Hari Sabat Adalah Satu Kebahagiaan
Bagaimanakah anda boleh pastikan bahawa tindakan anda pada hari Sabat akan membawa kepada kegembiraan?
Para saudara dan saudari, kedua-dua hari persidangan ini telah dianggap mulia. Kita telah diangkat oleh music yang mengilhamkan dan doa fasih. Roh kita telah diteguhkan oleh pesanan cahaya dan kebenaran. Pada hari Ahad Easter ini, kita sekali lagi bersatu dan dengan ikhlas bersyukur kepada Tuhan untuk seorang nabi!
Soalan untuk kita masing-masing ialah: kerana apa yang saya dengar dan rasa semasa persidangan ini, bagaimanakah saya akan berubah? Apa jua jawapan anda, saya ingin menjemput kamu untuk mengkaji perasaan tentang, tingkah laku kamu, untuk hari Sabat.
Saya tertarik dengan kata-kata Yesaya, yang memanggil Sabat “satu kebahagiaan.”1 Namun saya berfikir, adakah hari Sabat benar-benar satu hari berbahagia untuk kamu dan untuk saya?
Pertama kali saya mencari kebahagiaan pada Sabat adalah beberapa tahun yang lalu, sebagai seorang pakar bedah, Saya tahu bahawa hari Sabat datang sebagai satu hari untuk penyembuhan diri. Pada akhir setiap minggu, tangan saya mula sakit daripada berulang kali menggosoknya dengan sabun, air, dan berus. Saya juga memerlukan rehat daripada beban profesion yang mencabar. Hari Ahad memberikan kelegaan yang amat diperlukan.
Apakah maksud Juruselamat apabila Dia berkata bahawa “hari Sabat ditetapkan untuk kepentingan manusia; manusia tidak dijadikan untuk hari Sabat”?2 Saya percaya Dia mahu kita memahami bahawa Sabat adalah kurnia-Nya kepada kita, memberikan rehat daripada kehidupan harian yang sibuk dan peluang untuk pembaharuan rohani dan jasmani. Tuhan memberi hari yang istimewa ini, bukan untuk hiburan atau buruh harian tetapi untuk rehat daripada tugas, dengan kelegaan jasmani dan rohani.
Dalam bahasa Ibrani, perkataan Sabat bermakna “rehat.” Tujuan Sabat bermula sejak Penciptaan alam semesta, selepas enam hari buruh, Tuhan berehat daripada kerja penciptaan.3 Apabila Dia kemudiannya menampakkan Sepuluh Perintah-perintah kepada Musa, Tuhan memerintah bahawa kita “rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci.”4 Kemudian, Sabat diperhatikan sebagai peringatan penyelamatan Israel dari perhambaan di Mesir.5 Namun yang paling penting, Sabat telah diberikan sebagai perjanjian kekal, peringatan tetap bahawa Tuhan boleh menguduskan umat-Nya.6
Selain itu, kita sekarang mengambil bahagian dalam sakramen pada hari Sabat untuk mengingati Korban Tebusan Yesus Kristus.7 Sekali lagi, kita berjanji bahawa kita bersedia untuk mengambil kepada kita nama kudus-Nya.8
Juruselamat mengenal pasti Diri-Nya sebagai Tuhan Sabat.9Ia adalah hari-Nya! Dia telah meminta kita untuk rayakanlah hari Sabat10 atau menyucikan hari Sabat.11 Kita di bawah perjanjian untuk berbuat demikian.
Bagaimana kita menyucikan hari Sabat? Dalam tahun-tahun muda saya, saya mengkaji kerja orang lain yang mempunyai senarai perkara-perkara yang dibuat dan tidak dibuat pada hari Sabat. Kemudian saya belajar dari kitab suci bahawa kelakuan dan sikap saya terhadap Sabat merupakan satu tanda antara saya dan Bapa Syurgawi saya.12 Dengan pemahaman itu, saya tidak memerlukan senarai apa yang harus dibuat dan yang tidak patut dibuat. Apabila saya perlu membuat keputusan sama ada suatu aktiviti adalah sesuai untuk hari Sabat, saya bertanya kepada diri sendiri, “Tanda apa yang saya mahu beri kepada Tuhan?” Soalan itu membuat pilihan saya mengenai hari Sabat dengan jelas.
Walaupun ajaran yang berkaitan dengan hari Sabat adalah asal zaman dahulu, ia telah diperbaharui pada zaman ini sebagai sebahagian daripada perjanjian baru dengan janji. Dengarlah kuasa dekri ilahi ini:
Bahawa engkau lebih sepenuhnya menjaga dirimu supaya tidak tercemar oleh dunia, engkau akan pergi ke rumah doa dan menawarkan sakramenmu pada hari kudus-Ku;
Sesungguhnya ini adalah hari yang ditetapkan kepada kamu untuk beristirehat dari kerja buruh anda, dan menumpukan kesetiaan anda kepada yang Maha Tinggi; …
Dan pada hari ini, … biarlah makanan kamu disediakan dengan ketunggalan hati supaya puasa kamu boleh menjadi sempurna, … supaya kegembiraan kamu boleh penuh. …
Dan oleh kerana kamu melakukan perkara-perkara ini dengan kesyukuran, dengan hati ceria dan wajah, … kegenapan bumi adalah milikmu.13
Bayangkan kenyataan itu! Kegenapan bumi dijanjikan kepada mereka yang memelihara Sabat sebagai hari yang suci.14 Tidak hairan Yesaya memanggil Sabat “satu kebahagiaan.”
Bagaimana anda boleh memastikan bahawa tingkah laku anda pada hari Sabat akan membawa kepada kegembiraan? Tambahan ke atas kehadiran anda ke Gereja, mengambil bahagian dalam sakramen, dan tekun dalan panggilan khusus anda untuk melayan, aktiviti lain yang mana akan membantu membuat Sabat satu kebahagiaan kepada anda? Tanda apa akan anda beri kepada Tuhan untuk menunjukkan kasih anda kepada-Nya?
Sabat menyediakan satu peluang yang baik untuk mengukuhkan hubungan keluarga. Lagipun, Tuhan mahu setiap daripada kita, sebagai anak-anak-Nya, untuk kembali kepada-Nya sebagai Orang Suci yang dianugerahkan, dimeteraikan di bait suci sebagai keluarga, kepada nenek moyang kita, dan kepada generasi kita yang akan datang.15
Kita membuat Sabat satu kebahagiaan apabila kita mengajar Injil kepada anak-anak kita. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah sangat jelas. Tuhan berkata, Oleh sebab ibu bapa mempunyai anak-anak di Sion … yang mengajar mereka untuk tidak memahami ajaran pertaubatan, iman dalam Kristus Putra Tuhan yang hidup, dan pembaptisan dan kurnia Roh Kudus melalui peletakan tangan, ketika berumur lapan tahun, dosa itu berada di atas kepala ibu bapa. 16
Beberapa tahun lalu, Presidensi Utama menekankan kepentingan masa keluarga yang berkualiti. Mereka menulis:
“Kita menyeru ibu bapa untuk menumpukan usaha mereka yang terbaik dalam pengajaran dan pemeliharaan anak-anak dalam prinsip-prinsip Injil yang akan mendekatkan mereka kepada Gereja. Rumah adalah asas kehidupan soleh, dan tidak ada perantaraan lain yang boleh mengambil tempatnya atau memenuhi fungsi penting dalam membawa ke hadapan tanggungjawab yang diberi oleh Tuhan ini.
“Kita menasihati ibu bapa dan kanak-kanak untuk memberi keutamaan tertinggi kepada doa keluarga, malam keluarga, kajian dan pengajaran Injil, dan aktiviti-aktiviti keluarga yang sihat. Betapa layak dan sesuai aktiviti-aktiviti lain pun, mereka tidak boleh dibenarkan untuk menggantikan tugas ilahi yang diberi yang hanya ibu bapa dan keluarga boleh melaksanakan dengan secukupnya.”17
Apabila saya memikirkan nasihat ini, saya hampir teringin untuk menjadi seorang bapa muda sekali lagi. Ibu bapa sekarang mempunyai sumber-sumber indah yang sedia ada untuk membantu mereka buat masa keluarga lebih bermakna, pada hari Sabat dan hari lain juga. Mereka mempunyai LDS.org, Mormon.org, Video-video Alkitab, Mormon Channel, Perpustakaan Media, Friend, New Era, Ensign, Liahona, dan lebih—lebih lagi. Sumber-sumber ini membantu ibu bapa dalam melaksanakan tugas kudus mereka untuk mengajar anak-anak mereka. Tidak ada kerja lain yang lebih penting daripada tugas keibubapaan yang cermat dan soleh.
Apabila anda mengajar Injil, anda akan belajar lebih lanjut. Ini adalah cara Tuhan membantu anda memahami Injil-Nya. Dia berkata:
Kuberikan kepadamu perintah bahawa kamu akan mengajar satu sama lain ajaran kerajaan.
Ajar dengan tekun … , supaya kamu boleh diarah dengan lebih sempurna … dalam ajaran, dalam hukum Injil, dalam semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan Tuhan.18
Kajian Injil sperti ini membuat Sabat satu kebahagiaan. Janji ini berkaitan tanpa mengira saiz keluarga, komposisi, atau lokasi.
Tambahan ke atas masa dengan keluarga, anda boleh mempunyai pengalaman kebahagiaan benar pada Sabat dari kerja sejarah keluarga. Mencari ahli-ahli keluarga yang telah mendahului kita di dunia—mereka yang tidak mempunyai peluang untuk menerima Injil semasa di sini—boleh membawa kegembiraan yang besar.
Ini pengalaman saya. Beberapa tahun yang lalu, isteri kesayanganku, Wendy, berazam untuk belajar bagaimana untuk membuat kajian sejarah keluarga. Pada mulanya kemajuannya lambat, tetapi sedikit demi sedikit, dia belajar bahawa ia mudah untuk membuat kerja kudus ini. Dan saya tidak pernah lihat dia lebih gembira. Anda juga tidak perlu pergi ke negara-negara lain atau ke pusat sejarah keluarga. Di rumah, dengan bantuan komputer atau peranti mudah alih, anda boleh mencari jiwa-jiwa yang teringin tatacara Injil mereka. Buat Sabat berbahagia dengan mencari nenek moyang anda dan membebaskan mereka dari penjara roh!19
Buat Sabat hari yang berbahagia dengan melayani orang lain, terutamanya mereka yang tidak sihat atau mereka yang kesepian atau memerlukan pertolongan.20 Mengangkat semangat mereka akan mengangkat semangat kamu juga.
Apabila Yesaya menyifatkan Sabat sebagai “kebahagiaan,” dia juga mengajar kita bagaimana untuk membuatnya bahagia. Dia berkata:
“Jika kamu merayakan … dan tidak mementingkan hal sendiri pada hari itu, jika kamu menghargai hari-Ku yang suci dan menghormatinya dengan tidak berpergian pada hari itu, tidak bekerja, dan tidak bercakap kosong:
“Maka kamu akan berbahagia kerana mengabdi kepada-Ku.”21
Tidak mendalami “keseronokan sendiri” pada Sabat memerlukan displin diri. Anda mungkin perlu menafikan diri daripada sesuatu yang anda mungkin suka. Jika kamu pilih untuk membahagiakan diri di dalam Tuhan, kamu tidak akan membenarkan diri untuk menganggap Sabat seperti hari yang lain. Aktiviti rutin dan rekreasi boleh dilakukan pada masa yang lain.
Tenungkan ini: Dalam membayar persepuluhan, kita mengembalikan satu per sepuluh daripada pendapatan kita kepada Tuhan. Dalam memelihara kesucian Sabat, kita menyimpan satu hari dalam seminggu sebagai hari-Nya. Jadi ia adalah keistimewaan kita untuk membaktikan kedua-dua wang dan masa kepada-Nya yang meminjamkan kita hidup setiap hari.22
Iman dalam Tuhan membawa kepada cinta untuk Sabat; iman dalam Sabat membawa kepada cinta kepada Tuhan. Sabat kudus benar-benarnya satu kebahagiaan.
Sekarang, persidangan ini sudah datang ke penghujungnya, kita tahu bahawa di mana sahaja kita hidup kita boleh menjadi contoh penganut di kalangan keluarga, jiran, dan kawan.23 Penganut sejati memelihara hari Sabat sebagai hari yang suci.
Saya mengakhiri dengan rayuan perpisahan Moroni, semasa dia menutup Kitab Mormon. Dia menulis, “ Ya, datanglah kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia, dan jauhilah dirimu daripada segala kejahatan; dan jika kamu akan menjauhi dirimu daripada segala kejahatan, dan mengasihi Tuhan dengan segala daya, fikiran, dan kekuatanmu, maka … kamu boleh menjadi sempurna di dalam Kristus.”24
Dengan kasih sayang di dalam hati saya, saya meninggalkan ini dengan anda sebagai doa saya, kesaksian, dan berkat dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.