul berapa. Dia mengambil keluar jam yang besar dan menjawab, ’Pukul 7:20.’ Saya sudah tahu masa sebenarnya lebih lewat. ’Jam kamu sudah berhenti, bukan?’ saya bertanya.

“‘Tidak,’ dia kata, ‘saya masih ikut masa Utah. Saya dari Utah selatan. Bila saya masuk Tentera Laut, bapa bagi saya jam ini. Dia kata jam ini akan tolong saya ingat kampung halaman.

“‘Bila jam saya menunjukkan pukul 5 pagi saya tahu Bapa sedang memandu untuk memerah susu dari lembu. Dan pada waktu malam bila jam menunjukkan pukul 7:30 saya tahu seluruh keluarga berada di keliling meja yang penuh makanan, dan Bapa berterima kasih kepada Tuhan atas makanan di meja dan minta Tuhan melindungi saya,’ ... dia katakan. ’Saya boleh mendapat tahu jam berapa di mana saya berada dengan senang. Apa yang saya ingin tahu adalah pukul berapa di Utah.’”8

Tidak lama selepas memberi artikel, Vaughn ditugaskan berkhidmat di kapal di Lautan Pasifik. Pada 11 haribulan Mei 1945 semasa berkhidmat di kapal USS Bunker Hill dekat Okinawa, kapal kena bom oleh dua kapal terbang yang membunuh diri.9 Hampir 400 anak kapal meninggal termasuk bapa saudara saya Vaughn.

Elder Spencer W. Kimball menyatakan simpatinya yang sungguh kepada bapa Vaughn, menyebut kesolehan Vaughn dan kepastian Tuhan bahawa ”mereka yang mati di dalam nama-Ku tidak akan merasakan kematian, kerana hal itu akan manis bagi mereka.”10 Bapa Vaughn mengatakan bahawa walaupun Vaughn telah dikuburkan di laut, tangan Tuhan akan mengambil Vaughn ke rumahnya yang syurgawi.11

Dua puluh lapan tahun kemudian, Presiden Spencer W. Kimball berucap tentang Vaughn di persidangan umum. Dia mengatakan: ”Saya kenal betul dengan keluarga ini. ... Saya telah berlutut dalam doa yang berkuasa dengan [mereka]. ... Pengajaran di rumah telah menghasilkan berkat-berkat abadi untuk keluarga besar ini.” Presiden Kimball mencabar setiap keluarga ”untuk berlutut ... berdoa untuk anak-anak mereka dua kali setiap hari.”12

Saudara-saudari, jika kita dengan setia mengadakan doa keluarga, pembelajaran kitab suci keluarga, malam keluarga, berkat-berkat imamat, dan kepatuhan Hari Sabat, anak-anak kita akan tahu pukul berapa di rumah. Mereka akan bersedia untuk rumah abadi di syurga tidak kira apa yang terjadi pada mereka di dunia yang susah. Adalah sangat penting bahawa anak-anak kita tahu mereka disayangi dan selamat di rumah.

Para suami dan para isteri merupakan pasangan-pasangan yang setanding.13 Mereka mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab yang lain tetapi yang saling melengkapkan. Isteri mungkin beranak, yang memberkati seluruh keluarga. Suami mungkin menerima imamat, yang memberkati seluruh keluarga. Tetapi di majlis keluarga isteri dan suami, sebagai pasangan setanding, membuat keputusan yang terpenting. Mereka pilih bagaimana anak-anak akan diajar dan didisiplinkan, bagaimana duit akan dibelanjakan, di mana mereka akan tinggal, dan banyak lagi keputusan keluarga. Keputusan-keputusan ini dibuat bersama setelah mencari bimbingan Tuhan. Matlamat ialah keluarga yang abadi.

Cahaya Kristus menanam sifat keabadian keluarga dalam hati semua anak-Nya. Salah satu penulis kegemaran saya, yang bukan ahli Gereja kita, mengatakannya begini: ”Begitu banyak dalam kehidupan adalah tidak penting, [tetapi] ... keluarga adalah hal yang wujud, hal yang bermakna, hal yang abadi; hal untuk melindungi dan menjaga dan kepadanya bersetia.14

Gereja Menolong Kita Menumpukan Perhatian pada Juruselamat sebagai Keluarga Bersatu

Selain daripada keluarga, peranan Gereja juga penting. Gereja memberi organisasi dan cara untuk mengajar injil Yesus Kristus kepada semua anak Tuhan. Ia memberi wewenang imamat untuk memberi tatacara-tatacara keselamatan dan pemuliaan kepada semua yang layak dan rela menerimanya.”15

Di dunia ada begitu banyak pertengkaran, kederhakaan, dan tekanan besar pada budaya yang menyimpan dan pada ketidaksamaan. Dalam Gereja, kecuali unit-unit bahasa, bahagian dan cabang kita dibahagikan secara geografi. Kita bukan dibahagikan oleh kelas atau taraf.16 Kita bergembira kerana semua bangsa dan kebudayaan dicampurkan bersama dalam jemaah yang soleh. Keluarga bahagian kita adalah penting bagi kemajuan, kebahagiaan, dan usaha peribadi kita untuk menjadi lebih seperti Kristus.

Budaya-budaya seringkali membahagikan orang dan kadang-kadang menjadi sumber keganasan dan diskriminasi.17 Di Kitab Mormon beberapa kata yang paling mengganggu digunakan untuk menggambarkan tradisi-tradisi para bapa yang jahat yang membawa keganasan, peperangan, tindakan jahat, kederhakaan, dan bahkan kemusnahan orang dan negeri.18

Tidak ada tempat permulaan di kitab suci yang lebih baik daripada 4 Nefi untuk penerangan kebudayaan Gereja yang sangat penting bagi semua kita. Di ayat 2 ia berkata, “Semua orang itu telah berpaling kepada Tuhan, di seluruh permukaan negeri, baik bangsa Nefi dan juga bangsa Laman, dan tidak terdapat pertikaian dan perselisihan di antara mereka, dan setiap orang berurusan dengan adil di antara satu sama lain.” Di ayat 16 kita membaca, “Dan sudah pastinya tidak terdapat orang yang lebih bahagia di kalangan semua orang yang telah diciptakan oleh tangan Tuhan.” Fakta bahawa tidak ada pertikaian disebabkan ”kasih Tuhan yang berada di dalam hati bangsa itu.”19 Kita mendambakan kebudayaan ini.

Nilai dan kepercayaan kebudayaan yang mendalam merupakan bahagian yang asas mengenai siapa kita. Tradisi pengorbanan, kesyukuran, iman, dan kesolehan patut dihargai dan dikekalkan. Keluarga-keluarga mesti menikmati dan melindungi tradisi-tradisi yang mengembangkan iman.20

Salah satu ciri yang terpenting dari mana-mana kebudayaan adalah bahasanya. Di kawasan San Francisco, California, di mana saya pernah tinggal, terdapat tujuh unit bahasa bukan asal. Ajaran kita mengenai bahasa diterangkan di bahagian 90, ayat 11 di Ajaran dan Perjanjian: “Kerana pada hari itu akan terjadi, bahawa setiap orang akan mendengar kegenapan injil dalam logatnya masing-masing dan dalam bahasanya sendiri.”

Bila anak-anak Tuhan berdoa kepada-Nya dalam bahasa ibunda mereka, itulah bahasa hati. Adalah jelas bahawa bahasa hati sangat berharga bagi semua orang.

Abang saya, Joseph, ialah doktor perubatan dan menjalankan praktik selama banyak tahun di kawasan Teluk San Francisco. Seorang ahli Gereja dari Samoa yang sudah berumur, yang menjadi pesakit baru, masuk bilik rawatannya. Dia sedang mengalami kepedihan yang teruk dan melemahkan. Ditentukan bahawa dia ada batu karang ginjal dan rawatan yang sesuai dilaksanakan. Ahli yang setia itu berkata bahawa matlamatnya yang pertama ialah untuk memahami apa masalahnya supaya dia dapat berdoa dalam bahasa Samoa kepada Bapa Syurgawinya tentang masalah kesihatannya.

Adalah penting untuk para ahli memahami injil dalam bahasa hati mereka supaya mereka dapat berdoa dan bertindak menurut asas-asas injil.21

Bahkan dengan kepelbagaian bahasa dan tradisi kebudayaan yang indah dan bermanfaat, kita mesti menjadikan hati kita terkait bersama dalam perpaduan dan kasih.22 Tuhan telah mengatakan dengan tegas: ”Biarlah setiap orang menganggap saudaranya seperti dirinya sendiri. ... Jadilah satu, dan jika kamu tidak menjadi satu, kamu bukan milik-Ku.”23 Ketika kita menghargai kepelbagaian kebudayaan kita yang baik, matlamat kita ialah untuk bersatu padu dalam kebudayaan, adat, dan tradisi injil Yesus Kristus dalam setiap cara.

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir Tidak Pernah Menjadi Sekuat Seperti Sekarang

Kami mengenali bahawa ada ahli-ahli yang mempunyai soalan dan kebimbangan ketika mereka berusaha memperkukuh iman dan kesaksian mereka. Kita patut mengambil perhatian supaya tidak mengkritik atau membuat penilaian tentang mereka yang mempunyai kebimbangan--sama ada kebimbangan itu besar atau kecil. Pada masa yang sama, mereka yang mempunyai kebimbangan patut melakukan sedaya upaya mereka untuk mengembangkan iman dan kesaksian mereka sendiri. Mempelajari, merenungkan, berdoa, mematuhi asas-asas injil, dan berbincang bersama dengan pemimpin-pemimpin yang sesuai dengan sabar dan rendah hati adalah cara-cara terbaik untuk menyelesaikan soalan atau kebimbangan.

Ada orang yang berkata bahawa semakin banyak ahli meninggalkan Gereja masa kini, dan bahawa ada lebih keraguan dan ketidakpercayaan daripada masa yang lalu. Ini tidak benar. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir tidak pernah menjadi sekuat seperti sekarang. Jumlah ahli yang mengeluarkan nama mereka dari rekod Gereja selalunya sedikit sahaja dan kebelakangan ini jumlah itu kurang lagi dari masa yang lalu.24 Peningkatan statistik dalam perkara-perkara tertentu, seperti para ahli yang dianugerahi yang mempunyai sijil rekomen bait suci yang sah, para pembayar persepuluhan dewasa, dan mereka yang melayani misi, telah sangat besar. Biarlah saya katakan lagi, Gereja tidak pernah menjadi sekuat seperti sekarang. Tetapi, ”ingatlah, nilai jiwa adalah sangat berharga pada pandangan Tuhan.”25 Kita menolong semua orang.

Jika kesukaran yang teruk yang anda menghadapi sekarang nampaknya gelap dan berat dan hampir tidak tertahan, ingatlah bahawa di kegelapan yang sungguh sengsara di Getsemani dan seksaan dan kepedihan di bukit Tengkorak, Juruselamat melaksanakan Korban Tebusan, yang menyelesaikan beban-beban yang paling teruk yang berlaku dalam kehidupan ini. Dia melaksanakannya untuk anda, dan Dia melaksanakannya untuk saya. Dia melaksanakannya kerana Dia mengasihi kita dan kerana Dia mematuhi dan mengasihi Bapa-Nya. Kita akan diselamatkan dari kematian—bahkan jika badan kita hilang di laut.

Perlindungan kita dalam kehidupan ini dan untuk keabadian akan datang kepada kita melalui kesolehan individu dan keluarga, tatacara-tatacara Gereja, dan mengikut Juruselamat. Inilah tempat perlindungan kita dari ribut kehidupan. Bagi mereka yang berasa sepi, anda dapat berdiri dengan teguh dalam kesolehan mengetahui bahawa Korban Tebusan akan melindungi dan memberkati anda di luar kebolehan anda untuk memahami dengan penuh.

Kita patut mengingat Juruselamat, mengekalkan perjanjian kita, dan mengikut Putera Tuhan seperti bunga matahari yang muda mengikut matahari. Mengikut cahaya dan teladan-Nya akan membawakan kita kebahagiaan, kegembiraan, dan kedamaian. Seperti yang dikatakan di Mazmur 27 dan dalam salah satu nyanyian rohani kegemaran saya, ”Tuhan adalah terangku dan keselamatanku.”26

Pada hujung minggu Paska ini, dalam peranan saya sebagai salah satu Rasul Juruselamat, saya bersaksi dengan sungguh akan Kebangkitan Yesus Kristus. Saya tahu Dia hidup. Saya tahu suara-Nya. Saya bersaksi akan ketuhanan-Nya dan kewujudan Korban Tebusan dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat 2 Nefi 9:20–22.

  2. Lihat Mosia 15:8–9.

  3. Lihat Filipi 4:7.

  4. Lihat Matius 13:41.

  5. Matius 13:43.

  6. Lihat Ajaran dan Perjanjian 115:5–6.

  7. Handbook 2, Administering in the Church (2010), 1.1.4.

  8. Vaughn R. Kimball, “The Right Time at Home,” Reader’s Digest, Mei 1944, 43.

  9. Lihat surat dari Kapten G. A Seitz, Tentera Laut U.S., USS Bunker Hill, 25 hb. Mei 1945, kepada bapa Vaughn Kimball, Crozier Kimball, Draper, Utah.

  10. Lihat surat dari Spencer W. Kimball, 2 hb. Jun 1945, kepada Crozier Kimball; Ajaran dan Perjanjian 42:46.

  11. Lihat Crozier Kimball, dalam Marva Jeanne Kimball Pedersen, Vaughn Roberts Kimball: A Memorial (1995), 53.

  12. Spencer W. Kimball, “The Family Influence,” Ensign, Julai 1973, 17. Spencer W. Kimball pada masa itu Presiden Kuorum Dua Belas Rasul.

  13. Lihat ”Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 129.

  14. Carla Carlisle, “Pray, Love, Remember,” Country Life, 29 hb. Sept. 29, 2010, 120.

  15. Handbook 2, 1.1.5.

  16. Lihat 4 Nefi 1:26.

  17. Kebudayaan seringkali dibincangkan di dunia kini. Untuk tahun 2014 perkataan kebudayaan bahkan dipanggil perkataan yang terpenting oleh Merriam-Webster.com.

  18. Lihat Alma 9; Helaman 5.

  19. 4 Nefi 1:15.

  20. Ahli falsafah Jerman Goethe mengatakan ayat yang terkenal ini, ”Untuk betul-betul mempunyai apa yang bapa kamu berikan kamu, kamu mesti memperolehnya sendiri.” (Johann Wolfgang von Goethe, Faust, trans. Bayard Taylor [1912], 1:28).

  21. Ini adalah salah satu sebab Gereja mengajar injil dalam 50 bahasa dan menterjemahkan Kitab Mormon ke dalam 110 bahasa. Tetapi, salah satu cabaran di seluruh dunia ialah untuk belajar bahasa negara di mana kamu tinggal. Sebagai para ibu bapa kita perlu mengorbankan untuk membantu generasi membangun belajar bahasa negara di mana mereka tinggal sekarang. Tolonglah mereka membuat bahasa itu bahasa hati mereka.

  22. Lihat Mosia 18:21.

  23. Ajaran dan Perjanjian 38:25, 27.

  24. Selama 25 tahun lalu, nombor sebenar para ahli yang meninggalkan Gereja telah berkurang dan Gereja telah hampir sekali ganda dalam saiz. Peratusan orang yang meninggalkan sangat dikurangkan.

  25. Ajaran dan Perjanjian 18:10.

  26. Mazmur 27:1; lihat juga ”The Lord Is My Light,” Hymns, nombor 89.